advertiser

Tuesday, 11 April 2017

Kesediaan Mahathir berusaha bebaskan Anwar daripada penjara gembirakan rakyat – Khairuddin

Kenyataan ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam baru-baru ini untuk berusaha membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14 kelak amat menggembirakan rakyat jelata khususnya warga luar bandar di seluruh pelusuk tanahair.

Ramai orang-orang Melayu di seluruh negara menerima baik kenyataan tersebut dan yakin dengan perpaduan mantap sesama ahli-ahli Pakatan Harapan.

Ramai kalangan menyatakan kenyataan demi kenyataan dari Tun Dr Mahathir sejak kebelakangan ini telah dapat meyakinkan majoriti sanubari rakyat bahawa perpaduan di dalam Pakatan Harapan bukanlah satu sandiwara.

Perpaduan Pakatan Harapan nampak semakin teguh serta ikhlas sesama rakan komponen.

Faktor inilah yang membuatkan ramai pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang Umno merasa amat kepanasan sejak akhir-akhir ini.

Sekiranya saya diberikan kerusi untuk bertanding pada PRU14 kelak dan andaikata ditakdirkan menang; insya-Allah kerusi tersebut akan dijadikan sebagai persediaan untuk diserahkan kepada Anwar mengambil-alih melalui pilihanraya kecil.

Saya akan kosongkan kerusi tersebut buat Anwar bertanding setelah beliau dibebaskan dan akan kami usahakan agar proses undang-undang membenarkan beliau bertanding pada waktu itu.

Banyak cara dan kaedah perundangan yang boleh kita usahakan untuk Anwar dibebaskan serta dibenarkan bertanding.

Yang penting keseluruhan rakyat jelata mesti berikrar untuk sokong dan menjamin kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

Sokongan mutlak rakyat secara sepadu akan merobah lanskap politik tanahair ke arah menukarkan kerajaan kleptokrasi kepada sebuah kepimpinan Pakatan Harapan yang paling bersih menerajui negara.

Saya amat yakin secara total bahawa amalan korupsi dan salahguna kuasa akan berakhir secara kekal serentak dengan tamatnya kepimpinan kerajaan kleptokrasi di bumi malaysia.

Rakyat akan dapat mengecapi kesejahteraan hidup secara adil dan saksama sekiranya Pakatan Harapan dapat menubuhkan kerajaan baru selepas PRU14 nanti. Insya-Allah. Amin.

Samada kita mahu atau tidak mahu; suka atau tidak suka kali ini rakyat tiada pilihan kecuali sama-sama berganding bahu bagi menumbangkan Umno serta BN melalui amalan demokrasi secara proses pilihanraya.

Hanya dengan menumbangkan umno dan BN melalui proses pembuangan undi negara Malaysia akan dapat diselamatkan.

LAWAN TETAP LAWAN! KALI INI PAKATAN HARAPAN!

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
9 April 2017

No comments:

Post a Comment