Friday, 30 December 2016

Sejak bila kalimah 'Bebas Anwar' berbaur hasutan?

GAMBAR HIASAN
Jam 3 petang salah seorang petugas ditangkap sewaktu memasang papan iklan Anwar Ibrahim di Jalan Baru, Perai sempena kehadiran Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 9 Januari 2017.

Keadilan Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak berkuasa atas ketiadaan ruang perbincangan dengan PKR Pulau Pinang sebelum penangkapan berlaku.

PKR Pulau Pinang melahirkan perasaan hairan dan pelik, sejak bila perkataan "Bebas Anwar" berbaur hasutan?

Hal ini berlaku disebabkan petugas PKR yang ditangkap bakal disiasat bawah Akta Hasutan.

Adakah perkataan Bebas Anwar menjadi mimpi ngeri buat kerajaan Umno dan BN sehingga itu dikenakan kepada petugas PKR?

Kami kesal kerana pihak berkuasa menjadi alat bagi membendung pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan rakyat.

ZULKIEFLY SAAD setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang.

PRU14 ketika umat Islam sambut Ramadan?

ANALISIS | Oleh MUAAMAR QADDAFI

Suasana di sebuah pusat pembuangan undi.
TEKA TEKI yang paling sukar untuk dijawab oleh rakyat Malaysia adalah bilakah tarikh pilihan raya umum?

Di Malaysia, tarikh pilihan raya umum adalah satu perkara misteri yang hanya diketahui seorang manusia sahaja iaitu Perdana Menteri. Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat atau Indonesia.

Di Amerika, semua orang tahu bulan November setiap 4 tahun adalah tarikh pilihan raya, atau bulan April jika setiap 5 tahun.

Tarikh pilihan raya Amerika, semua rakyat tahu. Yang rakyat tidak tahu siapa akan menang. Manakala di Malaysia, sebelum ini semua orang tahu siapa akan menang, yang semua orang tidak tahu adalah tarikhnya. Cuma kini, tarikh dan pemenang sudah tidak menentu. Tarikhnya kekal misteri, pemenangnya belum pasti.

Bila mana semua orang boleh cuba meramal jawapan teka-teki tarikh pilihan raya, maka saya juga ingin mencuba, telahan saya, PRU akan dibuat di bulan puasa tahun 2017, yakni awal bulan Jun.

Telahan ini berasaskan tiga faktor;

Pada akhir Mei dan awal Jun, ada cuti sekolah selama dua minggu. Kebetulan puasa juga bermula akhir Mei iaitu hari pertama cuti sekolah. Maka waktu inilah saat paling sesuai untuk pilihan raya yang menguntungkan BN (akan diterangkan di perenggan lain) berbanding pilihan raya dibuat hujung bulan Ogos/awal September.

Pilihan raya di bulan puasa tidak menjadi masalah kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan pilihan raya boleh dibuat di bulan puasa. Ia lebih menguntungkan Umno-BN kerana boleh memanfaatkan acara bulan puasa untuk kempen BN. Apatah lagi jika 'agamawan sampul' boleh mengeluarkan fatwa haram berceramah di bulan puasa, maka Umno akan dapat tendangan percuma ke gawang lawan.

Bulan Mei adalah bulan bertuah BN, bulan di mana Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak boleh menuai hasil yang ranum dari 3 peristiwa.

Pertama, berlangsungnya Muktamar Pas Pusat juga merupakan muktamar Pas yang kedua tanpa kelompok progresif yang sudah kecundang dua tahun lalu. Muktamar ini menjadi penentu hala tuju masa depan dan survival parti Pas. Pada muktamar ini dipercayai para "Harumanis" akan turut sama dibersihkan dan Pas hanya akan digerakkan oleh kelompok konservatif.

Kelompok konservatif Pas ini lebih mudah untuk dijerat dan 'dinikahi' oleh Umno. Menyegerakan pilihan raya akan menekan Pas yang semakin lemah untuk bekerjasama dengan BN bagi berdepan musuh baharunya, Pakatan Harapan.

Pada bulan Mei juga akan berlangsung Multaqa Alumni Al-Azhar. Kesempatan ini akan memberikan Najib dan BN imej islam dan "endorsement" dari para ulama antarabangsa. Multaqa besar-besaran yang dihoskan Jabatan Perdana Menteri ini membuka ruang untuk Najib berjubah di atas pentas bersama Sheikhul Azhar. Sangat baik untuk imej Najib apatah lagi jika diapit 'buah hati kesayangannya'.

Bulan yang sama juga akan berlangsung Majlis Tilawah Membaca Alquran Peringkat Antarabangsa yang pastinya akan menonjolkan imej islam dan warak Najib kepada orang Melayu yang sudah mula ragu dengan kepimpinan beliau.

Acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang turut berlangsung sebelum Ramadan juga akan membantu menaikkan imej Dauk Seri Hishamudin Husein sebagai pemimpin pengganti Najib mengantikan Datuk Seri Zahid Hamidi. Pastinya acara ini akan menaikkan poster-poster gah Hisyamudin sekaligus membantu melonjakkan imej beliau sebagai bakal 'orang nombor satu' negara.

Berdasarkan faktor faktor di atas, maka wajarlah untuk semua parti bersiap siaga, bersedia dengan kemungkinan besar PRU akan diadakan pada bulan puasa tahun depan iaitu awal bulan Jun.

Rakan Harumanis di dalam Pas, usahlah keliru lagi. Inilah masanya untuk "cash out of your struggle" sebelum kalian dipancung pada muktamar tahun depan. Setiap wakil rakyat yang mula diragui darah hijaunya, atau sudah dihidu hilang wala' nya, usahlah membuang masa.

Segeralah beralih kapal sebelum kapal itu tenggelam atau sekurang-kurangnya sebelum anda ditenggelamkan sama ada dalam muktamar, mahupun ketika PRU14.

Lihatlah di Pulau Pinang, kuasa Melayu hilang apabila Umno tewas?


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/lim-guan-eng3.jpg

Sejak tahun 1969, DAP sertai pilihan raya di tanah air ini.

Sehingga kini, DAP bersama-sama parti-parti pembangkang lain masih belum berjaya mendapatkan mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Ertinya DAP sudah begitu banyak kali kalah dalam PRU13.

Namun, DAP masih mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pilihan raya.

Ini kerana, DAP adalah parti yang sah ditubuhkan di bawah Penfadtar Pertubuhan (ROS).

Jika UMNO kalah dalam PRU14 akan datang, parti perkauman itu hanya kalah dalam pilihan raya sahaja, dan masih boleh mengambil bahagian dalam proses pilihan raya negara secara demokratik, seperti DAP pada hari ini.

Kalah di Pulau Pinang

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 (8 Mac 2008) di Pulau Pinang sekaligus menunjukkan UMNO yang masih mempunyai 10 ADUN kini pun kalah, kerana mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri ini.

Adakah kuasa Melayu sehingga kini telah hilang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang sejak tahun 2008?

Khianat Melayu Punca Umno Kalah

Pada tahun 2010, 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau secara spekulatif.

Syarikat broker tanah terbabit mengaut keuntungan ‘jual atas angin’ sejumlah RM5 juta dalam tempoh tidak sampai empat bulan.

Dan, sehingga kini Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dato’ Omar Faudzar yang dikaitkan dengan syarikat broker tanah itu diam seribu bahasa.

Yang mendedahkan skandal tersebut ketika itu adalah pemimpin Melayu, Dato’ Abdul Halim Hussain.

Siapa beliau? Dato’ Abdul Halim adalah Ketua PKR Cabang Balik Pulau. Dato’ Abdul Halim juga Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Apa yang wajib ditegaskan di sini, Melayu untung apabila UMNO kalah di Pulau Pinang.

Umumnya, Melayu Pulau Pinang tahu bahawa semua pengkhianatan atas tanah pusaka mereka di Balik Pulau ini kerana ada pemimpin Melayu seperti Dato’ Abdul Halim yang lantang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu di Pulau Pinang sekarang ini telah hilang, selepas dua penggal Umno kalah di negeri ini?

Melayu Pulau Pinang hari ini yakin bahawa hanya Umno sahaja kalah di negeri ini.

Melayu wajib kuatkan keyakinan mereka bahawa Melayu tidak akan hilang kuasa jika Umno kalah di seluruh negara dalam PRU14.

Nasib Melayu Desa

Seorang lagi pemimpin Melayu Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin ada mengumumkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini melalui Bajet 2017 Negeri ada memperuntukkan RM3 juta untuk pembangunan desa, termasuk membantu ekonomi Melayu.

Dr. Afif adalah Timbalan Ketua Pemuda bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) di peringkat nasional PKR. Di Pulau Pinang, Dr. Afif adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Baru-baru ini, Dr. Afif lancar Program Jelajah Desa 2016 untuk masuk ke kampung, bela nasib rakyat, termasuk bantu ekonomi orang Melayu.

Apa yang Kerajaan Negeri dan Dr. Afif bantu perbaik nasib orang Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang?

Kita ambil rekod di Seberang Perai dahulu kerana Forum “Kuasa Melayu Hilang Bila Umno Kalah” berlangsung di sini kini, 21 Disember.

Jamilah Zainol, umur 45 tahun, seorang ibu tunggal terima sebuah rumah baharu bernilai RM40,000 daripada Kerajaan Pulau Pinang melalui Program Bina Rumah Baru di Kampung Pasir Gebu dekat Penaga.

Pak Saad, 85 tahun di Kampung Pak Elong Penaga pun dapat rumah RM40,000 dalam Program Jelajah Desa 2016 baru-baru ini.

Di Kampung Tepi Laut Pasir Gebu dekat Penaga juga, Melayu bernama Othman Mohd. Isa diberi 10 ekar tanah pendudukan sementara (TOL) oleh Kerajaan Negeri, untuk peladangan nipah dan perusahaan air nira.

Khatijah Zainon, umur 39 tahun di Taman Penaga Permai terima mesin ketuhar bernilai RM2,100 untuk mengembangkan peniagaan kuih muih beliau.

Di bahagian Pulau juga, Melayu Desa dibantu di bawah Program Ekonomi Khas dan Projek Bina Rumah Baru.

Antaranya, Rabihah Abdul Manap dekat Jalan Persiaran Sungai Gelugor dapat rumah RM40,000 ini.

Bantuan peralatan niaga yang pelbagai bernilai RM2,968 untuk Lizarosnita Zakariah di Daerah Timur Laut; selain mesin pengadun kuih bernilai RM2,980 untuk Md. Amin Babjan dan isteri, Zarina Shaari.

Di Seberang Jaya, 21 Disember lepas, Dr. Afif sendiri baru menyampaikan RM100 insentif kepada 73 pelajar cemerlang UPSR.

Sebenarnya banyak lagi bantuan Kerajaan Negeri untuk rakyat, termasuk membela nasib Melayu di kampung dan desa.

Adakah Melayu hilang kuasa selepas Umno kalah di Pulau Pinang? Jawapannya, tidak!

Di mana untung Melayu Pulau Pinang?

Dulu, Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon. Sekarang, Sdr. Lim Guan Eng. Ertinya, Ketua Menteri dahulu dan sekarang adalah Cina.

Exco Agama Islam dahulu adalah Melayu dan Islam. Sekarang, pemimpin Melayu daripada PKR, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim yang menjaga hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Ertinya, kuasa Melayu yang memegang jawatan Exco berkaitan agama adalah sama, masih Melayu Islam.

Cuma, peruntukan Islam waktu Umno masih memerintah Pulau Pinang pada tahun 2008 (sehingga Mac) hanya RM25.49 juta, berbanding sekarang yang direkodkan RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013), RM51.17 juta (2014) dan sebagainya.

Ini, angka umum. Selepas ini, akan dibawa rekod rasmi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini – berapakah sebenarnya yang telah pun pentadbiran Guan Eng ini belanja untuk orang Islam dan umat Melayu di negeri ini?

Memartabat Islam

Daripada aspek lain, walaupun Umno kalah di Pulau Pinang, tak ada lagi masjid yang menjadi tempat orang Islam dan umat Melayu amal ibadat diruntuhkan.

Bawah Dato’ Abdul Malik, ada Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4.01 juta siap didirikan di KADUN Batu Maung pada Jun lepas.

1 Disember lalu, bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah (SRIMAT) dekat Guar Jering, Penanti yang bernilai RM1.3 juta baru dirasmikan.

Sdr. Anwar Ibrahim yang minta bangunan baharu itu pada tahun 2015.

Dan, pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluluskan semua permohonam peruntukan RM1.3 juta itu.

Ini berlaku sekarang, ketika Umno kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu hilang sejak Umno kalah di Pulau Pinang?

Memperkasa Mahkamah Syariah

Selain itu, pentadbiran Guan Eng yang digambarkan anti Islam menyerahkan 3.49 ekar bernilai RM80 juta di Jalan Scotland untuk pembangunan Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Kini, kompleks mahkamah syariah paling canggih di Malaysia itu hampir siap, dan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memartabatkan agama serta umat Melayu-Islam Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini satu lagi bukti Melayu dan Islam tak hilang kuasa pun apabila Umno tewas di Pulau Pinang?

Bayangkan jika UMNO kalah di seluruh negara dalam PRU14, takkan Melayu akan hilang kuasa?

Atau, Umno sebenarnya hilang kuasa dalam Kerajaan Pusat, sebagaimana mereka hilang kuasa untuk menipu dan mengkhianati Melayu seperti didedahkan di Pulau Pinang sebelum ini?

Belanja RM49.37 Juta Demi Islam?

Sebagaimana dijanjikan, ini rekod rasmi yang dikeluarkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk rekod, sejumlah RM49,375,900 diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017, seperti berikut:

● RM1,750,000 untuk program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR);

● RM930 000 untuk sumbangan Ex-Gracia guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

● RM9,050,020 untuk projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama dan Masjid Negeri;

● RM21,469,280 untuk peruntukan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;

● RM2,964,270 untuk peruntukan mengurus Jabatan Mufti;

● RM7,642,330 untuk peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah;

● RM3,000,000 untuk bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid; dan

● RM2,570,000 untuk bantuan khas wang/bonus kepada guru KAFA, guru agama, guru pondok, guru tahfiz, guru Tadika Islam (TADIS), sumbangan kepada Ijtimak Huffaz, sumbangan kepada masjid sempena bukan Ramadan, sambutan Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Ujian Menghafaz Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Sambutan Maulidur Rasul, peruntukan MMK Agama dan Tabung Perumahan Agama Islam.

“Tuduhan media massa BN (Barisan Nasional) bahawa kita (Kerajaan Negeri) hanya peruntukan RM8 juta sahaja, ini satu lagi dusta dan fitnah.

“Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri 2017 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah peruntukan terkumpul sebenarnya hampir RM50 juta (RM49,375,900),” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sesi penggulungan ucapan Bajet 2017 Negeri di dalam DUN Pulau Pinang, 17 November lalu.

Sekali lagi, elok kita berbincang persoalan pokok di sini – Adakah kuasa Melayu akan hilang jika Umno kalah PRU14 nanti?

Bagi saya, Umno percaya mereka pasti hilang kuasa untuk merompak tanah milik Melayu, membazir wang rakyat, menyeleweng dan rasuah.

Berdasarkan rekod kejayaan pemimpin Melayu daripada KeADILan, DAP dan terbaru AMANAH dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengangkat taraf hidup orang Islam dan umat Melayu sehingga kini, wajiblah kita semua menggembleng undi sokongan semua rakyat tanpa mengira kaum untuk memastikan Umno BN kalah di seluruh negara dalam PRU14 nanti.

Setuju?

■ Komentar bebas penulis politik dan aktivis masyarakat, Zainulfaqar Yaaco

Untuk tatapan Tian Chua & Golongan yang jilat PAS, kamulah pengkhianat perjuangan PAKATAN HARAPAN

Utk tatapan Tian Chua:


G18 yg tersingkir dari PAS sehingga tertubuhnya parti AMANAH itu digelar Anwarinas dlm konspirasi politik jahat utk menyingkirkan mrk.

Maknanya itu utk menunjukkan betapa bencinya golongan lebai terhadap pemikiran dan peribadi DSAI pd mata mrk.

Ini juga menunjukkan betapa akrabnya pemimpin2 yg tersingkir itu dgn sosok tubuh dan aliran pemikiran politik DSAI.

Tiba2 kamu ingin berbaik dgn musuh dlm selimut yg menghina dan memusuhi idola kamu dlm politik...

Dimana semangat setiakawan kamu....?

Kamu semua yang masih cuba bersenggama dengan PAS secara depan dan belakang nampaknya kamu semualah manusia yg jelas pengkhianat pada perjuangan PAKATAN HARAPAN yang baru dibina.

Muhaili Amran

Setia 101 peratus, Zahid Hamidi mula ‘panas punggung’ berasa sudah tidak dipercayai

Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi, kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.

Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.

“Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.

“Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah,” ujar Zahid berfalsafah.

Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?

Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?

Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?

Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?

Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?

Jadi, apa maksud Zahid dengan setia 101 peratus itu – pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?

Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?

Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?

Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?

Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga “teringin” kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan?

>> Artikel ini ditulis oleh penulis politik Shahbudin Husien

Walaunta PAS seronok perli Yuran Amanah RM2, tapi mereka tak sedar yang yuran sertai PAS pernah FREE sahaja

oleh MAT ALISHAH


Kepada WALAUNTA PAS tidak payahlah kamu memerli KEAHLIAN PARTI AMANAH yang dikatakan hanya mengenakan yuran AHLI SEBANYAK RM2 sahaja sedangkan kamu lihatlah kepada kadar keahlian parti kamu yang mana sampai tahap penah mewujudkan KEAHLIAN UNTUK MENYERTAI PAS IALAH PERCUMA dalam ertikata FREE sahaja...dan sampai tahap budak umur 13 tahun pun mereka pungutnya...

Jadi harapan aku takpayah lah jadi BODOH & BENGONG dengan memungut isu2 picisan untuk berdebat dalam alam maya nie... sepatutnya kita tumpukan kepada isu negara yang bilion sana bilion sini bocornya...

Apa sudah jadi dengan sahabat2 aku masih melaungkan KATA MEREKA PEJUANG ISLAM sedangkan isu picisan di perhebatkannya... sedangkan jika dilihat isu RM2 nie sekadar WALAUNTA TERENCAT AKAL sahaja yang seronok menjadikan isunya...

Nuu diluar sana banyak isu negera perlu diperkatakan..sebegitu juga isu parti anda menerima DANA RM90JUTA dari BN seperti mana kata SR itu yang sampai sekarang pimpinan anda belom menyaman SR seperti yg diperkatakan.

Adakah anda pun ingin jadikan isu SAMAN SR itu sama dengan isu SENIK & FIQAH yang masih berdiam diri dan biarkan ia dibawa arus masa sehingga org lupa.

Pesanan aku kembalilah kepangkal jalan duhai sahabat WALAUNTA semua...





Amanah kepada PAS: Kamu urus Sejahtera, kami urus Harapan

Izham-Hashim
PETALING JAYA: Amanah mengingatkan PAS supaya fokus kepada sekutunya dalam gabungan 2 parti bernama Gagasan Sejahtera, bukannya mencampuri urusan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata soal pembahagian kerusi terutama milik PKR adalah urusan dalaman PH.

“Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM,” katanya sambil merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut menjalinkan kesefahaman dengan PH.

Sebelum ini, pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang parti itu mahu bertanding 40 kerusi Parlimen termasuk yang kini dipegang PAS dan PKR pada pilihan raya umum akan datang, dikritik Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata Amanah bersikap tidak amanah apabila mengganggu kerusi milik rakan sekutunya dalam PH.

Izham bagaimanapun berkata kenyataan Amanah itu merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa yang memerlukan PPBM dan PH menyusun semula calon mereka.

“Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan PAS dalam Gagasan Sejahtera,” katanya, merujuk kerjasama PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dipimpin bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Izham turut mempersoalkan tuduhan PAS yang Amanah cuba mencuri kerusi rakan sekutu.

Sebaliknya, beliau berkata mencuri kerusi sesuatu yang dilakukan oleh PAS pada pilihan raya umum 2013.

“Isu curi kerusi ini bukan kerja Amanah tetapi PAS, apabila bertanding di 7 kerusi PKR dalam PRU yang lepas walaupun selepas perjanjian bersama,” tambah Izham.

PAS memenangi 15 kerusi negeri, DAP 15 dan PKR 13 di Selangor, bagaimanapun selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, 2 Adun PAS menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak sealiran dengan haluan baharu parti itu.

PAS sebelum ini bertegas tidak menyertai PH kerana tidak mahu kerjasama dengan Amanah dan DAP.