advertiser

Saturday, 15 October 2016

‘Saya tak dendam Tun Mahathir’ - Azizah

https://sokmodotnet.files.wordpress.com/2016/04/mahathir_wan-azizah__600.jpg?w=640

SHAH ALAM – "Memang hati saya terguris namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa." Itulah luahan ikhlas Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memecat  suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet  ketika menggalas jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Walaupun mengakui berasa terguris hati dengan tindakan Tun Mahathir itu, Wan Azizah menyatakan beliau tidak lagi memendam perasaan kerana sedar manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Wan Azizah berkata, anak-anaknya memang merasa sedih apabila Anwar terpaksa dimasukkan ke penjara ketika usia mereka masih muda namun tiada sebarang dendam disimpan ekoran insiden tersebut.

"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-ALLAH itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.

"Ia tidak seindah dan semudah yang saya katakan....namun saya mesti telan dan mengatasi perasaan ini dengan niat yang betul," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.

Anwar ditangkap pada 20 September 1998, dan pada tahun 1999 beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah menggugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku, oleh itu beliau telah dibebaskan.

Pada Julai 2008, Anwar telah ditahan sekali lagi atas dakwaan beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mana akhirnya pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai saat-saat penahan Anwar pada tahun 1998 lalu, Wan Azizah berkata, beliau turut sama menaiki van yang membawa Anwar selepas beliau ditangkap di rumah kediamannya.

"Ketika di pertengahan jalan sekitar satu lokasi yang sunyi, Anwar telah dipindahkan ke dalam van lain dan kami tidak tahu dia hendak di bawa ke mana.

"Dalam van tersebut, beliau telah digari dan pada waktu saya melihat van tersebut, Anwar sempat berkata, 'See you later Zah'," katanya.

Mengulas  detik-detik Anwar dipecat, Wan Azizah berkata, apabila isu berkenaan timbul, Anwar memaklumkan kepadanya bahawa beliau mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk meletak jawatan ataupun dipecat oleh kerajaan.

"Saya kata kepadanya, kalau you dah resign, orang akan keluarkan 50 dalil itu so dia kata ok. "Then of course, Mahathir lucutkan dia daripada jawatan tersebut," katanya.

Ketika ditanya apakah pesanan Anwar kepada beliau sebelum dimasukkan ke dalam penjara, Wan Azizah menceritakan bahawa dirinya terpaksa belajar sendiri daripada rakan-rakan dan teman berhubung perkara-perkara politik.

Wan Azizah berkata, sewaktu Anwar mula-mula giat dalam bidang politik, beliau telah berpesan kepadanya supaya tidak masuk campur dalam sebarang hal berkaitan kerja.

"Semua program beliau saya tiada kena mengena kerana hanya dia yang terlibat.

"Disebabkan itu, selepas Anwar di penjara, bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor orang yang memberi kekuatan kepada saya di samping banyak pihak lain yang turut membantu," katanya.


Kerajaan BN NAJIB boleh hapuskan legasi Tun M jika mahu

Kami Boleh Roboh KLCC - Salleh
Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 5:04 PM


PETALING JAYA: Kerajaan dengan mudah boleh menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan merobohkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) jika mahu, demikian menurut Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan mahu memadamkan legasi beliau dengan membunuh idea pengeluaran kereta nasional iaitu Proton.

Salleh berkata jika dakwaan berkenaan adalah benar, terdapat banyak warisan lain Dr Mahathir yang mungkin telah dipadamkan.

"Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan.

"Namun kerajaan hari ini berpaksikan kepada rakyat didahulukan iaitu membangunkan kemudahan yang dapat memanfaatkan rakyat secara keseluruhan dan bukan segelintir golongan sebagaimana berlaku di era pentadbiran beliau,” kata Salleh menjawab catatan blog Dr Mahathir seperti yang dilaporkan portal bnbbc.com.

Dr Mahathir mendakwa kerajaan sedang cuba untuk memadamkan namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalin sebarang kerjasama dengan penyokongnya.

"Mereka tidak boleh mengaitkan nama saya dengan Proton. Ia perlu dijual 100 peratus kepada warga asing supaya industri automotif tempatan boleh dihapuskan.

"Hanya kereta yang diimport akan dibenarkan dijual di Malaysia. Mereka tidak mahu apa-apa dikaitkan dengan saya. Mereka lebih suka melihat industri ini musnah asalkan0 Najib gembira," katanya Dr Mahathir.

Walaupun Salleh mengakui bahawa Dr Mahathir telah memainkan peranan yang penting dalam Proton, beliau menafikan bahawa kerajaan mempunyai niat untuk menamatkan industri kereta tempatan.

Beliau berkata kerajaan memberikan suntikan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion kepada Proton pada April lalu.

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Mac lalu.

Friday, 14 October 2016

Wakil rakyat dan Ketua Umno bahagian kini Jadi 'bisu' sebab dedak

Tun Dr Mahathir Mohamad

MELAKA TENGAH - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wakil rakyat dan Ketua Umno bahagian kini terus membisu dan menutup kegiatan salah pemimpin utama berikutan disogok 'dedak'.

Malah lebih membimbangkan, katanya, 'dedak' yang diterima untuk menutup mulut itu telah 'membutakan' mata pemimpin BN sehingga tidak mempedulikan derita ditanggung rakyat.

"Hari ini kita dapati wakil-wakil rakyat Umno dan BN dah bisu, tidak boleh bercakap kerana disuap dedak, mulut tak boleh dibuka sebab nanti tersembur keluar. Bisu, pekak dan buta tak nampak apa-apa dah.

"Bila tengok RM1 juta, RM2 juta..jadi kaku, dia (pemimpin akar umbi) tak boleh bercakap (tutup mulut). Itulah sikap yang ada dalam Umno sekarang. Wakil rakyat, ketua bahagian bahkan cawangan sudah disogok dengan dedak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri Penjelajahan Penerangan 1MDB di Taman Paya Dalam di sini, kelmarin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, situasi itu berlaku apabila pemimpin percaya boleh menjadi raja jika mempunyai banyak wang.

"Pada mulanya saya percaya jika Najib sahaja disingkir, Umno akan pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah jadi busuk...buruk sehingga tak boleh dibaiki lagi.

"Bila dia hutang duit banyak, kerajaan tak dapat bayar hutang, apa dia buat? Suruh rakyat la bayar! Ini cara Najib, dia balas (beri) duit tapi kita kena bayar. Sebab itu ada GST, tol naik tinggi, tak ada subsidi minyak lagi," katanya.

Menurutnya, pemerintahan yang  seperti itu hendaklah ditukar malah parti berkenaan wajar dibuang namun penukaran kerajaan memerlukan usaha rakyat kerana negara demokratik boleh menggunakan undi rakyat untuk menukar pentadbiran.

"Dalam masa sama pembangkang perlu pakatan yang lebih besar dianggotai lebih banyak parti bagi menumbangkan BN yang terdiri daripada 14 parti komponen.

"Pakatan itu perlu bagi memastikan pembangkang dapat meletakkan calon satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti," katanya.

Thursday, 13 October 2016

Tawaran RM2 juta sebulan untuk abaikan jenayah, kata bekas IGP


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa beliau ditawarkan RM2 juta sebulan untuk mengabaikan aktiviti jenayah.

"Ketika berkuasa, sindiket tawarkan saya RM2 juta setiap bulan untuk membenarkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan pinjaman wang haram tanpa pemeriksaan,” katanya yang dipetik The Star hari ini pada sebuah seminar mengenai integriti untuk penjawat awam semalam.

Tetapi, katanya, beliau bukan sahaja menolak tawaran itu tetapi bertindak lebih tegas dan menutup aktiviti haram berkenaan.

Hasilnya, beberapa ketua samseng dan kongsi gelap berprofil tinggi berjaya ditangkap semasa khidmat Musa sebagai polis.

Ditanya sama ada ketua polis lain juga menerima tawaran sama, Musa berkata beliau tidak tahu.

"Saya juga enggan menerima hamper semasa saya adalah IGP. Kami, pegawai-pegawai kanan, perlu memimpin melalui teladan."

Musa juga mengimbas kembali bahawa beliau pernah dituduh mengambil rasuah ketika dirinya adalah pegawai penyiasat di Melaka.

"Pegawai dari Badan Pencegah Rasuah memberitahu, saya disiasat kerana beberapa orang bawahan menggunakan nama saya untuk meminta rasuah.

"Saya beritahu pegawai itu, tangkap mereka. Orang seperti ini tidak perlu diberi sebarang kelonggaran," katanya.

Sebagai IGP, Musa berkata beliau tidak bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah.

Antara pencapaian utamanya, apabila berjaya menahan tujuh suspek ketua kumpulan haram Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Singapura, pada bulan Julai 2007.

PENDAKWAAN DI SWITZERLAND SEHARUSNYA LEBIH MENAKUTKAN NAJIB

Shahbudin Husin, 


http://www.arabianknightonline.com/source/news/2015/3/17/Falcon-Private-Bank.jpg
Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) kini dilapor sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd, susulan tindakan penyekatan oleh agensi kawal selia, Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland terhadap bank tersebut.

Falcon Bank telah diarahkan oleh Finma untuk menyerahkan kepada agensi kawal selia itu wang sejumlah RM10.55 juta  yang disifatkan sebagai keuntungan haram hasil daripada dana 1MDB.

Bagi tujuan kemungkinan pendakwaan itu, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan sesalinan keputusan yang menguatkuasakan sekatan terhadap Falcon Bank itu bagi mereka membuat analisis mengenainya.

Jika OAG turut memulakan prosiding jenayahnya, bermakna sudah tiga negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland telah bertindak berkaitan dana yang berasal daripada 1MDB.

Di Singapura, dua buah bank iaitu Falcon dan BSI AG telah diarah tutup kerana kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram tentang dana 1MDB, manakala di Amerika pula tindakan pembekuan aset dan hartanah yang dipercayai daripada wang syarikat pelaburan itu, turut sudah dimulakan.

Berbanding tindakan pendakwaan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat dan  Singapura sebelum ini di mana Najib Razak masih boleh "bersilat"  dan mengatakan ia tidak membabitkan atau tiada kena-mengena dengan dirinya, prosiding jenayah oleh OAG terhadap Falcon Bank ini seharusnya lebih membimbangkan beliau.

Ini kerana dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Finma terhadap Falcon Bank selama ini, ia bukan saja berkaitan dana daripada 1MDB sebanyak RM15,200 juta yang disalurkan melalui bank itu, tetapi juga berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib serta RM2,030 juta yang kemudian dikembalikan.

Semua urusniaga itu dilakukan melalui Falcon Bank yang merupakan milik IPIC. Sebagaimana yang diketahui umum, IPIC turut mempunyai urusniaga dengan 1MDB berkaitan pengeluaran bon.

Najib berkali-kali mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada anak Raja Arab dan ia juga dipulangkan kepada orang yang sama kerana tidak habis digunakan.

Dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pula, jelas disebut wang berkenaan yang dimasukkan ke akaun peribadi Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada 1MDB. Tidak disebut sama sekali wang tersebut berpunca daripada anak Raja Arab atau Timur Tengah.

Menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan MO1 adalah Najib serta menempelak dengan mengatakan hanya orang bodoh saja yang tidak mengenali siapa MO1 yang sebenar sebagaimana yang disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu.

Sehingga ini, Finma tidak memberikan butiran lengkap mengenai pemindahan wang melalui Falcon Bank ke dalam akaun Najib itu.

Namun, segala-galanya mungkin terbongkar apabila OAG memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Bank, terutama tentang penderma sebenar yang begitu murah hati kepada Najib itu.

Apakah benar wang tersebut berpunca daripada anak Raja Arab dan kemudian dikembalikan semula sebahagian besarnya kepada anak Raja Arab yang sama juga?

Bagaimana jika butiran yang ada di Switzerland  nanti menunjukkan wang itu tiada kaitan langsung dengan mana-mana Pak Arab, sebaliknya daripada individu yang ada kaitan dengan 1MDB?

Atau bagaimana jika bukti yang ada menunjukkan wang itu diterima daripada orang lain dan  dikembalikan kepada penama yang lain, bukan penderma yang asal?

Mungkinkah dalam prosiding jenayah terhadap Falcon Bank itu nanti, Najib turut dipanggil untuk memberi keterangan?

Bolehkah beliau "bersilat"  lagi?

Maka, khabar prosiding jenayah oleh OAG itu mahu tidak mahu, adalah satu lagi berita yang menakutkan buat Najib. (SH 12/10/2016).

Anwar dan Mahathir - Lupakan sengketa, tumpukan masalah rakyat

OLEH ERMIZI MUHAMAD


PUTRAJAYA, 12 OKT: Tiada lagi sengketa atau dendam tersimpan di sebalik ‘salam damai’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan Tun Mahathir agar sengketa yang wujud antara dua pemimpin itu tidak berpanjangan.

“Kita tidak lagi menganggap itu sebagai dendam atau perasaan negatif. Perasaan itu hanya akan memakan diri sahaja.

“Kita teruskan hidup dan ambillah pengajarannya daripada apa yang berlaku itu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ahli keluarga lebih mengambil pendirian terbuka tanpa perlu memanjangkan seteru persengketaan antara Tun Mahathir dan Anwar.

Sebelum ini, anak Anwar, Nurul Nuha senada untuk tidak menyimpan sebarang dendam selepas memahami situasi politik semasa susulan pertemuan antara Tun Mahathir dan Anwar sebelum ini.

Tun Mahathir sebelum ini secara terbuka tampil di mahkamah sebagai sokongan terhadap Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang.

Dalam pertemuan itu, Mahathir dan Anwar dilihat berjabat mesra selepas 30 tahun Reformasi 1998 berlaku.

Terdahulu, Anwar dipecat Mahathir daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan, sekali gus mencetuskan gelombang Reformasi 1998.

-NFN-

Monday, 10 October 2016

BN akan dilanda "Trajedi Oktober"


Gambar hiasan

SHAH ALAM - "Bergantung kepada berapa orang keluar, kalau ramai (Adun, ahli Parlimen) akan menjadi 'tragedi Oktober' buat Barisan Nasional (BN).

Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengenai keadaan 'rumah tangga' BN kini.

Perkembangan terbaharu terutamanya di Johor memperlihatkan, BN Johor kerhilangan seorang Adunnya apabila Adun Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun begitu ujarnya keadaan di Johor masih kukuh dan stabil.

"Setakat ini baru kurang satu Adun, selagi BN berjaya kekalkan majoriti mudah sebenarnya masih stabil.

"Hanya sekiranya ramai meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu seperti berduyun-duyun meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah di Johor, baru keadaan kurang stabil ke arah tidak stabil," katanya kepada Sinar Online.

Dun Johor terdiri daripada 56 Adun di mana 37 kerusi adalah milik BN, DAP 13, PKR 1, Pas 3, Bersatu 1 dan Amanah 1.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan BN akan kehilangan beberapa negeri sekiranya lebih ramai Adun yang keluar parti, Azizuddin berkata buat masa ini perkara itu 'mustahil' berlaku.

"Tun M, cuba cipta suasana yang membolehkan orang Melayu fikir akan sokongan mereka kepada Umno.

"Saya rasa sebenarnya sukar untuk menggugat Umno masa kini," katanya.