Saturday, 6 August 2016

Mahfuz hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa-apa tindakan terhadap budak Naib Ketua Pemuda UMNO

*KES BUDAK KHAIRUL:KPN JANTAN KA*?


1.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya *tak dak teloq atau bukan jantan bila berdepan dengan budak Khairul Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi suruhan Umno*.Mana tidaknya,pada waktu budak ini buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dia menyatakan mempunyai bukti yang kukuh.

2.Bila di siasat polis, KPN menyatakan laporan Khairul bersifat andaian sahaja.Maknanya laporan palsu yang diberikan kepada polis. *Tiba tiba 3 Ogos 2016 budak Khairul ini beri tahu media dengan laporan polis yang dia buat dia telah berjaya menghalang komplot untuk menggulingkan PM Najib dan Kerajaan*.Dia juga mempertahankan laporan yang dia buat adalah mewakili suara hati pemuda Umno termasuk Khairi Jamaludin walaupun PM Najib dan KJ menyatakan tindakan Khairul adalah tindakan peribadi dan bukan pendirian pemuda Umno.

3.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini telah *menghina KPN dan PDRM*.Khairul seperti menidakkan kenyataan KPN yang menyatakan siasatan kes dihenti dan ditutup kerana laporan Khairul hanya bersifat andaian.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini seolah menyatakan yang *Polis bangang tak tahu jalankan siasatan*.

4.Saya hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa apa tindakan terhadap budak Khairul.Apa yang KPN takut pada pemuda Umno. *Adakah KPN kita bukan seorang jantan bila berdepan dengan pemuda Umno*.Apa yang ditakuti KPN budak Khairul,KJ dan Najib. *Adakah KPN juga dah dapat dedak lembu daging*.

5.Saya menyarankan *Tan Sri Khalid meletakan jawatan sebagai KPN dan cukup menyandang pangkat Koperal mengambil laporan aduan orang awam di balai Polis Menglembu Ipoh* jika gagal mengambil apa apa tindakan pendakwaan terhadap budak Khairul Umno selewat lewat hujung bulan Ogos ini.

‪#‎DakwaKhairul‬
‪#‎TebusMaruahPenjawatAwam‬
‪#‎SejahteralahMalaysia‬.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.00am Taman Al-Walid Alor Setar
4 Ogos 2016/1 Zulkaedah 1437H

Kenapa parti baru TUN M masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

MUDAH SAJA LOGIKNYA, IA MIRIP UMNO KERANA MEMANG TUJUANNYA UNTUK MENGALAHKAN UMNO


Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?

Ini adalah antara pertanyaan yang banyak kedengaran di sebalik sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.

Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.

Sememangnya sukar untuk mengelakkan wujudnya tanggapan-tanggapan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dalam zaman keterbukaan dan era media sosial sekarang ini, sesiapa saja yang ada akaun facebook misalnya, seperti sudah ada akhbar dan televisyen sendiri di mana mereka bebas untuk menulis dan merakam suara untuk melontarkan pelbagai pandangan yang diingini.

Jika diimbas, perjuangan asal Tun Mahathir ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Apabila semua ruang untuk berbuat demikian melalui UMNO sudah ditutup oleh Najib, malah beliau menyingkirkan sesiapa saja yang mengkritiknya, Tun Mahathir juga akhirnya keluar UMNO kerana parti itu dianggapnya sudah menjadi parti Najib.

Dengan kepungan yang dilakukan Najib, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan, ruang untuk menyingkirkannya hanyalah melalui pilihanraya. Bermakna, menyingkirkan Najib hanya dengan cara menyingkirkan UMNO daripada terus berkuasa. Selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, melawan secara individu tidak lagi praktikal. Untuk itu, sebuah parti yang mirip UMNO mesti ditubuhkan. Parti Melayu dan Bumiputera ini mesti ditampilkan dengan ciri-ciri yang lebih dinamik supaya mampu memikat hati orang Melayu.

Jika Tun Mahathir menubuhkan parti pelbagai kaum seperti PKR misalnya, orang Melayu yang menolak Najib tidak melihat ia sebagai alternatif kepada UMNO. Bahkan ramai yang enggan untuk menyertainya ia kerana ia berbilang kaum.

Parti baru itu adalah alternatif dan bakal pengganti UMNO. Dengan dimasukkan dalam perlembagaannya ikrar untuk melakukan reformasi dalam sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta menghadkan tempoh tertentu dalam pemegangan jawatan seperti yang ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya, kebarangkaliannya untuk tampil lebih baik berbanding UMNO juga adalah tinggi. UMNO tiada ciri-ciri sebegitu.

Orang Melayu akan melihat parti baru ini bukan saja untuk beroleh kuasa dan menyingkirkan Najib, tetapi juga untuk membawa pemulihan serta kebaikan kepada masa depan negara.

Meskipun ia khusus untuk Melayu dan Bumiputera, tetapi oleh kerana ia akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah yang sudah merangkumi kaum-kaum lain, gabungan tersebut secara automatik menjadi lebih lengkap.

Kehadiran parti baru itu juga tidak menyebabkan ia bertindih dengan PKR, DAP atau Amanah, sebaliknya khusus untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap UMNO yang sudah tergelincir jauh daripada landasannya. Ia khusus untuk menarik ahli UMNO, penyokong UMNO dan pengundi Melayu untuk beralih ke wadah baru yang lebih baik dan terjamin perjuangannya.

Jika ada kaum-kaum lain yang seiring perjuangannya dengan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir, mereka boleh memilih untuk menyertai PKR atau DAP. Tidak semestinya hanya dengan menyertai parti baru itu saja dapat melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir. Pakatan Harapan dan Tun Mahathir kini sudah senada seirama dan selangkah sehayun dalam perjuangan.

Hanya jika penguasan UMNO terhadap Melayu berjaya dipecahkan melalui parti baru itu, terutama dengan kerja keras Tun Mahathir, barulah UMNO mampu dikurangkan pengaruhnya. Tetapi, tentu saja orang Melayu tidak perlu bimbang untuk menolak UMNO kerana penggantinya juga sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Melayu dan Bumiputera.

Ditambah dengan sokongan pengundi Melayu yang bersama dengan PKR dan Amanah, UMNO secara tidak langsung kian mengecil jadinya dalam kelompok Melayu sendiri.

Secara mudahnya, parti baru Tun Mahathir itu memang mirip UMNO kerana tujuannya juga tidak lain ialah untuk mengalahkan UMNO.

Dengan yang demikian, apabila UMNO dikalahkan, barulah Najib dapat disingkirkan dan masa depan negara mampu diselamatkan. (SH 05/08/2016).

Shahbudin Husin, 

Antara Ulamak PAS & Ulamak HamPAS..!!!

Ipoh Mali
August 4 at 6:23pm ·


Kebetulan Hari ni ramai yg Share cara Ulama Krabi makan selepas Mesyuarat Exco.. Jadi aku pun nak share gambaq lama dulu..takda lah salah.. cuma tak roper Ulamak..ckp Tak srupa bikin.. Teringat dulu Zaman Nizar jadi MB.. walau dituduh boneka DAP, Kerja tak renti2 untuk rakyat.. Makan pun kat Office jer beli Bungkus..kadang2 makan kat Kafeteria SUK.. lepas tu pulak, Nizar turun kan Bajet makan selepas Mesyuarat Exco , kalau Zaman BN makan pagi jer RM 45 kurang2 satu kepala.. zaman Nizar dia turun kan Bajet makan..sampai katering pun tak boleh cari makan..ni baru lah corak kepimpinan yg menepati Islam walaupun Exco ramai DAP..

Nizar tu sebelum ambil tanggungjawab sebagai MB , dia tu dah jutawan.. dah berjaya.. bukan jadi MB untuk kumpul kekayaan.. dia pun tak rancang jadi MB..tak pernah terbayang pun.. sebab masa tu dia hanya orang kecil dalam PAS.. hanya amilin dalam PAS.. yg ada tarbiyah da fikrah gerakan Islam.. Ostad2 PAS ni dari hidup susah, dapat jawatan berlagak nak mampuih..baru jadi ketua Pemuda negeri, dah nak pakai kereta mewah..

Tapi tak heran lah..era Ulamak PAS hari ni, Mesyuarat kat Krabi jer relax perabih RM 60 ribu..Usung 130 Staf bercuti..padehal rakyat mangsa banjir merempat..konon2 nak belajar bab pelancongan dari Krabi.. itu baru Bajet dari Satu Jabatan(hal ehwal Tanah & Jajahan).. yg pergi tu Semua portfolio Exco pergi, termasuk Exco agama..setiap Pejabat Exco ada Bajet depa sendiri..Mustahil la 130 org cuma RM 60 ribu.. mana nyer sorang RM 500.. :)

Ulama ni bukan letak kat Serban ngan Jubah.. bukan letak kat mulut tu dok sebut Hudud.. Tapi mereka yg memegang Amanah sebagai Taklif..bukan tasyrif..

Dedak Oh Dedak | Desak PM letak jawatan tidak rasional



SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia membidas desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan yang disuarakan oleh satu kumpulan kecil mahasiswa yang kononnya bersolidariti dengan suara majoriti rakyat negara ini.

Presidennya, Mua'amar Gaddafi Jamal Jamaluddin berkata, tindakan pihak berkenaan adalah bercanggah dengan perlembagaan negara dan tidak seiring dengan amalan yang sudah diterima pakai hari ini.

Beliau berkata, berbeza pandangan atau tidak bersetuju dengan sesuatu dasar ataupun kaedah pentadbiran sesebuah institusi adalah suatu yang lumrah, namun tindakan memaksa agar pandangan dan tuntutan mereka diterima hanya akan mengundang kecelaruan sistem pada masa akan datang.

"Oleh itu, sistem dan peraturan sesuatu institusi perlu berjalan dengan sediakala dan sebarang usaha pembaikan mesti melalui kaedah-kaedah yang sewajarnya.

"Desakan tidak berasas bersandarkan kepada bukti tidak relevan sama sekali tidak boleh diterima akal dan sepatutnya pihak berkaitan meneliti secara terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Mua'amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan di satu portal berita yang melaporkan sekumpulan anak muda yang mendesak Perdana Menteri meletakkan segala jawatan yang dipegang untuk memberikan laluan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap tuduhan yang dilemparkan melalui media luar negara.

Beliau menegaskan MBM mempercayai dan meyakini bahawa sesebuah negara akan teguh dengan tertegaknya institusi dan pentadbirannya.

"Sesebuah institusi pula terbina dengan peraturan dan ketertibannya agar tidak mudah berubah hanya kerana satu-satu isu ataupun perkara-perkara yang baru muncul.

"Sebegitu juga dengan institusi Perdana Menteri yang mempunyai ketertiban dan perjalanannya yang tersendiri," katanya.

Mua'amar menyeru rakyat supaya berpegang kepada prinsip sesuatu khabar perlu disahkan terlebih dahulu dan memerlukan kita berhati-hati dalam semua perkara agar tidak menjadi prasangka buruk.

"Malah perkara yang telah pun sah perlu juga dibuat penelitian mendalam oleh mereka yang benar-benar arif bagi menentukan kesahihannya.

"Jika prinsip ini dijadikan amalan dalam masyarakat seluruhnya, ia akan menjamin kerukunan masyarakat daripada prasangka dan prejudis," katanya.

Thursday, 4 August 2016

Najib kena belasah, pemimpin Umno diam?


SHAH ALAM - Barisan pemimpin Umno sepatutnya mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pemimpin nombor satu parti itu teruk ‘dibelasah’ pembangkang dalam isu-isu yang meragukan.

Namun malangnya, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, hanya beberapa kerat sahaja yang tampil dengan berani membalas serangan itu.

‎“Pemimpin kena berani mempertahankan kedudukan Presiden kerana beliau dipilih oleh ahli parti. Itu tanggungjawab pemimpin dan ahli parti.

‎“Apabila kita berdiam diri, membiarkan rakyat dihujani dengan pelbagai pertanyaan, akibatnya Umno yang menjadi cemuhan,” katanya melalui blog Umno Cheras, semalam.

‎Dalam pada itu, beliau mengingatkan tindakan pemimpin parti yang berdiam diri hanya akan merugikan parti dan rakyat bakal diselubungi dengan pelbagai tafsiran.

‎“Keadaan akan menjadi lebih sukar dan kusut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memutarbelitkan pelbagai isu untuk kepentingan politik.

‎“Tidak perlu kita berasa malu atau takut (untuk mempertahankan Najib) sebabnya kita berjuang atas landasan parti, demi rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Umno perlu dipertahankan kerana hanya parti itu mampu menjadi pelindung kepada masa depan orang Melayu.

"Parti mana lagi yang ada selain Umno? Parti baharu yang khabarnya akan ditubuhkan belum tentu lagi mampu memberi manfaat kepada orang Melayu.

“Penubuhan sesebuah parti politik kerana dirasuk rasa marah, dendam dan kecewa lazimnya tidak bertahan lama,” katanya.

MT Umno, Johari Baharum katakan bahawa Tun Mahathir adalah Melayu mudah lupa

KUBANG PASU: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang Melayu yang mudah lupa kerana tidak mengenang jasa UMNO dan sokongan ahlinya suatu ketika dulu hingga mampu memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata bekas Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertahan selama tempoh yang lama tanpa sokongan padu ahli parti. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, selepas pelbagai jasa yang ditaburkan oleh UMNO terhadap Mahathir, bekas pemimpin negara itu kini dengan sewenang-wenangnya mahu memecah-belahkan ahli parti selain berpaling daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Dulu Mahathir kata Melayu mudah lupa tapi sebenarnya beliau yang mudah lupa...saya berharap sangat beliau fikir semua apa yang dilakukan sekarang ia hanya akan menghancurkan perpaduan bangsa Melayu. "Beliau mampu bertahan jadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebab apa?... sebab ahli UMNO beri sokongan padu, beliau nak kita sokongan dia meskipun ketika itu berlaku macam-macam krisis. 

"Kita harap dalam usia dah lebih 90 tahun ini, beliau insaflah kerana ia tidak menguntungkan sesiapa," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji Parlimen Kubang Pasu, di sini hari ini.

'Skandal 1MDB bukan isu rasuah, tapi penipuan, pelaburan'


Skandal 1MDB bukan melibatkan isu rasuah, justeru tiada lagi sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya, kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

"1MDB ini kalau ikut kenyataan (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM) Datuk Mohd Shukri (Abdull), SPRM belum menyiasat kerana ia bukan isu rasuah.

"Ia isu pelaburan, isu penipuan, jadi polis yang kena lakukan siasatan manakala isu melibatkan pelaburan, Bank Negara.

"Jadi SPRM kalau ada unsur rasuah baru boleh siasat, setakat ini tak ada lagi bunyi. Jadi 1MDB bukan di bawah SPRM," kata Zakaria dalam sesi soal jawab bersama hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran PAS Putrajaya, malam tadi.

Malah, Zakaria berkata tidak ada siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada laporan terhadap beliau.

Dalam ceramah bertajuk Rasuah dan isu semasa itu Zakaria diminta mengulas isu skandal 1MDB.

Isu skandal 1MDB hangat dibicarakan sejak setahun yang lalu apabila wujud dakwaan salah laku terhadap Najib.

Ia diikuti oleh saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang berkaitan dengan dana 1MDB.

Sementara itu, Zakaria dalam ceramahnya mengingatkan orang awam agar tidak membuat tuduhan terhadap pegawai SPRM.

Zakaria berkata ini kerana setiap pegawai yang dilantik SPRM telah mengangkat sumpah dengan nama Allah.

"Dalam pelantikan ketua pengarah dan pegawai SPRM mereka mengangkat sumpah dengan nama Allah dan ini yang kita tak sanggup (berdepan dengan Allah).

"Jadi jangan kita tuduh-tuduh nanti susah nak minta maaf balik. Kita bersumpah dengan nama Allah jadi orang yang ada iman dia tak berani nak buat (salah laku)," tegas Zakaria.

Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk mencegah segala kegiatan rasuah.

Manakala tanggungjawab orang awam adalah melaporkan kesalahan rasuah, kata Zakaria.

"Tuan-tuan tidak ada kuasa di bawah SPRM tetapi untuk mencegah rasuah boleh laporkan ke SPRM.

"Kalau SPRM tak buat itu tanggungjawab dia, tugas diberi daripada Allah dia tak selesaikan maka dia akan jawab dengan Allah," kata Zakaria.

Malah, Zakaria turut meminta orang awam memberi kepercayaan kepada SPRM.

"Tuan dan puan bagi kepercayaan kepada mereka. Saya tak sanggup berdepan dengan soal jawab Allah SWT, begitu juga dengan sahabat saya dalam SPRM," kata Zakaria.

Sunday, 31 July 2016

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

KHALID SAMAD

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah ‘rogue party’ atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.

Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Dulu Pas ada, Amanah tidak ada

Antara hujah yang dikemukakan adalah “dulu Pas ada dan Amanah tidak ada”. Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.

Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:

1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.

3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.

Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.

Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar ‘barua dan boneka’ oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah ‘barua dan boneka’ itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!

Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.

Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami ‘tiada’ pada ketika itu.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu mungkin kerajaan Selangor dan Perak pada 2008 adalah kerajaan gabungan Pas dan Umno/BN.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin TSKI terus kekal sebagai MB hingga hari ini dan kerajaan Selangor sekarang ini adalah kerajaan Pas dan Umno/BN.

Oleh kerana kami ada pada masa itulah maka apa yang ada sekarang dapat dikawal dan dipertahankan. Maka jangan diketepikan hakikat kehadiran kami dan peranan yang telah kami mainkan.

Sikap Pas seperti yang disaksikan hari ini adalah sikap tanpa adanya kami. Sekiranya itulah sikap Pas sejak dahulu, sudah pasti Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat wujud di alam nyata. Dan sikap Amanah hari ini adalah sikap yang telah memungkinkan wujudnya Pakatan Rakyat.

Oleh itu, harap maklum ya, kami telah ada sejak dahulu.

Mandat diberi kepada Pas, PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor

Ini juga satu kenyataan yang benar tetapi tidak tepat.

Sebenarnya mandat diberi kepada Pakatan Rakyat pada 2013 dan bukan kepada parti-parti secara individu. Mesti diingat bahawa pada 2013 kita telah menghadapi pilihan raya sebagai Pakatan Rakyat walaupun bertanding atas logo masing-masing atas sebab-sebab teknikal.

Manifesto yang ditawarkan adalah manifesto Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Dalam erti-kata lain, rakyat ingin ketiga-tiga parti ia itu Pas, DAP dan PKR berkerjasama memerintah negeri Selangor secara bersama berdasarkan manifesto tersebut.

Malangnya Pas khususnya tidak memahami maksud mandat tersebut dan sentiasa mendakwa Pas menang atas kekuatan Pas sendiri sehingga berterusan menempelak rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Pada awalnya yang menjadi sasaran Pas adalah PKR dan kemudiannya DAP. Akhirnya Pakatan Rakyat telah terkubur dan walaupun ianya dihidupkan di Selangor, hakikatnya ia hidup dalam keadaan bergantung kepada ehsan dari presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Semangat kerjasama sebenarnya tidak lagi dijiwai dan dihayati.

Dalam usaha untuk menghidupkan kembali kerjasama seperti mana yang diinginkan rakyat Selangor, maka ditubuhkan Pakatan Harapan (PH). Pakatan Harapan lebih menyerupai Pakatan Rakyat dahulu berbanding hubungan Pas, PKR dan DAP yang wujud di Selangor dewasa ini. Dalam erti-kata lain PH ditubuhkan untuk memenuhi mandat yang diberi rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat setelah Pas khianat. Ini adalah kerana kerjasama antara tiga parti yang diinginkan rakyat Selangor tidak mampu dilaksanakan lagi oleh gabungan Pas, Keadilan dan DAP. Ia hanya mampu dilaksanakan oleh Amanah, Keadilan dan DAP.

Kesimpulan

Saya tidak nafikan kebenaran apa yang dikatakan semua pihak dalam soal ini.

Hanya ianya tidak setepat mana yang sepatutnya kerana keadaan sudah berubah. Hubungan antara Pas, Keadilan dan DAP tidak seperti dahulu. Hanya yang berada dalam perigi buta sahaja yang tidak menyedari hakikat ini dan ingin berpura-pura menipu diri bahawa ianya tetap sama.

Bagi yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, sila panggil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Sila keluarkan kenyataan atas nama ketiga-tiga Presiden dan buktikan kewujudannya. Kalau tidak boleh maka terimalah hakikat, ianya sudah tiada.

Move on!

Kita tidak perlu berpaut kepada dahan yang rapuh. Bina kekuatan atas apa yang ada.

Akhirnya veteran PAS mengaku mereka amalkan politik bunuh diri ketika ini namun....

Ipoh Mali


Akhirnya otai dalam PAS Subky Abdul Latif terpaksa mengaku yg PAS amalkan Politik Bunuh diri... dan mengaku PAS akan kehilangan Kelantan, dan mungkin hilang semua kerusi Parlimen.. bagus lah sedar diri.. cuma penyakit org tua mcm Subky Latif sama mcm Haji Hadi.. 

Depa ego nak mengaku salah.. dah nak mati bunuh diri, taknak mati sorang2..depa dah tau depa dah terperangkap dan akan mati.. masih nak salah kan orang lain.. nak orang lain mati sama2 depa.. sebab yg lain takmau mati Bunuh diri macam depa..kata depa.. kalau depa mati, pemimpin yg keluar PAS juga akan mati, Takkan Selamat... seperti mana ISIS membunuh kumpulan jihad yg lain jika tidak bersetuju dgn mereka....ni jenis perangai ISIS ngan Al-Qaeda.. 

Depa hanya pikir berperang dgn cara Bom berani mati.. rakyat tak bersalah mati lagi ramai dari tentera musuh.. kami berfikir dengan perang secara taktikal dan rundingan.. kalau boleh taknak mati ,dan tentera dan rakyat tidak terkorban.. takkan guna cara bunuh diri atau Bom orang awam..bukan nya mcm pengikut ajaran sesat, sanggup mati untuk tok guru depa, biarpun yg mati ramai orang awam mcm ISIS dan Al-Aqeda..he he..

cuma nak habaq kat Subky latif, kalau hat keluar tu mati pun.. depa mati ada harga diri dan maruah..depa tak dibenci kawan2.. tak dibenci lain2 kaum.. tidak terjebak politik fitnah dan perkauman walaupun depa tak sempurna.. depa pertahankan hak semua kaum dan rakyat..bukan fanatik perkauman dan hanya pertahan puak sendiri.. tapi Kalau PAS mati, PAS akan terhina sebab sebelum mati dok Hina orang..Fitnah orang..cakap besar.. sebab mereka jadi semua org tak bersetuju dgn mereka sebagai musuh dan hinaan..

kata Subky Latif.. PAS akan bangkit semula.. Sorry la Pak Subky.. ia takkan berlaku, PAS akan berkubur terus.. orang yg bawa PAS bangkit di era PAS teruk dulu..PAS era kampung dulu, era PAS takde duit..takde pengikut tu dulu..semua dah keluar dari PAS.. depa ni dulu tinggal jawatan besar dan kemewahan hidup hanya untuk perjuangan PAS, sekarang yg tinggal puak2 Khawarij yg tak pernah rasa susah.. depa datang2 terus hidup senang dgn elaun, jawatan, dan mudahnya depa berkuliah dalam Masjid tanpa dihalau,tidak pernah pun dipenjara.. dapat duit dalam envelop setiap kali mengajar....dan depa takkan bangkit.. 

Ostad2 ni boleh pengaruhi org keluar duit.. bila dah susah esok, ostad2 ni takkan keluarkan duit..depa bawa diri masing2 sama mcm era PAS susah dulu.. kalau depa bangkit pun selepas mati, depa akan cuma jadi hantu yg menyusahkan orang kampung, ... bukan seperti bangkitnya roh orang mati Syahid...

Moga-moga PAS tidak bunuh diri

SUBKY LATIF | .



BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.
     
Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.
    
Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.
     
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.
     
Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk  parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.
    
Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.
    
Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.
    
Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.
    
Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.
    
Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.
    
Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen. 

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.
      
Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.
    
Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?
   
Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.
    
Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?
    
Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala. – HARAKAHDAILY 29/7/2016