Saturday, 12 November 2016

Calon PM? Dr M kata tunggu dulu


Belum masanya - itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bercakap pada sidang media di Shah Alam hari ini bekas perdana menteri itu berkata calon perdana menteri mestilah datang daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Kita tak boleh namakannya sekarang," katanya.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang itu jika mereka berjaya menumbangkan BN pada PRU ke-13 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.

Sebelum ini HARAPAN menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka. Bagaimanapun kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu yang masih dipenjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan secepat mungkin.

Justeru dalam keadaan begitu seorang tokoh lain perlu dipilih untuk menggalas tanggungjawab berkenaan - sekurang-kurangnya secara sementara.

Dalam keadaan begitu beberapa nama telah disebut, termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

HARAPAN mengadakan konvensyen pertamanya di Shah Alam hari ini dan BERSATU hadir sebagai sekutu baru pakatan berkenaan.

Terdahulu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata HARAPAN perlu menyediakan seorang tokoh perdana menteri sementara ekoran kekangan perundangan dihadapi Anwar.

"Dalam pilihan raya akan datang calon utama adalah Anwar. Ini perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi nak bebaskan Anwar kita perlu pergi ke Putrajaya.

"... sebelum Anwar dibebaskan kita perlu ada seorang perdana menteri yang menunggu dulu, setuju?" soal Salahuddin disambut sorakan setuju dari perwakilan.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata bagi tujuan tersebut konvensyen Pakatan Harapan hari ini boleh memutuskan siapa perdana menteri sementara itu.

"Tua atau muda, siapa mereka mungkin ada dalam dewan ini rakyat nak lihat, siapa dia sebelum Anwar bebas?

'Kita tegaskan perdana menteri kita adalah Anwar tetapi konvensyen ini boleh putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahuddin.

Tun M: 'Pimpinan UMNO boleh gelarlah saya apa pun'


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap pelbagai gelaran buruk yang diberikan kepadanya tidak dapat menutup dakwaan kesalahan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir berkata, sebaliknya tindakan itu menunjukkan kemampuan jurucakap kerajaan Najib amat terhad.

“Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang kerajaan dan salah guna kuasa, jawapan yang diperoleh daripada anggota Kabinet, kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya. Memanggil saya antik, boneka, gimik dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad“Tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, tidak dapat mempertikai dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang wang ini datang daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad), tidak dapat mengembalikan berbilion ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin Najib, serta mengadakan kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai kleptokrasi," katanya dalam tulisan di blognya, semalam.

Menurut Mahathir, beliau langsung tidak kisah dengan gelaran diberikan pemimpin yang mempertahankan Najib.

“Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh.

“Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, kehadiran Mahathir ke Parlimen, Selasa lalu tidak ubah seperti ‘membawa kereta antik ke pertandingan litar Formula 1'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman menyifatkan tindakan pembangkang menjemput Mahathir ke Parlimen tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula mendakwa Mahathir kini sudah menjadi boneka kepada DAP.

Friday, 11 November 2016

Hadi kata PAS tidak khianat ketika bersama PAKATAN RAKYAT tapi ini apa dia..??

SENARAI PENGKHIANATAN PAS TERHADAP PR


Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga.

Pemimpin bermewah-mewah, rakyat termengah-mengah

RM38.5 bilion adalah jangkaan kutipan GST bagi tahun 2016. Seluruh rakyat terkesan dengan sistem cukai ini bermula dari bayi didalam kandungan hinggalah jenazah yang akan dikebumikan.

Namun jika dibahagikan kepada 31.7 juta rakyat Malaysia pada jumlah kutipan GST 2016, setiap individu yang bergelar warganegara layak menerima RM1200 seorang. Maknanya ia setara dengan pemberian BR1M yang diumumkan pada pembentangan bajet 2017 baru-baru ini.

Namun persoalan yang harus difikir rakyat untuk ditanyakan kepada kerajaan memerintah hari ini, apakah setiap dari kita menerima wang tersebut? Atau yang berkeluarga hanya menerima RM1200 untuk setiap keluarga dan bukannya secara individu?

Kerajaan juga perlu sedar bilangan ahli keluarga bukanlah semuanya seragam. Mungkin ada keluarga yang jika dijumlah dari ibu bapa sehingga anak kecil mempunyai bilangan lebih dari 6 orang. Sudah tentu ia menjadi beban kerana semakin besar bilangan ahli keluarga bermakna jumlah GST yang dikeluarkan juga akan membesar.

Bayangkan jika 6 orang sekeluarga mengeluarkan RM1200 seorang untuk GST, bermakna ada keluarga yang terpaksa membayar RM7200 setahun untuk GST, tetapi ianya hanya diberi "bantuan" sebanyak RM1200 dengan BR1M. Lalu rakyat diseru oleh sesetengah pihak untuk bersyukur secara membuta tuli.

Dengan segala macam kos yang mengalami kenaikan serta pengurangan subsidi atau penghapusan subsidi(walhal niatnya hanya untuk menaikkan harga), itu semua perlu ditanggung rakyat terbanyak. Apakah ini kerajaan yang harus kita pertahankan hari?

Rakyat punya pilihan setiap 5 tahun sekali untuk bertindak menukar kerajaan yang hanya menyajikan retorik kerajaan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Mungkin yang dimaksudkan itu sebenarnya rakyat didahulukan untuk membayar setiap beban dan salah tadbir urus yang dibina oleh kerajaan hari ini.

Slogan yang paling tepat untuk kerajaan laungkan pada rakyat selepas ini adalah "penimpin bermewah-mewah, tetapi rakyat bermengah-mengah".

Pemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat


Umum sedia maklum Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih memberikan bantuan kepada rakyat berupa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Dalam bajet 2017 yang baru-baru ini dibentangkan di Parlimen Perdana Menteri ada menyebut tentang pemberian wang BR1M untuk tahun 2017. Malah, kadar wang BR1M juga dinaikkan dari sebelum ini.

BR1M adalah hak rakyat Malaysi yang layak tidak kira latar belakang politiknya. Tetapi, sebelum ini ada perwakilan UMNO menyatakan bawaha pemberian BR1M perlu dikaji semula sepaya penyokong pembangkang tidak dapat.

Semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya. Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan. Tak perlu kami nak ulang banyak kali. Duit cukai rakyat bukan duit UMNO, PKR ataupun PAS dan DAP!

Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat. Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun. Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa. Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?

Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat. Itu sebenarnya fungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?

Thursday, 10 November 2016

Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak, kata Mahathir


Anjing menyalak, bukit tak akan runtuh, begitu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas serangan balas terhadapnya ketika mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis di blog dengan tajuk “Jurucakap Najib”, Mahahir mengulas gelaran-gelaran yang dilontar padanya seperti “antik”, “boneka”, “gimik” selepas membuat dakwaan rasuah, pencurian wang kerajaan dan salah guna kuasa.

“Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab,” kata Mahathir, perdana menteri keempat yang kini memimpin serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya, beliau menganggap gelaran padanya itu sebagai pengakuan bahawa dakwaannya memang benar dan tidak dapat dinafikan.

Beliau bagaimanapun berkata, amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap kerajaan didakwa amat terhad.

Mahathir juga berkata serangan balas terhadapnya tidak pun menidakkan dakwaan kemasukan RM2.6 bilion yang ke akaun peribadi Najib atau saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
Tidak dapat mengembalikan yang “dihilangkan”, Mahathir berkata ia sebaliknya mewujudkan “kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai kleptokrasi iaitu kerajaan pencuri, penyangak dan perompak”.

BN hadapi masalah jika semua pembangkang bersatu

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
10 November 2016


RAKYAT kini menyaksikan para pembangkang sedang mencari kata sepakat untuk bersatu menentang BN pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kelak.

Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang mendakwa BN bakal punyai masalah besar jika parti dan tokoh pembangkang utama di negara ini bertindak untuk bersatu.

“Jika kesemua mereka bersatu dan memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu antara kelompok calon parti-parti pembangkang, maka ia akan beri kesan yang besar kepada BN.

“Saya merasakan usaha penyatuan semua parti utama pembangkang dalam satu gagasan mestilah merangkumi peranan kelompok pemimpin yang dipayungi oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan Pas, PKR dan DAP.

“Bagaimanapun, salah satu daripada kelompok ini tidak bersama pakatan pembangkang maka ia tidak membawa impak kukuh dalam perlawanan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Tambah beliau lagi, dengan isu yang wujud kini membuatkan rakyat mudah untuk mencari parti alternatif selain BN.

“Dengan isu politik membabitkan kepimpinan utama BN yang wujud kini, ditambah pula dengan isu ekonomi sosial masyarakat serta isu kos sara hidup.

“Ia menjadi faktor pelengkap kepada peningkatan simpati dan sokongan pada tokoh dan parti lain selain BN,” katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar BN berwaspada kerana faktor kemenangan parti itu pada PRU 14 nanti bergantung sejauh mana kelompok parti tersebut mampu bergabung atau tidak.

“Kemenangan BN bukan hanya atas faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya mengikut garis populasi kaum tetapi ia juga bergantung pada sejauh mana parti-parti ini mampu untuk bergabung sesama mereka.

“Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, BN perlu mengutamakan siapa calon yang sesuai dan kekuatan calon ini bakal mengatasi lambakan isu yang menghentam BN ketika ini,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau turut merasakan bahawa Pas sudah serik untuk berkomplot dengan DAP kerana sikap parti itu yang keras dalam perjuangan liberal dan anti agenda Islamisasi gaya Pas.

“Tanpa Pas mahupun DAP, maka pembangkang tidak mampu menjadi alternatif buat BN.

“Namun, BN akan kalah teruk jika Pas mengambil pendirian untuk bersama pembangkang,” turutnya lagi.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi pembangkang untuk bersatu mengalah BN adalah soal perbezaan perjuangan mereka.

“Contoh terbaik ialah Pas yang mahukan agenda Islamisasi dan proses perundangan Islam dilaksanakan di negara ini manakala DAP pula menentang agenda yang dibawa Pas.

“Ia satu penentangan perjuangan sesama pembangkang dan inilah yang mereka perlu selesaikan dahulu jika ingin bersatu,” katanya mengakhiri bicara.

Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasatan semula Najib

Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, supaya membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Mohd Haniff Khatri Abdulla juga mencabar Dzulkifli, yang baru sahaja melengkapkan perkhidmatan 100 hari sebagai ketua pesuruhjaya yang baru, untuk mendapatkan minta bantuan perundangan bersama (MLA) untuk menjalankan siasatan lanjut di luar negara.

“Kalaulah anda (Dzulkifli ) dengan jujur dan ikhlas maksudkan segala ungkapan seperti dalam ucapan kamu, maka saya cabar anda memohon kepada Pejabat Peguam Negara supaya
SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk membuka semula keseluruhan siasatan terhadap Najib Razak berkaitan rasuah ataupun salahlaku kewangan mahupun salahlaku kuasa berhubung skandal 1MDB dan SRC.

“SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk memohon Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance), daripada agensi siasatan Amerika Syarikat, iaitu DoJ, mahupun FBI,” katanya dalam posting di Facebook.

Haniff berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghalang Peguam Negara daripada menghalang kes untuk dibuka semula.

Malah, katanya saman DOJ untuk tindakan kleptokrasi, Julai lalu, sudah mencukupi untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebuah badan profesional dan bertanggungjawab sepatutnya berbuat demikian.

Katanya, tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah sebab munasabah untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara, sebagai sebuah institusi yang profesional dan bertanggungjawab, perlu berbuat demikian berdasarkan bukti baru.

Sebelum ini, SPRM ketika diterajui oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memohon sebanyak dua kali untuk mendapatkan MLA untuk menjalankan siasatan di luar negara tetapi kedua-duanya ditolak oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Akhirnya, kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember. Sebulan kemudian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Wednesday, 9 November 2016

Pembangkang kita kena belajar daripada Donald Trump bagaimana mahu menang di Malaysia



Ada orang nak baca ka kalau saya ulas bab Donald Trump menang President Amerika nie?

Tat pa lah kebetulan hari ini bersimpang siur dlm FB kita semua berita pasal p.raya Amerika nie, kalau saya tumpang mencelah tak ada bezanya.

Saya seorang peminat politik, dulu rajin menulis dlm blog dan portal politik, la dah pencen duk fokus kat NGO tapi jiwa politik masih mmbara.

Saya melihat Donald Trumph adalah seorang pemain politik (mcm pemain bola atau main catur) yg hebat, kalah Dr M yg dah pencen boleh bangkit balik atau pun Datuk Najib yg masih tak tumbang2 wpun diserang bertubi3 kiri kanan atas bawah oleh lawan dan juga kawan, kira hebatlah tu tak jatuh2 lagi.

Hebatnya Donald Trumph sebab beliau berjaya mengeksploitasikan ketakutan (fear/phobia) dan juga kesengsaraan (suffering) rakyat biasa Amerika utk menagih undi p.raya.

Donald Trump betul2 menjadikan p.raya itu sebagai medan perang saraf yg matlamatnya utk mendapat undi. Ini yg gagal dimainkan oleh ahli2 politik khususnya team pembangkang di Malaysia, mereka gagal mengeksploitasikan perasaan amarah dan apa yg dilihat sebagai kesengsaraan rakyat jelata dlm kes peningkatan kos sara hidup dll ini ke tahap maksima utk memungkin rakyat mengundi mereka. Kerana itu parti pembangkang tak menang2.

Rakyat Amerika hari ini rata2 tertekan dgn kos sara hidup yg mencengkam hinggakan buat dua kerja dlm satu hari utk tampung hidup sudah tidak mencukupi. Waktu di Amerika dulu saya pnah jumpa kwn2 rakyat Amerika yg pagi sampai petang kerja tempat nie, petang sampai tgh mlm kerja tempat lain, memang sengsara.

Di celah2 tu sekarang ini byk syarikat2 dan kilang2 yg dah tutup sebab berpindah operasi ke luar negara, menambahkan teruk terlalu ramai pendatang asing masuk sama ada secara sah atau secara haram mcm di Malaysia juga mengambil peluang2 kerja yg ada dan mewujudkan masalah sosial dan di Amerika turut dikaitkan dgn islamic militant. Menambahkan parah ada pula pelbagai perjanjian dagangan bebas antarabangsa yg menyebab pasaran terbuka kpd semua. Di celah2 tu Amerika terpaksa berhabis duit utk ketenteraan dlm NATO dll utk jaga negara org. Rakyat Amerika juga sebetulnya tak senang duduk dgn perang dingin terbaru di mana Obama memilih utk menyokong kumpulan yg menentang Bashar yg dibantu Russia kuasa nuklear dunia.

Menyedari semuanya ini, Donald Trump amik jln mudah utk tarik undi rakyat Amerika yg dlm dilema ini.

Waktu pi melawat sebuah daerah yg ada kilang kereta antara yg terbesar di Amerika, D Trump ugut akan kenakan cukai 35% kpd syrikat keta itu utk bawa masuk keta2 mereka ke Amerika yg dipasang di Mexico. Begitu juga dgn sykt Iphone Amerika yg dipasang di China, semuanya atas nama nak jaga peluang kerja rakyat Amerika. Banyak lagi yg beliau cakap bab peluang kerja ini. Rakyat yg kehilangan kerja dan risau tiada ada kerja atau ada anak2 tgh cari kerja jadi teruja dgn tindakan beliau ini.

Phobia dan rasa marah rakyat terhadap pndatang luar dan militan islam pula, Donald Trump buat gempaq kata nak pasang tembok di sepanjang sempadan Amerika/Mexico dan ugut nak stop kemasukan org Islam ke Amerika dan bercadang nak usir keluar berjuta pndatang asing dari bumi Amerika. Nampak extreme tapi itu yg bergolak di dlm hati rakyat Amerika, sama seperti di Malaysia dlm kes pekerja asing nie, rakyat tak puas hati tapi tak boleh buat apa. Tidak seperti ahli politik pembangkang di Malaysia, di Amerika D Trump bijak memanipulasinya. Ini barulah namanya ahli politik!!

Satu lagi benda yg beliau buat gempak yg org mcm tak percaya ialah nak tarik diri drpd pnjanjian perdagangan bebas antarabangsa yg di beberapa kawasan yg mana membuka peluang niaga samarata utk semua negara. Dulu nampak mcm Amerikalah yg nak kuasai semua negara tu tapi hari nie dlm bab ekonomi dan perdagangan antarabangsa negara2 lain pula ke depan terutamanya China, perjanjian2 dgangan semua ini mkn diri, natijahnya rakyat Amerika yg terkena, bila dia kata nak tarik diri, ini pun antara yg rakyat harap2kan, ekonomi Amerika utk Amerika.

Satu lagi yg rakyat tak puas hati tapi sebelum nie tak leh buat apa ialah perbelanjaan ketenteraan yg entah berjuta billion tu, duit rakyat semua tu, setengah tu bukan buat pa pun, pi tolong NATO jaga langit depa ja.

Sekarang D Trump gempaq kata Amerika akan tarik ikatan dia dgn Nato, Nato pandai2lah jaga langit depa sendiri dari ancaman Rusia ka apa, seronok rakyat Amerika dengarnya, jimat billion2 tu, bab nak tarik diri sungguh ka tidak itu lain cerita. Rakyat teruja, ini baru namanya ahli politik, berjaya memainkan sentimen rakyat.

Bab Syria, sebelum nie rakyat duk risau jadi perang dunia ke 3, perang nuklear Rusia Amerika sbb Rusia sokong Bashar tapi Obama back up ISIS dan musuh Bashar. Masuk mai Donald Trump, dia kata yg kita nak gaduh dgn Putin/Rusia pasai pa, dia join Rusia dan Syria lwn ISIS dll, lega rakyat Amerika. Donald Trump bergerak ikut citarasa dan kehendak rakyat jelata. Dia fokus pada isu dan bagi jln pilihan.

Di Malaysia pembangkang lemah tang bab ini tapi D.Najib cekap. Rakyat marah kos sara hidup naik, dia bagi BR1M. Saya pernah pi bagi crmah PRU waktu saya bergiat atas pentas pembangkang di sebuah kg pedalaman, sebelum ceramah Pengerusi Majlis pesan kat saya, dia kata:

"Ustaz (dia panggil saya ustaz, dlm parti nie siapa yg pandai cakap dipanggil ustaz, dlm parti satu lagi siapa yg pandai cakap kena cantas awal2 takut org lama jatuh), Ustaz tak payah ceramah bab tinggi2, Ustaz cerita bab BRIM dah la. Kami tak reti nak jawab dah depa duk kata Tok Najib ada juga bagi kat kami BRIM, hangpa bagi apa?"

Nak habag kata, teruk2 D Najib pun sebagai ahli politik dia pandai main saikologi rakyat.

Berbalik kpd praya presiden Amerika, saya melihat jika sungguhlah pembangkang nak tumbangkan D Najib dan UMNO/BN, pembangkang kena belajar daripada Donald Trump, attack kat isu, jgn attack orang dan jgn attack bini atau anak tiri orang...:-)

Kalau tidak mai PRU14 nie D.Najib akan terus perintah Malaysia, tambah hebat lagi sebab Donald Trump Presiden Amerika kawan dia.

Itu ja yg saya dapat ulaskan.

Saja nak kongsi.

Tkasih.

Monier Mat Din

Tuesday, 8 November 2016

Kerajaan pernah gagal isytiharkan Bersih pertubuhan haram

Bersih 5
Bersih hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan pernah kalah di mahkamah untuk mengisytiharkan pemantau pilihan raya itu sebuah pertubuhan haram.

Ini susulan kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih dan juga pergerakan baju merah yang berkaitan Umno, tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Oleh itu ia dilarang daripada mengadakan sebarang perhimpunan.

“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012.

“Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Hakim Datuk Rohana Yusof berkata bahawa keputusan itu telah tercemar dengan tidak rasional’, kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh demikian, menurut Bersih, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kuasa, sama ada di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta Pertubuhan 1966, untuk mengharamkan Bersih atau baju merah daripada berhimpun.

Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah, didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 manakala pergerakan baju merah yang diterajui oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula tidak berdaftar.

Bersih merancang untuk mengadakan perhimpunannya pada 19 November ini, yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Jamal hari ini memberi amaran bahawa di mana Bersih 5 berada di situ merah akan bersama.

Katanya, beliau telah lama bersedia untuk berdepan dengan Bersih 5.

Dalam satu kenyataan, Bersih berkata pihaknya telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

“Pada 28 Oktober lalu, Bersih 2.0 telah menyerahkan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ke ibu pejabat PDRM di Bukit Aman, IPD Dang Wangi, IPD Brickfields dan IPK Kuala Lumpur.

“Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dari 10 pagi hingga 6 petang.

“Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut,” katanya.

Oleh itu, pergerakan berkenaan berkata kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa Bersih tidak mengemukakan notis untuk konvoi adalah salah dan menuntut beliau menarik balik dakwaan yang tidak berasas itu.

Bersih juga memberi jaminan bahawa ia akan mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak memasuki Dataran Merdeka.

Monday, 7 November 2016

Zimbabwe Today is Malaysia Tomorrow....beringatlah semua...!!!

ZIMBABWE TODAY IS M'SIA TOMORROW.


Apa yg saya tulis dibawah ini ada dari pengalaman yg saya lalui selama 20 diZbwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yg sdg berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yg dilakukan olih kerajaan China  terhadap Zbwe melalui GLC2nya.

Tidak mustahil, tidak lama lagi, perkara yg sama berlaku dinegara kita. Nahuzubillah. 

China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak USD5 Bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yg menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012, yg mana China "membantu" membaikpulih rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun  projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, baru2 ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak USD40 juta kpd negara tersebut.

TERNYATA PENJAJAHAN BENTUK BARU BUKAN LAGI SECARA KETENTERAAN, TETAPI BERLAKU SECARA PENAKLUKAN EKONOMI OLEH KUASA BESAR DUNIA TERHADAP SEBUAH NEGARA YG LEMAH PENGURUSAN EKONOMINYA.

RAKYAT ZIMBABWE  TERPAKSA MENANGGUNG AKIBAT DARI KESILAPAN DAN KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN MRKA YG DI PIMPIN OLEH  MUGABE.

Barang dijauhi Allah,  Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yg sdg berlaku skrg, musibah yg sama akan melanda kita klu kita tidak mengambilnya Zbwe sebagai iktibar dan belajar
dari kesilapan itu.

Zbwe is the only country in the modern world, not having her own currency. Zbwe is a  Multiple Currencies Economy country since 2003 where US Dollar is a denominator. Worst part is, not only unacceptable by her neighbouring countries, the Zim$ not even desired by the Zbwean itself.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dgn membina airport baru, membaikpulih lebuhraya, bandar baru ber-ala China dan perkampongan China sehinggakan terujud
Little Beijing in Harare.

Penduduk cina diseluruh Zbwe lebih kurang 80-90 ribu. Hampir sama dgn the 'borne and bread whites' dinegara tersebut.

Rakyat China yg berkerja diZbwe dan org2 tempatan yg berkerja dgn syarikat China dibayar dgn Remimbi atau Yuan. Terdapat juga emas dan logam dari org2 tempatan dibayar dgn Remimbi dan adakalanya dibayar dgn barang2  peralatan rumah buatan China yg inferior kualitinya.

70% rakyat Zbwe adalah terdiri peasant atau kaum tani. Mrka dah jemu utk ambil peduli 'apa yg betul' dan 'apa yg salah' yg dilakukan olih krjaan mrka.

Tiba masa mengundi, mrka mengundi. Yg mrka perlu ialah air yg cukup bukan Mugabe. Mrka akan menikmati 'bumper harvest year' pd bulan Jun klu cukup hujan bulan January.

Mrka bukan tak tahu kezaliman  Mugabe yg selama ini merosakkan negara, tetapi mrka dah sampai ketahap benci utk berbuat sesuatu.

Jgn ketawa kan saya. Apa yg saya alami dari 1995 hingga sekrang, 20 tahun lama nya, sdg berlaku dinegara ini.

Our country is beserk. Klu 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa America. Skrg ni, apa yg Najib cuba lakukan ialah "cuba keluar dari mulut Buaya (amerika) dengan mengunakan kuasa Naga (China)".

Dalil2 yg negara kita menjejaki Zbwe telah banyak berlaku dan banyak lagi akan berlaku dlm masa yg amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti dan foreign currencies spt USD akan sukar didapati. Black market yg taboo kpd Bank Negara akan muncul.
•budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku diZbwe.
•tarik subsidi krjaan meyebabkan barang2 dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dgn hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dgn Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar dgn matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dgn barang2 buatan China yg mutunya substandard dan inferior.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Msia krna tak yakin akan ditawarkan project krna GLC China telah bertapak dgn kuat dan menguasai penjawat2 awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan Foreign Exchange dlm negara yg akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• credit rating negara akan menurun yg akan meyebabkan 'access negara to foreign capital' menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tak lama lagi, dipasarraya kita hanya dpt membeli buah2an tempatan saja. Klu ada epal dan anggur pun, didatangkan dari cina.

Saya ulangi, apa yg saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun diZbwe.

Apa ada utk rakyat sesebuah negara sekiranya letrik, air dan telekomunikasi dimiliki orang.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised olih China.

Sekian pandangan dari saya.

Dr. Hassan Ali.

( Hj Jamil : Jemaah Wadi Hasan )
C & P dari group sblh

Sunday, 6 November 2016

APABILA ALLAH TANGGUHKAN KEMENANGAN PAS, MUNGKIN INILAH ANTARA SALAH SATU SEBABNYA.....


Alhamdulillah aku bersyukur sbb Allah swt tidak membenarkan PAS masuk PRU14 dalam gabungan Pakatan Rakyat... sebenar Allah sedang menapis golongan2 yg sedang menjual dan mencandukan agama demi politik sempit mereka...

Bayangkan jika PAS masuk PRU14 dalam berlaku warak tembelang dan kelaku spt skrag munncul maka lagi huru hara gabungan kita masa itu...

Dengan kelaku rasa bagus.. dengan kelaku ponteng mesyuarat... dengan kelaku hukum org ikut suka... dgn kelaku tak tetap pendirian dan keputusan sudah pasti semua naik pening layan karenah mereka...

Aku berkeyakinan jika Pakatan Rakyat masuk PRU14 dgn rumah tangga UMNO BN yg huru hara... insyaallah malaysia akan berubah sang penguasanya...

Dengan 79 kerusi PAS bertanding tak mustahil PAS mampu memperolehi 60 kerusi... dan dgn 60 kerusi itu ia sudah mengatasi DAP yg hanya bertanding 50 kerusi shj...dan jika menang semua pun hanya 50 kerusi dan PKR jika melebihi DAP n PAS bayangkan siapa yg akan dilantik jd PM...

Bagi aku sudah pasti HJ HADI kerana beliaulah yg paling senior dan bertokoh dalam gabungan waktu itu... lihat dalam DAP w.pun Lim Kit Siang senior dia Cina.. kompom tak layak... nak kata PKR... rasanya ramai yg muda2... nak angkat ANWAR pula dia ada dalam penjara sana..jk keluaq pun 5 thn kena beku... jadi yg diangkat jd PM sudah pasti HJ HADI...

Jadi bersyukurlah kita semua sebab ALLAH selamatkan kita dari berada dibawah kuasa HJ HADI & PAS...

Kepada sahabat dalam gabungan baru... teruskan kukuhkan gabungan PAKATAN HARAPAN... dah lupakanlah mereka yg was was dalam kehidupan mereka...

Insyaallah Allah akan bersama kita dalam perjuangan ini demi berkata benar dan menatuhkan sang penguasa yg zalim..

Allah Huakbar...

Mat Alishah..
Dulu PR Kini PH