Thursday, 9 February 2017

Pengungkitan skandal BMF tidak berbekas kepada Dr Mahathir

ULAS ISU

Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir.
Sekonyong-konyang skandal BMF yang merupakan skandal kewangan terhitam ditangung negara diungkit semula. Skandal itu berlaku dalam tahun  1979 hingga1983 dan ia asing kepada generasi muda hari ini. Pengungkitan semula skandal berkenaan dilihat bermotif politik bukan untuk kepentingan negara jauh sekali bertujuan menambah nilai ringgit. Ia diungkit semata-mata untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad yang ketika ini menyerang Najib bertubi-tubi.

Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.

Dr Mahathir sudah memberi jawaban dan ulasan berkaitan perkara itu, dimana menurutnya pengungkitan semula skandal itu adalah tindakan politik kerana dia tidak henti-henti menyerang Najib.

Apa perlunya skandal berkenaan ditimbul balik? Dalam isu ini saya tidak nampak, Najib mendapat laba kalau benar seperti kata Dr Mahathir itu. Dr Mahathir sesekali tidak akan berhenti dan surunder daripada menyerang Najib. Beliau sudah nekad dan menandatangani dengan dakwat merah. Sign mati.

Apakah penimbulan semula skandal berkenaan kerana hendak mengimbangi isu atau skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib? Ada penyokong Najib atau cybertrooper menulis membanding skdnal 1MDB tidak sehebat skandal BMF kerana skandal 1MDB tidak membunuh manusia. Perbanding itu dangkal dan tidak memberi nilai tambah kepada skandal ditanggung Najib itu. Bahkan cara itu ia mengesahkan Najib terlibat dengan skandal 1MDB.

Sepatutnya apa yang jadi sejarah tidak diguna untuk menenggelam apa yang sedang berlaku hari ini. Pengungkitan semula skandal BMF dan cuba mengaitkan dengan bekas PM itu, memburukkannya memberi peluru dan modal baharu buat Dr Mahathir. Ia silap besar. Inilah kelemahan di kalangan penasihat Najib kerana peluru yang dibalingkan Dr Mahathir dibalingkan semula menyebabkan Dr Mahathir boleh menggunakan peluru yang sama. Sepatunya mereka mati atau nyahhapuskan peluru-peluru itu.

Isu atau skandal BMF walaupun ia membabitkan kewangan negara, maruah negara dan kehilangan nyawa, ia sudah dikira tamat. Khalas. Mengungkitkannya tidak dapat melindungi apa yang sedang berlaku, sebaliknya tambah memalukan negara. Baik generasi muda tidak tahu sejarah hitam negara, ia menjadi tahu. Iya walaupun kebusukan itu tidak boleh diselindung sebab sejarah mencatatnya, tetapi mencium busuk dua kali dalam satu masa adalah suatu kebodohan dan kebebalan.

Jika pun skandal yang sudah berlalu 33 tahun itu masih relevan untuk kepentingan politik Najib, apa pula nanti orang tidak membangkitkan semula tragedi pembunuhan Altantuya Sharribbuu? Walaupun dari segi tektikal dan proses undang-undang Najib terhindar dari terlibat dengan pembunuhan itu namun beberapa keadaan yang berlaku terhadap si pembunuh wanita itu boleh dipusingkan untuk mengaitkan dengan Najib.

Bagi saya tidak ada untungnya skandal BMF dibangkitkan semula kalau tujuannya untuk menahan Dr Mahathir daripada menyerang Najib. Dr Mahathir tidak pernah berasa takut dengan apa yang dibuatnya. Psikologi tentang Dr Mahathir ini patut dipelajari. Dr Mahathir akan kering tanpa air, tetapi tidak akan lemas dalamn dalam air yang banyak.

Untuk maklumat kepada yang tidak memahami skandal BMF ini suatu masa ia telah disuakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, kononnya bekas Menteri Kewangan itu terlibat. Ia ditimbulkan pada masa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir untuk merebut jawatan presiden Umno. Mungkin ia diheret ke diri Tengku Razaleigh atas arahan Dr Mahathir juga.

Ia berlanjutan dimainkan sehingga dalam Piraum pada tahun 1990. Sebuah akhbar luar negara; Times News Paper di London telah melaporkan dengan menuduh Tengku Razaleigh terlibat. Laporan itu yang digunakan oleh geng Dr Mahathir untuk memburukkan Tengku Razaleigh dan sehinggakan orang ramai mempercayainya. Tektik yang sama nampaknya diulang untuk mengenakan Dr Mahathir. Haha..

Apa jadi kesudahannya, Tengku Razaleigh menyaman akhbar berkenaan, beliau menang dan akhbar berkenaan memohon maaf dan diperintah membayar ganti rugi kepadanya. Apakah hal yang sama akan berlaku kepada Dr Mahathir mengenai skandal BMF ini? Tetapi Dr Mahathir seorang yang tidak suka melepaskan fitnah dan tuduhan ke atas dirinya menerusi mahkamah.

Dalam perhatian saya, skandal maut itu tidak akan merubah pendirian Dr Mahathir. Langkah mengungkitkan skandal itu tidak menjadi kudis gatal kepada Dr Mahathir. Kenapa, sebabanya, Najib juga ada skandalnya tersendiri yang boleh diguna Dr Mahathir pada bila-bila masa sahaja. Saya yakin dalam kepala dan pengetahuan Dr Mahathir banyak isu personal mengenai Najib dan beliau hanya tertarik untuk memperkatakan skandal 1MDB sahaja setakat ini.

Jangan paksa Dr Mahathir membuka peti besi rahsia yang ada kepadanya, bahaya.

Jadi sebelum Dr Mahathir jadi marah dan hilang akal kerana mengaitkan dia dengan cerita lama yang sudah dilipat sejarah itu, elok hentikan untuk menyelamatkan Najib dari terkait dengan skandal atau perkara lebih parah lagi dititikkan. Simpanlah sedikit segala rahsia dan sejarah hitam itu untuk genarasi akan datang dan bahan kajian sejarah.

Dalam pada itu, saya percaya selepas ini tragedi Memali yang meragut 14 nyawa yang berlaku pada tahun 1985, di Kedah itu juga akan dibangkitakan. Akan ada nanti laporan fail-fail lama polis yang sebelum ini berstatus RAHSIA akan dibuka dan dilembelkan.  Tidak mustahil dokumen yang disiapkan oleh CIA atau KGB juga akan akan teburai hanya kerana nafsu sekarah politik.

Tidak mustahil tragedi Memali itu akan diungkitkan dalam usaha untuk membangkitkan kemarahan rakyat khasnya dari kalangan ahli parti agama agar "murih"  (marah) dengan Dr Mahathir dan sayang kepada Najib. Semua itu bukan dalam gagasan membina intergriti bangsa tetapi memusnahkan maruah bangsa. [wm.kl.4:32 pm 26/01/17]

Nafi terima dana Umno, Pas sedia ambil tindakan saman terhadap Husam

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas hari ini menafikan tuduhan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, fitnah yang bersifat jahat itu adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

"Pas dalam masa sama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut. Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang pemimpin politik mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Pendedahan itu dibuat dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

Pas perlu akui bantuan Umno

Pas

KOTA BHARU - Pas tidak dapat mengelak bekerjasama dengan Umno sekiranya mahu mempertahankan Islam selain memperjuangkan kepentingan umatnya.

Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Mohd Izani Mohd Zain, berkata, sebagai parti teras kerajaan dan parti Melayu Islam, Pas wajar mengutamakan kerjasama dengan Umno untuk isu kepentingan agama dan umat berbanding parti-parti lain.

Beliau yang juga Felo Bersekutu Majlis Profesor Negara, Mohd Izani Mohd Zain berkata, kedua-dua parti itu perlu melupakan seketika perbezaan antara mereka demi kepentingan lebih besar, iaitu Islam dan perpaduan Melayu.

"Pas sebenarnya telah beri banyak peluang DAP mengenali dan memahami Islam dalam tempoh kerjasama politik mereka, namun DAP sering kali tidak menghormati perjuangan Pas.

"DAP tidak menghiraukan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju. Bukan sahaja tidak bersetuju dengan perjuangan Pas, tetapi cuba menghalang perjuangan pelaksanaan undang-undang," katanya.

Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan mengakui Umno dan BN adalah kelompok umat Islam yang boleh dimanfaatkan untuk membela agama.

Sementara itu, mengulas isu sama, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Dr Zaharudin Sani, berkata, Islam seperti yang diketahui merupakan agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Walaupun begitu katanya, ianya perlu disemai dan dibaja agar boleh terus subur dan pastinya yang boleh menjaganya adalah pihak yang meletakan Islam sebagai tunjang perjuangan.

"Kini ternyata hanya Umno dan Pas yang memasukkan agenda Islam dalam iltizam kepartian mereka.

"Mana mungkin parti yang liberal dan sekular boleh mempertahankan Islam yang tidak termasuk dalam agenda perjuangan mereka?," katanya.

APABILA HADI AWANG MEREPEK MENYALAHKAN TUN M DAN SEPATUTNYA DIA CERMIN MUKA SENDIRI



Pada hakikatnya yang menyebabkan kuasa politik islam lemah adalah kerana sifat dan sikap hadi awang itu sendiri yang sedang membawa parti PAS bersekongkol dengan perdana menteri paling korup yang memimpin kerajaan kleptokrasi.

PAS telah menyebabkan  rakyat di peringkat akar umbi khususnya para pengundi atas pagar semakin hilang keyakinan pada kepimpinan parti islam itu sendiri.

Hadi awang sanggup bekerjasama dengan umno dan Barisan Nasional yang amat korup hingga menyebabkan majoriti dari penyokong parti PAS itu sendiri dah mula sangsi dengan wadah perjuangan mereka yang kononnya berpegang pada ajaran agama islam yang tulen berteraskan al-quran serta as-sunnah.

PAS lah yang membuatkan ramai daripada orang melayu yang beragama islam semakin kecewa dengan perkembangan politik islam di tanahair kita. Parti PAS lah yang sedang merosakkannya!!

Semua parti pembangkang melawan amalan rasuah serta salahlaku Barisan Nasional pada hari ini tetapi hadi awang menyokong pemimpin-pemimpin umno yang korup serta salahguna kuasa kebelakangan ini.

Kami pemimpin-pemimpin umno pun terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan serta tidak bersubahat dengan korupsi umno yang PAS berpuluhan tahun memaki hamun tetapi hari ini di saat mereka merosakkan masa depan bangsa, agama dan tanahair; kepimpinan tertinggi PAS pula sanggup bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi.

Suruh haji hadi suluh cermin muka dia terlebih dahulu sebelum nak salahkan tun dr mahathir mohamad.

Tun dr mahathir mohamad pada usia lanjut ini terpaksa pikul tanggungjawab sebagai fardhu kifayah untuk selamatkan malaysia tetapi hadi awang memilih untuk bersubahat dengan kemungkaran!!

Kalau hadi awang dan PAS tak mahu menyertai Pakatan Harapan tolonglah jangan cipta pelbagai alasan untuk menyalahi orang lain. 

Hadi awang kena salahkan diri dia sendiri!! Yang merosakkan dan meruntuhkan politik islam di negara ini adalah hadi awang!! Dia yang tak betul bukan tun dr mahathir mohamad!!

Sarawak report dan yb dato paduka husam musa buat kenyataan PAS telah dibayar sejumlah rm70 juta oleh umno sehingga hari ini pun hadi awang serta PAS tak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang. Mengapa begitu?!

PAS itu parti politik dan bukannya agama islam!! Pemimpin-pemimpin PAS macam hadi awang adalah orang politik biasa yang bukan maksum!! Mereka juga bernafsu seperti manusia biasa dan tidak terkecuali dari melakukan pelbagai kesalahan di muka alam ini.

Semua parti-parti yang didominasikan oleh orang-orang melayu ajak PAS kerjasama lawan kerajaan kleptokrasi namun mereka pilih untuk bersekongkol dengan umno serta Barisan Nasional.

Supremo DAP yb lim kit siang pun secara nada lembut, ikhlas dan memilih untuk mengambil pendekatan tawadduk bagi menjemput PAS menyertai Pakatan Harapan baru-baru ini tetapi malangnya parti PAS itu sendiri yang banyak 'songeh!!'

Hadi awang tak perlu buat retorik politik yang berselindung di sebalik agama islam lagi kerana keseluruhan rakyat sudah tahu 'warna sebenar' parti PAS ini. 

Hakikatnya, mereka adalah kalangan hipokrit yang mesti kita tentang secara habis-habisan seandainya PAS turut bersekongkol bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi di negara malaysia yang tercinta ini.

PAS jangan terlalu angkuh kerana mereka sedang menempa telaga yang cukup dalam untuk terjun ke dalamnya bersama umno!! 

Yakinilah, PAS sedang masuk ke perangkap umno dan Barisan Nasional yang bakal memusnahkan parti mereka buat selamanya selepas ini!!

Ikhlas dari: 
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
9 November 2017

Tuesday, 7 February 2017

Mukhriz saman bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Aziz


Bekas menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Saman itu dibuat susulan kenyataan Tunku Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.

Kenyataan Tunku Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui tetuan Haniff Khatri.

Dalam penyata tuntutannya, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.

Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.

Plaintif juga menegaskan telah memfailkan tindakan undang-undang kepada setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad atas dakwaan komplotnya bersama Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.

Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan jahat yang diungkapkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.