Friday, 9 September 2016

Tun Mahathir sekarang ini dikatakan melakukan sebesar-besar pengkhianatan terhadap Malaysia

Dr. Mahathir lakukan sebesar-besar pengkhianatan

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukan sebesar-besar pengkhianatan terhadap Malaysia apabila beliau meminta kuasa asing supaya campur tangan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Katanya, ini semua demi memenuhi kepentingan politik peribadi bekas Perdana Menteri itu.

"Malaysia di bawah kerajaan yang ada sekarang tidak akan sekali-kali membenarkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita. Semua cubaan mereka (pengkritik) telah gagal dan akan terus gagal," katanya dalam satu kenya­taan yang dimuat naik dalam blog­nya sskeruak.blogspot.my.

Dalam kenyataannya de­ngan tajuk berita Campur Tangan Luar, Sabotaj dan Dwistandard, menteri itu berkata: "WSJ (Wall Street Journal) dan mereka di belakangnya tentu amat kecewa apabila setiap serangan yang dilakukan, Malaysia, kerajaan, Barisan Nasional dan Perdana Menteri menjadi semakin kuat."

Salleh berkata, sejak lebih setahun lepas, sebuah akhbar Amerika Syarikat melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.

"Namun, tidak satu pun dalam sekian banyak serangan oleh WSJ itu berupaya menyertakan bukti konkrit atau memberi nama orang yang membuat dakwaan seperti yang dilapor­kannnya. Oleh itu, bagaimanakah kita hendak percayai segala apa yang mereka tulis?," katanya.

Salleh berkata, kini WSJ mengakui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dirancang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dapat diteruskan kerana terdapat laporan negatif.

"Hakikat sebenarnya ialah IPO itu sengaja disabotaj. Media tertentu seperti WSJ melancarkan kempen secara global, bertindak seperti kenderaan yang membawa pasukan bermotifkan politik seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Mereka tahu, tindakan mensabotaj IPO itu akan mewujudkan masalah kewangan bagi 1MDB. Sekiranya syarikat itu dibiarkan meneruskan program rasio­nalisasinya, ia akan berjaya," katanya.

Salleh berkata, aneh­nya kempen terhadap Malaysia hanya dilancarkan apabila persoalan serius di­timbulkan tentang hu­bungan antara perniagaan dan politik di negara WSJ sendiri.

"Bolehkah kita terima apabila Jabatan Keadilan Amerika hanya menyiasat yang bersangkut paut dengan Malaysia sahaja? Berapa banyakkah individu dan entiti Amerika Syarikat yang disiasat Jabatan Keadilan itu? Kenapakah WSJ tidak mempunyai pasukan yang ditubuh khas bagi melaporkan perkara itu dengan tahap obsesi yang sama?," katanya.

Di PUTRAJAYA, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan terdesak Dr. Mahathir Mohamad bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam pasti mengecewakan penyokong tegar Anwar, sekali gus memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Kira-kira 18 tahun lalu, penyokong UMNO banyak yang keluar parti kerana mahu mem­bela Anwar, termasuk tidak suka tindakan Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri memperlakukan Anwar. Tetapi hari ini apa yang Dr. Mahathir lakukan itu telah mengecewakan penyokong Anwar.

"Saya rasa tindakan Dr. Mahathir itu telah melemahkan semangat penyokong Anwar. Beliau menjadi punca kekecewaan ahli PKR, malah menyebabkan pengikut parti pembangkang lain turut kecewa," katanya.


Thursday, 8 September 2016

Pengundi veteran lebih terkesan isu Mahathir-Anwar

Mahathir Anwar

SHAH ALAM - Pertemuan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada pengundi muda.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Berkata, ini kerana pengundi muda tidak melihat pergolakan reformasi yang berlaku pada tahun 1990-an terdahulu.

Katanya,pertemuan itu sebaliknya lebih memberi kesan kepada pengundi berumur 40 tahun ke atas yang menyaksikan sendiri drama politik di antara Mahathir dan Anwar.

"Pertemuan tersebut tidak akan beri kesan kepada orang muda. Mereka tidak nampak kepentingan mereka menerusi pertemuan tersebut.

"Sebaliknya orang muda akan lebih berminat dengan apa yang Mahathir dan Anwar akan tawarkan (sekiranya ada) kepada mereka," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.

Ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke persidangan itu, Mahathir menafikan soal berbaik-baik namun mengulang beberapa kali kehadirannya ada kaitan dengan akta tersebut.

Azizuddin ketika mengulas perkara sama berkata, BN sepatutnya risau dengan pertemuan yang diadakan antara Mahathir dan Anwar memandang mereka mempunyai pengaruh mereka tersendiri.

"Saya tak rasa mereka akan tergugat tetapi mereka perlu risau kerana keduanya bawa dasar perjuangan yang mahu jatuhkan BN.

"BN perlu ambil perhatian dan rangka strategi untuk menawan kerajaan menjelang PRU yang akan datang," katanya lagi.


Bersatu diluluskan dengan singkatan PPBM

Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu

SHAH ALAM -  Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.

Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya dimaklumkan tentang perkara itu sebentar tadi.

"Kami baru dapat berita. Insya-ALLAH esok kami akan ke RoS untuk ambil borang pendaftaran," katanya kepada Sinar Online.

Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu dengan harapan ia bakal diluluskan RoS selewat-lewatnya esok.

Syed Saddiq melihat keputusan RoS itu sebagai langkah untuk pihaknya merancakkan gerakan parti itu.

"Saya amat gembira mendengar berita pendaftaran parti Bersatu. Sebelum ini gerakan kami terbatas kerana takut ia akan menjejaskan pendaftaran di RoS.

"Mulai sekarang kami akan rancakkan gerakan kami. Saya berterima kasih ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menunaikan janjinya untuk tidak menyekat pendaftaran kami," katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan memberi jaminan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baru di negara ini sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pemerhati politik sebelum ini mengingatkan pemimpin Umno-BN agar tidak memandang enteng penubuhan parti baharu ini yang mensasarkan ahli-ahli Umno.


Tun M, Anwar bertemu, Umno tak perlu panik

Azmin Ali

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup baik khusus untuk menyatupadukan umat dan rakyat Malaysia.

Menurutnya, pertemuan itu juga dilihat untuk memperkukuhkan parti-parti pembangkang menjelang PRU akan datang.

"Kenapa kamu semua takut pertemuan ini. Umno tak perlu panik kerana saya kira ini satu permulaan baik sebagai persiapan kita menghadapi PRU.

"Kita ada satu matlamat iaitu menyelamat negara dan memulihkan ekonomi," katanya di sini, semalam.

Selasa lalu, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.

Dalam pada itu, Azmin berkata, segala perancangan ini dilakukan secara kolektif.

Ketika diminta mengulas adakah Anwar sedia memaafkan dan melupakan sengketa dengan Mahathir, Azmin berkata, semua pihak kini pandang ke depan dan lebih berminat berbincang mengenai negara Malaysia.

"Beliau (Anwar) sudah cakap benda ini banyak kali pada masa lalu dan kami berbincang masa depan negara ini," katanya.


PRU14 : Rakyat tidak akan berpeluk tubuh

Pilihanraya

SHAH ALAM – Penganalisis politik yakin rakyat tidak akan berpeluk tubuh atau mengendahkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya mereka akan memilih pemimpin dan parti yang memberi harapan baharu kepada Malaysia.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir menjangkakan PRU14 nanti bakal menjadi lebih sengit berbanding dua pilihan raya umum yang lalu.

"Kerana untuk kali ini, isunya jauh lebih besar,apabila rakyat mempertikaikan soal kepimpinan negara dan sebagainya.

"Jadi, mereka nak memastikan mereka mempunyai suara dalam menentukan kepimpinan negara dan masa depan politik Malaysia. Jadi, mereka tidak boleh berdiam diri," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, beliau melihat barisan kepimpinan sedia ada hari ini perlu menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat.

"Tetapi sebelum itu, pemimpin perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka merupakan kepimpinan dan parti yang boleh digantung harap oleh rakyat.

"Kerana akhirnya menjadi perkiraan terakhir saya fikir ialah kepimpinan yang boleh mengeluarkan negara ini daripada belenggu yang mencengkam sekarang. Jadi, kepimpinan itu harus memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia," katanya.

Pemimpin akan datang bakal dinilai kemampuannya dalam meletakkan Malaysia ini di atas landasan betul berteraskan prinsip-prinsip demokrasi, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

"Kerana selagi kita dibelenggu pelbagai masalah, kita akan diheret ke bawah. Jadi, kita perlu keluar daripada dilema dan cengkaman yang membelit kita sekian lama. Kalau tidak, sampai bila kita akan ada dalam lingkaran yang akan meruntuhkan masa depan kita sendiri.

"Kita memerlukan pemimpin politik yang jelas wawasannya. Mesej sedemikian perlu dihantar kepada rakyat bahawa kepimpinan di peringkat atasan itu perlu menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu," katanya.


Wednesday, 7 September 2016

Selepas Ahli J/K teknikal Hudud dedah bab PAS hijak kerja buat mereka, kini Husam pula dedahkan versi yang sama

HUSAM PERJELAS 10 KEKHILAFAN MELALUI USUL BIL PERSENDIRIAN AKTA 355


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa menyenaraikan 10 persoalan utama kekhilafan berlaku sekitar pelaksanaan hudud melalui Usul Bil Persendirian Akta 355 membabitkan keterlibatan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

Pertama Husam mempersoalkan adakah Mohd Amar dan Takiyuddin sama ada tahu dan faham apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri).

“Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa berkenaan?

“Anda lebih hebat dari mereka?

“Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan? Kenapa?,” soalnya.

Perkara kedua yang mana usul itu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.

“Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.

“Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?

“Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!,” ujarnya.

Dakwa Husam lagi, salah seorang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul itu ke Parlimen tanpa merujuk kepada pakar undang-undang.

Perkara ketiga, kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, pada Mac / April 2015.

“Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.

“Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani,”jelasnya.

Perkara keempat, Husam menambah Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.

“Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.

Perkara kelima katanya, setahu beliau, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.

“Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama Kerajaan Pusat kerana beberapa “pertimbangan, yang saya tidak akan panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.

Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.

“Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dan lain-lain.

“Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?,” soalnya lagi.

Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama, Husam juga berkata, jika pandangan mereka (Mohd Amar dan Takiyudin) lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?

Manakala perkara keenam katanya, bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?

“Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau. Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat,” ujarnya.

Soal Husam lagi antaranya:

i. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
ii. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
iii. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
iv. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
v. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
vi. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?

Perkara ketujuh pula Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu.

Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat.

"Nak beli rempah kena pergi kedai rempah", katanya.

Perkara kelapan implikasi membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar.

“ Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan. Kenapa?

“Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari 2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac tahun itu.

“Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.

“Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang singkat." ujarnya.

Sesuatu yang malang katanya, Pas dilihat begitu mudah dipermainkan dan tindakan Pas dilihat tidak matang.

Perkara kesembilan yang dipersoalkan Husam ialah meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaannya.

“Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.

“Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang direncanakan gagal pada waktu ini.

“Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.

“Dan perkara ke 10 yang dipersoalkan adalah isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Mohd Amar dan Takiyuddin, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool” ujarnya.

Husam sebelum ini mendesak Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas dan Takiyuddin yang merupakan Setiausaha Agung Pas untuk bertanggungjawab berhubung isu pindaan Akta 355 di Parlimen termasuk mempertimbangkan meletak jawatan parti.

Hukum menyokong Pindaan Akta 355 - Apabila pandangan MUFTI PERLIS berbeza dengan MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Jika MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN ditegur oleh MUJAHID supaya jangan buat hukum dahulu sebelum pindaan Akta355 di bentang dalam parlimen. Namun apa yang dikatakan oleh beliau itu berdasarkan legislatif dan perlembagaan manakala mufti pula berbicara dari segi nak melaksanakan perkara baik untuk agama Islam. 

Namun ini telah disalah tafsirkan dengan mengatakan MUJAHID telah menghina intitusi MUFTI diatas teguran itu.

Kini muncul pula MUFTI PERLIS memberikan pandangan beliau yang jika dilihat ia juga berbeza pandangan dengan MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Jadi kita tunggulah pula bijak pandai dalam alam maya ini untuk kata apa pulak berkenaan apa yang dikatakan oleh MUFTI PERLIS.

DrMAZA.com
12 hrs ·

Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong, tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong IS ataupun Daesh. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.

Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?

Ini kerana 'jenama Islam' di zaman ini wujud dalam pelbagai versi serta menjelma dalam pelbagai kepentingan tertentu. Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).

IS laknatullah juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam IS.

Justeru, berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam.

Dr MAZA
London, UK.

Ahli dalam J/Kuasa Teknikal Hudud dedahkan PAS hijak keputusan mesyuarat mereka bentang pindaan RUU355

Mohd Desa Ahmed (Video)

Nampaknya cara nak bawa pindaan RUU355 pun sudah jadi tidak betul caranya.. main hijak apa yang diputuskan dalam mesyuarat JAWATANKUASA TEKNIKAL HUDUD..

Mesyuarat J/Kuasa putus lain manakala PAS telah membuat keputusan lain. Ini dijelaskan oleh salah seorang AJK dalam J/Kuasa tersebut di dalam satu forom sebelom ini..

https://i.ytimg.com/vi/mG7XyhaWOR8/maxresdefault_live.jpg



ini video penuh forom tersebut

Peguam Mahathir, Anwar bergandingan cabar akta Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini, beliau diberikan arahan itu semalam, sehari selepas Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.

"Saya diarahkan untuk berhubungan dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyumbang untuk mencabar Akta MKN ini.

"Saya akan berhubungan dengan mereka minggu depan," katanya merujuk kepada peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam berkata kedua-dua pemimpin itu bertemu selama kira-kira 30 minit dan Haniff mengesahkan bahawa mereka membincangkan, antara lain, kemungkinan Mahathir memfailkan afidavit sokongan bagi kes berkenaan.

"Kita (peguam) akan kaji semua opsyen yang dibenarkan," katanya.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah yang pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang adalah timbalannya.

Anwar kemudiannya dihumban ke penjara atas kesalahan meliwat dan penyalahgunaan kuasa yang dinafikannya.

Pertemuan Isnin lalu dilihat oleh mereka yang hadir di mahkamah sebagai Mahathir memberi sokongan moral kepada Anwar.

Malaysiakini difahamkan bahawa proses perdamaian telah bermula sejak beberapa bulan lalu, dalam usaha Mahathir meraih sokongan untuk pergerakan Deklarasi Rakyat yang diterajuinya bagi menumbangkan Najib.

Mereka yang hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Azmin, isteri Anwar dan Presiden PKR, datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tuesday, 6 September 2016

Kuat sangatkah Bersatu?

Kuat sangatkah Bersatu?
MUHAMAD MAT YAKIM


SUDAH lebih seminggu Muhyiddin Yassin hantar borang mohon untuk mendaftar partinya, Bersatu. Setakat ini, belum ada apa-apa perkembangan mengenai perkara itu diumumkan.

Pendaftar Pertubuhan atau ROS adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Menterinya, Ahmad Zahid Hamidi adalah juga Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno.

Dalam urusan pendaftaran parti politik, kita tidak seperti Britain di mana urusan itu tidak diletak di bawah bidang kuasa ROS atau mana-mana kementerian. Yang terima pendaftaran, mengendalikan dan memantau pentadbiran parti-parti politik di negara itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya United Kingdom. Sistem ini menjamin pentadbiran yang lebih telus dan meyakinkan rakyat.

Meskipun belum diluluskan, cakap-cakap mengenai Bersatu sudah heboh di sana sini. Ucapan pemimpin BN seperti tidak sah jika tidak menyerang parti itu. Media juga membangkitkan pelbagai isu termasuk logo Bersatu yang dikatakan mirip logo sebuah klinik kosmetik. Oleh kerana logonya yang demikian, parti itu diramalkan tidak mampu bertahan lama, akan ‘bungkus’ dan tidak mendapat sokongan.

Termasuk yang menyerang parti itu adalah mereka yang mengambil kesempatan untuk ‘menyucikan diri’ dengan membuat kenyataan menghentam parti yang belum pun lahir itu kerana dalam keadaan sekarang, peluang untuk kenyataan mereka disiarkan adalah cerah. Inilah masanya untuk menagih perhatian oleh mereka yang dahulu pernah berlindung di bawah ketiak pemimpin yang kini adalah pemimpin Bersatu.

Bertembung

Kuat sangatkah parti baharu itu hingga sekalian orang yang berkuasa ketakutan? Atau, mereka telah dipengaruhi oleh nujum-nujum politik yang berkeliaran untuk mendapatkan imbuhan?

Hakikatnya, tidak!

Apa yang mereka takutkan itu sebenarnya tidaklah sekuat mana. Tidak percaya?

Jika diluluskan, Bersatu akan masuk bertanding PRU14 sebagai satu daripada parti pembangkang yang menentang BN.

Kenyataan ini sahaja sudah cukup untuk dijadikan gambaran mengenai PRU14, jika pilihan raya itu diadakan sekarang.

Ada kemungkinan Bersatu akan menyertai koalisi Pakatan Harapan. Sama ada diterima atau tidak, itu cerita lain tetapi melihat pada senario semasa, Pas hampir pasti tidak akan bergabung dengan mereka.

Itulah yang akan menjadi variable politik tanah air pra dan pasca PRU14.

Apabila Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan, akan berlaku pertembungan calon pembangkang terutama di kawasan majoriti Melayu. Perpecahan undi dengan sendirinya akan melemahkan pembangkang sekali gus menyempitkan peluang mereka untuk menang sebagaimana yang diperlihatkan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lalu.

Jika pada masa itu, pertembungan hanya melibatkan Pas dengan Amanah, bagaimana pula pada PRU14?

Ada kemungkinan episod yang sama akan berulang malah melibatkan parti-parti lain juga.

Sanggupkah PKR menyerahkan kerusi mereka kepada Bersatu?

Adakah Amanah juga sedia untuk beralah sedangkan ini kali pertama parti itu bertanding pilihan raya umum atas tiket sendiri?

Isu kerusi adalah perkara paling sensitif dalam koalisi parti-parti politik. Inilah masanya untuk pemimpin parti memberi ‘reward’ kepada pamimpin atau ahli di peringkat akar umbi bertanding sebagai calon pilihan raya atas perjuangan dan khidmat yang telah mereka berikan.

Kerana itu, mengalah atau menyerahkan peluang bertanding kepada parti lain walau bagaimana eratnya hubungan dalam koalisi, adalah tindakan yang akan menghancurkan pengaruh seseorang pemimpin.

Bersatu sebagai parti yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, dan pengerusinya pula adalah bekas Perdana Menteri tidak mungkin akan bersetuju untuk bertanding hanya di kerusi ‘perca’ dengan bilangan yang sekadar ada.

Muhyiddin sudah tentu mengharapkan untuk partinya dominan dalam pakatan pembangkang bagi menyiapkan diri mengetuai kerajaan jika ditakdirkan menang.

Untuk jadi dominan, harus bertanding paling banyak kerusi dan mesti menang paling banyak kerusi juga. Maka bilangan kerusi yang ditandingi termasuk memilih hanya yang berpotensi , harus dicatur secara strategik.

Untuk itu, perlu ada pihak yang sanggup berkorban dan sebagaimana yang telah dinyatakan, itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Hingga selesai PRU14, dijangka tidak ada persempadanan semula oleh SPR untuk membolehkan kawasan pilihan raya yang baharu diwujudkan. Justeru, dengan saiz kek yang tidak berubah sedangkan orang yang mahu makan bertambah, ia menghadapkan parti-parti pembangkang pada masalah yang tidak mudah untuk ditangani sebenarnya.

Musa

Kemunculan Bersatu boleh dikira kena dengan masa, ketika rakyat berkeluh kesah dengan pelbagai isu yang melingkari segenap aspek kehidupan mereka.

Dengan Vow Factor yang ada, ia setidak-tidaknya menjanjikan sedikit harapan untuk parti itu mendapat ruang pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun isu-isu persepakatan dalam kalangan parti pembangkang termasuk Pas jika tidak diselesaikan segera, boleh menjejaskan peluang yang sudah sedia terhidang.

Halangan terbesar dalam hubungan Pas dengan pakatan pembangkang ialah konfliknya dengan Amanah dan DAP. Pas tidak mungkin akan setuju jika diminta untuk berdamai dengan kedua-dua parti itu. Di sinilah Muhyiddin perlu bijak memainkan peranan, setidak-tidaknya membawa mereka ke meja rundingan bagi memastikan tidak berlaku pertembungan sesama calon pembangkang.

Hanya Muhyiddin satu-satunya pemimpin yang ‘paling boleh’ menjalankan usaha itu. Pemimpin PKR sudah tidak boleh lagi diharapkan setelah mereka gagal melakukannya ketika PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Malah isu yang membelit hubungan Pas - PKR sejak itu, sebaliknya kian melebar.

Tempoh masa yang berbaki hanya dua tahun sebelum PRU14 memerlukan usaha ke arah itu dilakukan segera. Namun ia tidak mungkin boleh dilakukan oleh Muhyiddin selagi partinya sendiri belum diluluskan!

Pas juga pada masa ini masih begitu ‘jauh’ dengan Mahathir, pemimpin de facto Bersatu. Selain kenyataan Mahathir menuduh pemimpin Pas makan ‘dedak’ diberikan PM Najib, keadaan diburukkan lagi dengan apa yang disebut oleh Musa Hitam bahawa dia selama ini dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu berkaitan Peristiwa Memali.

Sama ada benar atau tidak dakwaan Musa, itu cerita lain tetapi kenyataannya memburukkan lagi persepsi pemimpin dan ahli Pas terhadap Mahathir.

Muhyiddin sendiri, meskipun pernah menduduki kerusi Timbalan Perdana , pernah jadi Menteri Besar Johor, bukanlah seorang ahli politik yang berupaya untuk menarik kerumunan orang seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak dinafikan dia ada kelebihannya tersendiri terutama ketika berada dalam kerajaan, keperluan untuk menghidupkan parti yang masih baharu menuntut lebih daripada itu.

Muhyiddin adalah model pemimpin dari era terdahulu, yang berjuang atas dasar ikhlas dan bertanggungjawab, berupaya untuk membuat keputusan secara bebas dan tidak terikat dengan elemen yang berada di luar lingkaran itu.

Bagaimanapun dalam dunia politik hari ini, karisma yang ada pada Muhyiddin masih tidak mencukupi. Itulah juga sebabnya mengapa dia tidak begitu dipertahankan apabila dikenakan hukuman, malah dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Muhyiddin, seperti juga Mukhriz Mahathir adalah contoh pemimpin yang baik. Mereka juga boleh dikira popular dalam kalangan akar umbi tetapi populariti mereka tidak menjangkau jauh dalam lingkaran politik.

Apa yang dikhuatiri jika kedua-dua pemimpin ini masih terbawa-bawa dengan gaya elitis politik setelah begitu lama berada dalam parti kerajaan. Untuk memperjuangkan sebuah parti baharu, mereka seharusnya sedia untuk turun padang bergelumang dengan penyokong bawahan seperti yang dilakukan Anwar.

Gaya pembangkang sangat jauh bezanya dengan memimpin parti kerajaan.

Dalam keadaan ini, aura Mahathir semata-mata sudah tidak boleh diharapkan. Dalam usia yang begitu lanjut dan baru sahaja keluar dari hospital, keupayaannya untuk berpolitik sudah begitu terhad.

Paling perlu bagi pemimpin Bersatu adalah menjuarai usaha mendekatkan semula Pas dengan parti-parti pembangkang yang lain, perlu ada hanya satu koalisi yang benar-benar ampuh untuk menumbangkan BN.

Jika tidak, BN akan terus berkuasa selepas PRU14, bukan kerana parti itu kuat tetapi rakyat keliru melihat perpecahan pembangkang.

Q&A isu PINDAAN AKTA355 diantara MENTERI dengan MCA/GERAKAN


Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

'Tun M- Anwar buat PM tak tidur lena'

Mahathir Anwar

KUALA LUMPUR - Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat tidur malam.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial]

Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.

Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak.

"Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya.

Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini.

Nak Selamatkan Malaysia.. SALAH, Nak jatuhkan NAJIB.. SALAH, Jumpa ANWAR...SALAH.. Habis TUN M nak buat apa..???

APA YANG BETUL UNTUK TUN M?


- Menegur dan mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2,600 juta - SALAH.

- Menegur dan mengkritik pembaziran serta kemewahan Najib dan keluarganya - SALAH.

- Menolak pemberian BR1M kepada rakyat dan menganggap ia sebagai suatu bentuk rasuah - SALAH.

- Mendesak Najib berundur berikutan pelbagai kelemahan dan masalah yang dicetuskannya yang jelas merugikan negara - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana skandal 1MDB dan terdapatnya wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadinya - SALAH.

- Menyifatkan tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri memiliki wang sebanyak RM2,600 juta - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana bimbang UMNO dan BN kalah pilihanraya akan datang - SALAH.

- Keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib - SALAH.

- Terus menegur dan mengkritik Najib, seiring dengan kedudukannya bukan lagi sebagai ahli UMNO - SALAH.

- Menggerakkan Deklarasi Rakyat melalui kutipan tandatangan untuk menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Najib - SALAH.

- Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi meneruskan usaha menyingkirkan Najib - SALAH.

- Menubuhkan parti BERSATU untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memastikan Najib dapat disingkirkan - SALAH.

- Memohon maaf kepada rakyat berikutan pindaan perlembagaan berkaitan kuasa Agong yang dilakukannya dahulu sehingga terbuka kepada pelbagai tafsiran yang akhirnya membuka ruang kepada Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara - SALAH.

- Bersalam dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim - SALAH.

Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang membina negara ini dengan penuh kehormatan dan sanjungan, tapi kini semakin merasakan detik-detik kehancuran, apa sebenarnya yang BETUL untuk Tun Mahathir lakukan?

Berdiam diri? Tidak peduli? Atau terus memuji-muji Perdana Menteri? (SH 06/09/2016).

Terbukti menunjukkan AMANAH bukan memperjuangkan ISLAM, hanya PAS sahaja yang melakukannya...!!

Usin UG Ceroi 


Tok setuju sesangat. Amanah bukan memperjuangkan Islam. Parti tok je yg berjuang untuk Islam. Amanah hanya berjuang utk melawan skandal 1MDB, lawan rasuah, lawan akta zalim, nak suruh Najib turun, lawan GST, lawan TPPA dan sebagainya itu, sedangkan kesemua itu tidak disebut dlm Al Quran.

Mana ada dlm Al Quran disebut 1MDB? Ada ke disebut GST atau TPPA? Ada ke disebut perintah turunkan Najib? Ada ke disebut akta SOSMA atau MKN? Tidak ada pun kalimah itu dlm Al Quran. Itu dalil yg menunjukkan Amanah bukan memperjuangkan Islam.

Berbeza dgn parti tok. Parti tok memperjuangkan Islam dengan cara berbaik dan menjadi Penasihat Amno. Ini ada disebut dlm Al quran. Banyak ayat yg menyebut, " Yaaa Ayyuhallazi Na Amanu..." Ertinya bersama Amno. Ada disebut, betul tak?

Monday, 5 September 2016

1MDB kebun pisang atas angin

Seorang bekas wartawan Bernama bagi tahu saya Sabtu lalu (3 September) orang kampung tak faham cerita IMBD.

Saya tahu. Bukan orang kampung saja tak faham. Orang bandar dan orang berpelajaran pun tak faham melainkan yang arif urus niaga korporat dan kewangan canggih.

Saya pun dah cerita macam-macam cara. Saya yakin ramai yang faham tetapi lebih ramai yang masih tak faham atau samar-samar.

Pernah juga saya ceritakan kepada beberapa orang rakan blogger secara kiasan. Izinkan saya kongsi cerita kiaskan itu dengan para pembaca dan pembahas sekalian. Saudara-saudari pula boleh kongsi dengan orang lain kalau ada kesempatan.


Saya ibaratkan sebagai cerita dongeng orang berniaga pisang. Minta maaf kalau panjang sikit. Ceritanya macam ini.

Ada seorang saudagar minyak unta yang kononnya sangat pandai berniaga. Kalau dia jual batu yang dikutip tepi jalan pun laku. Dulu ada banyak peniaga macam ini di pekan-pekan sehari.
Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman. Lebih kurang macam penaja skim cepat kaya Pak Man Telo dan labu peram. Dia Cina. Nama dia Joe Hai.

Mula-mula dia pergi ke sebuah kampung nama Kampung Terang. Dia pujuk ketua kampung kongsi tanam pisang. Mereka pun tubuh syarikat Tanaman Istimewa Antarabangsa. Singkatannya TIA.

Punyalah hebat putar belit si Joe Hai ini dengan modal hanya RM1 dia boleh pinjam RM5,000 dari bank dalam dan luar negera. Ertinya dia pinjam lima ribu kali ganda daripada modal.

Tak pernah jadi dalam dunia di mana beza antara modal dengan hutang 5,000 kali ganda.

Selalunya bank bagi pinjam 50 peratus daripada modal saja. Itu pun dah dikira tinggi dan bahaya.

Pernah kah kita dengar orang yang ada modal RM1 boleh pinjam sampai RM5,000? Along dan ceti pun tak bagi hutang sebanyak itu.

Yang banyak orang tak sedar, dalam diam-diam Joe Hai gadai tanah orang Kampung Terang yang nak dijadikan tapak projek pisang itu.

Pawang buaya

Perkara ini berlaku pada tahun 2008.

Masa tu tak banyak orang sedar. Hanya ketua kampung dan beberapa orang suruhan dia saja tahu.
Ikut cerita, tak lama lepas itu Joe Hai lesap dari Kampung Terang. Apa yang jadi dengan tanah orang kampung yang Joe Hai gadai sampai hari ini masih dipertikai.

Tiba-tiba, pada tahun 2009, Joe Hai timbul di Kuala Lumpur dan pakat dengan seorang pawang buaya yang tersohor nama Mat Nujum.


Dalam kerja dia mudik hulu hilir tangkap buaya ganas, Mat Nujum tahu siapa ada tanah, di mana dan berapa luas.


Joe Hai pakat dengan Mat Jujum tukar TIA kepada syarikat baru dengan nama Satu Melayu Dan Baba atau singkatannya 1MDB.

Mat Nujum tahu ramai suku sakat dia ada tanah. 1MDB “beli” tanah itu dengan harga murah dan lepas itu jual atau gadai dengan harga mahal.

Kerja mereka ambil tanah, pecah lot, gadai atau jual. Tak cukup dengan jual tanah mereka berhutang pula.

Nasib mereka baik pasal suku sakat Mat Nujum tak berapa cerdik dan Mat Nujum pandai reka cerita. Dia kata, mereka akan untung juta-juta bila tanah mereka dah jadi projek raksasa.

Dia ambil hati mereka dengan guna duit hutang dan duit pinjam hantar mereka naik haji dan belanja anak-anak mereka mengaji dalam dan luar negara. Sekali-sekala mereka anjur majlis suka ria sampai bawa masuk artis top dari Korea.

Mat Nujum dan Joe Hai gadai sama pajak sini, hutang sana pinjam sini. Bila tak cukup nak bayar bunga dan pokok, mereka berhutang lagi.

Kerja mereka korek lubang kambus lubang macam dalam skim cepat kaya.

Main belakang

Joe Hai dia pandai. Dia main dari belakang. Dia sendiri orang tak nampak. Dia duduk nun jauh di Amerika.


Dia guna Mat Nujum sebagai orang depan. Semua Mat Nujum arah dan tandatangan. Mat Nujum jadi sangat berkuasa dalam kampung pasal duit banyak.


Dia kata jalan, jalan. Tak ada siapa nak lawan pasal dah dapat habuan. Macam ayam dapat dedak. Yang tak setuju oleh jalan atau tunggu kena tendang.

Pendek kata, Joe Hai jerit ayuh, Mat Nujum pun kayuh.

Walaupun Joe Hai ni muda, dia banyak tipu helah. Hasil pakatan dengan Mat Nujum dia jadi kaya raya dalam sekelip mata walaupun projek pisang tak banyak hasil. Nak bayar bunga pun tak cukup.

Dia bagi tahu orang dia usahawan, dermawan, karyawan dan jadi kawan kepada anak tiri Mat Nujum.
Dia pun baik dengan pak-pak Arab. Dia tahu, orang Melayu jadi lemah bila berdepan dengan orang Arab. Arab bela unta pun mereka sanjung macam ulama dari Makkah.

Dengan hasil perniagaan atas angin itu mereka pun berpesta, beli harta, joli sini joli sama. Nak cepat tunjuk hasil mereka beli kebun pisang orang lain yang pokok-pokok dah tua.

Bila sesak tak boleh bayar balik hutang, mereka jual. Ada yang mereka beli mahal tapi jual murah. Beli mahal dari tauke tempatan jual murah kepada tauke Negeri China.

Mana duit yang mereka pinjam pergi, tuan tanah dan orang kampung tak tahu. Mat Nujum dan Joe Hai tak bagi tahu.

Makan dedak

Tiap-tiap tahun buku kira-kira lambat tutup. Bila juruaudit tanya atau tak mahu sahkan akaun, mereka kena tedang. Bila ditanya, Mat Nujum kata rahsia.

Satu dunia tahu cerita buruk dan busuk syarikat pisang 1MDB. Tapi dalam kampung semua orang diam.

Ada yang diam pasal tak tahu apa-apa tapi ramai yang diam sebab sudah kenyang terbahak macam ayam dibagi makan dedak.


Sekonyong-konyong muncul Tok Pendeta yang bertapa dalam gua. Dia tilik, dia renung dan dia buat congak. Dia tanya, macam mana habis tanah orang kampung kena gadai?


Dibeli murah dijual mahal tapi perniagaan tak untung, hutang melambung. Bila sesak jual kepada tauke dari negeri China dengan potongan harga.

Dia kata hutang projek pisang 1MDB dah naik jadi RM42 bilion. Satu bilion (1,000,000,000) bersamaan satu ribu juta. Jadi 42 bilion ringgit bersamaan 42 ribu juta ringgit. Kalau tulis jadi macam ini RM42,000,000,000.

Berapa banyak RM42 bilion? Seorang bekas pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kata, RM1 bilion boleh buat 100 buah sekolah rendah, jalan tanah merah 6,600 kilometer dan 500 buah jambatan biasa.

Ikut laman web Finance Twitter, RM42 bilion boleh beli sebuah Apple iPad Air bagi setiap orang daripada 30 juta penduduk Malaysia atau boleh bagi makan 100,000 orang hidangan McDonald selama 99 tahun.
Boleh beli antara 105,000 hingga 420,000 buah rumah PR1MA.

Tapi kalau tukar RM42 bilion jadi beban hutang, setiap orang rakyat Malaysia, termasuk bayi baru lahir, akan tanggung RM1,400 hutang 1MDB tiap seorang tak termasuk faedah.

Apakah yang boleh kita tengok hasil hutang RM42 bilion itu?


Lubang di tapak TRX Jalan Tun Razak, tanah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang dah dijual kepada syarikat usaha sama Malaysia-China dan penjana elektrik bebas (IPP) yang dijual kepada kompeni negeri China.

Tapi hutang projek pisang atas angin rekaan Mat Nujum dan Joe Hai bukan RM42 bilion lagi.
Dah naik jadi RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini.
Ini bukan Tok Pendeta yang kata. Ini Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kata. Takkan auta. Orang yang jadi ketua PAC Mat Nujum sendiri lantik.

Orang cerdik dah tahu mana pergi baki duit projek pisang atas angin 1MDB itu. Dah kena songlap. Dah pusing satu dunia.

Pahlawan Islam

Dari Malaysia ke negeri Arab, dari negeri Arab ke Pulau Caymans, dari Pulau Caymans ke Pulau British Virgin Islands (BVI), dari BVI ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, England, Australia dan Amerika.

Macam-macam tipu helah dan cerita dongeng Mat Nujum serta konco-konco dia buat untuk lesapkan duit projek pisang atas angin 1MDB.

Mula-mula mereka kata duit itu akan dibawa balik. Lepas kata kena simpan di Singapura pasal nak atasi syarat Bank Negara.

Mula-mula duit tunai dolar Amerika. Lepas itu jadi sijil pelaburan. Kemudian tukar jadi unit. Akhir sekali lesap.

Dok tak dok, khabar dari luar negeri kata Mat Nujum terima RM2.6 bilion dalam buku bank dia.


Mula-mula Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata, bohong. Mereka kata fitnah. Kerja orang dengki haram jadah.


Tapi bila temberang mereka pecah, mereka kata duit derma Tok Arab. Kata mereka, Tok Arab itu sangat teruja dengan kerja Mat Nujum majukan Islam dan lawan pelampau agama.

Ada budak-budak suruhan Mat Nujum bagi gelaran Pahlawan Islam kepada dia. Sama taraf dengan Salahuddin Al-Ayubi perwira Islam dulu kala.

Bila Tok Pendeta minta tunjuk Tok Arab peniaga unta yang kaya dan baik hati itu, Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata rahsia. Mereka kata bukan seorang tapi beberapa.

Ada yang kata mereka jumpa sendiri Tok Arab itu di Tanah Suci.

Banyak tak percaya. Mereka syak duit itu adalah duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Nujum dan Joe Hai songlap.

Pejabat Peguam Negara Switzerland syak sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM16 bilion) telah kena songlap.

Orang Islam susah

Sekonyong-konyong, seorang budak suruhan Mat Nujum kata, Mat Nujum dah bagi balik RM2.08 bilion duit sedekah Tok Arab itu.

Pelik sungguh. Tok Arab yang baik hati dan pemurah bagi derma (sedekah) kepada Mat Nujum untuk tegakkan agama dan majukan ekonomi orang Islam Malaysia, pasal apa Mat Nujum bagi balik pula?
Tak masuk akal. Di Malaysia ni ramai lagi orang Islam yang susah.

Pasal apa tak guna duit sedekah Tok Arab itu bantu orang Islam yang susah atau buat projek ekonomi untuk mereka?


Sebabnya duit itu bukan sedekah Raja atau Tok Syeikh Arab tapi duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Najum dan Joe Hai songlap.


Pengaruh Mat Nujum dalam kampung kuat. Semua dia jaga, semua dia bela. Yang ada kuasa dia bagi satu, dua juta. Yang miskin dia bagi dedak dan serdak.

Jadi tak ramai berani bangkit atau angkat muka. Yang berani lawan dia ugut, dia surah polis siasat dan pecat.

Tapi di luar kampung, projek pisang atas angin Mat Nujum dan Joe Hai dah kena londeh.

Satu dunia dah tahu rahsia kotor mereka. Dah kena siasat, duit mereka dah kena beku dan orang yang subahat pindah duit haram mereka dah kena tangkap dan bank yang pindahkan duit haram kena tutup.
Seorang dah kena tuduh di mahkamah di Singapura. Singapura tahu banyak rahsia Mat Nujum. Pasal itulah dia sangat takut kepada Singapura.

Tahun lepas kerajaan Amerika tubuh badan penyiasat Juri Agung (Grand Jury) dan pada bulan Julai lalu, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri perdana menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles untuk rampas harta yang mereka beli dengan duit yang disonglap dari 1MDB.

Kleptokrasi maksudnya kerajaan yang mencuri.

Bangkai gajah

Cerita macam mana Joe Hai pujuk Mat Nujum berniaga, macam mana mereka kelentong orang kampung, karut-marut berkenaan Tok Arab dan beban yang mereka hempap ke atas kepala rakyat jelata tak boleh sembunyi lagi.


Bangkai gajah Tok Miah tak boleh dikambus lagi.


Angkara Mat Nujum dan Joe Hai dah sebabkan nama Malaysia busuk satu dunia. Dah jadi bahan lawak jenaka.

Orang yang tahu dah tak percaya kepada kita. Kaki sapu ambil kesempatan beli harta benda kita dengan harga istimewa.

Sikit demi sikit, kedaulatan dan ekonomi kita dijajah semula. Kalau kita masih tak akur, masih nak santai dan tidur, satu hari tak lama lagi negara kita akan jadi padang jarak padang tekukur.

Kera di hutang terbahak kekenyangan anak di rumah menangis kelaparan.


DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times. Artikel ini pertama kali disiarkan di blognya.

Hari ini dalam sejarah, selepas 18 tahun bermusuhan ANWAR & MAHATHIR bersalaman semula

Yang tersurat dan tersirat...semoga kalian bersatu hendaknya..melawan pahlawan bugis yang bermaharaja lela di singgah sana putrajaya.






Dr Mahathir hadir beri sokongan kepada Anwar di mahkamah tinggi hari ini


mahathir-lawat-anwar

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Kehadiran mengejut Dr Mahathir pada 2.45 petang merupakan pertama kali bekas timbalan perdana menteri itu menonjolkan sokongan terbuka kepada Anwar, genap 18 tahun dan 3 hari selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir hari ini ditemani Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin dan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Turut hadir ialah barisan peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya, di samping peguam Melissa Sasidaran, Eric Paulsen dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.

Anwar, 68, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu antara lain memberikan kuasa kepada perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Akta itu diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.

Sunday, 4 September 2016

Antara kisah meniaga cara PROTON VS 1MDB..!!

PROTON VS 1MDB 


Idea Siapa untuk Menghasilkan kereta Nasional buatan anak Bangsa Malaysia ?
Idea siapa berniaga dengan berhutang dan akhirnya menjual negara ?

PROTON

1.Ogos 1983 mula pembinaan kilang kereta Proton di Shah Alam pinjam wang Kerajaan sebanyak Rm 480 juta.

2.Julai 1985 kereta pertama Proton Saga keluar dari kilang.

3. Disember 1996 Proton berjaya mengeluarkan sejumlah 1 juta kereta.

4.Perolehan/Turnover
1993 : Rm 2,286,500,000
1994 : Rm 3,087,000,000
1995 : Rm 3,708,400,000
1996. : Rm 5,166,700,000

5.Untung sebelum cukai
1993 : Rm 311,200,000
1994 : Rm 282,000,000
1995 : Rm 307,900,000
1996 : Rm 454,600,000
1997 : Proton umum untung sebelum cukai telah melepasi RM 1 Bilion pada tahun kewangan berakhir 31.3.1997.

6.Cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan dari Proton dalam tempoh 10 tahun ialah sebanyak Rm 18 Bilion.

7.Model kereta Proton yang telah dipasarkan ialah Proton Saga,Waja,Iswara,Satria,Gen 2,Arena,Juara,Perdana,Exora,Inspira,Preve,Suprima dan Iriz.

1MDB

1.2009 bermula dengan nama Trengganu Investment Authority@TIA dan seterusnya ditukar nama ke 1Malaysian Development Berhad @1MDB

2.Modal Rm 1 juta

3.Pinjam melalui terbitan bon sebanyak Rm 42 Bilion

4.Beli asset stesen janakuasa letrik@IPP dari Syarikat Genting dan Tanjong berjumlah Rm 18 Bilion

5.Beli tanah TRX,Kem Tudm Sg Besi dan Air Hitam,Penang Rm 1.7 Bilion.

6.Pelaburan diluar negara,UAE,ARAB SAUDI,CAYMAN ISLAND DAN BRITISH VIRGIN Rm 15.4 Bilion

7.Perbelanjaan Kewangan @Finance Charges Rm 5.5 Bilion

8.Kerugian pertukaran mata wang asing ( forex losses ) Rm 1 Bilion.

9.Jumlah rugi yang dilapor pada tahun kewangan berakhir 2013/2014 ialah Rm 665 juta.

10.Laporan kewangan tahun 2015 dan 2016 belum boleh dikeluarkan lagi.

11.Terkini hutang telah meningkat ke Rm 50 bilion.

12.Janakuasa Letrik @IPP telah dijual kepada syarikat negara Cina dengan harga Rm 9.5 Bilion.

13.Tanah Kem TUDM Sg Besi pun telah dijual kepada syarikat negara Cina.

Siapa sebenarnya penipu,penyangak dan penyamun ?

Tan Sri Adam Kadir, bekas Speaker Dewan Negara kata, kita ni sudah terang lagi bersuluh (ketika mengulas ttg MO1).

Mahfuz: Kenyataan KPN dalam isu MO1 pelik

Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam isu Malaysian Official 1 (MO1) sebagai kenyataan politik adalah sesuatu yang sangat menghairankan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebaliknya perlu mengambil langkah menyiasat tentang dakwaan tersebut memandangkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dikaitkan dengan MO1.

"Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila menyatakan polis tidak mahu campur tangan berhubung dengan dakwaan Abdul Rahman Menteri yang Najib adalah MO1 dalam saman sivil  Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

"Lebih pelik apabila Khalid menganggap dakwaan tersebut sebagai kenyataan politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 September lalu, Abdul Rahman menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News, berhubung isu MO1.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC]

Katanya, walaupun istilah MO1 yang digunakan oleh DOJ merujuk kepada Perdana Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.

Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada seorang pun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

Sementara itu, kelmarin Khalid mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya tidak campur tangan berhubung dakwaan seorang menteri kononnya Najib merupakan individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 dalam saman sivil yang dikemukakan DOJ Amerika Syarikat (AS) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: PDRM tidak campur tangan isu Malaysian Official 1]

Khalid berkata, apa juga tindakan mahkamah yang dibuat di AS adalah tindakan sivil dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam kenyataan politik tersebut.

Tun M senarai 14 kuasa Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 14 kuasa Perdana Menteri Malaysia yang terdapat dalam Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau meringkaskan kuasa Perdana Menteri menurut akta tersebut kerana menjangkakan tidak ada sesiapa yang mahu membacanya.

"Saya terpaksa baca keseluruhan Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara untuk memahami keperluan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

"Kuasa Perdana Menteri hampir tiada had," katanya melalui catatan di blog Chedet, semalam.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kini bekas) menyembahkan taklimat mengenai RUU itu pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara.

RUU MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, katanya, keperluan untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengisytiharkan darurat kerana undang-undang yang melindungi rakyat tidak terpakai ketika darurat.

"Tapi sekarang Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Pengerusi MKN akan menasihati Najib sebagai Perdana Menteri. Kuasa Najib jauh lebih banyak daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Sudah tiada lagi keperluan untuk merujuk atau mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Najib sebagai Pengerusi MKN hanya akan menasihati dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya lagi, Najib dilindungi sepenuhnya daripada sebarang prosiding undang-undang.

"Malah semua prosiding MKN adalah rahsia rasmi. Tiada mana-mana ahli MKN itu boleh mendedahkan apa-apa.

"Akta ini merendahkan martabat Perlembagaan. Sudah tentu ia salah. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Tapi tiada siapa buat apa-apa apabila ia dicabul," katanya.

Berikut 14 kuasa Perdana Menteri yang disenaraikan oleh beliau :

1.Menubuhkan Majlis Keselamatan Negara;

2.Mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara;

3.Majlis menasihati Perdana Menteri – iaitu dirinya sendiri;

4.Berkuasa untuk : memindahkan orang; isytihar perintah berkurung; mengawal pergerakan, jalan, laluan air dan udara; menahan seseorang; geledah dan rampas serta menggeledah premis untuk keadaan yang bahaya;

5.Menggeledah orang untuk keadaan yang bahaya;

6.Merampas kenderaan, kapal atau pesawat;

7.Berkuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta boleh alih;

8.Permintaan untuk menggunakan sumber;

9.Kuasa untuk mengarahkan memusnahkan mana-mana bangunan kosong;

10.Kuasa menggunakan pasukan yang perlu dan wajar;

11. Kuasa untuk mengetepikan inkues;

12.Kewajipan untuk menyimpan rahsia;

13.Perlindungan daripada mana-mana prosiding undang-undang dan

14.Status sebagai pegawai kerajaan.