Friday, 10 February 2017

Nafi terima dana Umno, Pas sedia ambil tindakan saman terhadap Husam

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas hari ini menafikan tuduhan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, fitnah yang bersifat jahat itu adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

"Pas dalam masa sama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut. Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang pemimpin politik mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Pendedahan itu dibuat dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

No comments:

Post a Comment