Thursday, 19 January 2017

Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil menulis jawapan balas berhubung kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap dirinya semalam.

Dalam kenyataannya Mahathir berkata, beliau tidak dapat pastikan  sama ada kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang didakwa 'tersinggung dan terluka dengan kenyataannya' mengenai Forest City benar-benar mencabarnya atau ia sekadar tafsiran akhbar.

"Namun, kecuali DYMM menafikan baginda mencabar saya, saya menganggap laporan The Star itu adalah benar," katanya.

Semalam, Baginda dalam satu kenyataan membidas Mahathir kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia terutama sekali di Johor.

Baginda bertitah, Mahathir cuba memainkan "politik ketakutan dan perkauman" dalam cubaannya menghalau pelaburan China dari negeri itu, namun yakin ia yang tidak ada tempat di Johor kerana baginda tidak percaya kepada politik perkauman.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ibrahim bidas Tun M]

Dalam pada itu, Mahathir berharap kenyataannya ini tidak disalah anggap, seolah-olah beliau mencabar institusi diraja.

"Ketika orang lain boleh bercakap apa yang mereka mahu mengenai saya, dan saya mengalu-alukan kebebasan mereka bercakap begitu, saya berharap dalam maklum balas kepada cabaran DYMM, saya tidak ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara.

"Jika ia dibuat dengan perbicaraan, saya mengalu-alukan penahanan tangkapan," katanya.

Mengulas lanjut Mahathir berkata kenyataan beliau mengenai Forest City di Johor Bahru itu, tidak lebih daripada mengulangi laporan Bloomberg berkaitan projek pembangunan di negeri itu.

"Apa yang dikatakan Bloomberg dalam laporannya pada 22 November tahun lalu?

Ianya mengatakan, sebuah syarikat China akan membina Forest City in Johor Bahru yang akan menempatkan 700,000 orang. Laporan itu kemudian menyatakan ramai orang China diterbangkang (ke Johor) untuk melihat model dan mereka sudah dan akan membeli kebanyakan harta tanah di Forest City.

"Saya tidak yakin ramai Melayu dan Cina Johor membeli atau akan membeli apartmen-apartmen itu. Tidak ramai orang Malaysia akan membeli harta tanah ini.

"Bloomberg, dalam laporan sama, menyebut 60 lagi pembangunan seperti Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada orang China.

"Lihat kembali ke tahun 1819, apabila Sultan Ali tidak memajak Singapura kepada British, (tetapi) Temenggong menandatangani pemajakan itu. Dan lihat Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini negara asing - begitu maju, memang, tetapi sebuah negara asing," katanya.

3 comments:

  1. Betul la kata dr M tu, dia punya prediction, org yg sayangkan negara, feel free untuk berbincang

    ReplyDelete
  2. Dulu kerajaan lepaskan singapura kerana kuasa politik, majoriti org cina...kini kalau 700000 darap 3 anak dah berapa? Mungkin hilang kuasa politik, then mungkin terpaksa lepaskan pulau buatan tu menjadi sebuah negara baru atau mungkin menjadi sebahagian dari singapura. Inilah kehebatan org Cina berpolitik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi. hairan macam mana nilai yuann yang kecik.tu boleh buuat projek. kat Malaysia? berbillion...RM 1 duit. kita boleh. dapat. 2baranng dari chiina.satu jual satu.simpan. kot. kot claim warranty.

      Delete