Saturday, 29 October 2016

Bahaya terlalu bergantung kepada China


Bahaya terlalu bergantung kepada China

A Kadir Jasin

ULASAN l Komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: “Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…”

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai lawatannya ke China.

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Najib berkata: “Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita.”

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.

Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.”

Ingat tu – “koridor kereta api China” - yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan.”

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Inskandar Waterfront Berhad milik tauke Tan Sri Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1BDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China.

Menurut agensi berita Reuterstampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu.

Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual harga lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Datuk Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion.

Saya kata “harga lelong” sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.



Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra.

Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak “viable” apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita tidak mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankan memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negeri China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana "politik" China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukan China mendomasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negeri China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

Tuesday, 25 October 2016

Belom jadi PM sudah sombong, tak dengar cakap orang lama..!!


Shahbudin Husin, 

http://www.smh.com.au/content/dam/images/3/5/2/5/l/image.related.wideLandscape.620x349.3525k.png/1395206764053.jpg
 
Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak boleh ditegur sama-sekali, baik oleh orang luar mahupun pemimpin dalam parti itu sendiri.

Kalau teguran pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh yang banyak berjasa dan pengalaman pun, ada pemimpin UMNO yang kononnya merupakan "calon bakal Perdana Menteri di masa depan" mengatakan, "jangan dilayan teguran itu", siapa lagi yang boleh memberi pandangan?

Ketika melancarkan sebuah buku Isnin lalu, Tengku Razaleigh antara lain berkata, UMNO perlu melakukan perubahan dalam strategi politiknya kerana ramai yang berpendapat parti itu ketika ini banyak menghampakan rakyat serta tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

Beliau kemudian menggariskan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO jika ingin terus relevan dan kekal berkuasa.
 
Apa yang salahnya dengan teguran Ku Li itu? 

Apakah sebagai pemimpin lama, beliau tidak boleh memberi teguran sama sekali?

Dah UMNO tengah nazak dan ditolak di sana sini pun,  masih nak sombong lagi? (SH 26/10/2016).

Muhyiddin: RM42 juta masuk akaun Najib

https://s.yimg.com/uu/api/res/1.2/uZzcxrX.JxMlEcRWCVMfzA--/aD01MzM7dz04MDA7c209MTthcHBpZD15dGFjaHlvbg--/http://media.zenfs.com/en_MY/News/Malay_Mail/20160327_MALAYSIA-POLITICS-CONGRESS_17.jpg

KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

"Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu," katanya.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.

Ceramah anjuran Pas Terengganu itu dibanjiri lebih 3,500 orang.Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Monday, 24 October 2016

Apabila Husni Hanadzlah mela buka mulut dalam parlimen isu 1MDB



Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

1 - Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

2 - Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

3 - Mengapa tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.

BOM Dari Husni Di Parlimen @ 1MDB

BOM Dari Husni Di Parlimen @ 1MDB


Kena tonton video Kinitv dibawah ini bilamana Husni yang baru meletak jawatan sebagai Menteri 1MDB bertanyakan soalan2 maut berkaitan 1MDB di Parlimen ! Saya sediakan transkrip dalam bentuk point2.

- Kerajaan yang baik bermaksud kerajaan yang punya dignity, integrity dan good governance.

- Meliputi semua jentera kerajaan termasuklah syarikat2 kerajaan.

Soalan saya adalah -

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


Itu yang dapat saya salin dari video Kinitv di atas. Dari TheMalaysianmirror, dilaporkan ada lagi persoalan


“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.


********************************

WOW ! Semua itu soalan2 yang sememangnya kita sebagai rakyat, mahu tahu penjelasannya dari kerajaan. Apatah lagi bila soalan2 sama turut ditanya oleh bekas Menteri 1MDB !

Macam tak percaya pula sebagai Menteri 1MDB dulu, Husni tidak tahu jawapan2nya ? Atau Husni sengaja sebut dalam bentuk persoalan agar jawapan itu datang dari mulut wakil kerajaan sendiri ? Yalah, beliau kan terikat dengan sumpah perjawatan.

Apapun, bila Husni selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjawap segala persoalan 1MDB semasa masih dalam kerajaan, bertanya akan soalan2 diatas, PASTINYA RAKYAT MAHU TAHU JAWAPAN2NYA !

Atau pihak kerajaan melalui Jasa dan ArulKanda hanya mahu jawab dipentas kampus Universiti saja didepan pelajar2 ? Apakah WAKIL2 RAKYAT tidak layak mendapat jawapan ?

TAHNIAH HUSNI diatas keberanian anda ! Masaklah Najib .... Arul boleh saja kata semua tu berlaku sebelum dia join 1MDB.

Najib selaku orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1MDB selaku PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 117 yang berkuasa veto dalam 1MDB, seharusnya tampil menjawab.

Takkan Najib sebodoh itu mahu pegang segala jawatan itu tapi tidak tahu apa2 ?

Mantan menteri kewangan kedua mula tegur kerajaan Najib mengenai bajet 2017


Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.

“Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya.

Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat.

Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu.

Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik.

Sunday, 23 October 2016

Analisa: Ucapan belanjawan Najib makin dipolitikkan


Apabila anggota-anggota Parlimen Pakatan Harapan bertindak keluar Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, mereka dituduh membelakangkan kebajikan rakyat.

Para anggota Parlimen pembangkang, kata Najib, memalukan diri mereka sendiri sementara beberapa menteri menuduh perbuatan tersebut sebagai tidak matang, kebudak-budakan atau kurang ajar.

Walaupun ianya mungkin benar, analisis Malaysiakini mengenai ucapan belanjawan Najib sejak pembentangan Bajet 2010 menunjukkan terdapat asas-asas diatas yang menyokong dakwaan anggota Parlimen pembangkang Liew Chin Tong yang mengatakan Najib 'menyerang' pembangkang sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi.

Ucapan belanjawan Najib telah menjadi lebih daripada sekadar kenyataan dasar kerajaan dan digunakan sebagau peluang untuk beliau menjana keuntungan politik berbanding lawan politiknya.

Apabila Najib membentangkan ucapan belanjawan pertamanya pada Oktober 2009 bagi Bajet 2010, beliau tidak menyebut BN mahupun pembangkang sama sekali.

Hal seperti itu berlanjutan sehingga pembentangan Bajet 2012, namun begitu, beliau pernah menyebut pembangkang sekali apabila menawarkan kenaikan gaji ahli Parlimen. Ia dengan syarat kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju dengannya.

Semasa Bajet 2013, ia telah secara jelas menunjukkan belanjawan pilihan raya dan Najib mula menonjolkan perikatan BN yang diterajui beliau.

Menyebut 'Barisan Nasional', terutamanya dalam konteks 'kerajaan BN' dan bukan semata-mata 'kerajaan' secara melampau-lampau sambil menyerang pembangkang.

Tony Pua beri amaran bom jangka dalam Laporan Ekonomi 16/17

tonypua35_bajrt_600
KUALA LUMPUR: Apabila bom jangka Perbadanan Awam Bukan Kewangan (PABK) meletup, Bajet 2017 akan kelihatan seperti melancong ke Hawaii.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyimpulkan perkara itu selepas mengkaji Laporan Ekonomi 2016/2017.

“Ia mendedahkan bom jangka yang disorok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,” kata Tony, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa kerajaan meletakkan perbelanjaan yang melampau kebanyakkannya bawah PABK. “Ini bagi memperlihatkan defisit belanjawan yang ‘sederhana’.”

Anggaran defisit PABK bagi 2016 adalah RM50.5 bilion, katanya. “Tidak termasuk hutang 1MDB yang berbilion ringgit.”

Defisit PABK adalah RM10.6 bilion pada 2013, RM52.3 bilion pada 2014 dan RM56.9 bilion pada 2015, menurut Laporan Ekonomi 2016/2017.

Tony mendapati perbelanjaan PABK tidak terdapat dalam belanjawan kerajaan. “Ini supaya defisit yang ‘cermat’ ditekankan dalam belanjawan itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi 2015 adalah lebih rendah iaitu RM37.2 bilion dan dijangka mencecah RM38.7 bilion dan RM40.3 bilion bagi 2016 dan 2017.

Pada masa ini, laporan itu menyatakan caj perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM20.3 bilion pada 2013 kepada RM28.9 bilion yang diunjurkan pada 2017.

“Kewajipan kewangan PABK akan memacu dan membesarkan kenaikan itu,” kata Tony. “Kewajipan itu akibat daripada defisit yang besar dalam tahun mendatang.”

PABK terbabit dalam pelbagai projek berbilion ringgit.

Ia termasuk Projek Penyambungan LRT, Projek MRT 1 dan 2, cadangan keretapi berkelajuan tinggi dan Lingkaran Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM55 bilion.

PABK termasuk 29 syarikat milik kerajaan.

Indah Water Konsortium, KTM Bhd, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airport Holdings, Petronas, Prasarana, Syarikat Perumahan Negara, Tenaga Nasional, MRT Co dan Kumpulan UEM berada dalam senarai teratas.