advertiser

Saturday, 25 February 2017

'Jom Jatuhkan NAJIB & BN..Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....' - Tun M

Berdepan dengan aktivis yang pernah mengecamnya dengan pelbagai label, hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya untuk "diambil tindakan" oleh kumpulan reformasi.

Berucap di Konvensyen Reformis Malaysia hari ini, Dr Mahathir menegaskan - untuk kesekian kalinya - bahawa perjuangan utama rakyat di negara ini ialah menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Seruan itu disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 300 orang yang hadir di IDCC Shah Alam itu.

Tokoh yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu juga secara sedar mengakui dia bukanlah orang yang digemari semua.

"Saya bukanlah orang yang disukai semua orang, banyak yg masih tak suka," katanya disambut sorakan "Betul! Betul!" daripada hadirin.

Pun begitu ia tidak menjejaskan ucapan Dr Mahathir.

"Sebab itu saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama...." katanya, dan sekali lagi disorak sebahagian hadirin.

"Tak boleh lupa Tun! Lapan belas tahun Tun!!" kata hadirin, merujuk kepada permulaan kebangkitan gerakan reformasi kesan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Kata Dr Mahathir, beliau sebelum ini belum pernah bersemuka dengan penggerak gerakan reformasi.

Namun pada hari ini, kata pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia itu, beliau mendapat kehadiran begitu ramai dan penuh dengan emosi serta semangat.

"Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

"Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." katanya disambut tepukan dan sorakan sekali lagi.


Selesai agensi bertindih sebelum buang orang, tegur Amanah


PETALING JAYA: Pertindihan peranan dan tugas pelbagai agensi dan jabatan kerajaan perlu dibetulkan sebelum mengambil langkah membuang kakitangan awam, kata Amanah.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub menyeru pengurusan audit dilaksanakan bagi membetulkan struktur kerajaan sekaligus menghasilkan penjimatan.

"Sebelum isu ini memangsakan anggota perkhidmatan awam, mengapa kita tidak berfikir untuk menstrukturkan semula isu pertindihan beberapa jabatan dan agensi," katanya dalam kenyatan semalam.

"Kita lihat situasi hari ini di mana wujudnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kemudian diadakan pula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Apa perlunya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) setelah adanya Majlis Amanah Rakyat (Mara). Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindih dengan Perbadanan PR1MA Malaysia. Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) pula ditubuhkan setelah adanya Unit Perancang Ekonomi," soalnya.

SPAD, Teraju, PR1MA, Pemandu dan Unit Perancang Ekonomi terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

SPAD berperanan merancang, menyelia, dan menguatkuasakan semua perkara berkaitan dengan pengangkutan awam darat di Malaysia Timur; Teraju menerajui, 

Friday, 24 February 2017

Apa hubungan UMNO dengan parti pemerintah Korea Utara?

oleh Mahdzir Ibrahim

Saya memuji usaha rakan-rakan yang pergi membantah kenyataan Korea Utara berhubung dengan sikap dutanya yang cuba merosakkan nama dan reputasi Malaysia berikutan siasatan kes kematian Kim Jong-nam yang masih sedang dijalankan.

Usaha itu digerakkan oleh Pemuda UMNO yang diwakili oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan disertai oleh pemimpin parti Barisan Nasional yang lain.

Namun demikian, beliau seharusnya lebih peka dan sedar diri sebelum membuat bantahan ini kerana parti beliau sendiri iaitu UMNO telah dan mempunyai hubungan rasmi yang rapat dengan parti Workers' Party of North Korea (WPK). 

Mahdzir Ibrahim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

Malah wakil UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin hubungan rapat dengan parti tersebut. Acara MoU ini juga telah dilaporkan oleh Utusan sendiri, dan juga BERNAMA pada 26 November 2014. Pautan berita http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-jalin-hubungan-dengan-parti-politik-sri-lanka-korea-utara-1.29409

Ini bukan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G to G), tetapi melibatkan hubungan antara parti politik yang memerintah (Malaysia) dengan satu parti politik (yang memerintah Korea Utara).

Parti WPK ini dipimpin oleh Kim Jong-un, adik tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam yang dipercayai dibunuh 10 hari lalu di KLIA2.  WPK adalah sebuah parti komunis yang memerintah Korea Utara secara kuku besi melebihi 60 tahun. Kim Jong-Un, pemimpin tertinggi WPK pula, dilihat dunia sebagai seorang yang kejam dan tidak berperikemanusian.  Bukan sahaja jutaan rakyat Korea Utara sengsara di bawah rejim WPK, malah rantau Asia sentiasa mengalami ketidakstabilan dan pergolakan akibat perangai Kim yang suka mengugut dengan ujian senjata nuklear.  

Jadi, persoalan yang harus kita tanya pada hari ini, apakah isi kandungan MoU yang ditandatangani oleh UMNO dan WPK ini? Kerjasama yang bagaimana? Dalam bentuk apa?

Saya fikir, ahli-ahli UMNO sendiri tidak tahu hubungan ini berbentuk apa. Sekurang-kurangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili UMNO semasa menandatangai MoU tersebut, boleh menerangkan kepada ahli-ahli mereka.

Soalan kedua yang wajar dijelaskan, adakah MoU ini masih sah? Hanya ahli-ahli UMNO boleh bertanya kepada pemimpin mereka.

Saya ingin menasihatkan Khairul Azwan, jika beliau benar-benar patriotik, beliau harus mendesak agar UMNO iaitu partinya, segera membatalkan terus hubungan rapat dengan Workers' Party of North Korea (WPK).

Beliau berlagak seakan pemuda yang paling patriotik, sedangkan partinya sendiri mempunyai hubungan dengan parti dari negara Korea Utara itu.

Rakyat perlu disedarkan bahawa, selama ini parti UMNO sering menuduh dan menfitnah parti pembangkang sebagai ejen negara asing dan pelbagai lagi gelaran dan ejekan jelek yang tidak berasas, tetapi mereka sendiri yang mempunyai hubungan rasmi dengan parti WPK, sebuah parti komunis yang dijauhi oleh semua negara di seluruh dunia.

Sikap hipokrit pemimpin UMNO bukan sahaja ada dikalangan pemimpin mereka, tetapi sikap hipokrasi ini turut menular kepada pemimpin Pemudanya. -Roketkini.com

*Mahdzir Ibrahim adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

Sunday, 19 February 2017

Saya tunggu Najib di mahkamah - Tun Mahathir

'Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah'
Tun Mahathir (tengah) bersama pemimpin Bersatu Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir di Balik Pulau, malam tadi.

BALIK PULAU - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengheretnya ke muka pengadilan jika dakwaannya sebelum ini tidak betul.

Mahathir berkata, seseorang itu akan melenting jika tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar sebaliknya Najib hanya berdiam diri.

Beliau berkata, sepatutnya Najib sedar rakyat kini mula mengetahui perbuatannya sehingga imej negara tercemar di mata dunia.

"Rakyat tahu, Najib mencuri wang rakyat dan kerajaan sehingga negara menanggung beban hutang yang begitu banyak. Saya hairan, dari dulu saya gelar dia pencuri, tetapi sehingga kini, dia tak pernah mengambil tindakan ke atas saya.

"Selalunya, jika orang tuduh kita perkara yang kita tidak buat, tentu kita marah dan ambil tindakan. Tetapi, Najib relaks saja. Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah kerana panggil dia pencuri (wang rakyat)," katanya ketika berucap di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir dihadapan kira-kira 500 hadirin di sini malam tadi.

Program itu turut dihadiri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Penyelaras Keahlian Bersatu Pulau Pinang,  Marzuki Yahya, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Malaysia kini diambang kejatuhan di bawah pimpinan Najib.

"Adalah tugas Bersatu untuk pulihkan ekonomi negara dari terus dirosakkan Umno dan BN dibawah Najib. Saya rasa sedih untuk minta rakyat jangan sokong BN dan Umno lagi. Ini kerana, saya dahulu pun pemimpin kepada kedua-dua parti itu juga. Tetapi, Umno yang ada sekarang bukan seperti yang dahulu lagi.

"Umno tidak salah tetapi Najib guna Umno dan BN untuk lindungi tindakannya yang menyalahi undang-undang. Kepada yang masih sokong Umno, buang lah. Umno sudah dirosakkan. Dahulu memang kita sokong, tetapi kini tidak lagi. Jangan jual negara kerana disogokkan dengan dedak," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir juga menyatakan perjuangan Bersatu yang ingin merampas pemerintahan negara bagi memulihkan semula ekonomi Malaysia di mata dunia.

"Hutang negara kini mencecah RM200 bilion. Saya yakin Najib tidak mampu nak bayar (hutang) balik. Sebab itu perjuangan kita (Bersatu) adalah untuk menyelamatkan negara. Jika tadbir negara, kita akan dapatkan semula wang yang diambil Najib.

"Kita akan dapatkan semula wang yang dibekukan di Singapura dan Amerika Syarikat. Saya harap rakyat buka mata dengan perjuangan kita ini. Perjuangan demi negara. Sekarang ini, rakyat nak mengaku kepada negara luar bahawa mereka dari Malaysia pun malu. Malu sebab ekonomi negara teruk," katanya.

Sambil menyifatkan dirinya ditipu, Mahathir memohon maaf kepada rakyat kerana memilih Najib sebagai Perdana Menteri bagi memimpin negara.

"Saya mohon maaf kerana saya yang menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri. Saya ditipu. Sebenarnya dari dahulu saya kerap ditipu. Saya pun tak tahu bagaimana says kena tipu