Friday, 23 September 2016

Warkah dari Mahathir kepada Najib dan pemakan dedak tegarnya

Viral Broadcast

*Warkah Dari Mahathir Kepada Najib Dan Pemakan Dedak Tegarnya*

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.

2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.

4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.

9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”. Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.

25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

Thursday, 22 September 2016

Mahathir akui akibatkan kerugian tapi tak lesap duit rakyat


Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.

Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).

Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari AS$3.5 bilion.

Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

Miliki 24 kereta

Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit rakyat) berbilion ringgit.

Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.

Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.

Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.

Kerugian akibat Mahathir

Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.

Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.

Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.

Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”.

Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang

Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian kerajaan disebabkan saya masukkan duit kerajaan dalam akaun peribadi saya?

Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi RM2.6 bilion untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya dan dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Apakah sebabnya yang Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali?

Kenapakah undang-undang negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai.

Jangan guna jabatan kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

TUN DR MAHATHIR MOHMAD adalah bekas perdana menteri dan presiden Umno. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

Nak setia lagikah dengan UMNO sekarang nie...!!!!

TERUS SETIA?


Jika seorang isteri selingkuh apakah suami harus setia?

Atau jika suami main kayu tiga apakah isteri menggangguk saja?

Suami boleh kawin empat dan jika demikian isteri jangan marah sebab kelak dapat payung emas di syurga.

Marah? Jangan marah kelak cepat tua dan jika tua lojik suami kawin lagi. Betul?

Kita bicara kata musa orang umno mesti setia sama parti. Setia macam mana itu?

Jika umno dan pemimpin umno telus jujur dan pimpin negara secara ikhlas dan tak ambil kesempatan kayakan diri, famili, suku sakat dan sebagainya dirasa kenyataan musa disokong tapi jika sebaliknya harus ditinggalkan sebab allah perintah tak subahat dengan mereka yang buat mungkar.

Mereka yang tak setia tak perlu disalahkan sebab mereka yang bertindak tak mahu dikata subahat.

ISMAILY BUNGSU
9:22pm

'Najib memalukan dan menghina Agong'


Datuk Seri Najib Razak sudah tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah.

Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ia dilaporkan oleh media.

Peristiwa tidak pernah berbohong di mana tempat berlakunya peristiwa.

Saya agak hairan kenapa Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterima mengadap pada 15 September lalu.

Kalau pun tujuan kenyataan Najib untuk memperlekehkan Mahathir tetapi tidak seharusnya menunjukan fakta yang salah.

Peristiwa pertemuan empat mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit. Yang peliknya Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

Kan berbeza antara Bukit Malut dengan Anak Bukit. Bukit Malut di Langkawi.Anak Bukit dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar. Bukit Malut dan Anak Bukit dipisahkan oleh laut.

Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang disebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM.

Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Mahathir dan disertai oleh individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Waktu itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pun belum tubuh lagi. Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal masih lagi ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat.

Kenyataan Najib satu penghinaan kepada Seri Paduka dengan menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri usaha yang lakukan oleh BERSATU dalam Deklarasi PBBM.

Kenyataan Najib seolah-olah Seri Paduka tak faham fakta sebenar antara Deklarasi Rakyat dengan Deklarasi PBBM.

Najib meletakkan Seri Paduka sama taraf dengan Ahli Parlimen Langkawi yang mentafsirkan MO1 adalah Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan dan perbualan saya dengan Seri Paduka semasa berangkat ke majlis perkahwinan anak saya pada 17 Sept 2016 di Kompleks Inspin Alor Setar menunjukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai pengetahuan sejarah dan ketajaman fikiran lebih tinggi dari Najib.

Najib perlu mohon maaf pada Seri Paduka atas penghinaannya dan perlu sedari yang beliau sudah tidak layak menduduki kerusi perdana menteri.

Saya harap Najib tahu cara untuk mengundur diri sebagai perdana menteri seperti mana yang di lakukan oleh Tun Abdullah Badawi dan Mahathir.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

Deklarasi Rakyat - Amanah pelik kenapa NAJIB yang mewakili Tuanku buat kenyataan bukannya Setiausaha Sulit ataupun Istana


SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan rasa pelik dengan kenyataan terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seolah-olah mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung Deklarasi Rakyat dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kebiasaannya sebarang kenyataan Yang di-Pertuan Agong bakal dikeluarkan Setiausaha Sulit ataupun istana.

“Saya berasa agak pelik apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong iaitu baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Bersatu.

“Saya ingin bertanya, sejak bila Datuk Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, telah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong ada menjelaskan kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha parti berkenaan ketika menerima menghadap bekas Perdana Menteri itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Najib sebagai pihak berkepentingan dalam isu tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong.

“Mana mungkin Datuk Seri Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.

“Bagi saya, ia suatu yang melanggar kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat yang dilancarkan sejak 4 Mac lalu dalam usaha untuk menyingkirkan Najib.

Keadaan negara sekarang sudah tahap 'gaban'

Keadaan negara  sekarang sudah tahap 'gaban'

SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, menjatuhkan perdana menteri itu hanya sebahagian kecil tujuan penubuhan parti tersebut.

"Yang lagi besar adalah kerana keadaan negara sekarang ini yang memudaratkan rakyat sendiri sampai ke tahap 'gaban'...teruk sangat.

"Malang sekali kerajaan yang diberi mandat...semakin hari semakin banyak masalah," katanya pada sesi dialog bersamanya di sini, hari ini.

Menurutnya, Bersatu bukan ditubuhkan untuk suka-suka sebaliknya gara-gara beliau dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain.

"Kami dipecat dari parti kesayangan, Umno dan ‎kerana tidak ada pilihan maka kami tubuhkan Bersatu. Bukan untuk seronok-seronok," katanya.

Tambahnya lagi, Bersatu tidak mahu menjadi seperti pemimpin Umno yang didakwanya sering memainkan isu perkauman bagi menutup isu.

"Melalui Perlembagaan parti jelas dinyatakan parti ini bukan sekadar nama sahaja peribumi tapi untuk jaga hak dan keistimewaan orang-orang Melayu termasuk anak-anak bumiputera di Sabah dan Sarawak tanpa jejaskan hak kaum-kaum lain.

"Kita ada formula untuk wujudkan keharmonian ini. Saya fikir tak salah tubuhkan parti berteraskan kaum peribumi asal kan kita tidak menidakkan kaum lain," katanya.

Silap besar jika ada sesiapa persenda Mahathir


Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersungguh-sungguh atau berjenaka apabila berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberikan apa saja yang diperlukannya untuk menjatuhkan perdana menteri.

Kalau sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mempersendakan Dr Mahathir sebagai percubaan menyeronokkan bosnya, Datuk Seri Najib Razak, saya rasa dia tersilap besar.

Dr Mahathir pastinya tidak berjenaka apabila berkata beliau sedang berusaha menjatuhkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau terpaksa berusaha menjatuhkan BN kerana parti gabungan itu enggan menyingkirkan Najib. Pada asalnya beliau tidak berhasrat menumbangkan BN. Beliau hanya mahu Najib berundur.

Tetapi apabila BN, khususnya Umno, terus taat kepada Najib sebagai ketua parti dan perdana menteri, beliau mengubah matlamat kepada mengalahkan BN pada PRU akan datang.

Bagi Nazri - kecualilah dia bebal kelas dedak - dia tentu tahu Dr Mahathir jarang berjenaka dalam hal-hal yang serius seperti kesejahteraan negara.

Berkenaan menghiburkan Najib pula, saya rasa amat sukar menyeronokkan beliau sekarang. Bayangkan, macam mana nak gembira kalau hendak ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pun tak selesa - takut ditanya bukan-bukan oleh kor media PBB atau kena ejek penunjuk perasaan di seberang jalan di hadapan bangunan PBB.

Lagi menggerunkan adalah kemungkinan dikunjungi agensi penyiasatan jenayah AS yang ingin berbual-bual dengan “Malaysian Official 1”.

Tak cukup dengan itu, anugerah Unesco kepada isterinya, Rosmah Mansor, berkaitan projek PERMATA Negara biayaan kerajaan dibatalkan pula oleh penganjur bersamanya "kerana laporan Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT)".

Satu dunia sudah tahu pendedahan sensasi dua akhbar itu mengenai skandal berbilion ringgit membabitkan duit 1MDB.

Ramai orang tahu betapa besarnya pengorbanan Najib demi isterinya. Kita pun tahu juga pasangan Najib - Rosmah amat menggemari pertemuan global berprofil tinggi serta peluang beristirahat serta membeli-belah di butik-butik berjenama tinggi.

Tapi tahun ini mereka sudah ketinggalan dua persidangan besar dalam diari antarabangsa iaitu UNGA di New York dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu.

Secara kebetulan kedua-dua negara yang menjadi tuan rumah persidangan yang disebutkan itu - AS dan Swirzerland - adalah juga antara negara yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas skandal 1MDB.

Seperti diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib adalah “Malaysian Official 1” (MO1) 1MDB.

Dr Mahathir tak lawak

Berkenaan Dr Mahathir, saya berasa saya boleh bercakap mengenai betapa sayang dan komitednya beliau kepada Umno.

Saya sangat yakin beliau pasti tidak meninggalkan Umno apatah lagi menentangnya kalau Najib mengundurkan diri atau disingkir.

Malangnya, seperti kita semua lihat, setiap hari yang berlalu Najib menjadi lebih kuat kerana dia serta konco-konconya bersedia menggunakan apa saja instrumen dan institusi negara untuk bergayut pada kuasa.

Harapan kita hanyalah PRU. Itu pun kalau tidak disabotaj, dikhianati dan diselewengkan oleh instrumen dan institusi negara, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para penghasut pro-Umno/BN.

Sejak 1946 - ketika masih belasan tahun - Dr Mahathir komited dan sayangkan Umno. Tetapi hari ini komitmen beliau adalah mengalahkan Umno.

Seperti sering beliau ungkapkan, latihan perubatan mengajar beliau tidak terlalu emosi dan lebih praktikal. Kalau beliau perlu memotong kaki pesakit demi menyelamatkan nyawanya, itulah yang akan beliau lakukan.

Jadi kalau orang seperti Nazri berasa bahawa dengan mempersendakan Dr Mahathir mereka boleh melemahkan semangat beliau, mereka silap besar.

Meminjam ungkapan yang dipakai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor baru-baru ini, saya yakin ramai orang, termasuk pemandu teksi tahu punca dendam kesumat Nazri terhadap Dr Mahathir dan mengapa dia teramat sayang kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

Nazri dan Najib sepatutnya sedar bahawa setiap cabaran dan sindiran yang mereka tujukan kepada Dr Mahathir mengukuhkan lagi iltizam beliau untuk berjuang. Perjuangan adalah sinonim dengan Dr Mahathir.

Macai, balaci dan 'kamjat' mereka mungkin tidak tahu kerana usia mereka baru setahun jagung dan kail mereka panjang sejengkal.

Maaflah kalau saya kata, saya boleh bercakap sedikit sebanyak mengenai Dr Mahathir kerana saya mengenali beliau agak lama – 52 tahun.

Dalam tempoh itu, ada ketika kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita berbeza pendapat dan, dari sudut pandangan sesetengah orang, kita bergaduh. Satu ketika Tan Sri Sanusi Junid sewaktu menjadi menteri besar Kedah beranggapan Dr Mahathir dan saya “bergaduh besar” sehingga dia membawa Dr Mahathir ke rumah ayah saya di Pendang, Kedah dan memberikan seekor lembu untuk dikorbankan.

Bersetuju atau tidak, kita tetap berkawan. Itulah ikrar saya kepada beliau apabila saya meletakkan jawatan ketua pengarang Kumpulan NSTP pada 2000.

Kami berpisah jalan, tetapi kami tetap bersama dalam perjuangan.

Beberapa hari sebelum melancarkan kempen Selamatkan Malaysia/Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu, beliau memanggil saya ke rumahnya di Seri Kembangan bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, untuk berbincang mengenai legality perisytiharan itu.

Selesai berbincang, Dr Mahathir membisikkan kepada saya bahawa beliau terpaksa meninggalkan Umno sebelum melancarkan deklarasi itu.

Saya memberitahu beliau yang saya tidak terperanjat kerana saya sendiri telah meninggalkan Umno lebih setahun. Saya keluar Umno secara rasmi pada 29 Jun 2015.

Beliau nampak terkejut tetapi mungkin berasa lega kerana orang lain yang beliau kenal lama pun telah meninggalkan Umno secara rasmi.

Bahaya cabar Dr Mahathir

Saya mengenali Dr Mahathir pada 1964 apabila beliau datang ke kampung saya untuk bertanding kali pertama mewakili PERIKATAN pada pilihan raya umum tahun itu.

Waktu itu saya berusia 16 tahun dan rumah saya adalah antara tempat persinggahan beliau kerana ayah saya cergas dalam Umno.

Kesilapan besar sesiapa pun yang berdepan dengan Dr Mahathir adalah mencabar kegigihan beliau dan mempersendakan rancangannya.

Buat masa ini, rancangan nombor satu beliau adalah menjatuhkan BN dalam PRU akan datang melalui kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang.

Kalau bukan seorang yang gigih, beliau sudah lama menyerah kalah, khususnya setelah bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003.

Pelbagai halangan, tembok dan ranjau didirikan untuk menghalang beliau daripada terus memainkan peranan sebagai mentor demi negara yang beliau cintai.

Ahad lalu beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menyewa pesawat eksekutif untuk terbang ke Alor Setar bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kesuntukan masa.

Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) di Kuala Lumpur.

Kata beliau, kawan-kawan pernah berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka ketika beliau menjadi perdana menteri kini menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.

Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan.

Menurut kakitangan beliau, mereka mencadangkan beberapa syarikat penerbangan, tetapi Dr Mahathir bertegas mahu terbang dengan MAS.

Cintanya kepada negara mengatasi keselesaan diri. Bukanlah mudah bagi seorang yang berusia 92 tahun berkongsi pesawat raksasa (Airbus A380) dengan 500 penumpang lain untuk penerbangan 13 jam.

Jadi kalau ada orang - tidak kira bangsa atau kedudukan menteri, raja sebuah “negara”, temenggung, bendahara, syahbandar, bloger pelarian atau pemakan dedak - yang berasa mempersendakan beliau sebagai orang tua nyanyuk boleh mematahkan semangat beliau mereka silap besar.

Cacian dan jenaka murahan mereka mungkin membuatkan sesetengah orang ketawa berdekah-dekah, tetapi bagi Dr Mahathir ia umpama kuman yang menguatkan lagi daya tahan badannya. Azam dan iltizam beliau menjadi bertambah kukuh.

Itulah Dr Mahathir yang saya kenali dan dampingi sejak 52 tahun lalu. Beliau bukan insan yang gilakan sanjungan dan patah hati semata-mata kerana makian dan cacian. Hidup matinya berakar-umbikan perjuangan.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP. Artikel ini pertama kali disiarkan di blognya - The Scribe A Kadir Jasin.

Tuesday, 20 September 2016

‘Hubungan penyokong Zahid, Hishammuddin semakin tegang’

PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.

“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.

“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”

Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.

Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.

Pengundi Cina alih arah?

Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangkang.

Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.

“Perasaan dikhianat oleh PAS yang semakin dirasai orang Cina itu diiringi kesungguhan Najib cuba memikat Beijing sebagai sekutu diplomatik dan penaung utama ekonomi,” kata akhbar itu, yang menambah sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009, syarikat milik kerajaan China berjaya mendapatkan pelbagai kontrak lumayan termasuk jambatan kedua Pulau Pinang, Empangan Murum di Sarawak, dan projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Katanya, Beijing juga membantu melangsaikan hutang 1MDB menerusi pembelian sektor tenaga dan hartanah yang berkait bernilai lebih RM16 bilion.

“Setakat ini, petanda menunjukkan pilihan raya awal tahun depan, mungkin pada separuh tahun kedua.”

Jangan ungkit soal mohon maaf Mahathir, fokus isu negara, kata anak Anwar

http://mk-cdn.mkini.net/1040/17215668f048bc80983dc6defaa7b406.jpg

Tuntutan sesetengah pihak supaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diungkit lagi.

Sebaliknya, kata anak perempuan kedua ketua umum PKR itu, Nurul Nuha Awar, isu berkaitan negara kini perlu diberi perhatian segera.

“Saya rasa isu itu tak perlu diungkit. Saya dah sebut dalam kenyataan sebelum ini bahawa kami akan sokong dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh papa dan itu penting.

“Isu itu saya rasa kita terus lihat ke hadapan dan ada reform agenda yang mereka sama-sama bersetuju antara papa dan Tun Mahathir, sekarang kita fokus ke hadapan dan apa yang terbaik negara,” katanya.

Nurul Nuha berkata demikian kepada pemberita selepas tayangan dokumentari dan Forum Bebas Anwar bersama anak-anak Anwar di Fluent Space, Kelana Jaya malam semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Anwar dan Mahathir, Isnin lalu yang menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nurul Nuha sebelum ini menggesa supaya Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang sedang meringkuk di penjara.

Anwar bagaimanapun sebelum ini ketika diajukan soalan berkenaan agak keberatan untuk menjawabnya namun menghargai bekas mentornya yang memberi sokongan terhadap usahanya mencabar akta mengenai MKN dan juga gerakan reformasi.

Nurul Nuha ketika ditanya apakah yang akan diminta sekiranya diberi ruang untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap akan menuntut pembebasan ayahnya.

Selain itu katanya, Najib perlu menjawab mengenai isu skandal 1MDB dan juga mendedahkan siapa sebenarnya Malaysia Official One (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ AS).

'Wakil rakyat wakili kita bukan AG'

Datuk A. Kadir Jasin

SHAH ALAM - Setiap wakil rakyat mewakili rakyatnya dalam segala urusan berkaitan undang-undang sama ada melibatkan pindaan mahupun penggubalan undang-undang baharu.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa beliau melihat suasana hari ini wakil rakyat lebih memihak kepada penulis atau peminta undang-undang.

"Apa peranan wakil-wakil rakyat kita? Adakah sekadar mengiyakan segala undang-undang dikemukakan Jabatan Peguam Negara (AG)?

"Wakil rakyat wakili kita bukan wakili AG. Jika nak gubal atau pinda undang-undang wakil rakyat kena lihat undang-undang dari aspek kita," katanya pada Wacana Sinar ke-42 : Merdekakah Media Kita?, di sini, hari ini.

Menurutnya, segala pindaan dan penggubalan undang-undang kini diluluskan dengan mudah selepas berdebat kira-kira tiga jam sahaja di Dewan Rakyat.

"Sebab kita lihat pindaan undang-undang, akta-akta baharu semuanya melanggar teras undang-undang dan kemanusiaan," katanya.

Selain A Kadir, beberapa panel lain turut bersama dalam wacana ini termasuk Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar; aktivis media, Gayathry Venkiteswaran serta Dekan Fakulti Komunikasi Seni Reka dan Perkomputeran, Prof Dr Azmudin Ibrahim.

Wacana dikendalikan pengacara TV terkenal, Amin Idris.


BERNAMA lapor 'dalang' sebenar yang malukan Datin Rosmah


SALAH satu berita paling panas minggu ini tentu sekali kisah Datin Rosmah yang dilaporkan kononnya akan menerima anugerah "Leads by example" (Kepimpinan Melalui Teladan) daripada pertubuhan dunia UNESCO, tapi rupanya itu hanyalah berita tidak benar, atau lebih tepat berita yang diterima dari sumber tak betul.

Laporan berita kononnya Datin Rosmah bakal terima anugerah daripada UNESCO itu sudah habis dipukul canang seluruh negara, semua jentera media kawalan Barisan Nasional yang ada digunakan untuk beritahu rakyat bahawa Datin Rosmah begitu hebat, sampai UNESCO pun iktiraf beliau.

Kalau lihat laporan Buletin Utama TV3, media pengampu nombor satu Datin Rosmah, bukan main cun dia edit gambar orang tua tu, anak dara 18 tahun pun tak secantik beliau.



Manakala di media sosial pula, penyokong Datin Rosmah bukan main bangga 'idola' mereka dapat anugerah. Mana tidaknya, selama ini semua media selain media pengampu asyik kutuk Rosmah saja, termasuklah blog MiLo SuaM ni.

Tak sampai sehari berita Rosmah dapat anugerah itu dipukul canang, UNESCO keluar kenyataan pula menafikan wujudnya anugerah tersebut. Masa Rosmah dilapor nak dapat anugerah, media Malaysia saja yang lapor, bila kantoi anugerah itu tak wujud, media satu dunia laporkan.

Adoi, Malu besar!

Sekarang siapa nak jawab? Sumber asal yang laporkan berita Rosmah nak dapat anugerah UNESCO adalah Pertubuhan Berita Kebangsaan, BERNAMA. Gila kau buat pasal dengan Datin Rosmah, kau memang cari maut.

Akhirnya BERNAMA jelaskan siapa sebenarnya yang bagi cerita merapu sehingga menyebabkan Datin Rosmah dan pengikutnya malu besar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia, kerana media antarabangsa turut laporkan berita ketidakwujudan anugerah tersebut.


Dalang yang menjadi punca Datin Rosmah mendapat malu besar bernama Datuk Seri Alias Ahmad, beliau dilaporkan sebagai Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan, UNESCO Malaysia.

Maka dalam hal ini aku terima dua perkara:

Satu, Bernama tak salah, dia laporkan saja apa yang dikata oleh Alias Ahmad. Kalau betul kata dia betul lah laporan Bernama, kalau salah kata dia, salahlah laporan Bernama.

Kedua, aku terima Datin Rosmah tak dapat anugerah "Leads by Example" (Kepimpinan melalui teladan) sebab kalau dia terima anugerah itu, daripada UNESCO pula, tak ke jadi bahan gelak seluruh dunia. 

Kenapa UNESCO akan jadi bahan gelak seluruh dunia kalau bagi anugerah kepada Rosmah? 

Lu fikirlah sendiri...

Patutlah Arwah Haron Din pilih California sebagai tempat bersemadi, rupa-rupanya ada RAHSIA DI SEBALIK NAMA CALIFORNIA!!



Setelah empat tahun penantian, Sabtu lalu (22 Juni 2013), umat Islam Amerika Serikat diizinkan membuka sebuah masjid baru di wilayah California bagian selatan. Masjid itu merupakan masjid pertama yang didanai secara mandiri oleh umat Islam setempat. [Baca: Pembangunan Masjid di California Tunjukkan Semangat Muslim]

Direktur Eksekutif Dewan Syura Umat Islam di California Selatan, Shakeel Syed mengatakan, Masjid yang dinamai Masjid Qubaa itu sebelumnya adalah bekas gereja dengan luas 4.180 meter persegi. Masjid yang berdiri di daerah San Gabriel Valley itu juga akan dijadikan sebagai pusat Islam (Islamic Center) yang dilengkapi dengan sekolah, tempat mengurus jenazah, klinik kesehatan, dan tiga perpustakaan.

Didanai sepenuhnya oleh umat Islam setempat dengan biaya mencapai 5.5 juta dolar, masjid berwarna pasir gurun ini memiliki kubah marmer biru dan enam menara yang terlihat mencolok di kawasan industri Rowland Heights. Dinding masjid dihiasi oleh permadani dari Pakistan dan lampu hiasan dari Dubai. Sembilan puluh sembilan Asma Allah juga terukir dalam kaligrafi kaca di dalam masjid.

Sebagai wujud terima kasih umat Islam kepada masyarakat sekitar masjid yang tidak mengajukan penentangan terhadap pembangunan masjid, para tokoh Muslim di California akan merencanakan kegiatan donor darah, pemberian makanan kepada fakir miskin, pertemuan antar agama, dan kegiatan sosial kemasyarakatan lainnya.

Kabar pembukaan masjid baru yang didanai secara mandiri oleh umat Islam setempat, patut disambut gembira. Terlebih lagi, mereka tidak mendapatkan tentangan dari warga. Gelora dakwah di tanah Amerika diharapkan akan makin menggema. Menurut data laporan tahun 2001, Jumlah Masjid di California merupakan yang terbanyak di AS, yakni sekitar 227 Masjid.

Berbicara tentang California, tak banyak yang tahu kosa kata ‘California’ sebenarnya berasal dari istilah dalam Islam. California memiliki akar kata yang dapat diartikan sebagai ‘Tanah Khalifah’.

Keterangan itu bermula pada tahun 1500 saat seorang penulis Spanyol Garci Rodríguez de Montalvo menulis sebuah Novel berjudul Las Sergas de Esplandián yang tepatnya diterbitkan di Sevilla pada Juli 1510. Novel yang populer di masanya itu berkisah tentang Ratu pejuang Muslimah yang dikenal dengan nama Ratu Califia.

Nama Califia sendiri berasal dari kosakata Arab “Khalifah”, yang merupakan sebutan bagi pemimpin dalam sebuah pemerintahan Islam. Kata ‘Khalifah’ diucapkan dengan “Califa” dalam aksen bahasa Spanyol. Dalam novelnya itu, Montalvo menamai tempat sang Ratu memerintah itu dengan sebutan “California”, yang berarti “Tanah Califia”.

Suatu saat, ketika orang Spanyol menjelajahi pantai Baja California pada pertengahan tahun 1500-an, mereka menganggap tanah yang mereka kunjungi itu menyerupai mitos karakter tanah California yang disebutkan dalam novel Montalvo. Mereka menyebut tanah itu dengan California. Karena itulah kemudian nama California melekat sampai hari ini.

Saat ini, California merupakan sebuah negara bagian yang terletak di pesisir barat Amerika Serikat, dengan penduduk terbanyak di AS. Ibukota negara bagian ini, Sacramento terletak di Central Valley. Andaikata California sebuah negara merdeka, ia akan berada dalam rangking ekonomi ke-9 di dunia pada tahun 2012. Kode singkatan pos di AS-nya adalah CA, sementara singkatan di Associated Press adalah Calif.

California juga pendorong dominan dari budaya Amerika dan juga ekonomi negara itu, menyumbangkan peningkatan teknologi dan hukum, sebagai tambahan juga membayar lebih ke sistem federal dari keuntungan yang dia terima. Negara bagian ini juga memiliki kota-kota terbesar dan menarik di negara AS, termasuk Los Angeles, San Diego, dan San Francisco.

Di tengah dan timur negara bagian ini ada Sierra Nevada, yang merupakan tempat dari gunung tertinggi di AS, Gunung Whitney dengan ketinggian 4.421m. Di Sierra juga ada Taman Nasional Yosemite yang terkenal di dunia. Di selatan terletak Transverse Ranges dan sebuah danau asin besar, Laut Salton. Gurun tengah-selatan disebut Mojave. Di timur laut Mojave terletak Death Valley, yang merupakan titik terpanas di Amerika Utara. Titik terendah Death Valley dan puncak Gunung Whitney terpisah kurang dari 200 mil. [mzf/bbs]

Nazri Aziz dipersilakan untuk lebih angkuh, sombong dan cakap besaq

Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.

Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.

Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.

Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.

Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau  juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.

Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani  lagi mencabar sesiapa selepas ini. (SH 18/09/2016)

Monday, 19 September 2016

Mahathir, Anwar ikrar selamatkan rakyat, majukan semula negara


Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka berpadu tenaga menentang Akta Majlis Keselamatan Negara.

Kedua-dua mereka juga berikrar membawa perubahaan serta reformasi menyelamatkan hak dan kebebasakan rakyat dan memajukan semula negara ini.

“Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak telah mengancam sistem demokrasi dalam negara kita.

“Kita perhatikan hampir semua insitusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telahpun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,” kata mereka.

Menurut kedua-dua bekas pemimpin negara itu, akta MKN itu juga menidakkan hak sesiapa yang terbunuh sama ada pegawai atau orang awam daripada dibedahsiasat untuk menentukan punca kematian.

Bagi mereka, besar kemungkinan ini akan menjadi salah-laku.

"Akta ini telah mengenepikan langsung kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini.

"Oleh kerana krisis negara ini, kami bersama dengan rakyat menentang akta ini," kata mereka.

Mahathir dan Anwar pada 5 September lalu, buat julung-julung kali selepas 18 tahun bersalaman dan bertegur sapa ketika bekas perdana menteri itu hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan bekas timbalannya yang mencabar Akta MKN.

Mahathir pernah memecat timbalannya itu pada 1998.

Kenyataan akhbar bersama itu diedarkan oleh penyokong lantang Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan sendiri oleh Anwar di mahkamah tinggi hari ini.

Zahid back-up Najib kenapa beliau yang turun Amerika hadir sidang PBB..!!

Tak pelik Najib tak hadir sidang PBB, kata Zahid

zahid-hamidi-najib
NEW YORK: Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mewakilkan tugas mengetuai delegasi Malaysia kepada timbalan perdana menteri bukan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua negara dan kerajaan masing-masing.

“Bukan merupakan sesuatu yang ganjil untuk sama ada menteri luar atau timbalan perdana menteri hadir sebagai wakil pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau di UNGA di sini pada Ahad.

Beliau berkata daripada 193 negara anggota PBB, setakat ini 54 negara termasuk Indonesia yang menyatakan ketua negara dan kerajaan mereka tidak akan menghadiri perhimpunan tahunan PBB itu.

“Dan ketika zaman perdana menteri yang memerintah paling lama dulu pun terdapat juga orang lain yang mewakili beliau,” kata Ahmad Zahid.

“Saya harap perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan kerana saya yakin apa yang dilakukan oleh perdana menteri ialah sesuatu yang wajar dan tidak berlaku keluarbiasaan,” kata Ahmad Zahid.

Sependapat dengan beliau, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau pernah diberi tanggungjawab untuk mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA pada 2009.

“Kalau kita lihat daripada senarai kedatangan sejak beberapa tahun lalu, bukan semua negara menghantar ketua negara atau ketua kerajaan masing-masing,”
katanya.

Ahmad Zahid tiba di New York pada Sabtu untuk mengetuai perwakilan Malaysia ke sesi ke-71 UNGA.

Ungkapan Hadi Awang bab melutut terlalu angkuh dan sombong, sesungguhnya masa akan menentukan..!!

TERLALU ANGKOH DAN SOMBONG-MASA AKAN MENENTUKAN
Jamaludin Jamalu

JIKA pemimpin berjiwa besar ia tidak bercakap seangkuh itu. Bukan sekadar angkuh sekaligus memperlihatkan jiwa kesombongan yang membuak-buak, semacam jadi-jadian. Menifestasinya menyerlah jiwa yang gundah gulana, resah dan gelisah. Tidak lansung memperlihatkan kematangan seorang pemimpin yang berjiwa besar. Apatah lagi untuk saling hormat menghormati antara rakan-rakan seperjuangan yang berbeda pendapat.

Saya masih ingat ditakkala alam remaja saya di era 1908an. Pro profesional inilah yang berjuang mengangkat martabat Pas di persada politik negara. Asalnya partai lebai pondok yang hanya manpu berpancak silat di Pantai Timur Kelantan/Terengganu. Merekalah yang menjulang era kepimpinan ulama. 

Dewan Pemuda Pas bermesyuarat di al Marsiah Bukit Mertajam sekitar tahun 1982 yang sempat saya ikuti, di mana kelompok profesional inilah yang bersama mengangkat konsep kepimpinan ulama dinobatkan sebagai institusi tertinggi dalam Pas. Tanpa mereka, saya fikir Hj Hadi tidak akan melonjak naik sepertimana hari ini. Sekaligus mereka jugalah yang menjadi elemen penting menjadikan Pas terkenal dewasa ini.

Shabas sdr Salehuddin, khabarkan kepada beliau, kita tidak akan melutut lagi. Kerena tidak rela untuk melutut di kakinyalah maka lahir Amanah Negara. Benar kita hanya melutut kepada AllahSWT, bukan mana-mana individu bernama manusia.Jangan gusar dengan gertakan kosong itu. Sesungguhnya lidah yang tidak bertulang itu terlalu mudah untuk memetik hujah dan kata-kata. 

Awas sekali pun kita tidak bertitelkan ulama, namun biar kita belajar beradap bila hendak menyusun kata-kata. Kerana disebalik susunan kata-kata itu ia mengundangkan makna yang cukup besar pada nilaian orang ramai terhadap si penutur itu. Apatah lagi si penutur itu bertitelkan ulama pula. Jangan kita menempatkan diri kita untuk dihina dan diperlekehkan dengan ungkapan dan kata-kata yang nilainya tidak dihormati lagi.

Masih terkenang, aktivis lama dalam Pas era 80an, Sdr Mustafa Kadir, Prof Dr Mustafa Saharum, Sdr Khalid Samad, Sdr Mohamad Sabu, Almarhum Hj Suhaimi Ahmad, Sdr Mohd Najib Fahmi Yahaya, Datuk Mahfu Hj Omar, Usta Mohamad Hussin dan ramai lain. Mudah mudahan mereka tetap mengenangi waktu-waktu Pas di martabatkan demi kecintaan bersama bagi memperkukuhkan masa depan kepimpinan ulama dalam Pas.

Anugerah ditarik balik, penjelasan Rosmah amat-amat diperlukan...!!


Shahbudin Husin,

Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan  atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah program Permata.

"Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anugerah  sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

Kata kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.

Bagaimanapun, laporan New York Times hari ini  menyebut bahawa Unesco mengumumkan penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.

Punca ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

Penarikan balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib tidak hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia.

Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?

Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?

Jika selama ini kita diberitahu pembiayaan Permata datangnya daripada wang kerajaan, malah Najib sendiri mengumumkan peruntukan dalam beberapa ucapan belanjawan yang dibentangkannya,  bagaimana  Unesco boleh turut meraguinya dan kemudian membatalkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah?

Mustahil wang kerajaan sendiri boleh diragui?

Mungkinkah Permata ada menerima dana 1MDB secara sembunyi-sembunyi dan tanpa kita ketahui?

Adakah penarikan balik anugerah itu juga ada kaitan dengan saman Jabatan Kehakiman AS atau berhubung-kait dengan sebarang penemuan penyiasat antarabangsa berkaitan wang 1MDB yang telah dilencongkan?

Satu lagi persoalan yang tentunya rakyat Malaysia ingin jawapan daripada Rosmah sendiri. (SH 19/09/2016).

Dr Mahathir, Anwar buat kenyataan bersama bidas Najib

mahathir-anwar-najib
PETALING JAYA: Dua minggu selepas pertemuan bersejarah mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama pertama mereka membidas Datuk Seri Najib Razak kerana memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,” kata kedua-dua tokoh yang pernah mengetuai pentadbiran kerajaan pada 1990-an itu.

Ia merupakan kenyataan pertama mereka susulan pertemuan di Mahkamah Tinggi pada 5 September, 18 tahun selepas Anwar dipecat Dr Mahathir sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata beliau hadir memberikan sokongan kepada Anwar, yang mahu mencabar pelaksanaan Akta MKN yang dikritik hebat kerana memberikan kuasa luas kepada perdana menteri.

Dalam kenyataan mereka hari ini, Dr Mahathir dan Anwar berkata Akta MKN menidakkan hak sesiapa yang terbunuh “sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab-sebab kematian berlaku” walaupun terjadi salah-laku.

“Akta ini telah mengenepikan langsung kuasa dan peranan yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat Negara ini.

“Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama dengan rakyat menentang akta ini dan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta kita ini,” kata mereka.

Sunday, 18 September 2016

Rupa-rupanya PAS yang akan melutut dengan kuasa rakyat

Mat Alishah


Nie nak habaq kat PAS dan HAJI HADI kita tengok sapa yang berlutut nanti ok...

So far pada aku...aku skrg tak heran dah.. 2 penjuru ka 3 penjuru ka... kalau PAS nak duduk dengan dunia dia..dipersilakan...

Aku yakin jika 2 penjuru BN berkubur dan jika 3 penjuru pun BN berkubur...cuma PH & BERSATU ken wujudkan satu kerjasama yg jitu... insyaallah....

Cth mudah kira2 bangang aku jika 3 penjuru..

Masa PRU13.. katakan satu kawasan BN menang majority 2000 undi dengan jumlah pengundi dikatakan 10,000....

Jadi masa tu BN dapat 6000 undi dan PR dapat 4000 undi...

Katakan masa PRU14 nanti BN berpecah PR berpecah...

katakan undi BN berpecah ke BERSATU dan anggaran dia dalam 40% undi swing ke BERSATU... jadi undi diperolehi BERSATU ialah 2400...dan yg tinggal BN ialah 3600 undi...

Dalam PR dah pecah jd PH & PAS...cth undi diperolehi ialah berdasarkan 2 prk baru2 nie dimana didapati ia sudah berpecah 50/50.. dari itu berdasarkan undi PRU13 maka PAS akan dapat 2000 undi dan PH akan dapat 2000 undi...

Berdasarkan kiraan ini..
BN = 3600
PH = 2000
BERSATU = 2400
PAS = 2000

cuba hgpa campoq tengok jikamana PH & BERSATU ada kerjasama...

Jadi pakat pikiaq ambik laa nooo....

#SHARE #LIKE
ikut suka hagpa laaa ���