Saturday, 3 September 2016

Amanah tanya Rahman Dahlan: Kamu cuba bohong siapa?

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang bertegas perdana menteri tidak dibabitkan dalam siasatan Amerika Syarikat keatas 1MDB.

"Rahman cuba bohong siapa dan sampai bila mahu pertahan yang tidak dapat dipertahankan?" soal Dzulkefly.

Beliau menjawab hujah Rahman yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam dokumen berkenaan 1MDB terbitan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) Julai lalu kerana presiden Umno itu bukan dalam kalangan yang disiasat.

Perkara itu susulan kenyataannya kepada BBC yang mengatakan MO1 yang dimaksudkan DoJ adalah Najib dan tidak boleh dinafikan.

Namun Dzulkefly mengetengahkan prinsip yang diguna pakai dalam sistem perundangan AS yang dikenali sebagai "In Rem".

"Mereka yang faham perundangan AS akan mengesahkan 'In Rem' adalah 'prosiding yang tidak mengendahkan pemilik harta (disini merujuk kepada 1MDB) sebaliknya menentukan siapa pemunya hak yang muktamad keatas harta itu.

(a proceeding that takes no notice of the owner of the property but determines rights in the property that are conclusive against all the world)

'In rem sekadar memaklumkan pihak yang mempunyai kepentingan dalam harta atau aset yang dirampas, supaya mereka boleh mengemukakan tuntutan masing-masing ke mahkamah, oleh yang demikian mereka namakan 'Red Granite Pictures, Inc dan defendan lain," katanya, merujuk kepada syarikat yang diterajui anak tiri Najib – Riza Aziz – yang didakwa DoJ terbabit dalam penggelapan wang berbilion ringgit daripada dana milik syarikat milik kerajaan.

Oleh itu, kata Dzulkefly, Najib tidak dinamakan kerana beliau dianggap bukan pemilik aset yang mahu dirampas itu.

"Atau Rahman cuba menyampaikan sesuatu," tambahnya.

Beliau juga mahu menyorot perhatian Rahman kepada satu lagi terma yang digunakan pendakwaraya AS iaitu "18 U.S.C", atau Title 18 of the United States Code, iaitu kanun jenayah dan keseksaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat.

"Ia menangani prosedur jenayah dan jenayah peringkat persekutuan. Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku.

"Sebenarnya isu yang perlu Rahman pertimbangkan secara berhemah samada perlu membetulkan kenyataannya sebelum ini iaitu 'PM tidak perlu bertanggungjawab keatas masalah syarikat milik kerajaan'," kata Dzulkefly.

Menurutnya, siasatan jelas menunjukkan asal wang yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

"Lupakan semua dongeng penderma RM2.6 bilion dari Arab Saudi itu! Itu semua ilusi. Membiarkan 1MDB terjerumus dalam penjarahan dan pengubahan wang sepanjang lima tahun (2009-2014), ketika Najib menerajuinya dan kononnya mendapat manfaat daripada transaksi itu, memang menyebabkan negara mendapat nama yang buruk," kata Dzulkefly.


Akhirnya pimpinan UMNO sendiri mengaku mereka mengamalkan POLITIK WANG..!!

Rais: Tindakan Jamal aibkan parti, bukti wujud politik wang dalam Umno

Rais Yatim
PETALING JAYA: Tindakan Datuk Jamal Md Yunos menawarkan RM1,000 secara terang-terangan kepada setiap perwakilan pada Rabu lalu, mengaibkan Umno kerana ia membuktikan wujud amalan politik wang dalam parti itu.

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, ia turut menunjukkan berlaku rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan perbuatan membeli pengaruh dalam Umno.

Sehubungan itu, beliau menggesa majlis tertinggi parti mengambil tindakan sewajarnya supaya pemimpin lain menghentikan perbuatan sama seperti ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.

"Selama ini saya di dalam Umno, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh.

"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya, kepentingan remeh dan sebagainya.

"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," katanya yang dipetik Astro Awani Online hari ini.

Rais mengulas tindakan Jamal mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua cawangan Umno dan 646 perwakilan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, kelmarin, bagi menggantikan rancangan asal membawa mereka ke Dubai untuk lawatan sambil belajar.

Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu berkata, tindakan Jamal itu akan terus mengeruhkan imej Umno yang sudah teruk di mata masyarakat hari ini.

Semalam, Jamal berkata, beliau adalah orang baik dan mempunyai ramai kawan yang murah hati dan sanggup menyumbang sehingga RM50,000 kepadanya.

Bagaimanapun, beliau tidak akan mengambil satu sen pun daripada sumbangan itu, sebaliknya ia akan diberikan kepada ahli Umno dan rakyat Sungai Besar.

Thursday, 1 September 2016

Muhyiddin cabar PM: Jadilah anak jantan, saman saya

1 Sep 2016, petang 5:41 (Dikemaskini 1 Sep 2016, petang 6:24)


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.

Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib telah menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan berkata tuduhan terhadapnya sebahagian daripada rancangan untuk menggulingkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku jenayah dalam kontroversi 1MDB.

Seorang penjual burger yang menjadi KETUA BAHAGIAN UMNO, mampu beri "DEDAK" RM1000 kepada ketua cawangan beliau.

Batal ke Dubai, Jamal beri ketua cawangan RM1,000


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hari ini membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.

Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan kepada pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.

"Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.

"Justeru itu saya batalkan tawaran percutian tersebut dan kos percutian kita kongsi bersama yang mana setiap seorang perwakilan akan mendapat RM1,000," kata Jamal disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Jamal berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kali ke 13 bagi tahun 2016 di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Jamal hari ini turut 'mengumumkan' pemberian RM300 kepada perwakilan dan tambahan RM200 ketua cawangan Umno yang berdiri tanda sokongan kepada beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta parti itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau menyatakan perkara itu secara serius atau sekadar berseloroh.

“Saya minta semua perwakilan yang menyokong saya bangun dan berikan tepukan gemuruh,” kata Jamal diikuti dengan tindakan perwakilan.

“Okey, RM100 untuk semua,” kata Jamal.

Begitu juga perkara sama dilakukan apabila beliau meminta perwakilan berdiri sebanyak dua kali lagi untuk menyatakan sokongan kepada Zahid dan Umno BN.

Ia bermakna setiap perwakilan mendapat RM300 setiap seorang dan Jamal berkata tambahan sebanyak RM200 lagi akan diberi kepada ketua-ketua cawangan yang berdiri dan memberikan tepukan.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dalam ucapannya berkata beliau tidak akan memberikan RM1000 kepada ketua bahagiannya, sebaliknya RM2000 setiap seorang.

Noh bagaimanapun berkata Jamal boleh berbuat demikian kerana beliau hanya ketua bahagian.

“Kalau saya jadi Jamal saya bagi RM2,000 tetapi saya tidak boleh lakukan sebab saya wakil rakyat yang mana perlu menjaga 42,000 orang dan itulah yang membezakan ketua bahagaian dengan anggota parlimen,” kata Noh yang juga anggota parlimen Tanjong Karang.

Mukhriz - Najib Sendiri Yang Sebenarnya Telah Melemahkan Parti dan Kerajaan ( video )


Berikut adalah respon terbaru dari Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang membingungkan rakyat baru2 ini yang mencabar pengkritik supaya melawan beliau dalam pemilihan Umno, melabel pengkritik beliau sebagai pengkhianat parti dan mengungkit jasa2 lama Umno.


KLiK untuk ke Youtube

- Semua pemimpin2 Umno yang kritikal terhadap Presiden telah diambil tindakan

- Bagaimana Najib boleh cabar sesiapa pun untuk tanding lawan Presiden walhal semua pihak yang kritikal terhadap salahlakunya telah dibuang

- Najib gambarkan mereka yang mengkritik beliau sebagai mengkhianati parti. 

- Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

- Apabila seseorang itu mengkritik Presiden, tak semestinya dia mengkhianati parti malah sebaliknya ini semua dilakukan untuk menyelamatkan parti

- bagaimana nak memperkuatkan kedudukan parti sekiranya presiden sendiri menimbulkan masalah dan ditolak oleh rakyat ?

- Najib tuduh kita sengaja hilang nilai persahabatan dalam perjuangan dan tidak mempertahankan parti ... Kenyataan tak masuk akal

- Sebenarnya Najib sendiri yang telah melemahkan Umno

- Najib tuduh kita mengkhianati Umno dengan menubuhkan parti baru .... semua yang terlibat dalam penubuhan parti baru adalah mereka yang telah dipecat oleh Najib.

Tidak timbul isu menubuhkan parti baru ketika kami masih menjadi ahli Umno sebaliknya akibat tindakan Najiblah maka parti baru mahu ditubuhkan

- Najib mengungkit jasa2 Umno kepada negara dan seharusnya rakyat terus menyokong Umno ...

- Apa yang dimaksudkan sebagai jasa Umno itu adalah ketika sebelum Najib jadi Presiden. 

- Hasil wawasan kepimpinan Umno dulu .. dari Dato Onn hinggalah Paklah termasuk Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri ... 

- Najib seolah menidakkan sumbangan dan gerakerja yang telah dilakukan. Rakyat sedia maklum mereka yang telah berjasa melalui Umno ini telah dipecat atau keluar dan mereka ini ingin terus berkhidmat di bawah gagasan baru yang diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

                             **************************

Cuba kita imbas kembali semua isu2 yang ditimbulkan rakyat ketika ini ..... hampir SEMUANYA adalah berkaitan dengan tindakan peribadi Najib. Yang dipecat dan keluar parti pun disebabkan mereka menegur Najib.

Semua masalah ditimbulkan oleh Najib dan Rosmah tapi dikaitkan dengan parti dan baru2 ini dikaitkan dengan maruah bangsa dan negara. Habis porak peranda dibuatnya Umno dan agensi2 kerajaan dan pihak berkuasa juga turut dilibatkan ... sehinggakan kredibiliti pelbagai pihak rosak akibat Najib dan Rosmah.

Seperti kata Mukhriz di atas - 

Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

Malangnyalah nasib parti yang sekian lama dipandang tinggi oleh rakyat, hanya menunggu masa saja untuk ditolak oleh rakyat ..... Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Itulah jasa dan legasi Najib yang akan dikenang oleh generasi akan datang ... menjadi case study pelbagai pihak di seluruh dunia sebagai contoh yang harus dijauhi.

Kita beruntung (?) kerana menjadi saksi ketika sejarah diukir.

http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/08/mukhriz-najib-sendiri-yang-sebenarnya.html

Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1


Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) yang dirjuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC.

"Tetapi saya juga berkata, mengapa DOJ tidak menamakannya dengan nama yang betul. Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan .... dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagaimanapun berpendapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dana pelabruran negara itu.

"Beliau telah bertanggungjawab, dengan melantik pasukan baru di 1MDB.

"Tetapi hanya kerana sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang mendesak supaya beliau mengosongkan kerusinya, beliau tidak seharusnya berbuat demikian. Itu adalah melampau,” kata rahman yang juga adalah pengarah komunikasi strategik BN.

Adalah dipercayai bahawa Najib adalah MO1 tetapi kerajaan tidak pernah mengesahkan identiti itu sejak DOJ memfailkan tuntutan mahkamah pada 20 Julai lalu.

'Budak kecil' minta Nazri jangan angkuh

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/08/nazri-syed-saddiq.jpg
Anggota Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh dianggap "budak kecil" namun juara debat itu mengingatkan, orang "kecil" adalah pihak yang memilih seseorang ahli politik.

"Jangan angkuh. Orang kecil, budak kecil yang anda perlekeh adalah orang yang melantik anda dan tidak lama lagi menjadi orang yang menyingkirkan anda," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggapnya sekadar "budak kecil" dan tidak perlu dilayan.

Nazri memberikan reaksi itu pada 30 Ogos selepas Syed Saddiq menggesa pemimpin Umno tidak bersikap 'hipokrit'.

Kata Nazri tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU itu.

"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting. Kamu mahu saya ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah dipilih oleh rakyat," katanya

Menurut Syed Saddiq dia lebih rela dianggap "budak kecil" yang memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia berbanding "budak tua" yang memperjuangkan tuannya.

Dia juga berkata ada jutaan pengundi lain ya

Tuesday, 30 August 2016

UMNO yang khianat dan tidak peduli Melayu, sebab itu kami masuk DAP

30 Ogos 2016


Kami telah mendengar ucapan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Mohd Razlan Rafii, dalam forum anjuran Sinar Harian semalam di Shah Alam.

Saudara Razlan mendakwa DAP tidak pernah hormat pada Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP mempunyai kuasa, ia tidak akan pernah hormat pada orang Melayu.

Kami sudah biasa dengan Sdr Razlan, yang sentiasa berkunjung ke ibu pejabat DAP hampir setahun sekali, dengan membawa rombongan kawan-kawannya. Terbaru beliau hadir membawa duit raya, berupa wang neraka dan melemparkannya ke muka pegawai ibu pejabat parti.

Sebelum itu, beliau juga pernah mengancam mahu membakar bangunan ibu pejabat parti kami.

Sebagai orang Melayu, kami dididik supaya bersopan santun, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, apatah lagi kepada orang yang lebih tua seperti Sdr Razlan. Maka adalah penting bagi Sdr Razlan untuk tidak dibiarkan bercakap seorang diri, justeru kami tampil menjawab kritikannya, dengan semangat demokrasi.

Sdr Razlan beruntung kerana mempunyai kulit muka yang tebal dan sanggup untuk terus menjadi pemuka United Malays National Organisation, di saat parti itu sedang diserang dari segenap sudut, termasuk oleh bekas presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kami harap pengorbanan Sdr Razlan akan mendapat balasan yang setimpal.

Pun begitu kami ingin menasihatkan Sdr Razlan agar memeriksa keadaan dan menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang yang sudah tidak makan dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini UMNO lah yang telah meletakkan Melayu di bawah telapak kakinya.

Melayu di bawah UMNO kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai GST, skandal hutang 1MDB, rompakan Tabung Haji, LTAT dan KWSP, serta ancaman ekonomi yang lain termasuk risiko bangkrap angkara pinjaman PTPTN dan pinjaman isirumah yang melangit tinggi.

Ayam-ayam yang dibela UMNO ini disumbat dengan rasa takut hilang kuasa dan rasa takut kepada Cina. Inilah Melayu yang didik UMNO, agar ia boleh diserkup dan disembelih dengan mudah, bagi melanjutkan kekuasaan elit Melayu dalam UMNO yang kenyang dengan hasil menjarah dompet dan saku rakyat.

Sdr Razlan sewajarnya sekali-sekala melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, Melayu jenis apakah yang beliau sudah jadi?

Melayu pengampu kepala skandal 1MDB, atau Melayu yang mahu tegakkan kebenaran dan membela nasib bangsa Malaysia, tanpa mengira latar keturunan, agama, ekonomi dan pendidikan? Adakah Razlan mahu jadi ayam sabung, atau ayam dedak? Razlan perlu jawab soalan-soalan ini, supaya beliau tidak malu dengan anak cucu yang nanti bertanya, “Ketika negara dirompak, awak buat apa?”

UMNO lah masalahnya sekarang, dan Razlan serta juak-juaknya wajar mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir dan meninggalkan parti berkarat itu, ketimbang menjunjungnya sebagai parti keramat.

Barangkali Razlan akan lebih berhati-hati dalam forum semalam, sekiranya beliau tidak bercakap seorang diri, dan ada wakil anak muda Melayu DAP menjadi anggota panel. Kecewa juga kami kerana tidak menerima jemputan Sinar Harian. Mungkin Sinar pun tidak begitu sanggup menerima hakikat bahawa DAP sudah ramai anggota dan pimpinan anak muda Melayu.

Ditandatangani:

Young Syefura Othman, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor
Edry Faizal Eddy Yusof, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor
Syerleena Abdul Rashid, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang
Mohammad Firdaus Babh, Setiausaha DAPSY, Selangor
Muhammad Shakir bin Ameer Mohideen, Bendahari DAPSY Selangor
Nor Miswary Ramli, Setiausaha DAP cawangan USJ Subang Jaya
Azfar Faruqi Mohamad Idris, Pengerusi DAP cawangan Taman Seroja
Shukri Mokhtar, Ahli Jawatankuasa DAPSY Subang
Farhan Haziq, Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang
Numan Afifi, Setiausaha Organisasi DAPSY Subang
Ahmad Irfan Hani, Ahli DAP cawangan Bandar Utama
Izmil Amri, Ahli DAP cawangan Bangkok Lane
Muhammad Khairil Bin Khalid, Naib Pengerusi Protem DAP cawangan USJ Taipan
Dyana Sofya, Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan



*Kenyataan bersama anggota muda DAP, pada hari Selasa 30 Ogos 2016 di Kuala Lumpur

Syed Saddiq: Melayu malu mengaku Melayu angkara rasuah

Adam Abu Bakar | August 29, 2016

Orang Melayu hari ini dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari, dakwa pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

syed-saddiq-rasuah

SHAH ALAM: Identiti Melayu perlu dipulihkan memandangkan orang Melayu sendiri sudah mulai malu dikaitkan dengan bangsanya, dakwa pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Keadaan itu berbangkit lantaran identiti Melayu moden hari ini sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari, jelasnya.

“Saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, korupsi, layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah Melayu di Malaysia.

“Kita perlu wujudkan suatu fasa atau fenomena, situasi politik baru yang mahu mengekalkan identiti Melayu tetapi pada masa sama ingin mereformasikan demokrasi institusi negara,” katanya di wacana ‘Politik Malaysia: Di mana Melayu?” anjuran Sinar di Kompleks Media Karangkraf hari ini.

Wacana itu menampilkan Syed Saddiq, Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii dan Senator Siti Aishah Shaik Ismail daripada PKR.

Nazri Kahar sebagai moderator.

Meneruskan hujahnya, Syed Saddiq akui agenda ekonomi Bumiputera mengubah sebahagian kehidupan bangsa Melayu dan suara orang Melayu dalam lapangan nasional.

“Namun, keadaan kini berubah. Bangsa Melayu bukan lagi mahukan kebajikan mereka sahaja dijaga tetapi juga mahukan integriti,” katanya.

Dalam sesi soal jawab, Syed Saddiq diminta hadirin supaya mengemukakan fakta dan statistik yang menyokong dakwaan identiti Melayu dikaitkan kepada amalan rasuah.

Pemimpin muda parti Pribumi – yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – itu kemudian menyorot perhatian pendengar kepada Indeks Rasuah Transparency International yang menunjukkan kedudukan negara terus corot sejak 2012, katanya.

“Selain itu, jika kita lihat apa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menyatakan isu 1MDB adalah kes penyelewengan wang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat,” katanya.

Kaitannya, menurut Syed Saddiq, amalan rasuah serta skandal yang terbit darinya mencerminkan keberkesanan institusi yang dikaitkan dengan kerajaan pimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis.

“Jalan untuk orang Melayu (pulihkan maruah) hanya apabila institusi negara dibebaskan (daripada rasuah dan salahguna kuasa),” tegasnya.

Pribumi ditubuhkan oleh bekas ahli dan pemimpin Umno yang dipecat atau meletak keahlian kerana memusuhi presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antara lain susulan kontroversi 1Malaysia Development Berhad dan sumbangan politik RM2.6 bilion.

'Disoal SPRM berjam-jam, tapi habuk pun tak ada'

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tertanya tidak memuaskan hati semua pihak.

Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.

“SPRM kelihatan amalkan pilih-kasih!

“Selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar,” katanya.

Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

“Saya nak tanya ketua pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya terhadap syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak. Apa sudah jadi?” soalnya lagi.

Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

“SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini. Mantan timbalan perdana menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

“Begitu juga dengan mantan peguam negara (yang didakwa salurkan maklumat itu) pun sepatutnya disoal siasat oleh SPRM.

“Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salah guna kuasa Najib Tun Razak.

“Pergi ke ibu pejabat SPRM berjam-jam disoal siasat tapi habuk pun tak ada!” katanya.

Monday, 29 August 2016

Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.


Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.

Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Turki Abdullah Al Saud yyang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.