advertiser

Monday, 6 March 2017

TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir

 | A KADIR JASIN

A Kadir JasinA Kadir Jasin

Media arus perdana khususnya TV3 semakin ditolak rakyat dan menjadi kacau -bilau kerana campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas pengarang Kumpulan New Straits Times Press A Kadir Jasin.

"Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

"Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

"Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang "puppet mastar" yang bukan daripada kalangan media massa. Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau," tulisnya di blog.

Pimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Umno dan BN pula semakin tidak berani buat tampalan dan bagi komen di media sosial.

"Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

"Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi," katanya.

Berikut adalah tulisan penuh beliau di blognya http://kadirjasin.blogspot.my/

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir

TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itulah permintaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zahid Mat Arif, masa berucap di majlis malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.

Kata Zahid, pada mulanya dia marah dan sangat benci kepada TV3, khususnya dan media massa arus perdana (MAP), amnya kerana hina Dr Mahathir.

Tapi bila dia bergaul dengan orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan benci kepada TV3 kerana hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.

Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr Mahathir.

Ramai sudah tahu MAP dalam keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno untuk bayar gaji kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.

Contoh terbaru penolakan orang ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong.

Di antara pukul 1:21 petang hari itu hingga 5:05 petang hari berikutnya, laporan Malaysiakini itu menarik 124 komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.

Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan kutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.

Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:

Kasparov Cia: "Ya betul..... T Sariffudin ni kaki jilat..... Nak buat mcm mana semua yg di pilih Pak Jib pilih bodoh2....."

Mohd Abu (University West London): "Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!"

Dua pembahas bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.

Willian Cheng (Leeds Metropolitan University UK) berkata: "Sangat benar" dan Nab AB (bekerja di UTMIC) pula berkata: "Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la tu...."

Hatta yang tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.

Kata pembahas Ahmad Midon: "Mohd Abu betul ke citer kamu tu......rasanya satu bentuk kelentong.....malahan ada unsur2 lucah..... yg hairannya ada pula yg like.....pak abu buat lawak rupanya.....lemah betul daya tanggap aku ni ye......maklumlah dah dimamah usia...."

Syok Sendiri

Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang "puppet mastar" yang bukan daripada kalangan media massa.

Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau.

Manakala laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, Umno dan Barisan Nasional pula semakin tak berani buat tampalan dan bagi komen.

Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi.

Berkenaan Tengku Sharifuddin, saya nak kata kepada dia, saya pun dah tua tapi belumlah nyanyuk.

Saya ingat lagi panggilan telefon Najib kepada saya bagi maklumkan yang dia telah tawar jawatan Setiausaha Akhbar kepada Tengku Sharifuddin. Tapi tak perlulah saya cerita apa yang saya kata kepada Najib masa itu.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment