Saturday, 27 August 2016

Najib kata Tun M 'kaki gaduh'....!!

Tun M 'kaki gaduh' - PM

SABTU, 27 OGOS 2016 - 1:06PM Oleh Jalal Ali Abdul Rahim jalal@bh.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kecil). - Foto Syamsi Suhaimi/Mohd Fadli Hamzah

CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, parti dan negara sebagai tindakan seorang 'kaki gaduh'. Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, bekas Perdana Menteri itu mengambil sikap sama terhadap beberapa pemimpin negara sejak dulu lagi. Katanya, Dr Mahathir kini mengambil sikap sama membabitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ada pihak mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini... saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia selama 22 tahun. "Kita pertahankan dia (Dr Mahathir), tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang.

Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh. "Pertama dengan Tunku Abdul Rahman (dikata) tak betul, Tun Hussein Onn tak betul, Tun Musa Hitam tak betul, Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor juga tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, hari ini. Selain Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, majlis turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187193?m=1

Friday, 26 August 2016

Sabun cap UMNO dan ikan kepala busuk


Telinga aku sebenarnya sudah lama bengkak apabila pemimpin politik secara klise mengajak rakyat "setia" kepada parti. Lepas "setia" kepada parti "setia" pula kepada Presiden. Jadi, aku pun tertanya-tanya kenapa tidak "setia" kepada siapa yang membawa ke jalan kebenaran?


Hangpa toksah cakap pasal kesetiaan. Istilah ini tidak membawa makna apa-apa kecuali ada perkataan selepas kesetiaan itu diucapkan. Kalau hangpa nak tau penyamun mata satu pun setia. Depa setia kepada ketua yang hebat menyamun, kebal dan licik.


Itu bertuhankan kepada parti dan ketua. Itu dah menyeleweng daripada hakikat berparti dan berjuang dengan parti. Setia dan kesetiaan tidak boleh melulu waima yang membawa kita ke longkang. Setia melulu ibarat yang pandai memperkudakan yang tolol.


Tetapi adakan kita boleh buat kira dengan kesetiaan penyamun kepada ketuanya? Dah tentu tidak boleh ambil kira. Sebab kesetiaan para penyamun itu tidak membawa kepada kebenaran. Maka tidak setia adalah lebih mulia daripada terus setia.


Dalam politik hangpa toksah setia melulu. Kalau hangpa terus setia kepada parti, kepada Presiden, itu maknanya hampa tidak menggunakan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia. Hidup kita ini perlu setia kepada perbuatan atau tindakan yang membawa kepada kebenaran. Kalau tak tau mana yang benar dan tak benar, baca.


Banyak membaca. Pelbagaikan sumber untuk dibaca. Jangan terperangkap dengan sumber yang dibaca. Daripada situ kita akan mendapat petanda yang menunjukkan mana satukah yang menuju kebenaran. Misalnya depa dok kata jangan bagi ruang kepada kuasa asing campur tangan dalam negara kita.


Itu aku sangat setuju. Sebab itu aku sokong Dr. Mahathir yang masa dia jadi Perdana Menteri tak sekalipun Presiden Amerika dijemput datang ke negara ini. Presiden Amerika tak datang macam kita pi melawat pak penakan kita. Tak ada agenda depa tak datang. Lepas tu dua kali menatang kedatangan Presiden Amerika, tiba-tiba kata jangan bagi ruang campur tangan asing. Hangpa cakap bahasa apa ni?


La ni ada parti baru nama dia BERSATU. Apa susah masuk dan sokong sajalah bila mengundi nanti. UMNO? Jangan dok risau pasai UMNO. Ingat, jangan bertuhankan parti atau Presiden. Kalau parti baru menawarkan lebih baik dari UMNO (yang merelakan integriti dilempar ke tepi) pilih saja yang baru.


Hangpa jangan terasuk dengan saranan supaya memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu mengarut. Itu mengarut tahap gaban. Hanga kena berkata, "Ya kami memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi malah sanggup mati demi parti tapi dengan syarat yang menuju kebenaran." Memang benar UMNO (dulu-dulu) berjuang untuk rakyat hingga merdeka. Bagaimanapun UMNO memadamkan perjuangan daripada golongan ulama, guru, wartawan dan sasterawan. Depa mendabik dada pada setiap 31 Ogos "kununnya" UMNO sajalah memperjuangkan kemerdekaan. Tak apalah, sejarah ditulis oleh yang menang (UMNO) tetapi kebenaran sejarah tidak pernah berubah.


Tapi itu UMNO (dulu-dulu). Tak malukah UMNO (sekarang) menenggek di atas UMNO (dulu-dulu). Hangpa dalam UMNO la ni dok buat apa? Takkan dok julang Presiden 24 jam atau 365 setahun? UMNO dulu gagasannya bebaskan tanah air, takkan pula hangpa dalam UMNO setakat nak bebaskan Presiden? Lagipun Presiden tak bersalah, apa yang dok kalut jaga dia. Dia okey saja, hangpa pula yang tak berapa okey.


Aku nak bagitau hangpa parti politik ni macam sabun basuh kain. Kalau zaman mula-mula merdeka dulu kita pakai sabun cap UMNO misalnya. Tetapi bukanlah sepanjang zaman kualitinya sama. Ia berubah menjadi lebih baik dan mungkin lebih buruk terletak kepada siapa pembuatnya. Memanglah dulu sabun cap UMNO hebat. Tetapi sekarang sabun cap UMNO jangan kata nak tanggal baju terkena getah nangka, daki pun tak tanggal.


Adakah kita akan terus menggunakan sabun cap UMNO padahal kita ada sabun pilihan lain yang menjanjikan kualiti lebih baik. Kalau tidak percaya pun setidak-tidaknya cuba dulu sekali dua. Kemudian kita kaji siapa pembuatnya. Kita bandingkan dengan sabun lama kita.


Kalau hangpa terus setia kepada sabun cap UMNO, aku rasa hangpa telah menganiaya dan tidak berlaku adil kepada diri sendiri. Hangpa telah berlaku tidak adil kepada akal yang sewajarnya memberikan hangpa membuat pilihan yang bijak.


Aku bukan ahli mana-mana parti. Tapi kalau hangpa tanya aku, parti baru memberikan hangpa pilihan. Hangpa kena buat pilihan dengan akal yang waras. UMNO sikit tak heran dengan parti baru, depa semua tu dah hebat sangat dah.


Tetapi tugas hangpa nilai "kepala" kedua-dua parti, UMNO dan parti baru. Hangpa nilailah sendiri, malas aku nak tolong suap kat hangpa.


Orang bijak pandai ada berkata, ikan busuk di kepala dulu, lepas tu baru merebak ke badan kemudian ke ekor. Apa maknanya kata-kata orang bijak pandai ini? Maknanya kalau "kepala" telah rosak, kalau tidak dipotong kepada seluruh badan ikan akan ikut busuk. La ni hangpa dok sayang kepala ikan dan biar sekoq ikan langsung tak boleh makan?


Hangpa dok tanya lagi apa sebenarnya yang aku nak cerita? Hangpa pikirlah sikit. Rajin-rajinkan guna akal fikiran. Aku malas nak suap kat hangpa semuanya. Kalau hangpa terus buat macam ni, senanglah orang cerdik keldaikan hangpa.


nukilan ku_seman

Sembang Kedai Kopi : Antara kecerdikan orang AMANAH & PAS berhujah..!!!

CERITA MENARIK DI KEDAI KOPI


PAS : "Kita hanya masuk bertanding, kalah atau menang, Allah yang tentukan.... Walau jumlah penyokong kita kecil, tapi kalau Alllah nak bagi menang, insya Allah kita akan menang.... Itu janji Allah, Islam pasti menang."
.
AMANAH : "Kalau jumlah kecil, nak menang macam mana....? Ini politik.... tentulah jumlah yang ramai akan menang."
.
PAS : "Ish, enta ni tak pernah baca sirah nabi ke, syeikh...? Dalam Perang Badar, tentera Islam 313 orang saja, tapi mampu mengalahkan pasukan musuh yang berjumlah 1,000 orang."
.
AMANAH : "Itu perang, bukan pilihanraya..... Nabi SAW berperang lawan orang Musyrik untuk mempertahankan Islam, bukan berperang dengan orang Islam sendiri sebab berebut nak jadi wakil rakyat...! Mana boleh qiyaskan situasi pilihanraya sekarang dengan peperangan di zaman Nabi...!"
.
PAS : "Kenapa pulak tak boleh...? Perang atau pilihanraya hanya kaedahnya saja, tapi konsepnya sama.... Kita berlawan menentang musuh untuk menegakkan Islam."
.
AMANAH : "Dalam Perang Badar, satu orang tentera Islam mampu mengalahkan 4 orang tentera Musyrik....."
.
PAS : "Ya, betul.... tahu pun enta...."
.
AMANAH : "Jadi, dalam pilihanraya, mu ingat satu orang pengundi PAS boleh mengundi empat kali ke...?"
.
PAS : "Er...."
.
AMANAH : "Atau mu ingat, satu orang pengundi PAS, sekali dia mengundi, kertas undi dia akan beranak jadi sepuluh...?"
.
PAS : (Diam)
.
Orang Atas Pagar : "Inilah masalah orang PAS, tak cerdik langsung.... Cakap berdegar-degar konon nak memperjuangkan Islam, merapu dan melalut tak habis-habis...! Otak berada di lutut, dalam kepala penuh dengan taik...! Mu ingat Islam suka umatnya jadi bodoh macam ni...?

Selepas 59 Tahun Merdeka : Malaysia memiliki kabinet PM NAJIB yang dikatakan MANGKUK HAYUN

59 TAHUN MERDEKA:MALAYSIA MILIKI KABINET PM NAJIB MANGKUK HAYUN


1.Saya terkejut dan tergelak bila membaca kenyataan Datuk Johari Ghani Menteri Kewangan ke 11 samasa merasmikan mesyuarat agong Umno bahagian Cheras yang menyatakan sebenarnya semua yang berada dalam pengurusan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggung jawab. *semuanya mangkuk hayun*.Katanya mereka inilah yang menyebabkan nama PM Najib tercalar.

2.Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang sebagai seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu Skandal Negara 1MDB.Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 (memorandum & Artikel of Association) M&A 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat olih 1MDB. *Artikel 117 dengan jelas menetapkan semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta yang bolih memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri*.

*APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA:PM DAN MENTERI MANGKUK HAYUN*

3.Apakah Datuk Johari masih nak meletakan kesalahan itu kepada pengurusan.Sedangkan *sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri*.Dan sekarang telah dipinda kepada persetujuan bertulis Menteri Kewangan yang batang tubuhnya adalah orang yang sama dengan PM iaitu Najib.

4. *Adakah Datuk Johari bermaksud PM Najib hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta olih pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa apa sewaktu menanda tangani persetujuan tersebut*.Jika inilah maksudnya ini bermakna *PM Najib memang Mangkuk Hayun*.Saya sedang bayangkan *apa akan jadi pada negara Malaysia pada masa akan datang dengan PM mangkuk hayun dan menteri menteri mangkuk hayun yang mengurus tadbir negara dalam keadaan mereka tak tahu apa apa*.

5.Gaya pentadbiran Malaysia ialah *PM dan Menteri tak perlu tahu apa apa.Cukup dengan kebolihan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka*.Jika ada masaalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab.Pengurusan mangkuk hayun. *Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun Merdeka memiliki Kabinet Mangkuk hayun yang terdiri dari PM dan Menteri mangkuk hayun*.Saya cadangkan PM dan menteri mangkuk hayun berundur dan *mereka bolihlah hayun kaki atau telor mereka kemana mana saja*.

#BuangPMMangkukHayun
#BuangKabinetMangkukHayun
#SelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.30am Taman Al-Walid Alor Setar
23 Ogos 2016/20 Zulkaedah 1437H

Thursday, 25 August 2016

DiCaprio digesa pulangkan wang 1MDB yang didakwa diterimanya


"Ini adalah sesuatu yang mengaibkan dan amat bercanggah dengan pengisytiharan matlamat Yayasan DiCaprio Leonardo.

"Kami menyeru DiCaprio meminta maaf dan membayar balik semua wang kotor ini kepada rakyat Malaysia," kata pengarah BMF, Lukas Straumann dalam surat tersebut.

Ini selepas Jabatan Keadilan AS (DOJ) memfailkan saman pelucuthakan ke atas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Dalam dokumen mahkamahnya, DOJ mendedahkan bahawa DiCaprio, yang dirujuk sebagai Hollywood Actor 1, mempunyai hubungan rapat dengan Riza dan Jho Low.

Ia telah dilaporkan bahawa DOJ didakwa berkata sumbangan tertentu kepada badan amal pemenang Oscar itu datang terus daripada dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Saman sivil DOJ itu secara khusus menamakan hanya empat orang - Riza, Low dan dua orang pegawai kerajaan Abu Dhabi.

Apa yang tinggal lagi dalam "FRANKLY SPEAKING" Musa Hitam..????

Shahbudin Husin,


Ketika terbitnya buku "Frankly Speaking" oleh Musa Hitam, ramai yang melihat ia mungkin sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda untuk memahami banyak perkara mengenai politik dan pentadbiran negara.

Lebih-lebih apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku tersebut.

Musa sendiri memberitahu, tujuannya menulis buku itu ialah untuk memastikan generasi muda memahami sejarah serta mengenali isu semasa.

Bagaimanapun, sehingga ini sudah empat bekas pemimpin UMNO dan negara menyanggah banyak fakta dalam buku yang ditulisnya itu.
 
Mula-mula Sanusi Junid. Beliau yang dikatakan berada dalam Kumpulan bernama AIDS iaitu Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi, menafikan kewujudan kumpulan  yang didakwa oleh Musa Hitam selalu memberi maklumat salah kepada Tun Mahathir.

Kata Sanusi, kumpulan AIDS itu tidak pernah wujud, bahkan kejatuhan Musa adalah kerana kesalahan dan kelemahannya sendiri.

Bahkan Sanusi juga memberitahu, berbanding Anwar Ibrahim dan Daim, beliau lebih mempunyai hubungan yang akrab dan selalu bekerjasama dengan arwah Megat Junid Megat Ayob dan Kip Bahadom dalam kerja-kerjanya berkaitan UMNO.

Dalam tulisan di blognya, Sanusi juga memuatkan perbualan Whatsapp antara beliau dengan Daim Zainuddin di mana bekas Menteri Kewangan itu tanpa ragu-ragu menyifatkan buku "Frankly Speaking"  itu adalah sebuah karangan "fiction".
 
Kemudian Tun Mahathir turut menyanggah beberapa fakta dalam buku itu, antaranya berkaitan kesetiaan mutlak dalam pentadbirannya sebagaimana yang didakwa oleh Musa Hitam.

Kata Tun Mahathir, beliau tentu akan memecat Musa Hitam sebagaimana Najib memecat Muhyiddin jika kesetiaan mutlak menjadi keutamaannya.

Semua orang tahu, selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pedana Menteri, Musa bukan saja dikekalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan tidak dihalang berpakat dengan Tengku Razaleigh dalam pertandingan 1987 untuk menentang Tun Mahathir, bahkan dilantik kemudiannya sebagai duta bertaraf menteri.
 
Terbaru, Tun Abdullah Ahmad Badawi pantas menjawab "No,No,No" berhubung dakwaan Musa bahawa beliau meletakkan syarat kepada Najib agar melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai syarat pengundurannya.

Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan dalam era kepimpinan Tun Abdullah, tentu faham dan merasakan adalah mustahil beliau berbuat demikian kerana Muhyiddinlah yang memaksa pengundurannya diawalkan.


Lalu, apa yang tinggal lagi dalam "Frankly Speaking" sekarang ini? Fakta atau auta? (SH 25/08/2016).

Seleweng dana 1MDB: Saman Amerika Syarikat ikut prosedur jenayah

Zainur Zakaria
Saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) pada 20 Julai lalu adalah mengikut undang-undang jenayah, tegas bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Zainur Zakaria.

Menurutnya, butiran penyelewengan dalam saman sivil tersebut begitu terperinci dengan siasatan dilakukan oleh pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

"Bagi balaci Umno yang anggap saman itu bukannya jenayah, mereka salah. Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu,” ujarnya dalam forum 1MDB: Ke Mana Hujungnya?, 24 Ogos lalu.

Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan oleh mereka yang dinamakan dalam tuntutan pihak AS itu antaranya Jho Low dan Riza Aziz yang membabitkan ratusan juta ringgit.

"Paling kita marah apabila sejumlah RM2.8 bilion mengikut dokumen (DoJ) ini yang masuk ke akaun Malaysian Official 1 melalui Ambank dan disahkan Peguam Negara," katanya.

Beliau yang merupakan peguam kepada Datuk Husam Musa dan Mathias Chang di Malaysia dalam pemfailan tuntutan (class action) bagi menuntut ganti rugi daripada ‘perompak’ 1MDB turut menyatakan penghargaan kepada AS.

"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah), Bank Negara dan Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.

Mana pergi RM14 bilion?

Menempelak sikap pengurusan tinggi 1MDB yang menafikan firma pelaburan negara itu, Zainur mempersoal sejumlah besar wang yang sehingga kini masih tidak diketahui statusnya.

"Mana pergi RM14 bilion ini kalau tidak berlaku kerugian seperti didakwa 1MDB? Ini semua kegiatan penggubahan wang haram tetapi pihak berkuasa kita tidak ambil tindakan.

“Lebih aneh sehingga hari ini tidak ada siapa pun mencabar atau menafikan keterangan yang terkandung dalam aduan DoJ. Ahli Umno pun, saya tak tahu apa jenis manusia," bidasnya menyelar sikap penyokong parti itu yang rata-rata tidak terkesan dengan isu sebesar 1MDB.

Turut dikritik sikap sebahagian pemimpin Melayu Islam yang dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya ekoran pendedahan DoJ itu.

"Kita menyampaikan fakta dan keterangan yang ada asas bukan fiksyen apa lagi mempertahankan penjenayah," tegasnya lagi.

Wacana Harapan anjuran akhbar Amanah yang julung-julung kali diadakan itu turut menampilkan panelis bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Forum berlangsung kira-kira dua jam itu juga dibarisi peguam Matthias Chang dan Jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.

Jatuhkan Najib sebab tidak ‘bersih’ seperti Tunku Abdul Rahman

ARIF ATAN
 

Rakyat tidak akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika ‘bersih’ seperti bekas Perdana Menteri, AlmarhumTunku Abdul Rahman.

Penyokong Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikai kempen menyingkirkan Najib.

“Kenapa Hishamuddin bodoh sangat? Kalau Najib Tun Razak ini bersih macam Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman sudah pasti kami tidak akan mengaruk untuk jatuhkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara.

“Atas dasar pengkhianatan Najib yang sedang merosakkan ekonomi negara dengan begitu teruk mendesak kami berjuang secara habis-habisan bagi menyingkirkan Najib.

“Sekiranya Najib tidak disingkirkan secara kadar segera, pada pendapat peribadi saya keseluruhan sistem ekonomi kita akan terus hancur.

“Buat masa kini, negara kita mempunyai seorang Perdana Menteri 'Lanun Bugis' yang telah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di tanahair kita,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib sedang dibelenggu kes skandal 1MDB yang menyaksikan kira-kira RM28 bilion lesap dari akaun syarikat tersebut seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.

Ujarnya, lima negara lain telah mengesahkan mempunyai pelbagai bukti penyelewengan dana yang terbesar dalam sejarah dunia membabitkan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Khairuddin turut menganggap kelemahan Hishamuddin dapat dilihat pada prestasi yang tidak pernah menyerlah mana-mana kementerian yang diketuai Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Saya tidak hairan dengan pemikiran dan pandangan bodoh daripada Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden parti Najib masa kini.

“Hishamuddin Tun Hussein daripada dulu sehingga kini amat kurang cerdik! Dia (Hishamuddin) naik dalam politik semata-mata kerana anak kepada mantan perdana menteri. Itu saja! Daripada segi otak amat kurang,” tempelaknya lagi.

Wednesday, 24 August 2016

Tun Mahathir akhirnya mohon maaf atas pindaan perlembagaan yang beliau lakukan dahulu

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.

Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana implikasinya amat serius.

“Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

“Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.

Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh dipertikaikan.

“Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.

“Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan,” tegasnya.

Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.

Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain menurut budi bicaranya.

“Pengisytiharan darurat adalah perkara yang ditentukan perlembagaan sebagai atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Apabila Akta MKN pindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada perdana menteri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan, keperluan baginda laksanakan hak untuk memutuskan darurat tidak lagi bermakna.

“Secara dasarnya MKN telah merampas kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perkara ini, sedangkan persetujuan baginda dan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi dahulu.

“Apabila kerajaan ketepikan permintaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta MKN diperhalusi dan disemak semula, maka jelas pindaan tersebut tidak mematuhi perlembagaan. Oleh itu Akta MKN tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang,” jelasnya.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Persekutuan tentang apa-apa soal dan kesan mana-mana peruntukan perlembagaan yang berbangkit atau mungkin berbangkit.

“Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta MKN yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” ulasnya.

Katanya, pelantikan perdana menteri juga merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang individu yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, namun calon itu tidak semestinya diterima oleh baginda.

“Berdasarkan peruntukan sama di Terengganu, Perlis dan Selangor, calon yang dikemukakan parti menang ditolak dan raja-raja membuat keputusan menerima calon lain. Mereka ini dilantik sebagai menteri besar dan diterima Majlis Mesyuarat Negeri.

“Jelas, baginda mempunyai hak melantik perdana menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan itu, calon tersebut terpaksa berhenti daripada jadi perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon baharu,” ujarnya.

Pelantikan Ketua Audit Negara juga merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan berhubung dengan akaun bagi persekutuan dan negeri-negeri.

“Manakala berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan badan yang dinyatakan melalui perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata lagi, Ketua Audit Negara perlu mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ia boleh dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri, Datuk Sri Najib telah memerintahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Najib yang menyerahkan laporan PAC dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara yang kemudiannya diisytiharkan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi bertentangan dengan peruntukan perlembagaan

“Amat jelas kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bukan sahaja mengabaikan peruntukan perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya, dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ia kemudian diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi,” katanya.

Tuesday, 23 August 2016

MCA bantai UMNO | Umno yang kalah teruk PRU13, bukan kami, kata MCA

 chris-shahidan
PETALING JAYA: MCA hari ini memberitahu Umno supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas.

Ia selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan MCA supaya jangan hanya menuntut balik kerusi yang pernah dipinjamkan kepada Umno sekiranya tidak dapat menjamin kemenangan untuk Barisan Nasional (BN).

“Melihat kembali pilihan raya umum ke-13, Umno bukan sahaja tewas di tiga kerusi yang dipinjamkan oleh MCA, tetapi juga kalah dengan majoriti lebih besar.

“Menggunakan kata-kata Shahidan sendiri, mengapa pinjam kalau kalah?” kata Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong.

Pada pilihan raya lepas, PKR menewaskan calon BN diwakili Umno dengan majoriti lebih besar 4,515 berbanding 1,826 ketika ditandingi MCA pada 2008.

Di Gelang Patah, Johor, MCA menang dengan majoriti 8,851 pada 2008, tetapi veteran DAP Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada 2013 daripada BN menewaskan calon Umno dengan majoriti 14,762.

Begitu juga, kerusi Wangsa Maju dikekalkan pembangkang dengan majoriti 5,511 berbanding majoriti tipis 150 ketika ditandingi MCA pada 2008.

Wong berkata ketiga-tiga contoh itu menunjukkan Umno yang kalah dengan majoriti lebih besar di kerusi Parlimen.

“Mungkin Shahidan Kassim perlu diingatkan kajian Politweet yang mendapati Umno hilang 12% sokongan Melayu di Johor dan beliau patut lebih bimbang dan menyelesaikannya untuk BN, daripada menuduh MCA tidak mampu memenangi kerusi,” kata Wong.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Umno menyerahkan semula 3 kerusi Parlimen itu yang menurut MCA “milik” mereka.

Bagaimanapun, Shahidan berkata perbincangan kerusi adalah perkara nombor dua.

“Banyak orang cakap nak ambil kerusi, kerusi itu. Boleh dibincang tetapi jaminan kemenangan? Jangan hanya minta kerusi tetapi tidak boleh beri kemenangan,” katanya kepada FMT.

AMANAH ZAHIRNYA TETAP RELEVAN

Jamaludin Jamalu

AMANAH terus berkembang. Hinggakan seorang tokoh pas Kelantan yang pernah mendakwa pas kuat mulai risau dengan perkembangan partai Amanah sehingga sanggup mengeluarkan satu kenyataan pelik. Mengatakan Amanah tidak boleh bertanding di Kelantan. Biarkan individu itu berkata-kata. Beliau lupa Malaysia mengamalkan sistem politik demokrasi yang tidak sesiapa pun boleh mencabar dan melarang mana-mana partai politik lawan bagi menyertai proses berpilihanraya.

Partai Amanah Negara bukannya seperti yang pernah dilabelkan sebagai partai nyamuk. Namun sekalipun partai nyamuk, saya yakin dengan kekuatan semangat kepimpinan partai itu yang akan terus merempuh gelombang politik besar di negara ini akan mampu mereka hadapinya.

Saya berharap Amanah akan melahirkan pemimpin-pemimpin cerdik dan bijaksana demi untuk terus memacu perjalanan partai agar menjadi segar dan membesar di masa hadapan. Kepemimpinan yang bijaksana menyusun atur mekanisme dan strategik berpolitik, percayalah partai itu yang akan di anugerahkan Tuhan bagi mencipta kemenangan. Kepemimpinan yang tidak cerdas dan cangkat idea berpolitik. Mereka sentiasa terjebak dalam dilema kekalahan politik yang berpanjangan.

Kepemimpinan partai Amanah Negara jadikan ini rumusan faktor demi mengejar kejayaan dan mencetak kemenangan malah sekaligus berusaha keras demi membina empayar Amanah di negara ini.

Jangan risau dan pedulikan kritikan dan cemuhan. Lupakan segala label-label. Anggapilah ia bagaikan sampah hanyut yang akan hilang kemudiannya apabila banjir besar mulai surut.

Bersabar dan tegas menyusun strategi. Jangan memohon kemenangan berpolitik terlalu lama. Kemenangan itu harus dicipta di waktu hayat kita di dunia ini. Menanti 1000 tahun malah hingga ke kaimat nanti. Itu hanyalah omong-omongan sahaja.

Tinggalkan mereka dengan ilusi dan angan-angan yang tidak pernah menjadi. Berpijaklah dipentas politik realiti. Amanah ada potensi dan masa depan politik yang menyakinkan. Teruskan perjuangan, namun hendaklah lebih berhati-hati.......

PAS sedia bincang dengan Bersatu, bukan Amanah atau DAP

 nik-bersatu-pas
KOTA BHARU: PAS sedia membuka ruang perbincangan dengan parti yang ingin bekerjasama dengannya, kecuali DAP dan Amanah yang disifatkannya pengkhianat parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tawaran itu juga terbuka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menjelaskan pendirian PAS terhadap DAP dan Amanah, Mohd Amar berkata: “Pendirian ini jelas kerana DAP jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP, jangan cakap pasal Islam.

“Mana boleh PAS sebagai parti Islam berbuat demikian…takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. Amanah pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS)…kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan,” katanya selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang, hari ini.

Konvokesyen itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kenyataan Mohd Amar itu sebagai mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengadakan rundingan pembahagian kerusi pembangkang, sebaik pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Mohd Amar berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara PAS dan Bersatu berhubung perkara itu.

“Lagipun perkara ini perlu dibincang di peringkat parti. Kita kena rujuk kepada jawatankuasa PAS pusat,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada kerajaan Persekutuan dalam menangani isu keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Kita akui sempadan negeri kita dan Thailand terlalu terbuka kerana jaraknya yang panjang dan tiada benteng. Walaupun ada kawalan, ruang untuk diceroboh itu terbuka,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sempadan Kelantan paling teruk dibolosi, khasnya untuk kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api.

59 Tahun Merdeka, Malaysia memiliki kabinet PM NAJIB MANGKUK HAYUN..!!

59 TAHUN MERDEKA : MALAYSIA MILIKI KABINET PM NAJIB MANGKUK HAYUN

http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2016/06/kabinet-pm-najib.jpg

1.Saya terkejut dan tergelak bila membaca kenyataan Datuk Johari Ghani Menteri Kewangan ke 11 samasa merasmikan mesyuarat agong Umno bahagian Cheras yang menyatakan sebenarnya semua yang berada dalam pengurusan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggung jawab. *semuanya mangkuk hayun*.Katanya mereka inilah yang menyebabkan nama PM Najib tercalar.

2.Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang sebagai seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu Skandal Negara 1MDB.Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 (memorandum & Artikel of Association) M&A 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat olih 1MDB. *Artikel 117 dengan jelas menetapkan semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta yang bolih memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri*.

*APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA:PM DAN MENTERI MANGKUK HAYUN*

3.Apakah Datuk Johari masih nak meletakan kesalahan itu kepada pengurusan.Sedangkan *sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri*.Dan sekarang telah dipinda kepada persetujuan bertulis Menteri Kewangan yang batang tubuhnya adalah orang yang sama dengan PM iaitu Najib.

4. *Adakah Datuk Johari bermaksud PM Najib hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta olih pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa apa sewaktu menanda tangani persetujuan tersebut*.Jika inilah maksudnya ini bermakna *PM Najib memang Mangkuk Hayun*.Saya sedang bayangkan *apa akan jadi pada negara Malaysia pada masa akan datang dengan PM mangkuk hayun dan menteri menteri mangkuk hayun yang mengurus tadbir negara dalam keadaan mereka tak tahu apa apa*.

5.Gaya pentadbiran Malaysia ialah *PM dan Menteri tak perlu tahu apa apa.Cukup dengan kebolihan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka*.Jika ada masaalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab.Pengurusan mangkuk hayun. *Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun Merdeka memiliki Kabinet Mangkuk hayun yang terdiri dari PM dan Menteri mangkuk hayun*.Saya cadangkan PM dan menteri mangkuk hayun berundur dan *mereka bolihlah hayun kaki atau telor mereka kemana mana saja*.

‪#‎BuangPMMangkukHayun‬
‪#‎BuangKabinetMangkukHayun‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.30am Taman Al-Walid Alor Setar
23 Ogos 2016/20 Zulkaedah 1437H

Monday, 22 August 2016

Apabila Menteri kata Pengurusan 1MDB sebenarnya 'mangkuk hayun'

Datuk Johari Abdul Ghani
SHAH ALAM - Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.

Jelas Johari lagi, kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.

"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.

"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya

Sunday, 21 August 2016

Nama Najib disebut 15 kali dalam saman Husam, Matthias di Amerika

 Husam dan Matthias bersama Zainur Zakaria, peguam utama mereka di Malaysia dalam sidang media Selasa lalu.
Walaupun tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman Matthias Chang dan Datuk Husam Musa, nama perdana menteri Datuk Seri Najib Razak disebut sebanyak 15 kali dalam aduan asal plaintif dalam saman mereka.

Najib dikaitkan dengan pihak yang berkuasa dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai menteri kewangan, perdana menteri dan juga bapa tiri kepada defendan utama dalam kes ini, Riza Shahriz bin Abdul Aziz atau Riza Aziz.

Nama Najib disebutkan dengan jelas dalam tuntutan yang difailkan oleh Louis F. Burke dan rakan-rakannya melalui firma guamannya PC LOUIS F. BURKE di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat 11 Ogos lalu itu.

Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.
Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.

33 muka surat aduan asal plaintif itu kini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan dijangka akan beredar kepada orang ramai tidak lama lagi.

"Defendan Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ('Riza Aziz') adalah anak tiri Perdana Menteri semasa Malaysia, Najib Razak. Defendan Low Taek Jho ('Jho Low') adalah dikatakan merupakan ahli perniagaan Malaysia dan rakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Riza Aziz," adalah bahagian pertama Najib diperkenalkan dalam saman itu.

Husam dan Matthias mewakili rakyat Malaysia menamakan lapan defendan dalam tuntutan saman secara berkumpulannya di mahkamah Amerika bagi mendapat ganti rugi terhadap penglibatan mereka dalam 'merompak' wang 1MDB.

Para defendan adalah Riza Shariz bin Abdul Aziz; Low Taek Jho; Goldman Sachs Group, INC.; Timothy Leissner; Christopher Joey McFarland; Red Granite Pictures, INC.; Debra Whelan Johnson; Metropolis IX Capital Advisors, LLC.

Dalam sidang medianya Selasa lepas, Husam berkata, mereka mengambil tindakan ini dengan memberikan fokus kepada harta yang dirompak bukan perompaknya.

Beliau menjadikan filem arahan P Ramlee "Nujum Pak Belalang" sebagai inspirasi untuk tuntutan saman itu dengan mencontohi tindakan anak Pak Belalang dalam filem klasik tersebut.

"Fokus kita ambil semula (harta), selamatkan harta orang ramai untuk dipulangkan kepada pemiliknya," tegasnya lagi.

Dalam cerita Nujum Pak Belalang itu, watak budak kecil anak Pak Belalang iaitu Belalang hanya menakutkan pencuri lembu dan kambing orang kampung.

"Selepas pencuri itu lari, dua ekor lembu dan kambing yang dicuri itu diambil oleh Belalang bukan mengejar pencurinya.

"Itulah yang kita fokuskan, harta yang dicuri bukan pencurinya. Itu (menangkap pencuri) tugas pihak lain," kata Husam dalam sidang media itu.