Friday, 10 March 2017

Siapa Ketua Wanita Umno Bahagian dapat dana MARA RM5 juta?


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memberitahu terdapat seorang Ketua Wanita Umno Bahagian yang menerima dana pelaburan MARA yang dipanggil 'The Baron'.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu enggan menyebut nama pemimpin wanita yang dikatakan memperoleh peruntukan di bawah MARA mencecah RM5 juta itu.

"Saya nak maklumkan, tak perlu saya namakan seorang Ketua Umno Wanita Bahagian telah mendapat dana RM 5 juta untuk perniagaan wanita tersebut," katanya ketika berucap dalam pelancaran Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNita), di ibu negara semalam.

Semakan Malaysia Dateline mendapati The Baron adalah antara program pembiayaan perniagaan MARA bagi usahawan bumiputera di peringkat menengah selain Program Peruncitan, Program Smart Auto dan Kedai Hardware.

Menurut Ismail, program pinjaman khusus untuk kontraktor itu terbuka kepada semua lelaki dan perempuan.

Turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Selain itu, Pengerusi Sementara MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) Datuk Dr. Yusof Yacob dan juga Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

Dalam majlis berkenaan juga, Ismail memberitahu Mara memperuntukkan sejumlah RM35 juta menerusi program pembangunan usahawan DanaNita bagi menggalakkan penglibatan secara aktif wanita dalam bidang perniagaan.

Tambahnya lagi, DanaNita yang dilancarkan itu bertujuan melahirkan usahawan wanita yang baharu sebagai pelapis kepada kepimpinan masa depan serta membantu usahawan sedia ada supaya lebih berdaya saing.

Bersatu perjelas kenyataan penafian Ahmad Yakob mengenai rundingan kerusi


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menjelaskan rundingan kerusi antara parti itu dengan Pas merujuk kepada rundingan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Bersatu dan Pas yang diadakan pada 2 Februari lalu.

Kenyataan mengenai kesediaan Pas untuk mengadakan rundingan kerusi dengan Bersatu adalah sebagai respon kepada soalan wartawan mengenai hubungan parti itu dengan Pas dalam sidang media yang diadakan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataan petang ini, merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, mengenai kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, yang menafikan Pas bersetuju untuk mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu.

"Malaysiakini dalam laporan yang disiarkan semalam memetik kenyataan Datuk Ahmad Yakob.

"Adalah dijelaskan bahawa kenyataan Tan Sri Muhyiddin adalah merujuk kepada persetujuan Pas untuk mengadakan rundingan kerusi dengan PPBM yang telah dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama PPBM dan Pas yang berlangsung pada 2 Februari 2017.

"Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan mengenainya.

"PPBM juga mengambil maklum mengenai keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Februari 2017 bahawa parti itu bersedia untuk meneruskan rundingan dengan PPBM.

"Malah, sepertimana yang dilaporkan oleh media, Jawatankuasa Perundingan Pas Pusat telah diwujudkan untuk meneliti pemuafakatan dengan PPBM.

"PPBM sentiasa menyambut baik sebarang usaha untuk mewujudkan persefahaman dan pemuafakatan antara parti-parti pembangkang dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

"Perundingan kerusi antara parti-parti pembangkang adalah satu proses yang penting untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dapat dicapai.

"Justeru, kesediaan mana-mana parti pembangkang untuk berunding adalah amat dialu-alukan," ujarnya.

Sebagai rekod Muhyiddin dalam sidang media yang diadakan pada 8 Mac itu telah membuat kenyataan mengenai kesediaan Pas untuk mengadakan rundingan kerusi dengan Bersatu.

Kenyataan ini dibuat sebagai respon kepada soalan wartawan mengenai hubungan parti itu  dengan Pas.

Nik Abduh dakwa Najib warisi rasuah era Mahathir


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) mendakwa Perdana Menteri terpaksa menanggung masalah pembaziran wang negara, rasuah dan politik wang yang merupakan 'kesakitan lama' diwarisi sejak zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Ketua Pemuda Pas itu, kenikmatan ketika negara dikurniakan kemewahan pada era 1990-an tidak disyukuri, sebaliknya segala kegiatan tidak bermoral itu tumbuh begitu cepat dengan politik wang begitu berleluasa dan akhirnya merosakkan negara.

Beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat semalam menyifatkan segala masalah itu terus 'membengkak' selepas peralihan pentadbiran kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seterusnya, jelas beliau, 'kesakitan lama' tersebut kemudiannya perlu ditanggung Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.

"Kita mewah di zaman Dr. Mahathir dan kita bermasalah di zaman Pak Lah (Abdullah) dan hari ini kita terus bermasalah di zaman Yang Berhormat Pekan (Najib)," ujarnya.

Sehubungan itu, Nik Abduh yang pernah mengaku matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah pada Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu menyeru supaya mengambil penyelesaian mengikut Islam.

"Kita terpaksa menanggung kesakitan lama, maka janganlah semasa kita berdepan tempoh yang susah ini, kita ambil jalan penyelesaian yang Allah tidak mahukan," ujarnya lagi.

Debat: Dr Mahathir lantik Nazri jadi tuan rumah


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak berpatah balik daripada cabaran debat yang dibuatnya kepada Datuk Seri Nazri Aziz, selepas ia disambut ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Malah, pasukannya kini sedang mengaturkan agar debat terbuka itu dibuat di Padang Rengas, iaitu kawasan Parlimen Nazri sendiri.

"Dr Mahathir mengalu-alukan kesediaan Nazri untuk berdebat dengannya berkaitan isu-isu negara," kata seorang pembantu bekas perdana menteri itu kepada FMT.

"Aturan sedang dibuat agar debat itu dibuat di Padang Rengas, Perak, apabila Dr Mahathir dijadualkan berkunjung ke sana."

Kata pembantu itu lagi, butiran debat akan dihantar ke pejabat Nazri sedikit masa lagi untuk pengesahan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bakal ke Padang Rengas pada 25 Mac ini bagi menghadiri program di sana.

Terdahulu, Dr Mahathir mencabar Nazri untuk berdebat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF), dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam responnya kepada FMT, Nazri menyatakan kesediaannya apabila pulang ke Malaysia daripada lawatan kerja di Berlin, Jerman, Isnin ini.

"Baik, saya setuju. Saya pulang 13 Mac, jadi beliau sudah boleh buat persediaan," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Perbualan mengenai skandal BMF hidup kembali selepas Agensi Perisikan Pusat AS mendedahkan dokumen yang mengaitkan pentadbiran Dr Mahathir kepada kerugian AS$1 bilion pada 1980an.

Sementara itu, tahun lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkenaan deposit RM2.6 bilion, dan berkata beliau berpuas hati wang itu merupakan derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Nazri sebelum ini mencabar Dr Mahathir supaya bertanding menentangnya di Padang Rengas pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir kemudian mencabar semula Nazri bertanding menentangnya di kerusi Parlimen Langkawi. Sejak itu bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya.

Dr Mahathir dilantik ketua penaja PPBM bahagian Langkawi bulan lepas.


Virus-free. www.avg.com

Nazri setuju berdebat dengan Dr Mahathir

nazri-mahathir2

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertingggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menerima pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam untuk berdebat mengenai beberapa isu hangat, susulan perang mulut menerusi media oleh kedua-dua pemimpin itu.

Menteri pelancongan itu, yang kini dalam lawatan kerja ke Berlin, berkata bekas perdana menteri itu sudah boleh melakukan persediaan.

“Saya pulang 13 Mac, jadi beliau sudah boleh buat persediaan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Dr Mahathir menolak cabaran Nazri terhadap Dr Mahathir untuk bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas.

Sebaliknya, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu mengajak Nazri berdebat mengenai 1MDB, “derma” RM2.6 bilion dan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Mahasiswa PH desak Idris Jusuh dedah jumlah sebenar pensyarah diberhentikan

Mahasiswa Pakatan Harapan
Datuk Seri Idris Jusuh digesa menjelaskan jumlah sebenar pemberhentian perkhidmatan disebabkan potongan Bajet 2017oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap 2,000 pensyarah dan profesor di beberapa universti awam negara.

Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa Amanah, dan DAP Varsity dalam satu kenyataan mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa hanya 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin.

Awal minggu ini,negara dikejutkan dengan satu pendedahan yang dibuat di dalam surat khabar Berita Harian. Kongres Persatuan Akademik Malaysia dalam satu temu bual bersama Berita Harian mendedahkan bahawa 6,000 orang pensyarah telah dihentikan perkhidmatan disebabkan pemotongan bajet pendidikan tinggi dalam Bajet 2017 yang diumumkan oleh keajaan.

Justeru itu, Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa AMANAH, dan DAP Varsity ingin menzahirkan kekecewaan kami terhadap pendedahan yang dibuat sekaligus mengesahkan bahawasanya Universiti Awam (UA) benar-benar terjejas teruk akibat pemotongan bajet ini!

"Apa yang lebih kami kesali di peringkat Mahasiswa Pakatan Harapan ialah respon Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani isu ini. Sebaik sahaja pendedahan ini dibuat, satu kenyataan balas telah dikeluarkan oleh pihak KPT. Kami dengan ini mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa HANYA 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin mendedahkan sejumlah 6,000 pensyarah telah ditamatkan kontrak dan diberhentikan. Bagaimanapun KPT dalam kenyataan balas oleh Idris menjelaskan ia hanya membabitkan 2,000 orang sahaja.

“Mahasiswa Pakatan Harapan ingin mengingatkan KPT dan Kerajaan Malaysia secara umumnya bahawa kehilangan 2,000 posisi pekerjaan adalah suatu jumlah yang amat besar, yang mana ianya lebih kurang 1/3 dari jumlah posisi pekerjaan yang telah dimansuhkan ketika krisis kewangan Malaysia Airlines pada bulan Jun 2015 yang lalu. Hal ini hakikatnya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Jika pemberhentian perkhidmatan 2,000 pensyarah ini dianggap sebagai suatu perkara yang amat kecil bagi KPT, Mahasiswa Pakatan Harapan dengan ini mendesak Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri untuk mendedahkan dengan segera kepada rakyat secara umumnya dan mahasiswa secara khasnya jumlah sebenar pensyarah yang telah diberhentikan dari tahun 2014 hingga awal tahun 2017,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan menyebut pendedahan tersebut harus merangkumi angka-angka peratusan punca kepada berlakunya perkara ini bukan sekadar menyatakan jumlah 2,000 ini termasuklah para pensyarah yang pencen, tidak mencapai KPI dan dihentikan perkhidmatan.

Jawapan yang diberikan oleh pihak KPT dalam kenyataan sebelum ini , dakwa Mahasiswa Pakatan Harapan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
Hal ini adalah fundamental dan penting kerana kepelbagaian punca kepada pemberhentian 2,000 pensyarah yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi gagal diakses dan diperiksa dengan lebih teliti oleh mahasiswa dan masyarakat umum oleh kerana impotensi Kerajaan dalam menyediakan maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan perkara tersebut.

Disiarkan kenyataan penuh Mahasiswa Pakatan Harapan:

Satu persoalan yang hangat diperkatakan masyarakat dan harus diperjelaskan oleh KPT adalah sama ada pemberhentian 2,000 pensyarah ini adalah disebabkan oleh kekangan wang dari pihak Universiti Awam seperti yang telah dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Musa Ahmad pada 8hb Mac 2017 yang lalu.

Mahasiswa Pakatan Harapan juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjelaskan rasional Kementerian dan Kerajaan Malaysia membelanjakan RM52juta dana Pendidikan negara dalam pembinaan bangunan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) di United Kingdom dan RM12juta lagi untuk auditoriumnya sebagaimana didedahkan sekitar Oktober tahun llalu.

Jika RM62juta itu boleh digunakan untuk mengekalkan sebilangan daripada 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan ini! Mengikut kiraan kasar kami berdasarkan jadual gaji pensyarah dari Universiti Tun Hussein Onn RM 62juta yang telah dibelanjakan di United Kingdom itu boleh menampung gaji lebih kurang 1,000 pensyarah selama setahun dengan anggaran setiap pensyarah dibayar sebanyak RM5,000 sebulan.


Gaji purata 1 pensyarah Sebulan RM5,000
Gaji purata 1 pensyarah Setahun RM60,000
Gaji purata 1,000 pensyarah Setahun RM60,000,000

Justeru itu, KPT perlu segera memberikan penjelasan sebab-sebab mereka membelanjakan RM 62juta ini di United Kingdom walaupun diketahui bahawa jumlah ini boleh digunakan untuk mengekalkan lebih kurang 1,000 ataupun setengah dari jumlah keseluruhan pensyarah Universiti Awam yang telah diberhentikan sejak tahun lalu!

Mahasiswa Pakatan Harapan juga ingin menimbulkan satu persoalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, adakah Datuk Seri masih menganggap pemotongan dana pendidikan tinggi negara sebagai suatu langkah yang positif untuk sektor ini?

Eksperimen beliau untuk menekan Universiti Awam dalam meningkatkan dana tabung wakaf masing-masing sebagai sumber penjanaan alternatif nampaknya telah gagal, dan golongan pensyarah-pensyarah pula yang nampaknya telah dijadikan bahan korban kepoada pemotongan dana pendidikan Universiti Awam dalam bajet negara tahun 2017.

Kami di peringkat Mahasiswa Pakatan Harapan dengan ini menyatakan azam kami untuk terus memperjuangkan isu ini sehingga peruntukkan pendidikan khususnya pendidikan tinggi! Kami menuntut dan mendesak supaya semua soalan kami sebagai mahasiswa dapat dijawab oleh Datuk Seri Idris Jusuh. Sekiranya dalam tempoh satu minggu dari sekarang tiada respon yang diberikan oleh Datuk Seri dan pihak KPT, kami beranggapan bahawa sememangnya Kerajaan Barisan Nasional tidak serius dalam isu dan kepentingan pendidikan dan pembangunan insan.

Usul seleweng hartanah bumiputera ditolak, Adun DAP dihalau keluar dewan

Yeo (kanan) diarah keluar dewan setelah usul tergemparnya ditolak speaker. Foto Roketkini

Hanya kerana mempersoalkan kenyataan bercanggah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung skandal hartanah negeri, seorang Adun DAP diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor semalam.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong diminta keluar apabila Speaker Dun, Tan Sri Mohamad Aziz menolak usul tergempar yang meminta Khaled menjelaskan kenyataan bercanggahnya mengenai pelepasan status lot bumiputera di negeri itu.

Sedangkan, usul tergempar itu adalah mengikut peraturan mesyuarat Majlis-majlis Mesyuarat 32(8).

Tung Siong ketika dihubungi Roketkini berkata, sidang itu sepatutnya digunakan Khaled bagi menjelaskan skandal itu secara terperinci kepada semua wakil rakyat yang mungkin keliru dengan isu tersebut.

Menurutnya, Khaled baru-baru ini memberitahu media hanya 3,000 unit rumah bumiputera yang ditukar status ke lot antarabangsa sejak 2013.

Namun, berdasarkan jawapan bertulis Khaled kepada Adun Bukit Batu, Jimmy Puah pada April tahun lalu, sebanyak 4,503 unit yang mengalami pelepasan status.

"Kerana itu, wakil-wakil rakyat pembangkang jadi keliru dengan kenyataannya. Bagaimana pula jumlah rumah yang ditukar status itu berkurang sedangkan hampir setahun sudah berlalu?" katanya.

Penolong Setiausaha Organisasi DAP Johor itu menambah, reaksi kerajaan negeri Johor yang terlalu pasif dalam menangani penyelewengan kuota bumiputera terbabit turut menimbulkan persoalan di kalangan Adun.

"Isu ini telah mencemarkan integriti dan ketelusan kerajaan negeri, justeru perlu dipulihkan secepat mungkin.

"Tapi dalam kes ini, Khaled tidak pun mengambil langkah yang drastik. Malah, (beliau) berkata serahkan saja siasatan kepada SPRM," ujarnya.

Wakil pembangkang Dun Johor sebelum ini juga telah mengemukakan usul supaya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa terpilih bagi menyiasat kes rasuah hartanah itu, namun ditolak speaker.

Umno bergelumang tahi, rakyat bangkit tumbangkan BN di Johor dlam PRU14


Belum pun habis rasa terkejut orang ramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.

Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.

Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.

Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa “kotornya” imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?

Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu.

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang kerana isu-isu yang menyakitkan hati rakyat sentiasa saja ada dan silih berganti menjadi perbualan.

>> Komentar bebas penulis politik, Shahbudin Husin I 10 Mac 2017.

Muhyiddin di perbodohkan PAS berkenaan pengagihan kerusi

Muhaili Amran, 

Nampaknya Muhyiddin BERSATU masih tak serik-serik dengan kelaku PAS. Walaupun hakikatnya PAS mengatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan sebarang persefahaman dengan parti yang ada hubungan dengan AMANAH & DAP... namun Muhyiddin tetap buat muka tak malu pergi memujuk PAS supaya bersama dalam gabungan parti pembangkang untuk berhadapan dengan NAJIB & BN nanti...

Lihatlah kenyataan terkini Muhyiddin mengenai isu pembahagian kerusi PRU dengan PAS beberapa hari lepas namun datang hari ini kenyataan beliau itu telah dinafikan oleh PAS sendiri.
Pas jemput Bersatu runding pembahagian kerusi PRU
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA - Pas kini bersedia berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama Pas namun, kini mereka (Pas) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Bersatu di sini, hari ini. (KLIK SINI)
Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu
Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu
Ahmad duduk (dua, kiri) sedang mendengar penerangan projek atasi banjir di Kampung Sri Kulim Mukim Padang Raja.
KOTA BHARU - Pas menafikan bersedia berunding dengan Bersatu berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini  parti itu tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara yang diperkatakan.
“Setakat ini tiada maklumat bahawa Pas mengajak Bersatu agihkan kerusi, cuma diberi laluan untuk bersama atas satu pentas bagi menyatakan perjuangan masing-masing.
“Kita nyatakan dasar perjuangan Pas dan sedia bersama sesiapa sahaja apabila tidak menyentuh dasar dan perjuangan kita,” katanya kepada media.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemukiman Menteri Besar bersama pimpinan kerajaan negeri besama rakyat di Parlimen Ketereh. (KLIK SINI)

Tengok daripada kenyataan tersebut ia seolah-olah dilihat BERSATU nie tak ada value sahaja dimana masih merintih merayu pada PAS yang dah jelas menyatakan tak sudi berkerjasama.

Kepada BERSATU sudah-sudahlah mengharapkan PAS kerana mereka tak memerlukan bantuan parti-parti lain kerana mereka yakin walaupun sendirian mereka masih mampu masuk pilihanraya.
















Thursday, 9 March 2017

UMNO BAKAL TUMBANG DI JOHOR?

Belum pun habis rasa terkejut orangramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan  penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.

Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.

Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.

Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa "kotornya"  imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?

Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu. 

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar tangan teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang. (ShahbudinHusin 09/03/2017).

Kemiskinan disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan


Berita viral mengenai kemuliaan hati seorang individu sanggup mengorbankan RM44,500 wang deposit rumah yang dilelongkan untuk dikembalikan kepada pemilik rumah asal adalah satu tindakan yang perlu dipuji. Walaupun berlainan bangsa tetapi kemanusiaan yang ditunjukkan merupakan satu langkah yang melangkaui sempadan kehidupan.

Kisah ini merupakan satu dimensi kemiskinan baharu di bandar. Sejak kebelakangan ini, kehidupan di bandar semakin sukar disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

Kenaikan harga minyak masak dan beberapa keperluan lain telah menyebabkan peningkatan harga makanan di pasaran, walaupun kemiskinan berjaya dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2007 kepada kurang dari 1 peratus tahun 2016.

Tetapi golongan miskin bandar semakin meningkat jika diukur dengan garis pendapatan kemiskinan pada RM3,000 ke bawah dan bukannya berdasarkan pada pendapatan RM920 pada 2012.

Kemiskinan hidup di bandar lebih besar impaknya ke atas kehidupan rakyat marhaen. Ini disebabkan kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan sumber-sumber kebendaan untuk memenuhi kesejahteraan ekonomi. Ekonomi dimaksudkan adalah memenuhi asas kehidupan seseorang manusia dari segi material dan keperluan hidup.

Data yang diperoleh pada tahun 2014, 74.3 peratus penduduk bandar mempunyai nisbah tanggungan 44.5 peratus bagi setiap keluarga.

Perlu disedari, daripada kumpulan 74.3 peratus isi rumah di bandar, 51.4 peratus mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Kumpulan 51.4 peratus berpendapatan purata RM1,800 pada tahun 2014.

Purata saiz isi rumah ialah 4.4 orang. Ini bermaksud untuk setiap individu dalam isi rumah, peruntukan selama satu bulan ialah sekitar RM409 atau RM13.60 sehari.

Bagi yang berpendapatan lebih rendah daripada kadar purata ini, di mana 1.7 peratus dikelaskan sebagai miskin dan 0.2 peratus sebagai miskin tegar (2012), pendapatan mereka jauh lebih rendah.

Berdasarkan data awalan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, pekali Gini terus berkurangan kepada 0.421 pada 2016.

Walaupun begitu, jurang ekonomi di bandar antara tahun 1997 dan 2012 tidak menyusut, berada pada 0.427 mata indeks Gini sementara jurang ekonomi di luar bandar pula menyusut dari 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada 2012.

Sementara itu, pendapatan median mengikut negeri dan wilayah persekutuan nampak tidak begitu menggalakkan, di mana tiga yang tertinggi ialah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu RM2,495, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM2,095) dan Selangor (RM1,980) sementara tiga yang terendah ialah di Sabah iaitu RM910, Perlis dan Kelantan (RM1,000) dan Terengganu (RM1,100) pada tahun 2012. Sarawak, Perak dan Kedah pula mempunyai pendapatan median sebanyak RM1,200.

Realiti dan cabaran kemiskinan hari ini adalah disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh. Ini disebabkan kos kehidupan yang meningkat, walaupun kita berjaya mengurangkan kemiskinan pada garis pendapatan RM920 yang ditetapkan pada tahun 2012.

Tetapi dimensi kemiskinan baru telah wujud di bandar yang memerlukan satu model pengurusan kemiskinan yang mampu menangani jurang antara pendapatan dan hutang isi rumah. Ini bermakna pihak organisasi awam yang menguruskan kemiskinan perlu melihat kepada perspektif baru.

Pembangunan komuniti yang dijalankan ke atas golongan miskin yang berdasarkan pendapatan perlu diperluaskan konsepnya supaya tidak terikat dengan garis pendapatan kemiskinan sedia ada.

Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh organisasi awam perlu mengambil kira dari segi kefungsian sosioekonomi dan dimensi baru ini. Organisasi tersebut perlu menggariskan paksaan ke atas penyertaan mereka yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi dan berlebihan berbanding dengan pendapatan sedia ada.
Paksaan ini amat penting supaya organisasi awam yang terlibat dapat menyusun kembali kehidupan golongan yang terlibat. Bank kurang mampu untuk menyelesaikan permasalahan ini kerana akan menyebabkan golongan tersebut mungkin muflis disebabkan pinjaman.

Pengurus-pengurus organisasi awam sering kali memahami untuk menguruskan golongan miskin adalah menyediakan kemudahan asas, memberikan pekerjaan dan bantuan sokongan material.

Hal ini menggambarkan pengurusan kemiskinan oleh organisasi awam telah gagal dalam dimensi baru ini. Realiti pengurusan kemiskinan yang melibatkan golongan ini disebabkan pendapatan dan tingkah laku. Golongan ini mempunyai pendapatan tetapi tidak mampu menguruskan kos kehidupan.

Maka perbaikilah tingkah-laku supaya menjadi positif dalam memperbaiki kehidupan. Jika kaedah ini berjaya maka berkurangnya permasalahan sosial kemiskinan di banda

>> Komentar bebas kolumnis Sinar Harian, Dr Iskandar Hassan Tan Abdullah. telah disaiarkan dalam portal Sinar Harian I 5 Januari 2017.

Pakatan bantah loji tenaga nuklear kerana ‘tidak berbaloi’

 pakatan_loji_nuklear_6
PETALING JAYA: PKR, DAP dan Amanah hari ini mempertikaikan kemampuan menyelia infrastruktur loji nuklear, dengan mengingatkan kerajaan beberapa binaan mega direndung kelemahan.

“Tambahan pula, reputasi kerajaan Umno-BN berdasarkan rekod pembinaan projek-projek mega/besar di negara kurang memuaskan, seumpama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh pada 2013,” menurut kenyataan bersama dikeluarkan 3 parti Pakatan Harapan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini berkata laporan Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendapati Malaysia sudah bersedia sepenuhnya membangunkan tenaga nuklear.

Nancy berkata Malaysia bakal membuat keputusan sama ada menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin bertambah.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan memberi amaran kos dan risiko kemudahan nuklear terlalu besar, tidak berbaloi dan juga ketinggalan zaman.

Menurutnya, bekas menteri tenaga, teknologi hijau dan air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pernah memberitahu Dewan Rakyat, kos mendapatkan bekalan elektrik dari empangan Bakun di Sarawak lebih rendah daripada sumber loji janakuasa gas dan arang batu, “serta pastinya lebih murah daripada penjana nuklear”.

“Negara luar seperti Jerman juga sudah melupakan cadangan sedemikian selepas tragedi nuklear Fukushima, sebaliknya beralih kepada tenaga kincir angin,” kata kenyataan oleh Fuziah Salleh, Dr Dzulkefly Ahmad dan Charles Santiago.

Mereka turut mengingatkan Malaysia mengenai insiden loji nuklear Fukushima ketika gempa bumi melanda Jepun.

“Sekalipun Malaysia tidak tergolong dalam negara di garis gempa bumi tetapi kajian menunjukkan garisan itu sudah berubah sejak kejadian gempa di Gunung Kinabalu, Sabah.”

Sebaliknya, Pakatan berkata Malaysia perlu menggiatkan penyelidikan tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB), termasuk tenaga solar, tenaga ombak dan teknologi biomass.

“Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan mampu menjana tenaga elektrik. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengurangkan masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Wednesday, 8 March 2017

SSM & BRIM - Syok tak kena tipu hidup-hidup.. lepas nie menantilah pula surat kasih sayang dari LHDN

Gino Marvela


Warga Malaysia sudah rasa kan nikmat pemerintahan sementara dari parti umno baru & bn ? Warga emas di tipu hidup2, warga felda - warga kampung - warga bandar seluruh Malaysia ditipu dengan dijanjikan Brim, akhirnya kalian tersujud di kaki bank berkali-kali semata cucuk duit yang dijanjikan Najib tapi tak kunjung tiba.

Alasan kerna kalian ada SSM ?

Inilah dia, telah berkali-kali kami beritahu warga emas ini..tapi tetap juga undi umno baru & bn, konon kalau tak undi brim pun takkan ada. Hah......nah, rasakanlah wahai pakcik makcik & seluruh penduduk malaysia sekalian. Di tipu hidup-hidup!

Kerajaan hantar pihak majlis tempatan & bandaraya semak kalian punya pendaftaran ssm. Jika tak daftar, makanya saman di keluarkan walaupun berniaga tepi jalan guna payung jual kuih & nasi lemak. Bila dah daftar ssm, barulah daftar lesen penjaja majlis. Walaupun rakyat buleh daftar atas nama sendiri, tapi syarat utama ialah mesti ada daftar niaga ssm.

Di paksa berniaga online mesti ada SSM. Walaupun jual sambilan, ramai professor & menteri kata wajib daftar ssm konon boleh perbaharui hidup. Cuba lihat kesan dia.... telah berkali-kali dipesan, sekali lagi rakyat dibangsatkan oleh parti milik najib & bn itu sendiri.

Maka jual lah makanan tepi jalan. Setiap tahun warga malaysia ini terpaksa renew lesen.

Wahai pakcik & makcik, adik kakak sekalian.... tak lama lagi pru14. Nanti sdra Najib kata kalau nak Brim lebih mesti undi umno baru & bn. Kalau nak jalan raya pun mesti undi mereka. Kalau tak undi konon DAP memerintah. Walaupun DAP itu tak cukup kuota majoriti di Parlimen pun umno baru kata cina DAP memerintah habis melayu & islam......

Pertanyaan GM pada pakcik makcik & penduduk Malaysia sekalian, kalian akan undi parti Najib iaitu Umno Baru & BN atau tidak pru14 nih ?

TAK UNDI!!!! MESTI TAK UNDI PUNYA!!!

Haha....toksah cakaplah, depa dok beri duit RM150 saja setiap seorang suruh undi + oven free + beras 10kg terus umno jadi terus baik di hati.

Bila rakyat Malaysia nak berubah ? Takut DAP ? Dari dulu Malaysia ditadbir parti umno baru & barisan nasional, agong pun melayu. Semua menteri pun banyak melayu..... lagi takut cina DAP konon memerintah agama islam pun hilang ?

Pakcik & makcik...... zaman pemerintahan melayu melaka pun umno baru & barisan nasional tak ada lagi makcik....parti cina pun tak ada waktu tu. Tapi zaman kesultanan melayu itu pun hilang dari peta dunia... mana pergi pakcik ? Elok saja agama islam berkembang...mudah saja pun!

Lantak lah pakcik makcik oiii.... undi lah lagi. GM hanya kata satu saja pada pakcik & makcik + anak muda penyokong umno!

Tahniah kerna berjaya merosakkan bangsa Malaysia & negara Malaysia seluruhnya. Habis Malaysia tergadai pada tangan asing di sebabkan undi dari jari pakcik & makcik tu. Tahniah! :)

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Isu Korea: Henti jadikan Malaysia bahan tawa dunia

Kim Jong-un
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa bersikap serius dalam menangani isu diplomatik, antara Korea Utara dan Malaysia.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, kerajaan juga disarankan lebih tegas dalam menghadapi kemelut diplomatik ini.

"Jangan ulang kelemahan dan kesilapan dalam berhadapan misteri kehilangan MH370 lagi.

"Cukuplah menjadikan Malaysia bahan tawa dunia dengan kelemahan risikan dan keselamatan negara. Rakyat juga perlu berani untuk memastikan Kerajaan Persekutuan bercakap benar dalam isu ini,"' katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu hubungan antara Malaysia-Korea Utara kini memasuki episod baharu apabila kedua-dua buah negara bertindak membekukan perjalanan keluar, sama ada rakyat Malaysia di Korea Utara atau rakyat Korea Utara di Malaysia.

Terdahulu, memetik laporan Reuters, larangan itu atas alasan untuk memastikan keselamatan diplomat dan rakyatnya di Malaysia ekoran krisis diplomatik yang berlaku antara kedua-dua negara selepas pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Namun menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , difahamkan 11 rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang ancaman diterima oleh mereka di sana.

Seramai 11 orang warga Malaysia itu terdiri daripada tiga orang kakitangan kedutaan Malaysia, dua daripadanya adalah individu yang bekerja dengan World Food Programme di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.

Ujar Ahmad Anwar lagi, mengimbas mengenai hubungan Malaysia-Korea Utara,ramai rakyat tidak mengetahui hubungan diplomatik yang telah terjalin di antara kedua dua buah negara berkenaan selama ini.

"Selama bertahun-tahun, Korea Utara telah menikmati banyak kebebasan apabila menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.

"Rakyat mereka diberikan kebebasan untuk melawat, bekerja dan tinggal di Malaysia. Walaupun Korea Utara dianggap 'jahat' oleh sebahagian besar dunia hari ini tetapi Malaysia tetap menjalin hubungan dan memberikan keistimewaan kepada Korea Utara atas pertimbangan ekonomi dan sebagainya," katanya.

Katanya lagi, rakyat perlu sedar bahawa selain hubungan diplomatik dengan Korea Utara, Malaysia juga mempunyai hubungan perdagangan dengang dengan negara itu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut perihal itu katanya, apa yang perlu diberi pertimbangan kini adalah bersatu hati mempertahankan kedaulatan negara.

"Ayuh, rakyat Malaysia, bersama-sama kita menjadi benteng mempertahankan kedaulatan negara.

"Ayuh, kita doakan keselamatan saudara-saudara kita yang menjadi tebusan rejim Pyongyang. Kita perlu berganding bahu bersama Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan rakyat Malaysia di sana," katanya.

Ujarnya lagi, maruah kedaulatan Malaysia sedang dicabar, jadi ketepi perbezaan kita untuk berdiri bersama-sama pertahankan negara Malaysia.

Tuesday, 7 March 2017

BR1M: 'Jangan kita dilayan seperti monyet menunggu pisang'

 | ARIF ATAN

Syafiq AzmiSyafiq Azmi

Rakyat patut menuntut kerajaan memastikan urus tadbir yang baik bukannya terlalu bergantung pada agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mulai 18 Februari lepas.

Ketua Pemuda Amanah Melaka, Muhammad Syafiq Azmi berkata, bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah itu sebenarnya tidak diperlukan jika pelbagai aspek kesejahteraan rakyat tercapai.

"Pada hemat saya, rakyat haruslah berani melakukan perubahan. Benar BR1M itu hak kita, tapi janganlah pula kita ini sampai dilayan seperti monyet yang menunggu pisang.

"Yang patut kita harap daripada kerajaan adalah kos sara hidup yang tidak menekan, pemborosan dan ketirisan melibatkan dana awam. BR1M itu tidak perlu bila segalanya benar-benar mensejahterakan rakyat," ujarnya.

Mengulas rungutan orang ramai yang tidak diluluskan permohonan BR1M mereka lantaran berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beliau menganggap reaksi tersebut bukti rakyat semakin terbeban sehingga memaksa mereka berniaga kecil-kecilan.

Beliau turut menyifatkan tujuan Umno-BN menjadikan rakyat terlalu bergantung dengan kerajaan melalui pemberian BR1M sejak 2012 itu mula terlaksana.

"Persoalannya, apakah BR1M kini mula jadi satu bentuk 'dadah' baru kepada masyarakat? Jika ya, maka ini membuktikan maqasid pelaksanaannya mula membuahkan hasil bagi pihak kerajaan Barisan Nasional," tegasnya.

Syafiq dipetik daripada catatannya di Facebook hari ini juga menceritakan pengalaman permohonan isterinya untuk BR1M ditolak tahun lalu kerana terkait dengan SSM.

"Bila ditanya kepada pegawai yang bertanggungjawab, jawapannya isteri saya telah mendaftat SSM yang memerlukan prosedur yang agak leceh jika tetap mahu mendapatkannya. Maka, kami hanya membiarkan semua itu berlalu.

"Atas sebab itu juga bila saya mengetahui SSM itu akan jadi halangan kepada BR1M maka saya daftar sebuah lagi syarikat.

"Bukanlah untuk mencabar tetapi mahu membuktikan saya sudah menerima sepenuhnya yang lebih penting bukan sekadar RM1,200, tetapi negara ini perlu dibetulkan semula untuk generasi hari ini dan akan datang," ujar Syafiq lagi.

Perlu pengesahan

Sementara itu, terdapat pemohon BR1M 2016 berkongsikan semakan terhadap status bantuan tersebut berserta alasan penolakan permohonan mereka.

"Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM)," dipetik daripada paparan tertera yang tular di media sosial.

Difahamkan rata-rata pengusaha perniagaan secara dalam talian (online) yang mendaftar dengan SSM tidak diluluskan permohonan mereka untuk menerima BR1M.

Tahun lalu, kerajaan menegaskan peniaga online wajib mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan SSM bagi mengelak berdepan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Hasilnya, kira-kira 18,000 peniaga dalam talian telah berdaftar dengan SSM setakat Julai 2016 berbanding hanya 6,000 golongan peniaga itu berbuat demikian iaitu peningkatan 300 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lebih RM19 bilion diagih setakat tahun lalu sejak BR1M diperkenal pada 2012Lebih RM19 bilion diagih setakat tahun lalu sejak BR1M diperkenal pada 2012

Setakat tahun lalu, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM19.4 bilion sejak lima tahun pelaksanaan BR1M dengan jumlah bantuan ditambah dan kriteria penerima diperluas dari semasa ke semasa.

Sejumlah RM2.1 bilion diagihkan kepada 4.2 juta orang penerima BR1M pada 2012, RM2.9 bilion kepada 6.8 juta penerima (2013), RM3.7 bilion kepada 7.0 juta penerima (2014), RM5.3 bilion kepada 7.4 juta penerima (2015) dan RM5.4 bilion kepada 7.3 juta penerima.

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat pemberian BR1M tidak lebih langkah kerajaan Umno-BN mengaburi mata rakyat kerana masih gagal menangani kenaikan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

Bebanan tersebut ditambah dengan kesan rantaian penghapusan subsidi bahan api serta barangan keperluan asas selain penguatkuasaan rejim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Geely mendakwa DRB-Hicom berdolak dalik

DRB-Hicom didakwa berdolak-dalik

SYARIKAT pengeluar kereta China, Kumpulan Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) yang dikatakan akan mengambil alih Proton, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom sebelum ini kemungkinan tidak meneruskan keputusannya tersebut.

Ini berikutan Geely mendakwa DRB-Hicom berdolak dalik dan gagal memberikan keputusan muktamad mengenai perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak yang mengadakan rundingan sejak beberapa bulan lalu.

See Hua Online melaporkan, Pengerusi Kumpulan Geely, Li Shufu berkata, pihak syarikatnya keliru dengan pendirian pengurusan DRB-Hicom yang tidak dapat memberi jawapan jelas sehingga hari ini.

"DRB-Hicom seperti tidak tahu apa yang mereka mahukan. Mereka sentiasa mengubah rancangan. Sekiranya berlaku keadaan ini, Geely mungkin tidak akan meneruskan rancangan ambil alih Proton ini," kata Shufu ketika mengadakan sidang akhbar di Beijing, China Jumaat lalu.

Selepas kenyataan Shufu t, pada hari yang sama, harga saham DRB-Hicom Bhd jatuh lima sen atau 3.45 peratus di Bursa Malaysia. Ia ditutup pada harga RM1.40.

Sehingga hari ini, pihak pengurusan DRB-Hicom belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas ke atas pengumuman oleh pengerusi Kumpulan Geely itu.

Ini menyebabkan pencarian DRB-Hicom untuk mendapatkan rakan kongsi dari negara asing yang  mendapat tumpuan sektor automotif  di peringkat antara bangsa terus meninggalkan teka-teki.

Dua minggu lalu, DRB-Hicom menjelaskan pengumuman mengenai rakan strategik Proton akan ditentukan bila-bila masa dalam separuh masa pertama tahun ini.

Sementara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula memaklumkan keputusan pemilihan rakan strategik Proton hanya diketahui selepas 15 Februari lalu, iaitu tarikh akhir untuk setiap syarikat asing yang berminat untuk menjadi rakan strategik Proton menyerahkan cadangan mereka.

 

Monday, 6 March 2017

TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir

 | A KADIR JASIN

A Kadir JasinA Kadir Jasin

Media arus perdana khususnya TV3 semakin ditolak rakyat dan menjadi kacau -bilau kerana campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas pengarang Kumpulan New Straits Times Press A Kadir Jasin.

"Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

"Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

"Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang "puppet mastar" yang bukan daripada kalangan media massa. Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau," tulisnya di blog.

Pimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Umno dan BN pula semakin tidak berani buat tampalan dan bagi komen di media sosial.

"Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

"Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi," katanya.

Berikut adalah tulisan penuh beliau di blognya http://kadirjasin.blogspot.my/

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir

TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itulah permintaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zahid Mat Arif, masa berucap di majlis malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.

Kata Zahid, pada mulanya dia marah dan sangat benci kepada TV3, khususnya dan media massa arus perdana (MAP), amnya kerana hina Dr Mahathir.

Tapi bila dia bergaul dengan orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan benci kepada TV3 kerana hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.

Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr Mahathir.

Ramai sudah tahu MAP dalam keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno untuk bayar gaji kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.

Contoh terbaru penolakan orang ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong.

Di antara pukul 1:21 petang hari itu hingga 5:05 petang hari berikutnya, laporan Malaysiakini itu menarik 124 komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.

Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan kutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.

Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:

Kasparov Cia: "Ya betul..... T Sariffudin ni kaki jilat..... Nak buat mcm mana semua yg di pilih Pak Jib pilih bodoh2....."

Mohd Abu (University West London): "Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!"

Dua pembahas bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.

Willian Cheng (Leeds Metropolitan University UK) berkata: "Sangat benar" dan Nab AB (bekerja di UTMIC) pula berkata: "Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la tu...."

Hatta yang tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.

Kata pembahas Ahmad Midon: "Mohd Abu betul ke citer kamu tu......rasanya satu bentuk kelentong.....malahan ada unsur2 lucah..... yg hairannya ada pula yg like.....pak abu buat lawak rupanya.....lemah betul daya tanggap aku ni ye......maklumlah dah dimamah usia...."

Syok Sendiri

Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang "puppet mastar" yang bukan daripada kalangan media massa.

Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau.

Manakala laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, Umno dan Barisan Nasional pula semakin tak berani buat tampalan dan bagi komen.

Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi.

Berkenaan Tengku Sharifuddin, saya nak kata kepada dia, saya pun dah tua tapi belumlah nyanyuk.

Saya ingat lagi panggilan telefon Najib kepada saya bagi maklumkan yang dia telah tawar jawatan Setiausaha Akhbar kepada Tengku Sharifuddin. Tapi tak perlulah saya cerita apa yang saya kata kepada Najib masa itu.

Wallahuaklam.

Hahahaha....mari kita ketawakan Nazri..!!!

HAHAHAHA.....

Nazri Aziz akhirnya secara rasmi menolak cabaran Tun Mahathir Mohamad untuk berentap di Langkawi dan mengatakan beliau hanya sedia bertempur dengan bekas Perdana Menteri itu kawasannya, Padang Rengas saja.

Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, sistem pengagihan kerusi yang diamalkan oleh UMNO tidak membenarkannya berpindah dari Padang Rengas ke Langkawi.

Sehubungan itu, kata Nazri lagi, sesiapa yang ingin mengalahkannya dalam pilihanraya ialah dengan bertanding di Padang Rengas yang sedang diwakilinya.

Tun Mahathir seharusnya lebih tahu mengenai sistem dalam UMNO, beliau pernah menjadi Presiden UMNO selama bertahun-tahun. Saya tidak perlu mengajarnya mengenai perkara itu, tambah Nazri lagi.

Akhirnya terbuktilah siapa anak jantan dan siapa tidak.

Apakah tidak boleh Nazri menyahut terlebih dahulu cabaran Tun Mahathir itu sambil mengatakan akan cuba memujuk Najib Razak untuk membenarkannya bertanding di Langkawi?

Tidak bolehkah beliau berkata sedia menyahut cabaran Tun Mahathir itu jika UMNO memberi kebenaran kepadanya berpindah ke Langkawi?

Mengapa awal-awal lagi sudah menolak cabaran Tun Mahathir dengan berselindung di sebalik sistem yang menjadi amalan dalam UMNO?

Apakah sistem dalam UMNO sesuatu yang tidak boleh diubah langsung seperti Al-Quran?

Hahahaha....mari kita ketawakan Nazri!! (Shahbudin 06/03/2017).

Tun Mahathir dakwa kerjasama ketenteraan China-Malaysia boleh undang serangan AS

BANGI: Kerjasama ketenteraan China dan Malaysia boleh menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi diserang pada masa akan datang, dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke Beijing pada November lalu, di mana kedua-dua negara bersetuju akan mengadakan lebih banyak kerjasama ketenteraan di Laut China Selatan.

Bercakap pada ceramah yang diadakan oleh Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir menjelaskan dalam perjanjian itu, sebuah pangkalan tentera laut diperlukan bagi kemudahan kapal perang yang membuat rondaan di kawasan itu.

"Jika kita membina sebuah pangkalan tentera laut dengan China, ia akan menarik perhatian AS dan berkemungkinan AS akan menyerang kita.

"Ia hanya pendapat saya, tetapi ada kemungkinan kita diheret ke dalam perang antara China dan AS."

Dengan mengambil contoh Libya, katanya, AS pernah beberapa kali menyerang kilang penapis minyak yang dibina oleh China.

"Apabila China membina beberapa kilang penapis minyak di Libya, AS mengebom kerana mereka tidak mahu melihat tentera China berada di sana."

Beliau berkata, Najib seharusnya mengambil pendekatan tidak berpihak kepada mana-mana negara dalam dasar luar negara kerana ia menjadi dasar negara sejak mencapai kemerdekaan.

"Sejak merdeka, kita tidak pernah menyebelahi mana-mana negara tetapi Najib kini berpihak kepada musuh AS.

"Saya amat bimbang, negara ini sepatutnya mengambil pendekatan yang neutral, kita tidak berpihak pada mana-mana negara sebaliknya mesra dengan semua negara di dunia."

Dr Mahathir juga memberi amaran kerjasama ketenteraan negara ini dengan China boleh mencetuskan ketegangan hubungan kita dengan negara rakan baik lain.

"Kita juga akan terlibat dalam peperangan negara lain. Isu ini perlu ditangani dan dasar luar negara kita perlu dipinda."

MCA dianggap cawangan kedutaan China, bukan parti politik kerajaan dakwa bekas duta

KUALA LUMPUR: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, dakwa bekas Duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius.

Menulis dalam FMT semalam, Dennis berkata situasi itu dibimbangi memberi kesan kepada kedaulatan negara.

"Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa," katanya.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata, MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

"Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR," kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau," katanya seperti disiarkan FMT.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.

"Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini," katanya.

Katanya, dasar "pro-China" yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.

Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan Dun Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

"Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia," kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.

Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih "sederhana" dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.

Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.

"Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri," katanya.

Sunday, 5 March 2017

'Syarikat RM2' ajak orang awam teliti projek ECRL

 | ARIF ATAN

Orang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversiOrang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversi

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang dilantik oleh kerajaan sebagai pemilik aset dan pengendali Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 600 kilometer mengajak orang ramai meneliti cadangan projek dari Kelantan ke Selangor itu.

Anak syarikat yang didakwa milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) itu memaklumkan Sesi Penelitian Awam berlangsung mulai 8 Mac ini hingga 6 Jun depan di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) beralamat di Aras 5, Blok 5, Platinum Sentral dekat KL Sentral.

Notis Penelitian Awam yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini memberitahu pameran sama turut diadakan di pejabat MRL beralamat di Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas di ibu negara serta 15 pejabat daerah tempatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Orang awam dijemput untuk meneliti projek ini. Maklum balas boleh dihantar kepada MRL selewat-lewatnya 5 Jun 2017. Kakitangan MRL akan sedia membantu di lokasi-lokasi berkenaan," dipetik dari notis itu.

Empat Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada November tahun lalu mempersoal kewajaran MRL mewakili kerajaan Malaysia dalam perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Mereka yang diketuai Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016 sebagai syarikat yang bermodal RM2 sekaligus menyangkal dakwaan kerajaan kononnya milik MOF Inc.

"Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet," dipetik daripada kenyataan bersama itu lagi.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan peruntukan untuk pembangunan ECRL mencecah RM55 bilion.

Pemilihan syarikat dari negara China, CCCC itu juga menimbulkan kontroversi apabila Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak syarikatnya selama lapan tahun mulai 12 Januari 2009 daripada memperoleh sebarang bentuk pinjaman menerusi bank itu atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).

Bimbang ancam Tanah Rizab Melayu 

Banyak pihak bimbang dengan projek jaringan perkhidmatan tren baharu yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa itu termasuk aktivis alam sekitar memandangkan kawasan tanah tinggi tersebut kaya dengan flora dan fauna selain legeh sungai iaitu kawasan memisahkan dua hulu sungai.

Laluan ECRL yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang melibatkan lebih 20 stesen itu turut dikhuatiri mengancam kedudukan penempatan penduduk dan status Tanah Rizab Melayu.

Senarai stesen seperti diberitahu dalam Notis Penelitian Awam itu adalah Wakaf Bharu, Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali sebelum memasuki Kampung Raja di Besut, Terengganu diikuti Penarik, Kuala Telemong, Pengkalan Berangan, Dungun, Kerteh, Kemasik dan Chukai.

Lokasi stesen ECRL berikutnya di Pahang meliputi Cherating, Kuantan Port City dan Kota Sultan Alam Shah atau dikenali sebagai Kota SAS di Indera Mahkota serta Kuantan Sentral, Gambang, Maran, Mentakab dan Bentong.

Seterusnya, ECRL akan melalui Selangor di Gombak Utara dan Integrated Transport Terminal (ITT) Gombak yang berdekatan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Putra Gombak.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Pembayaran BR1M secara manual peluang pemimpin bertemu rakyat, kata Shahidan

 | BERNAMA

Shahidan KassimShahidan Kassim

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

"Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan," katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bintong hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.

Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.

"Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan diambil kira.

"Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya," kata Shahidan.

ADUHAI NAZRI!! MENANG 2,000 UNDI PUN ADA HATI NAK CABAR TUN M..

Rasanya ini sudah kali kedua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz melontarkan cabaran kepada Tun Mahathir untuk berdepan dengannya di Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang.

Cabaran kali kedua ini dilontarkan berikutan Tun Mahathir akan turun berceramah di Padang Rengas, hujung bulan ini.

Sekiranya bukan Tun Mahathir, Nazri juga dilaporkan mencabar Muhyiddin Yassin untuk berdepan dengannya susulan Presiden Bersatu itu akan turut datang ke Padang Rengas selang dua hari daripada kedatangan Tun Mahathir.

Muhyiddin akan menghadiri satu program di Padang Rengas pada 23 Mac, diikuti Tun Mahathir pada 25 Mac.

Tentunya ramai yang tergelak dan senyum sinis dengan cabaran Nazri itu kerana dalam pilihanraya 2013 lalu beliau hanya mampu menang dengan majoriti 2,230 undi saja.

Itu pun lawannya ketika itu seorang yang tidaklah seorang yang cukup dikenali ramai iaitu Meor Ahmad Isharra Ishak.

Bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang lawannya adalah seorang lebih terkenal atau bertaraf nasional.

Agak-agaknya nak gebang besar mencabar orang lain...lainlah kalau menang dengan majoriti 20,000 undi.

Maka, untuk PRU 14 akan datang, di samping UMNO dan BN makin terbeban dengan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun Najib Razak, dengan dua tiga kali Tun Mahathir dan Muhyiddin datang ke Padang Rengas saja sudah memadai untuk mengoyak-rabakkan kedudukan Nazri.

Tidak perlu Tun Mahathir atau Muhyiddin menyahut cabaran bertanding di Padang Rengas kerana mereka bukan sekadar untuk mengalahkan Nazri sebagai Ahli Parlimen, tetapi lebih penting ialah untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan, bukan saja Nazri akan kalah sama, malah kalau  beliau menang sekali pun, kecundanglah segala nikmat kehidupannya selama ini.

Dalam masa yang sama, jika Nazri benar-benar hebat atau anak jantan sepertimana yang selalu disebutnya, beliau sepatutnya bukan sekadar mencabar Tun Mahathir atau Muhyiddin berlawan dengannya di Padang Rengas, bahkan juga mesti berani berhadapan dengan kedua-dua pemimpin Bersatu itu sama ada di Kedah, Johor atau kawasan yang berkecuali.

Itu barulah benar-benar anak jantan!! (Shahbudin 04/03/2017).

Gelombang kesedaran rakyat khususnya warga Felda akan terus disemarakkan


Malam Semarak Kasih & Solidariti 4MA di Bandar Baru Bangi malam tadi. Alhamdulillah, kehadiran yang cukup memberangsangkan. Bertemu dengan ramai anak2 peneroka Felda di perantauan.

Terimakasih kepada AMANAH Serdang sebagai tuanrumah yang bertungkus lumus membuat persiapan dengan dibantu petugas PPBM, PKR dan DAP.

Terharu atas solidariti dan keprihatinan Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah, Salahudin Ayub, YB Lim Kit Siang, Dato' Husam Musa, YB Saari Sungib, Wan Shahrir dan ramai pimpinan PH+PPBM yang hadir.

Gelombang kesedaran rakyat khususnya warga Felda akan terus disemarakkan, demi menyelamatkan FELDA sebagai institusi melayu kebanggaan negara.

Moga usaha kita diberkati Allah.

Mazlan Aliman