Saturday, 18 February 2017

Tun M Kepada PAS - Jangan tangan bersalam, sebelah lagi tumbuk

Mahathir

KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas Perdana Menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

"Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan, namun Pas memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu beri Pas masa sebulan lagi]

Beliau kemudiannya menyelar tindakan Pas dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi BN pada PRU14.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

"Kita (Pas) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa Pas tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.     

"Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan masing-masing," katanya. - Bernama


Mahfuz - Tegur Pas demi survival parti

Mahfuz Omar

POKOK SENA - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, kenyataannya yang disifatkan mengkritik parti bukanlah berniat untuk mengecam, sebaliknya kerana mahu memastikan survival parti itu dalam politik negara.

"Saya bukan kecam Pas, saya menegur kerana sayangkan parti selain mahu selamatkan Kelantan agar tidak jatuh ke tangan BN pada PRU14, akibat keputusan parti yang enggan bekerjasama dengan parti pembangkang lain. Pas harus fikirkan survival parti itu dalam jangka panjang," katanya, semalam.

Menurutnya, beliau bimbang keengganan Pas untuk bersama parti pembangkang lain membentuk pakatan lebih besar (grand coalition) boleh menyebabkan  parti itu kehilangan Kelantan, termasuk menjejaskan kedudukan di Selangor apabila Pas menolak kerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan politik dengan Amanah dan DAP.

"Mungkin Pas lupa, sebelum ini mereka boleh kerjasama dengan Semangat 46 yang terlibat menjatuhkan kerajaan Pas, selain Berjasa yang dilabel parti serpihan Pas pada 1978. Kedua-dua parti itu pernah kianati Pas, kenapa sekarang Pas tidak boleh kerjasama dengan Amanah atau parti lain," katanya.

Mahfuz berkata, Pas harus berfikiran melangkaui sentimen berpuak-puak dan mengenepikan amarah untuk kelangsungan parti itu, dan perlu bersama parti pembangkang lain menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN.

"Kenyataan saya harus dilihat sebagai mewakili suara ahli parti yang tidak lagi gembira dengan cara politik Pas sekarang. Ramai ahli, penyokong dan pengundi Pas tidak senang dengan pendekatan politik Pas, yang dilihat menjarakkan diri dari arus perdana politik tanahair," katanya.

Mahfuz turut menempelak kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyarankan beliau keluar parti kerana sering mengkritik parti.

"Kenyataan Mohd Amar menghalau saya keluar Pas amat mengejutkan dan memperlihatkan sikap 'gedebe' beliau.

"Kenyataan itu bukan mengajak berdamai sebaliknya mencabar ahli keluar parti, yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.

Menurutnya, adakah Pas kini tidak lagi boleh menerima pandangan berbeza daripada ahlinya.

"Ahli yang menegur parti secara terbuka untuk kebaikan diminta keluar parti? Apakah budaya tegur menegur sudah mati dalam Pas? Janganlah bina persepsi bahawa Pas tidak boleh ditegur dan dikritik jika mentadbir negara kelak," katanya.

Mahfuz berkata, pendirian Pas itu tidak disenangi sebahagian besar ahlinya kerana menjejaskan kestabilan parti itu sendiri.

"Pimpinan Pas perlu berhati-hati buat kenyataan, jangan rosakkan lagi Pas yang kini dilanda krisis. Sudah ramai ahli beralih parti, pimpinan harus sedar perkembangan ini," katanya.

Sebaliknya, Mahfuz bertegas akan terus menyuarakan pandangannya biarpun bertentangan dengan pendirian parti.

"Saya tetap akan bawa suara akar umbi kerana masih sayangkan Pas. Sebahagian ahli berani bertindak, sebahagian tidak berani mengkritik dan ambil pendekatan senyap walaupun sebenarnya mereka kecewa," katanya.

Menurutnya, Pas tidak wajar melihat keahlian yang ramai sebagai kekuatan untuk parti itu bersendirian, sebaliknya kejayaan yang dicapai bukan sekadar kekuatan Pas sendiri.

"Pada 1990, ketika itu parti pembangkang mula merapatkan kerjasama berdepan BN dalam pakatan yang lebih padu. Gabungan dalam Pakatan Rakyat telah menyaksikan Pas, PKR dan DAP beroleh kejayaan besar," katanya.

Mahfuz berkata, sewajarnya pendekatan ini diteruskan untuk menggarap semua kekuatan dalam sebuah pakatan besar, untuk kekalkan kemenangan dan membina gabungan yang kuat.

"Pas perlu bersama dengan parti lain, yang miliki latar belakang dan asas perjuangan baharu seperti Amanah dan Bersatu supaya lebih utuh melawan BN pada PRU14," katanya.

Thursday, 16 February 2017

Inilah Puncanya antara akan PAS akan hilang kuasa di KELANTAN..

Mat Saman Kati


Menjatuhkan kerajaan adalah hasrat semua pembangkang. PH nak jatuhkan Umno. Umno nak jatuhkan DAP. Amanah nak jatuhkan PAS. Tak ada yang luarbiasa.

Aku setuju, Pas Kelantan tak akan jatuh dengan undi Orang Asli sebab mereka melihat OA hanya sebagai pengundi.

OA lebih dari itu. Mereka adalah sebahagian dari ekosistem. Mereka adalah sebahagian dari alam. Bila mereka dirosakan, alam juga rosak.

Pas akan tewas dengan isu alam sekitar.

Image may contain: one or more people, text and outdoor

'Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'

12 Februari 2017 | ARIF ATAN


Dalam tempoh 24 jam sepanjang hari ini, tiga kali Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria di status Facebook beliau mengaitkan pihak yang dianggapnya menentang himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dengan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau ‘Ahok’.

"Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17 Anda penyokong Ahok," ujarnya merujuk kepada satu-satunya Gabenor dari keturunan Cina dan beragama Kristian pertama mentadbir Jakarta dalam tempoh lebih 50 tahun itu yang kemudiannya didakwa menghina al-Quran.

Razman ZakariaBagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pukul 7 petang hari ini mendapati, rata-rata pengguna di media sosial mengkritik Razman termasuk mengaitkan tindakan Pas mengadakan himpunan itu sebagai memulihkan imej parti tersebut selepas dibohongi Umno-BN.

Terdahulu, Razman juga memuat status Facebook yang menyebut tentang reaksi "parti serpihan Ahok" apabila "big brother" dikatakan menerima dana dari Israel.

"Hairan juga parti serpihan Ahok bila big brother dituduh terima duit Israel relax jer. Israel musuh Islam," ujarnya yang pernah bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.

Bahkan dalam status yang melampirkan lapan "Peraturan dan Arahan Am Peserta Himpunan 355", beliau menulis, "Turun dengan berhemah. Tarikh (?) membezakan Melayu yang sokong Ahok," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak sekretariat himpunan di Padang Merbok itu dikatakan telah menyediakan 500 pemantau khas bagi mengawal dan merakam sebarang gerakan yang mencurigakan.

Ahok yang dikenali kerana lantang bersuara dan dilantik sebagai Gabenor Jakarta pada 2014 itu kini mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) 15 Februari ini.

Beliau akan bertanding atas sokongan parti PDI-P pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri, Golkar dan Nasdem dengan menerima tentangan daripada dua pasangan yang bertanding atas dua lagi gabungan parti politik iaitu pasangan Anies Bsawedan-Sandiaga Uno dan Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni.

Tahun lalu, Ahok dituduh menghina agama Islam ekoran mengaitkan lawannya menggunakan ayat 51 surah al-Maidah ketika berkempen di Pulau Seribu, Oktober pada Pilihan Raya Gabenor.

Ucapan beliau yang sebenarnya telah disunting pihak tertentu menjadi tular sehingga mencetuskan demonstrasi mega melibatkan ratusan ribu penganut Islam dengan tema "Aksi Bela Islam" pada 4 November tahun lalu.

Bagaimanapun, Ahok berkata, beliau telah difitnah serta tidak bermaksud untuk menghina ayat suci al-Quran dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.

Eishh Mahalnya nak jumpa PRESIDEN PAS untuk buat program dialog politik

Muhaili Amran,

Image may contain: 1 person, text

Masyallah... jika macam nielah tanda harga untuk berjumpa PRESIDEN dan mendengar taklimat mengenai MASA DEPAN PAS yang terpaksa bayar sehingga RM10 ribu...

Ahli dibawah berpusing mencari seuap nasi untuk dimakan manakala yang diatas mudah sahaja menyedut duit ahli dengan sekadar program DIALOG POLITIK dan majlis makan malam...

Itu baru jadi presiden..bagaimana nanti jika jadi PERDANA MENTERI... kena bayar ribu-ribu macam nie juga kira nasib kita semua lah....

Dahulu tak ada program taklimat bab politik nak kena bayar2 mcm nie...sekadar buat kat padang, markas ataupun rumah2....tapi skrg dah xklusife sampai ahli nak dengaq taklimat pon kena bayarnya...

Pemuda Umno benarkan ahli sertai himpunan RUU 355 anjuran PAS

khairul-azwan-ruu-355
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno tidak akan menghalang ahlinya menyertai perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS yang akan diadakan Sabtu ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda Umno terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok itu dengan kelulusan polis.

“Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita,” katanya selepas mesyuarat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Khairul Azwan berkata, beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.

Dijangka seramai 200,000 orang menghadiri perhimpunan yang bertemakan “Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera” itu.

Pada 24 November lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU persendirian iaitu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan berkata, Pemuda Umno mengalu-alukan keputusan Kabinet semalam menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an.

“Ini satu langkah awal yang baik. Namun saya harap tiada sebarang spekulasi sehingga pasukan petugas khas ini selesai menjalankan siasatannya,” katanya.

Wednesday, 15 February 2017

600K ahli PAS bakal menjadi penyokong AHOK jika benar mereka tidak turun HMPUNAN 355 Sabtu nanti..!!

Mat Alishah


Nampaknya sasaran kedatangan AHLI PAS ke H355 pada Sabtu ini telah di anggarkan dan ia keluar di akhbar online PAS iaitu HARAKAHDAILY (LINK)... Tujuan saya menyatakan hal ini adalah kerana saya hendak menghubungkaitkan kenyataan kunjungan ini dengan kenyataan dari pada PESURUHJAYA PAS PERAK di status FBnya dimana..


Disini berdasarkan kenyataan tersebut maka bolehlah kita menganggarkan seramai 600K lagi ahli PAS adalah penyokong AHOK... ini berdasarkan dari jumlah terkini ahli PAS iaitu 800K...

Tahukah anda siapa AHOK ini.. beliau adalah GABENOR JAKARTA dan didakwa menghina ISLAM...


Dari situ dapat disimpulkan dari kenyataan PESURUHJAYA PAS PERAK itu hendaklah PAS memastikan semua ahli mereka HADIR tanpa sebarang alasan kerana ini nak memertabatkan agenda besar yang dilakukan oleh parti jadi tiada alasan yang perlu diberikan..disamping kenyataan yang mengandaikan sesiapa yang tak turun ke H355 itu penyokong AHOK jadi ia satu kenyataan yang tegas.

Mahathir GAGAL pujuk PAS bersama pakatan pembangkang untuk berlawan dengan UMNO BN

Dr Mahathir tak akan berjaya pujuk PAS

Mohd-Amar-Nik-Abdullah
KOTA BHARU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap “sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk” dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas perdana menteri itu tidak akan berjaya “memujuk” PAS untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

“Cara dan kenyataan Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan, namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Amanah.

Beliau kemudiannya menyelar tindakan PAS dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Uilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

“Kita (PAS) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Dr Mahathir) rasa PAS tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.

“Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli… jadi kita bawa jalan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Amar berkata tiada mana-mana pihak boleh memaksa PAS untuk membuat keputusan mengikut selera mereka kerana parti itu mempunyai penilaian sendiri terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan.

“Kami ada pendirian kami sendiri… tak ada orang boleh paksa PAS. Kita buat keputusan apa semua pun dengan pandangan dan penilaian kita sendiri. Setakat ini tak ada lagi keputusan (yang dibuat PAS) kerana orang paksa,” katanya.

Monday, 13 February 2017

Mampukah Pas Mempertahankan Kelantan?


Adakah kerajaan PAS benar-benar kukuh di Kelantan? Adakah UMNO bersedia untuk merampas semula negeri itu? Atau adakah bakal wujud kerajaan baru di Kelantan dalam bentuk Pakatan Harapan dan Bersatu pada pilihan raya umum yang akan datang?

Setelah lebih dua puluh kali lawatan saya ke Kelantan sejak 1993, termasuk untuk beberapa penyelidikan lapangan bagi menyempurnakan tesis ijazah saya mengenai PAS di antara 2002 dan 2004, saya sentiasa kagum dengan kecanggihan politik orang Kelantan.

Rakyat Kelantan memilih pentadbiran PAS berturut-turut di antara 1959 dan 1978, dan sekali lagi mulai 1990 sehingga hari ini. Sentimen kewilayahan Kelantan yang berkait rapat dengan politik persekutuan adalah faktor penting bagi pengundi Kelantan sejak dahulu hingga sekarang.

Dalam semua pilihan raya umum sejak kembali berkuasa pada 1990, kehadiran Tok Guru Nik Aziz - seorang ulama yang tegas dalam sikap rendah dirinya - menajdi faktor positif yang berterusan untuk PAS. Malangnya, ulama yang bijaksana ini tiada lagi bersama kita, sejak 2015.

Keunikan Kelantan termasuklah kekuatan rakyatnya menolak “momok Cina” ciptaan UMNO yang tidak masuk akal itu. Malah, cerita “takut dengan DAP” yang sering menjadi senjata ampuh UMNO di banyak kawasan majoriti Melayu, tidak pernah berkesan di negeri Cik Siti Wan Kembang kerana orang Kelantan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana PAS dilihat mempunyai hubungan rapat dengan UMNO sejak kebelakangan ini manakala UMNO buntu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin tidak popular, PAS kini dilihat semakin hilang kekuatan kewilayahan/ anti-persekutuan di mata ramai rakyat Kelantan.

Ramai rakyat Kelantan berhijrah dan menetap di Lembah Klang tetapi mereka masih mengundi di kampung halaman mereka. Kalangan penyelidik percaya bahawa lebih dari 20 peratus pengundi Kelantan tinggal di luar Kelantan. Biasanya mereka mengundi mengikut peralihan citarasa nasional - yang pada masa ini tidak memihak kepada Najib dan sesiapa yang bersekutu dengan Perdana Menteri.

Oleh itu, mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga, terutamanya kepada Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum akan datang perlu dikaji semula. Entah bagaimana kalangan pemerhati politik melihat kekuatan PAS di Kelantan tanpa banyak penelitian mendalam.

Kajian yang lebih teliti sebenarnya mendedahkan senario yang sangat berbeza, mungkin juga mengejutkan kepada sesetengah orang. Dalam persaingan untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, PAS berada dalam kedudukan yang kabur untuk menyerlahkan kuasa ketiganya. Malah, PAS mungkin terpaksa membentuk satu pakatan pilihan raya dengan UMNO di Kelantan, sama ada secara sukarela atau demi kepentingan politik.

Dengan mengandaikan Amanah mampu memberikan cabaran serius kepada PAS di 10 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri miliknya manakala Bersatu mampu berbuat demikian di 5 daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri milik UMNO, PAS dan UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya bertanding antara satu sama lain di mana-mana kerusi di Kelantan.

Dengan mengandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk satu gabungan yang mantap – melawan PAS atau UMNO, atau kedua-duanya, dalam pertandingan tiga atau empat penjuru – maka pihak yang bakal rugi besar bukanlah Pakatan Harapan dan Bersatu.

Jika PAS dan UMNO tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk membentuk gabungan pilihanraya, dan mengambil keputusan untuk berlawan antara satu sama lain – sementara Pakatan dan Bersatu membentuk gabungan untuk meletakkan calon tunggal di setiap kerusi – tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat keputusan pilihanraya di Kelantan nanti, terutamanya bagi kerusi-kerusi yang marginal, iaitu yang dimenangi dengan peratusan undi yang kecil.

Jika undi PAS dan UMNO kurang 10 peratus – kerana dikaitkan dengan Najib – dan mereka tetap mahu bertanding tiga penjuru, PAS mungkin kehilangan Kelantan manakala UMNO boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk menawan semula negeri itu.

Pada pilihan raya umum 2013, kedua-dua PAS dan PKR mendapat 425,291 undi (55,26%) manakala Barisan Nasional 343,416 undi (44.62%). PAS memenangi 32 daripada 45 kerusi DUN manakala PKR menang DUN Guchil dengan hanya 49.9% undi.

Daripada 32 kerusi PAS, 13 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi. Daripada 12 kerusi UMNO dalam DUN Kelantan, 9 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi.

Dalam erti kata lain, 23 daripada 45 kerusi Kelantan – lebih sedikit daripada separuh – adalah kerusi bahaya untuk kerajaan PAS jika Pakatan Harapan dan Bersatu meletakkan satu gabungan yang mantap manakala UMNO dan PAS berlawan antara satu sama lain.

Jangan sekali-kali memandang rendah kebijaksanaan pengundi Kelantan. Saya telah bertemu dengan ramai orang Kelantan selama ini dan saya amat menghormati mereka. Jika berlaku perubahan citarasa di Kelantan, PAS dan UMNO akan terpaksa membentuk satu gabungan. Oleh itu, mitos PAS sebagai kuasa ketiga yang kuat hanya akan menjadi sebuah angan-angan.

Liew Chin Tong

*Analisis ringkas oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pada 1 Februari 2017

Dr M: Laporan polis ke atas saya untuk orang pekak, buta, tuli


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang membuat laporan polis berhubung dakwaannya terhadap projek Forest City di Johor berjaya menarik perhatian golongan 'pekak, buta dan tuli'.

"Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT).

"Saya akan membuat penjelasan yang lebih panjang dan mempamerkan fakta-fakta berkenaan projek ini apabila saya dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam catatan di blog.

Mahathir sebelum ini mempersoalkan projek Forest City dengan memetik laporan akhbar Bloomberg, yang menyebut projek di Johor Bahru itu akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu.

Forest City seluas 1,386 hektar itu akan dibina di atas empat pulau buatan manusia di kawasan Iskandar Malaysia, dan dijangka mengambil masa 30 tahun untuk siap sepenuhnya.

Awal bulan ini, lima NGO mendesak Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu, menyifatkan pandangannya mengenai Forest City berbaur hasutan.

Mahathir berkata beliau hairan mengapa NGO terbabit tidak membuat laporan polis terhadap Bloomberg, yang turut membuat dakwaan yang sama.

"Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya.

"Sekarang selepas saya jelaskan asas dakwaan saya, buatlah laporan polis terhadap Bloomberg. Tetapi saya yakin mereka tidak berani.

"Tujuan laporan mereka terhadap saya bukan diasaskan kepada kenyataan saya itu tidak betul. Laporan dibuat untuk menghentikan saya dari bercakap benar. Dalam Malaysia sekarang ini kebenaran amat ditakuti. Pembohongan disanjung tinggi," kata bekas perdana menteri itu.

Beliau turut mengesyorkan NGO terbabit membuat lawatan ke Forest City untuk melihat 'dengan mata kepala sendiri' siapa pembeli bangunan di kawasan itu.

"Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.

"Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

"Sesungguhnya NGO-NGO ini mengkhianati bangsa dan negara kerana menyokong penjualan wilayah di Malaysia kepada orang asing yang akan mendiri bandar-bandar mewah untuk diduduki dan dimiliki selama-lamanya oleh mereka," kata Mahathir.

Mahathir juga berkata tidak ada mana-mana negara di dunia yang sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negara mereka.

Katanya, pendirian rakyat Johor yang menolak kemasukan orang asing menerusi projek Forest City tidak berbeza dengan pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing ke negara mereka.

"Amerika dengan penduduk seramai 325 juta pun menolak kemasukan orang Mexico dan oleh Trump, orang Islam.

"Di Palestin, pembinaan bandar-bandar untuk orang Yahudi di tanah milik orang Palestin ditentang oleh mereka. Di Eropah kemasukan pelarian dari Syria dan lain-lain negara Arab dan Afrika dihalang oleh mereka," katanya.

Kebimbangan Mahathir Tentang Forest City Berasas – Subky Latif

Penulis veteran Pas, Subky Latif menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Forest City dengan menyifatkan apa yang disuarakan bekas perdana menteri itu ada kebenarannya.

Dalam tulisan di media rasmi Pas, Harakahdaily, Subky yang terus kekal dengan Pas berkata, Dr Mahathir ada asas untuk mencurigai projek Forest City ini.

Bagi beliau, apa yang dimuat oleh sebuah media, Bloomberg itu ada perkara besar melibatkan kedaulatan wilayah Johor dan persekutuan.

“Jika benar seperti yang dikatakan itu ia seperti menjual kedaulatan dan wilayah kita kepada kuasa luar sama seperti Tzar Rusia jual kedaulatan Alaska kepada Amerika, antara sebab Lenin marah sangat kepada Raja Rusia,” kata Subky merujuk laporan Bloomberg mengenai Forest City.

Bagi Subky, Kedah ada pengalaman dalam isu campur tangan asing ini.

Subky Latif sokong pandangan Dr Mahathir dalam isu Forest City.

“Kerana Sultannya minta perlindungan Kapten Francis Light bagi mengelak ancaman Siam, membenarkan Inggeris berpangkalan di Pulau Pinang hingga akhirnya Kedah hilang hak atas Pulau Pinang dan Seberang Perai,” tulis Subky.

Katanya, orang politik seperti Mahathir mesti peka dan cemburu terhadap sebarang perkembangan yang mengancam kemerdekaan wilayah kerana ia ada sebab dan puncanya.

“Laporan Bloomberg memang mengganggu cemburu kita atas wilayah kita. Membangunkan ekonomi dan menarik pelaburan tidak menghalalkan wilayah kita jadi milik dan takluk asing.

“Apa salahnya takwil Mahathir bermotif politik kerana politik itulah semangat dan ketahanan bagi memelihara maruah negara,” tulis beliau.

Subky membidas sikap sesetengah pensyarah universiti yang menyerang Mahathir dalam isu ini.

“Orang universiti mesti cerdik bila memperjuangkan pembangunan dan membuat pelaburan asing. Jangan fikir kemudahan prasarana kampus dan kemudahan pembelajaran hasil pembangunan hingga tidak kira wilayah kita dikuasai oleh kuasa asing.

“Kalau banyak takwil atas kedatangan pemodal dan pekerja asing nanti pelaburan tidak datang. Ini sama dengan fikiran talibarut penjajah yang tak mahu pemikiran kemerdekaan di kalangan anak jajahan. Mereka takut sangat merdeka kerana bila merdeka negara tidak maju,” katanya lagi.

Bagi beliau, orang berotak merdeka datang dari orang politik. Fikiran politik itu yang mendorongnya mempertahankan negara dan sedia mati sebagai pahlawan.

Bagi Subky, orang yang setuju membenarkan pelaburan asing membolot isi wilayah, memonopoli pembangunan dan memiliki hartanahnya, sama seperti orang-orang yang menjemput penjajah datang dulu.

Beliau juga meminta raja-raja memahami semula apa yang dikatakan Mahathir itu.

“Raja-Raja mesti faham kalau wilayah kita satu demi satu hilang kepada kuasa asing, Raja-Raja balik jadi macam zaman penjajah dulu, ikut apa yang penjajah mahu saja,” tulisnya.

Bekas KSU cadangkan kerajaan kecilkan perkhidmatan awam sebelom negara terjerumus krisis kewangan seperti Greece

'Kecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terlambat'

 
Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan siz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian.

"Saya akan kata, walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," jelasnya.

Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.

Pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga akan menjadi satu pendekatan yang positif dengan membolehkan mereka diberikan pampasan adil, kata Sheriff pada forum tadbir urus ekonomi di Sasana Kijang, Bank Negara hari ini.

Tambah beliau, lebihan kakitangan perkhidmatan awam telah menyebabkan ketidak cekapan dalam ekonomi dan kegagalan dalam disiplin kewangan kementerian serta jabatan kerajaan.

Sheriff turut berjenaka mengenai keperluan Malaysia untuk mencontohi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam tindakan pengecilan saiz perkhidmatan awam.

"Oleh kerana semua usaha (kami) sebelum ini untuk mengecilkan (perkhidmatan awam) tidak berjaya, mungkin kita harus mengikuti Donald Trump yang berkata mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam di Washington kerana mewujudkan terlalu banyak birokrasi, melumpuhkan ekonomi dan membebankan bajet persekutuan.

"Ada arahan daripada Trump bahawa bagi setiap jabatan baru atau agensi diwujudkan, dua yang ada harus ditutup.

"Saya fikir jika kita terima pakai arahan ini dengan jelas, ia akan menjadikan kementerian berfikir dua kali sebelum mereka mahu berjumpa Jabatan Perkhidmatan Awam," ujarnya.

Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setahun untuk penggajian dan elaun. Sebanyak RM21.6 bilion lagi dibelanjakan untuk bayaran pencen.

https://www.malaysiakini.com/news/372278

Kini menipu lesap dan songlap duit rakyat mula dari atas hingga bawah, tak kira hang sapa dan parti mana

Monier Mat Din,

Di zaman FB ini rata2 orang termasuk saya dah kurang baca suratkhabar. Bukan kata suratkhabar Berita TV pun dah jarang dengar. Sesekali buka radio kat keta, keluar berita ringkas mana2 siaran, baru dapat tau dua tiga berita terkini semasa.

Sebab tu wpun rata2 org dah tak langgan suratkhabar suratkhabar ini, saya pastikan juga sekurang2nya seminggu sekali hari Ahad vendor suratkhabar hantar mai Mingguan Malaysia ke rumah.

Walaupun kadang2 tak berapa selera tapi saya pastikan juga diri saya ini tak ketinggalan jauh sangat dgn berita2 dan perkembangan terkini semasa. Bukannya apa kadang2 di tempat kerja meeting dgn Boss2 besaq dari Jepun sesekali timbul topik tentang isu2 semasa yg ada kaitan dgn masa depan dan kestabilan pelaburan di negara orang ini bolehlah saya celah cakap kata tak dak apa aih itu cerita org politik ja, satgi reda lah tu, dan sebagainya.

Pelabur2 asing nie depa mai negara kita depa nak buat duit bukannya nak buat kerja charity / kebajikan. Makanya setiap denyut nadi negara kita, politik ka ekonomi ka sosial ka depa kena amik kira.

Saya langgan Mingguan Malaysia sebab MM hujung minggu ini dia ada rangkuman berita2 penting atau pun topik2 utama semasa yg boleh kita baca, terutamanya di ruang Analisis Mingguan dan bahagian Rencananya. Biasanya di situlah tumpuan saya.

1. Minggu ini rasa "penin" sikit, ada berita baru yg tak pernah dengar, macam topik PANAS lah pula, siap dibubuh background kala merah dgn tajuk utama Bongkar Dalang Kerugian Besar Bank Negara. Bilalah pula bank negara rugi besaq ini?

Baca pi baca tengok, la..depa kata zaman Dr Mahathir merintah Malaysia hari tu apa dia buat tak tau sampai Bank Negara RUGI RM44 Billion, tapi selama 25 tahun depa pakat kambus (org Baling kata susuk) cerita tu tak bagi rakyat jelata tau sampai lah hari ini.

Biaq betoi !

RM44 Billion tu bukannya satu jumlah yg sedikit, boleh bagi budak2 Universiti belajar free tak payah hutang PTPTN dan hat dah grad, hutang PTPTN duk terkial2 nak bayar bulan2 tu boleh burn tak payah bayar teruih.

2. Baca lagi.

La, patut pun cerita lama hat dah kambuih dalam2 tu timbul balik, pilihanraya nak mai dah rupanya. Dr Mahathir duk pulun sangat lawan team hat duk ada ini. Dia pulun sungguh serang musuh politik dia nie terutamanya bab skandal 1MDB.

Sembang bab 1MDB ini, org awam mcm kita nie letih dah dengar sebab depa duk cerita bab uang ringgit BILLION BILLION yg tak kesampaian otak kita nak memikirkannya, terutamanya org2 kampung noreh getah pokok orang, awak2 nelayan kerja bot orang, tukang racun rumput di bendang2 dan sebagainya. Depa ini pendapatan RM1000 sebulan pun tak sampai mcm mana nak sembang Billion !

3. Baca lagi.

Team Pembangkang duk jaja cerita kata Duit 1MDB lesap lebih kurang RM42 Billion.

Aik, jumlahnya lebih kurang mcm duit Bank Negara lesap zaman Dr Mahathir lah pula, RM44 Billion.

Kosong-kosonglah kalau macam tu..:-)

Duk kerja lesap duit ja depa nie, aduih !!

4. Baca lagi, muka depan Mingguan Malaysia hari ini berita kecik belah bawah "Duit FELDA lesap pi mana entah, RM4.3 Billion?".

Lesap lagi, Billion Billion lagi, aduih.

5. Duk kerja lesap duk kerja kena tipu aje.

Berita Besar muka depan Mingguan Malaysia hari ini, lebih 1000 org yg sesetengah tu kerja hebat2 lulusan baguih2 kena tipu dgn satu budak pompuan lulusan SPM ja, pelaburan palsu. Berapa?

RM55 JUTA.

Hah hat nie sib bik tak sampai Billion.

Nak habag kata, menipu lesap dan songlap duit di bumi Malaya kita ini dari atas sampai ke bawah, tak kira hang sapa tak kira hang menganut parti apa, tak kira hang pangkat VIP atau pun rakyat jelata, tak kira hang ada PhD celup atau pun SPM semata.

Letih kita dengar tapi kita tak leh nak buat apa.

Cuma nak habagnya kita boleh sembang la sebab kita tidak diuji dengan DUIT juta-juta depan mata.

Duit boleh buat orang kelabu mata, itu ja.

Saja nak kongsi.

Tkasih.

Sunday, 12 February 2017

Di mana baki RM4.3bilion dana Felda, soal pengerusi baharu

shahrir-felda-fgv-1
PETALING JAYA: Felda bukan kekurangan dana tetapi wang itu disalah guna, kata pengerusi baharunya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, dalam mempersoalkan apa terjadi kepada berbilion ringgit hasil daripada tawaran awam permulaan Felda Global Ventures (FGV).

“Felda menerima RM6 bilion daripada penyenaraian FGV, iaitu dalam perniagaan hartanahnya. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion dibelanjakan sebagai durian runtuh.

“Kami salurkan RM15,000 kepada setiap peneroka dan keluarga mereka, dan masih ada baki RM4.3 bilion. Jadi ke mana perginya RM4.3 bilion itu?,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Shahrir berkata beliau percaya itulah sebabnya mengapa peneroka Felda kecewa dengan agensi itu, dan beliau berjanji untuk memperbetulkan keadaan.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata kira-kira RM200 juta dana dibelanjakan secara tidak betul, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit negara.

Shahrir berkata walaupun sukar mendapatkan kembali wang itu, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sebahagian wang berkenaan.

“Mustahil untuk mendapat balik RM200 juta apabila ia hilang. Dilaporkan banyak perkara dibuat tanpa kelulusan, dan tanpa mengikut protokol ditetapkan agensi itu.

“Itu sebabnya saya ditugaskan untuk cuba dan membetulkan kedudukan kewangan Felda. Bukannya kita tidak ada wang itu, tetapi ya, ia mungkin disalahgunakan,” katanya.

Beliau berkata sangat penting untuk pengurusan baharu di bawah kepimpinannya untuk melakukan kerja dengan betul supaya mereka dapat memperoleh semula keyakinan peneroka kembali kepada agensi itu.