Saturday, 17 December 2016

Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Bernama

najib_zahid_600_1

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.

Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

"Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik beradik," katanya ketika berucap pada majlis sepetang timbalan perdana menteri bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh di sini.

Pada majlis itu, kira-kira 500 orang pemimpin masyarakat setempat dan anggota parti Komponen Barisan Nasional hadir.

Zahid berkata bekerja bersama Najib sejak 1 Okt 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi menteri belia dan sukan sebelum menjadi menteri pertahanan.

"Selepas itu saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar," katanya.

Sehubungan itu, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu supaya menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.

Zahid menegaskan sepanjang kerjaya politiknya beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai ahli Parlimen dan ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.

"Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri sebab itu di Bagan Datoh saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya," katanya.

Melayu tak perlukan UMNO, hanya UMNO yang perlukan MELAYU

 *MELAYU TAK PERLUKAN UMNO*
  *HANYA UMNO YG PERLUKAN MELAYU*

Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.

Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

*Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :*

25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.

Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.

Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.

*Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.*

Semasa PRU12 belum lagi ada kes :

🔴 1MDB
🔴 GST
🔴 RM2.6B
🔴 Harga barangan naik.
🔴 Harga minyak tak menentu.
🔴 Matawang merundum.
🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
🔴 Biasiswa MARA tiada.
🔴 Subsidi pelajaran di potong.
🔴 Subsidi kesihatan di potong.
🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
🔴 Akta MKN.
🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.

Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

*TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU,* jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

*JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO* bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

PPBM Melayu.

Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNOBN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je Melayu di sana.

*Yang akan menjadi MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang akan di bawa kemuka pengadilan.*

SAJA NAK BAGITAU UMNO BN kalah, PERDANA MENTERI tetap MELAYU. Agama rasmi negara ini tetap ISLAM. Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu. RAJA-RAJA tetap bersemayam di singgahsana.

*VIRALKAN*

Friday, 16 December 2016

BUKAN SAJA UMNO, MCA/MIC/GERAKAN PUN MAHU DIBANTU PAS JUGA

shahbudin dot com

Setelah bertegas agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu oleh parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengannya, Pas kini mengorak selangkah lagi dengan hasrat ingin bertanding di kerusi-kerusi DAP pula.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, oleh kerana antara Pas dan DAP tiada lagi persefahaman dan kerjasama, maka tidak menjadi kesalahan bagi parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi yang tradisinya ditandingi oleh DAP.
Bagi tujuan tersebut, tambahnya, Jabatan Pilihanraya Pas kini sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu kerana berpandangan pihaknya berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

Jika sebelum ini Pas berkeras memberi kata dua agar parti lain menjauhi DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya dan kemudian meletakkan syarat agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu, keinginan untuk turut bertanding di kerusi tradisi DAP jelas memperlihatkan nawaitu sebenar parti itu.

Pas ternyata bukan sangat ingin menang dan membentuk kerajaan, tetapi menyertai pilihanraya dengan lebih tujuannya untuk membantu dan memberi keselesaan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.

Pas nampaknya sengaja meletakkan syarat-syarat sukar yang akhirnya menggagalkan rundingan dengan parti-parti lain dan seterusnya menghalalkan tindakan mereka untuk bersaing secara tiga penjuru.

Hakikatnya, memang itulah tujuan Pas sekarang ini.

Kalau bertanding di 70 kerusi dan persaingan tiga penjuru itu bakal memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, hasrat bertanding di kerusi-kerusi DAP pula jelas merupakan bantuan secara langsung Pas kepada MCA, MIC dan Gerakan dengan cara yang sama iaitu memecahkan undi.

Secara umumnya, 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam piliharaya umum lalu ialah di kawasan bandar dan separa bandar di mana lawan mereka sejak dulu ialah sama ada MCA, MIC atau Gerakan.
Bermakna, dalam PRU 14 akan datang, tidak cukup dengan keinginan memberi kelebihan kepada UMNO untuk lebih selesa memenangi banyak kerusi, Pas juga melebarkan sayap bantuannya kepada parti-parti komponen BN juga dengan memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Ia dengan sendirinya menunjukkan Pas sudah melupakan atau tidak berdendam sama-sekali dengan MCA, MIC dan Gerakan meskipun parti-parti itu lebih terang dan terbuka menentang Akta 355 yang dibawa oleh Hadi Awang untuk memperkasa dan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ini merupakan satu lagi bukti hebatnya Pas di bawah pimpinan Hadi Awang. (SH 15/12/2016).

AUKU belum benar-benar pergi, kata aktivis siswa

  • Aktivis mahasiswa menuntut naib canselor Universiti Malaya (UM) campur tangan membatalkan penggantungan pelajarnya Anis Syafiqah Md Yusof.

    Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan hari ini, setelah Anis rakan-rakannya digantung pengajian satu semester dan didenda kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1.

    Tampil membela rakan seperjuangannya, Asheeq Ali berkata mereka menyertai himpunan itu sebagai mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu dalam negara.

    "Klausa yang digunakan adalah kami memalukan universiti. Saya nak nyatakan di sini kami tak malukan mana-mana universiti.

    "Kami berdiri di sana sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan menangkap MO1 (Malaysian Official 1).

    "Kami tidak membangkang kerajaan, kami tak suruh (Datuk Seri) Najib (Razak) turun, kami tak suruh Rosmah (Mansor) turun," kata Asheeq kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Dewan Canselor UM, Kuala Lumpur hari ini.

    Anis dan dua lagi aktivis mahasiswa hari ini digantung pengajian satu semester dan denda RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.

    Seorang lagi aktivis hanya dikenakan hukuman denda RM200.

    Sementara itu, Asheeq berkata apa yang dilakukan pihak universiti tidak sah dan masih mengamalkan kaedah lama Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

    "Kaedah semua universiti di negara ini juga tidak dipinda setelah AUKU dipinda maka merujuk kepada apa yang berlaku hari ini tidak sah," katanya.

    Ashheq juga mempertikaikan perjalanan pendengaran terhadap empat pelajar UM itu yang didakwa mempunyai banyak cacat cela.

    "Bukti yang diambil hanyalah dari video-video di laman sosial serta tiada autoriti.

    "Panel prosiding juga tidak membawa sebarang saksi dalam menyokong hujah pendakwaan. Panel juga gagal membuktikan elemen yang disebut dalam pendakwaan," kata Asheeq.

    Beliau juga mendakwa anggota panel bukan mereka yang mahir dalam undang-undang, sahingga sukar memahami hujah undang-undang.

    Perhimpunan "Tangkap MO1" dianjurkan bagi mendesak penahanan M01 yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

    Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui Najib ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

    Thursday, 15 December 2016

    PAS sedang kaji kerusi DAP, kata naib presiden


    KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

    Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

    Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

    Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

    "Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP," katanya.

    Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.

    "Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.

    "Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada," katanya.

    Wednesday, 14 December 2016

    Antara KUDA & KHADAM mana yang sedang UMNO lakukan kepada PAS..?

    1. Umno bertanding di 112 kerusi Parlimen. Jumlah yg sama minimum untuk Majoriti Mudah.

    2. Sekarang, Umno mempunyai 89 kerusi Parlimen. Hanya melepas 23 kerusi.

    3. Umno, secara tradisi bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sama dengan Pas-Amanah. Sama dengan Bersatu dan sebahagian besar PKR.

    Bererti, 5 parti dominan Melayu, UMNO-Bersatu, PKR, Pas-Amanah, secara logiknya bertanding di kawasan yg sama.

    4. Dengan kedudukan yg selesa, 89 kerusi Parlimen dari 112 kerusi, MUSTAHIL bagi Umno untuk bergabung dgn Pas.

    Mustahil Umno akan menyerah sebahagian kerusi yg dimenanginya kpd Pas.

    Adakah Umno akan serah kpd Pas hanya 23 kerusi? Mustahil Pas akan terima hanya bertanding di 23 'kerusi kalah Umno'.

    5. Pru13, Pas bertanding di 73 kerusi Parlimen, 39 kerusi kurang berbanding Umno (112).

    Adakah Pas sanggup serah sebahagian kpd Umno? Mustahil.

    6. Jadi apa matlamat Umno berbaik2 dgn Pas?

    Matlamat nya, bukan untuk bergabung dgn Pas, tapi MENGGUNAKAN PAS memecahbelahkan Pakatan Rakyat (dulu) dan Pakatan Harapan (sekarang).

    7. Dengan berjaya memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, (dengan Pas menarik diri), memungkinkan 3 Penjuru dlm Pru14.

    Iaitu, sekali lagi PAS DIPERGUNAKAN UmnoBn, agar berlaku 3 Penjuru, sekaligus memecahbelahkan undi Pembangkang kpd 2. Mudah bagi UmnoBn memenangi Pru14.

    8. Itu saja matlamat 'taawun' Umno ke atas Pas. Ironinya, Pas menyangka Umno sudah berubah, sudah menerima dakwah Pas melaksanakan Hukum Islam.

    9. Jelas, UMNO menipu, memperdaya, memanipulasi dan menggunakan Pas demi kelangsungan hegemoni kuasa mereka.

    10. Kepada Timbalan Presiden Pas, UMNO lah menggunakan PAS sebagai BATU LONCATAN, KUDA TUNGGANGAN.

    Bukannya Pakatan Harapan!