Friday, 29 July 2016

Kebenaran Draft Pendakwaan Najib Bakal Terbongkar..!


Inilah masa dan peluangnya bagi Zeti, Abu Kasim dan Gani menyatakan kebenaran..! Kalau dahulu mereka masih penjawat awam dan terikat dengan akta dan undang undang..! Kini mereka dicabar untuk menyatakan kebenaran dari fitnah yang menggejala..!

Jangan dihalang pulak mereka hadir ke Mahkamah..! Jangan dibiar pulak hakim tangguh tanguh hingga lenguh..!

Biar Mahkamah yang adil, bebas dan telus memberikan hukuman sebenar..! Bukan Mahkamah pengecut@bacul tu..!!!

Aduan Pemuda Umno: Siapa Sebenarnya Berkonspirasi?

ALHAMDULILLAH, satu peluang keemasan terbuka kepada pihak-pihak yang berpengetahuan mengenai skandal raksasa 1MDB untuk menyatakan kebenaran.

Kini, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius, mereka terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Mereka yang saya maksudkan adalah bekas Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM) (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed dan bekas Gebenor Bank Negara, (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz.

Mereka telah dituduh dalam satu laporan polis oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaan yang sah.

Ini adalah satu dakwaan yang sangat berat yang boleh ditakrifkan sebagai penderhakaan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jadi wajib disiasat rapi.

Saya tidak tahu apa tujuan tersirat si pembuat laporan. Tetapi secara tersurat, ia nampak seolah-olah satu lagi kegiatan puji ampu oleh pemakan-pemakan dedak Umno.

Namun saya berterima kasih kepada Khairul Azwan kerana akibat laporan beliau itu, ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta.

Kempen dedak pertahankan Mohd Najib

Hanya dengan mendedahkan maklumat-maklumat ini untuk dirakamkan oleh pihak polis barulah mereka dapat mempertahankan diri daripada tuduhan Pemuda Umno itu.

Saya yakin banyak lagi maklumat yang ada dalam kepala mereka mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

Mahkamah Pendapat Umum

Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka.

Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuat laporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka – Mohd Najib - sendiri.

Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab "Pegawai Nombor Satu Malaysia".

Wallahuaklam.

http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/07/kebenaran-draft-pendakwaan-najib-bakal.html?m=1

KRABI punya pasal... pimpinan KERAJAAN PAS KELANTAN dikondem.....



Ipoh Mali

Kata Walaun PAS.. tak semestinya Krabi tu tempat Maksiat, ooo hangpa buat program kat situ tahu pulak Husnu Dzan.. org pergi tengok konsert, suka lagu..tak pakai tudung semua di tuduh kaki maksiat, ahli neraka, pengamal seks bebas bagai., siap kata mengundang bala... kalau macam tu buat lah kursus di Genting Highland, sebab bukan semua ke Gentng Highland tu main judi, ke Kasino.. tapi orang pergi genting hangpa kata tempat Maksiat..

Nabi sendiri tak bagi dan melarang sahabat yg melaknat pesalah peminum arak.. kami tak pertikai pasal Krabi tu tempat Maksiat tu, itu kami perli hangpa suka anggap buruk kat org....kami pertikai awat membazir duit rakyat, sedangkan rakyat Kelantan serba Dhaif.. aku dah biasa sangat dgn pihak University yg selalu buat lawatan sambil belajar ke University ke luar negara.. tujuan betui nya pakat melancong semua..

Kursus pasal pengurusan Tanah di krabi konon.. Weei, orang siam urus tanah, saliran, hutan dan pertanian jauh lebih bagus dari Kelantan.. kalau nak urus sungai dan saliran cukup lah belajar kat negeri Melaka.. dah abih licin balak..habis licin hutan semua, baru nak belajar urus hutan..tak ker giler puak lebai ni..cakap lah nak melancong secara berjemaah di Krabi.. boleh tauke Balak bagi duit belanja, bekal sorang sikit atas nama infaq dan jihad.. :)

‪#‎krabi‬ ‪#‎paskelantan‬ ‪#‎nikamar‬ ‪#‎kursus‬ ‪#‎membazir‬ ‪#‎pasumno‬

Mahathir Ismail

Dulu masa MB Kelantan, Exco, YB berbelanja besar melawat Jordan, Mesir.. kononnya alasan depa nak bagi penerangan pasal Hudud kat Pelajar... tak tahu apa kena mengena Hudud itu dgn pelajar2 di Jordan dan Mesir.. pergi pulak ramai2... hari ini TMB ngan Exco ramai2 pergi kursus di Krabi.. alasan depa, Belajar sektor Pelancongan di sana.. MB nasib masih tak sihat.. baguih punya menipu.. Anjuran Jabatan Hal Ehwal Tanah dan Jajahan.. tapi belajar bab pelancongan.. Apa perlu usung ramai2, Exco, YB dan staf Pejabat Tanah pi sana sampai 3-4 hari belajar pelancongan....MB nasib masih tak sihat.. kalau tak dia pun follow..Nak buat pelancongan bab tanah , Pelancongan apa tanah, Balak kat Kelantan habih licin.. cakap jer nak melancong

ni standard lah.. mana2 jabatan Kerajaan bagi alasan Melancong.. kalau University depa bagi alasan, Lawatan sambil belajar.. Staf HEP, University akan ramai2 melancong atas nama lawatan sambil belajar.. tapi yg heran Ostad2 lebai bawah kepimpinan Ulama pun teruk macam UMNO... lepas lawatan ni, Kelantan akan jadi kota pelancongan? Pantai akan bersih? hutan akan terjaga.. menipu jer semua ni sama macam Universiti hat buat lawatan sambil belajar, U Malaysia tetap tercorot, cara depa nak habiskan geran kerajaan.... yg kami pertikai, yg buat kerja jahat ni geng lebai..

Lepas tu pi banding Kos kursus lebih kurang Selangor dan Pulau Pinang.. wooii lebai, Pulau Pinang.. Selangor negeri kaya.. mampu bayaq Bonus Staf depa Tinggi.. mampu bagi kebajikan, Elaun Kafa Tinggi..Rezab tunai meningkat.. Kelantan tu Gaji YIK pun bertangguh.. rakyat dan mangsa banjir pun melarat..air pun kotor.. Hutang negeri meningkat..pi banding Selangor ngan Penang buat apa? sebelum banding dgn depa.. cermin kan tahap IQ dan cara hangpa memerintah..

‪#‎krabi‬ ‪#‎kerajaankelantan‬ ‪#‎paskelantan‬ ‪#‎pasumno‬ ‪#‎nikamar‬ ‪#‎kursuskrabi‬

PAYUNG GAMBAR KRABI SEKEPING DUA:

Politik Tandus kartel Azmin & PKR yang merasakan mereka hebat segala-galanya....


PKR adalah parti yang bergantung dan bersandar, kerana tiada kekuatan "grass-root". Tanpa bantuan parti-parti komponen PR / PH dan nama besar DS Anwar Ibrahim, parti ini hanya sekadar

melukut di tepian gantang. Semakin lama DSAI di penjarakan, maka semakin lemahlah PKR. Dengan menggunakan tangan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin berlagak seperti hero gabungan parti-parti pembangkang.

Azmin menuduh YB Saari Sungib kemaruk dan mengemis jawatan exco. Agak kurang sopan tuduhan itu. Dalam situasi krisis MB Selangor, tanpa tindakan drastik YB Shaari dan YB Hasnul Pakatan Rakyat keluar dari Pas menyebabkan kerajaan PR Selangor dapat diselamatkan. Jika mereka berdua kekal menyokong YB Khalid Samad sebagai MB Sealangor ketika itu, hampir pasti Pas akan membentuk kerajaan campuran bersama BN.

Apabila mereka menjadi pimpinan Parti Amanah Negara Selangor, parti ini seakan-akan tidak wujud dalam pemikiran Azmin. Tiada jawatan-jawatan lantikan politik diberikan kepada barisan kepimpinan Amanah Selangor. Ironinya, Azmin tetap memihak kepada Pas. Pas telah menjadi duri dalam daging dalam kerajaan Selangor lantaran Pas menentang Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di PRK Sungaai Besar.

Terkini PKR pula enggan mempersetujui pembubaran DUN Pulau Pinang untuk membolehkan PRN Pulau Pinang diadakan. Memang Lim Guan Eng mempunyai agenda politik mengadakan PRN, namun tanpa strategi politik, kebarangkalian Pulau Pinang akan terlepas ke tangan BN tidak dapat dinafikan. Siapa-siapa pun tidak dapat menafikan tanpa sokongan DAP, PKR akan tewas dalam pilihan raya, namun PKR rasa diri mereka hebat. 

Ingat wahai Azmin, kamu akan kehilangan DUN Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak tanpa bantuan DAP dan Amanah. PKR hanya ada pemimpin tetapi ketandusan pekerja-pekerja parti. Jika tidak percaya, kita nantikan PRU 14.

Bila pencen baru nak pesan ingat tuhan, masa pegang jawatan NAJIB relax aja tak kena dakwa..!!

Muhaili Amran


Rasanya tak perlu ditangisi pemergian mereka ini... ayaq mata palsu aja semua nie... sembang bila dah tak pegang jawatan macam itulah... hakikatnya SANG PENGUASA tetap berkuasa menyusun buah caturnya...

Benda paling simple dan mudah kita nak katakan salah ialah dimana sewaktu penjawat awam menerima DERMA dalam bahasa mudah iaitu NAJIB RAZAK yang bertugas sebagai PERDANA MENTERI telah menerima derma dari TOK ARAB kata mereka tak ada satu pertuduhan pun dikenakan sedangkan ia sudah jelas salah dalam akta SPRM dimana mengatakan DERMA itu sama dengan SUAPAN...


Jadi dalam bahasa mudah tak payahlah menangis buat sedih... buat habis air mata sahaja....

DS Mohd Shukri - 'Politikus, hakim ingatlah akhirat'


Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.

“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.

Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.

Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.

Jho Low menghabiskan RM5.5 juta semata nak melamar pelakon Taiwan, tapi akhirnya gagal

Malaysia Billionaire Jho Low’s RM5.5 Million Failed Marriage Proposal To Elva Hsiao



Flamboyant billionaire Jho Low is back in limelight, once again, with another story of an extravagant but sadly futile attempt at wooing the heart of another major celebrity- famous Taiwanese Mandopop singer Elva Hsiao.


Jho Low, considered by many to be the Dan Bilzerian of Malaysia because of his over-extravagance
and partying habits
Taiwanese online media portal Apple Daily reported the billionaire’s multi-million dollar proposal after coming across an alleged video recording documenting Low’s proposal.

The online media portal cites a video uploaded about a year ago to video-sharing site, Vimeo.com, by British-based professional photographer Peter Rear.

The video that was titled, ‘Atlantis Engagement, Dubai’, did not mention the identity of the couple but contained an eye-opening caption; ‘Surprise engagement proposal rumored to cost £1m (RM 5.5 million).

The extravagant cost of the proposal comes as no surprise considering it took place on the private beach of Atlantis, The Palm- a world-famous hotel on the island of Palm Jumeirah, off the coast of Dubai; famous for it’s extravagant tenant costs.

Atlantis- The Palm, is heralded by many as one of the most luxurious getaways in the world

Atlantis- The Palm, is heralded by many as one of the most luxurious getaways in the world

The 5-minute long video depicts the couple arriving to the beach in high-style- in a blacked out Rolls-Royce and strolling on the beach, where candles laid out romantically in a Valentine heart shape.

Someone's been reading one too many love novels
Someone’s been reading one too many love novels

Out on the sea, a giant neon-lit backdrop hung between two yachts that read “Jho (Hearts) Elva” lit up the dim evening waters.

Screen Shot 2015-12-28 at 7.54.01 PM
Clearly a luxury exclusive only to the top 1%

The couple then proceed hand-in-hand to a luxurious set to dine- claimed to be the work of Dubai’s world famous architectural and interior design firm, Ali Bakhtiar designs- as lasers show outlines of the couple’s silhouette.

Screen Shot 2015-12-28 at 7.57.48 PM
The couple then enjoyed their dinner prepared by a five-star chef, while being serenaded by a
harpist and a violinist- playing a violin embedded with precious stones.

The romantic atmosphere is disrupted when several parachutists descend from the sky onto the beach, James Bond style, to present Hsiao with jewellery custom made by Swiss luxury brand, Chopard.

Screen Shot 2015-12-28 at 7.56.50 PM
Screen Shot 2015-12-28 at 7.57.21 PM
The jewellery is rumoured to be a pendant-and-necklace set estimated at a mind-boggling RM83,500.
The outrageous extravagance and flair of near-unattainable luxury moved Hsiao to the brink of tears, but was not enough to move her heart.

Apple Daily reports that the 33-year-old Mandopop star rejected the proposal and only saw 31-year-old Low as a ‘little brother’.

uuu
The very beautiful Miss Hsiao

However, despite the rejection, the night ended with a million-dollar fireworks show that lit up the night sky with dazzling lights.
big
Maybe, it’s a little over the top… Just maybe..

The online media portal also reported that a spokesperson had denied claims that Low had proposed to Hsiao at the event, stressing that it was just a “romantic dinner”.

Penang-born Low, who is reportedly part of Prime Minister Najib Abdul Razak’s social circle, is well known for his flamboyant attempts to woo American socialite Paris Hilton and his high-rolling partying habits with his A-list friends from the United States. These parties can cost up to the millions.

A flustered Low alongside Paris Hilton in a picture taken from some time ago

Low, whose real name is Low Taek Jho, is the son of a tycoon Penangnite who reportedly has close links with Middle Eastern investors and has been nicknamed as the Dan Bilzerian of Malaysia.

The billionaire ‘playboy’ is also reportedly involved with the Terengganu Investment Authority (TIA) – now known as the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – and UBG Bhd, which is owned by the family of Sarawak Chief Minister, Abdul Taib Mahmud.

Low made it into the spotlight two years ago after reports of his extravagant partying habits with Hollywood actress and socialite Paris Hilton made headlines in both local and international papers.

The songstress is currently reported to be dating Taiwanese actor Kai Ko, who is 12 years her junior.

Looks like Kai Ko has quite a challenge to step up to after Low's extravagant proposal
Looks like Kai Ko has quite a challenge to step up to after Low’s extravagant proposal
The pair is said to be holidaying together in Bali.

2008_07_14_162043786
Mandarin Name: Elva Hsiao

Cantonese Name: Elva Siu 

Chinese Name: 萧亚轩 

Birthdate: August 24th, 1980

Nationality: Taiwanese
Height: 162cm 
Weight: 47kg
Religion: Buddhism
Blood Type: A Chinese 
Horoscope: Sheep 
Zodiac Sign: Virgo
Birth Place: Taiwan
Education: University; major in design of John Casablancas (CollegeVancouver) 



SUMBER

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Naib ketua Pemuda Umno tak berilmu


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengambil kesempatan menyampaikan salam perpisahannya dengan mengkritik pemimpin Pemuda Umno.

Kritikan itu dibuat selepas Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkonspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

“Individu yang membuat laporan terhadap Tan Sri (Abu Kassim) adalah individu yang tidak berilmu, tidak boleh membezakan perjuangan (menentang) rasuah kerana sayangkan negara,” katanya.

Shukri berkata demikian dalam ucapan di Majlis Paluan Berundur di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Majlis itu dibuat susulan Abu Kassim, Shukri dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali meninggalkan SPRM.

Khairul Azwan sebelum ini membuat laporan polis mendakwa terdapat komplot melibatkan Abu Kassim bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail.

Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki menyalurkan maklumat sulit berkaitan 1MDB kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), tanpa kebenaran.

Sementara itu, majlis perpisahan yang berlangsung hari ini dihadiri kira-kira 1,000 orang kakitangan SPRM.

Thursday, 28 July 2016

Aduan Pemuda Umno: Publisiti murah atau konspirasi jatuhkan Najib?

Laporan polis yang dibuat Pemuda Umno terhadap tiga individu utama akan mendedahkan lagi siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Dalam tulisan di blognya beliau berkata, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius,Pemuda Umno terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Pemuda Umno pada Isnin lalu membuat laporan poli mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terbabit dalam konspirasi menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

"Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuatlaporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

"Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka, Mohd Najib sendiri.

"Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab 'Pegawai Nombor Satu Malaysia'," ujarnya.

Kata A Kadir lagi dengan laporan di buat Khairul Azwan ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

"Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

"Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

"Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

"Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

"Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta," ujarnya.

A Kadir berkata, beliau yakin akan banyak lagi maklumat akan didedahkan oleh Abu Kassin, Abdul Ghani dan Zeti mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

"Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

"Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

"Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka," ujarnya.

'Pemuda Umno membodek NAJIB yang keterlaluan'


SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan tindakan Pemuda Umno sebagai mencemar nama institusi itu yang dihormati dari segi peranan, integriti, dan tanggungjawabnya kepada negara.

"Tindakan ini satu paparan tidak baik oleh golongan muda, ia kelihatan seperti membodek secara keterlaluan, lagipun mereka berprofil tinggi, dikagumi dari segi kepimpinan, malah ketokohannya turut diakui masyarakat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, campur tangan orang politik dalam situasi itu bukan memberi 'kemanisan' kepada parti, tetapi menyemarakkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan BN.

"Ia merugikan imej parti, juga menyemarakkan lagi isu 1MDB. Tindakan biarlah beradab, ini yang dikatakan berani tidak bertempat," katanya.

Wednesday, 27 July 2016

"Antara PAS, Sembang Dan Selena Gomez"

oleh IJAN LANA


No wonderlah CINA dan India selalu protes bila enakmen syariah yg diketengahkan.

Bukan menyalah kan CINA dan India. Tetapi, sikap melayu islam itu sendiri yg selalu mempamerkan the Bad things about Islam.

Yes. Tak kiralah Kafir mana pon masuk rumah kita. Bila dia dijemput, dia tetamu kita . Dia patut dihormati.

Bukan didoakan bala menimpa dan keburukan pada yg lain. Seolah2 Selena Gomez menentang Islam. Walhal, dia antara yg mendoakan ttg apa yg berlaku di gaza dan menitik beratkan humanity dalam masyarakat.

Sampai ada yg buat solat hajat.

Baginda sendiri membersihkan kencing seorang budak walaupun Abu Bakr ingin memarahi perbuatan keji budak tersebut di dalam Rumah Allah. Islam itu memberi harapan pada mereka yg jahil. Bukan menghina dan mendoakan keburukan pada yg jahil.


Rahmat Tuhan tu luas.

Kalau tak nak ambil contoh tersebut. Baginda juga tidak mendoakan keburukan musuh Spt Umar, Hamzah, Abu Jahal dan Abu Lahab walaupun ada yg pernah membaling tahi, dipanggil Al Majnun,
Dicekik, dan diugut dihempaskan batu ketika nabi sdg bersolat.

Selena Gomez tu dah tentu2 kafir dari azali. Dan bagi aku, lelaki yg pandang dia takdelah bernafsu. Dan track record dia jugak baik dalam konsert jelajah beliau.

Apa beza Konsert beliau dgn konsert Jom Heboh dan konsert2 di Malaysia?

Andai kata ada pihak mengatakan kita ini meraikan maksiat. Stesyen televisyen kita, Industri Perfileman kita lebih banyak maksiat secara terang terangan. Everyday 24/7. Kita bukan meraikan.

Tapi, zaman berubah. Cara kita berdakwah juga pon kena lebih terbuka. Be transparent. Kita kalau nak agama lain respect kita, kita kene lh respect org lain.


Ada yg menyamakan kenapa Halang zakir naik? Kenapa x halang selena Gomez. Ada pihak yg aku rasa tak Faham Isu.

Zakir naik bukan dihalang bagi speech. Dia still bagi dibenarkan bagi speech dan diraikan tetapi cuma tajuk nya ditukar. Sebab dia bawa tajuk yg berat. Setiap negara ada difference stage of mindset.

Ada beza dihalang dan "Dihindari dari timbul fitnah"

Dia datang bukan menentang agama. Dia datang atas sebab untuk bertemu peminat. Malaysia ni bukan ada satu bangsa dan agama je. Kita dah setuju duduk serumah dengan Cina India Dan sikh, mereka juga ada hak untuk berhibur.

Hidayah tu bukan pada tgn manusia. Dosa dan pahala pon bukan kita yg kira.

Macam kita ni kompem masuk syurga je bila bercakap. Sekali dia masuk islam semua dosa dia terhapus. umpama kain putih.

Korang? Masih mendoakan keburukan org lain.

Dia dah tentu2 kafir x menutup aurat., korang kata x hormat negara islam. Yg org sekeliling korang yg kompem2 muslim tu yg x tutup aurat dia menghina siapa?

Mana protes korang?

Kalau korang berkelahi ttg cara menyampaikan kebaikan. Dgr sini apa Allah sebut dalam Al quran.

"Serulah manusia kejalan kebaikan dgn penuh hikmah(bijaksana)"

Kalau rasa hinaan korang tu dakwah yg bijaksana. Teruskan.

Dan satu lagi, kalau nak berdakwah bukan ikut emosi. Tapi ikut nabi. Apa Allah sebut, laqad konalakum fi rasululloh hi uswatun hasanah.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yg baik"

Sekian. Silakan Kondem para Pejuang Islam di Facebook.

Jika NAJIB tidak rasa MALU, tidak MALUKAH kita terus berketuakannya..???

Shahbudin Husin,


Dua orang rakan baru balik dari luar negara. Seorang berada di Jakarta dan seorang lagi di London ketika Jabatan Kehakiman AS membuat pengumuman untuk menyita harta-harta berkaitan wang 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Mereka hanya menonton berita mengenai perkara itu melalui televisyen di bilik hotel masing-masing.

Apabila kedua-duanya turun ke lobi hotel tidak lama kemudian bagi urusan seterusnya, buat pertama kali meraka berasa malu sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Masing-masing berasakan seperti banyak mata sedang memerhati kepada mereka.

Malaysia tidak lagi menjadi bahan berita kerana membuat pelaburan ekonomi yang besar, memberi bantuan kemanusiaan, menolong negara-negara miskin yang kesusahan atau atas kejayaan cemerlang sesuatu bidang, tetapi buat julung kalinya kerana sejumlah harta dalam skala rasaksa (ini yang disebut dalam media Indonesia) bakal dirampas kerana dipercayai daripada hasil curi.

Sebagai ketua kerajaan, apakah Najib Razak tidak malu dengan nasib negara sekarang?

Jika diimbas seketika detik-detik sejak meletusnya isu berkaitan 1MDB ini, Najib boleh dikira pemimpin paling selamba atau paling "sardin" dalam dunia. Keselambaan dan "kesardinannya" mengalahkan selambanya ikan sardin dalam tin.

Didedahkan dengan pelbagai isu yang menghenyak namanya, nama keluarga dan nama keturunannya sebagai anak Tun Razak yang disanjung ramai, Najib seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan semua itu.

Jika dia mahu berjubah putih, dia akan memakainya tanpa memikirkan banyak selut kotor telah dikaitkan dengannya selama ini dan diperkatakan oleh seluruh rakyat dan dunia.

Jika dia mahu bercakap soal yang baik-baik seperti berjimat cermat, belanja berhemah, tidak membazir, jangan makan rasuah, jangan salah guna duit rakyat atau lain-lainnya, dia juga mampu berbuat selamba dan "sardin" tanpa melihat kelakuan diri dan keluarganya sendiri.

Begitu juga, dengan selamba dan "sardinnya" dia boleh mengatakan nama-nama yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS perlu membersihkan nama masing-masing, seolah-olah Malaysian Official 1 yang turut disebut dan memiliki segala ciri-ciri dirinya adalah bukan dirinya.

Tetapi, sampai kita sebagai rakyat harus menanggung semua rasa malu kerana berketuakan Najib sedangkan tuan punya badan tidak berasa apa-apa dan hanya "sardin" saja dengannya?

Sesuatu yang harus kita sedari juga ialah selagi ada Najib, Malaysia tidak akan aman dari segala pandangan buruk pihak lain kerana beliau sudah umpama "bangkai gajah" yang tidak mampu ditutup dan dilindungi lagi segala onar dan kecurangannya.

Cepat atau lambat, sebelum atau ketika pilihanraya, menyingkirkan Najib haruslah menjadi keutamaan jika kita semua mahu benar-benar aman dan damai hidup di negara ini serta kembali bangga bila berada di luar negara. (SH 27/07/2016).

Pimpinan PAS Kelantan 'kantoi' pie mesyuarat di KRABI THAILAND





Pembangkang: Apakah Pemuda Umno sokong Jho Low, Riza Aziz?


Pakatan Harapan negeri Perak membidas tindakan Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas tiga pegawai terkanan dalam kerajaan dengan menganggapnya sebagai biadap, tidak bijak dan berbentuk ugutan politik terhadap semua penjawat awam.

Sebaliknya, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Pengerusi PKR Perak, Dr Manuty Muhammad, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Alwi itu mempersoalkan mengapa Pemuda UMNO tidak membuat laporan terhadap Jho Low dan Riza Aziz.

"Tindakan Pemuda UMNO tidak membuat laporan polis ke atas mereka yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam penyelewengan dan penipuan duit 1MDB menunjukkan sayap Umno ini menyokong rasuah dan hilang segala kewibawaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Khairul Azwan, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Dakwanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Beliau yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

Mengulas lanjut, Pakatan Harapan negeri itu menambah, tindakan Pemuda Umno itu juga boleh disifatkan sebagai serangan terbuka ke atas kredibiliti institusi penjawat awam negara ini.

"Pakatan Harapan mendapati tindakan Pemuda Umno merupakan ugutan politik terhadap penjawat awam dengan tujuan supaya institusi dan agensi kerajaan diperkudakan oleh Umno untuk melindungi mereka yang melakukan rasuah dan mencuri duit 1MDB yang berjumlah berbillion ringgit," katanya.

Kritikan menghujani Pemuda Umno terutama Khairul Azwan selepas beliau membuat laporan polis berkenaan.

"Laporan Pemuda Umno (adalah) satu juta langkah ke belakang untuk kemajuan dan pembaharuan di negara ini," kata bekas senator Umno Ezam Mohd Nor di Twitter.

Sebaliknya, kata Ezam, mereka patut buat laporan terhadap Jho Low dan pelakunya.

Turut sama mengkritik tindakan itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai tuduhan jahat, biadab dan kurang ajar kerana pihak yang dituduh banyak berjasa pada negara.

Justeru, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyoal Khairul Azwan berkaitan laporannya yang mendakwa wujud konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan.

Campur tangan asing atau tidak mahu campur tangan?

Oleh Nor Miswary Ramli

court-dojs
Dalam pelbagai kemahiran rakyat Malaysia yang menakjubkan, terutama orang Melayu – kemahiran mengalih pandangan daripada isu utama adalah sesuatu yang paling sukar disangkal.

Orang Melayu terutamanya, begitu pandai mengalih pandangan kepada isu pokok yang sepatutnya diambil perhatian melebihi awan larat yang melingkari isu tersebut. Lihat saja akhbar tabloid tempatan yang lebih berminat melaporkan dan menyiarkan tajuk berita di muka hadapan dengan topik ‘panas’ yang jauh menyimpang permasalahan sebenar, yang sepatutnya menyedarkan rakyat Malaysia apa berlaku serta kesannya ke atas setiap daripada kita.

Rakyat Malaysia mudah teralih pandangan mereka daripada isu sebenar yang lebih menjejaskan nama negara dan rakyat secara khususnya.

Saman sivil mengikut bidang kuasa

Apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengambil tindakan saman sivil dengan niat mendapatkan semula harta atau yang didakwa dilakukan secara salah di dalam negara mereka melalui sebuah syarikat pelaburan ditubuhkan kerajaan Malaysia, maka sudah tentunya mereka berhak dan wajar mengambil apa-apa saja tindakan perlu mengikut bidang kuasa undang-undang mereka.

Melainkan jika mereka iaitu DoJ mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang memiliki syarikat persendirian di Pulau Pinang menyalahgunakan wang syarikatnya di pusat perjudian seperti di Genting Highland, Pahang atau membeli beberapa perumahan mewah di Pavillion Residences, Bukit Bintang atau membeli beberapa lukisan dan arca karya Syed Ahmad Jamal.

Jika itu berlaku, bolehlah kita beranggapan ia campur tangan asing ke atas negara kita yang berdaulat ini.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah tindakan DoJ ini menepati peruntukan undang-undang yang melibatkan harta dan pemilikan di bumi Amerika Syarikat. Ia akan jadi pelik pula jika mereka tidak bertindak seperti apa yang dilakukan ini.

Jangan alih isu sebenar

Yang sepatutnya menjadi kerunsingan kita adalah bagaimana skandal berat ini tergamak dilakukan mereka yang diamanahkan mengurus tadbir syarikat pelaburan milik kerajaan dengan jaminan kerajaan ini.

Malah apabila saman sivil ini melibatkan individu ‘superkaya’ yang sangat berkait rapat dengan pegawai tertinggi kerajaan, kita sepatutnya mengangkat persoalan jauh lebih besar seperti soal ketelusan pentadbiran serta urus tadbir yang baik dan bukan pula terarah kepada hal remeh langsung tidak relevan.

Apakah kita tidak merasa suatu keperluan untuk bangun dan persoalkan perilaku salah guna ini? Apakah kita hanya berminat untuk melihat daripada kaca mata sempit yang langsung tidak masuk akal seperti polemik campur tangan asing ini?

Adakah kita sedar harta dan pemilikan yang mahu dikembalikan ini sejumlah wang milik kerajaan yang secara tidak langsungnya milik rakyat Malaysia juga? Sedarkah kita DoJ yang kononnya melakukan campur tangan asing ini sedang membuat kerja bagi pihak kita – rakyat Malaysia?

Siapa sebenar yang prihatin?

Saman sivil ini menimbulkan banyak persoalan melampaui isu campur tangan asing, mengalih pandangan kita kepada isu utama seperti tatakelola pentadbiran yang baik, ketelusan pentadbiran, salah guna wang milik syarikat kerajaan dan kesalahan penggubahan wang haram dilakukan dengan begitu licik untuk kepentingan peribadi beberapa kerat individu.

Mahukah kita mengkategorikan ia sebagai campur tangan asing jika kerajaan Malaysia melalui peguam negara (AG) dan PDRM misalnya, mengambil tindakan sama jika ada mana-mana warga asing melakukan jenayah di dalam negara kita dengan merompak atau menjadikan negara ini sebagai pusat melakukan jenayah, seperti dakwaan kes 1MDB ini?

Tidakkah kita sedar tindakan DoJ selari dengan mana-mana negara di dunia yang pastinya akan mempertahankan kedaulatan negara mereka melalui bidang kuasa masing-masing bila mana berlakunya jenayah menyalahi peruntukan undang-undang dalam negara mereka. Malaysia pastilah tidak terkecuali untuk mengambil tindakan serupa.

Apa isu pokok?

Naif sangatlah kita untuk mengimani yang mana-mana negara di dunia ini akan mengizinkan negara mereka dijadikan medan melakukan apa jua jenayah oleh warga asing dan tanpa perlu dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Adakah jika ada tindakan yang diambil untuk menghalang jenayah tersebut daripada terus berlaku, ia juga boleh dianggap sebagai satu campur tangan asing?

Penulis setuju, kita sebagai rakyat, wajar waspada dengan apa jua tindakan campur tangan asing yang menjejaskan keharmonian dan kedaulatan negara. Ia prinsip asas yang menguatkan kita keseluruhannya.

Dengan segala cabaran militan keganasan di serata dunia hari ini misalnya, menjadi tanggungjawab pemimpin kita dan harapan rakyat Malaysia agar negara kita selamat dan bebas daripada -ancaman seperti ini.

Namun, semua ini tidak boleh mengaburi kita daripada mengimbangi diri dengan fakta sebenar dan isu pokok dalam saman sivil oleh DoJ ini; iaitu skandal 1MDB ini melibatkan dakwaan penyalahgunaan wang syarikat pelaburan milik kerajaan yang mendapat jaminan kerajaan dan membeli aset bernilai lebih AS$1 bilion melalui dakwaan penggubahan wang haram yang dilakukan dengan skala besar.

Ia juga melibatkan individu yang diragui posisi mereka dengan pegawai tertinggi kerajaan dan dilakukan di Amerika Syarikat melalui institusi kewangan di sana. Jadi, bagaimana lagi kita mahu memberi justifikasi yang ia satu campur tangan asing? Siapakah yang mahu menjaga kedaulatan siapa?

Rakyat Malaysia berhak bertanya

Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bila negara kita yang pernah suatu ketika dulu diangkat sebagai negara Islam moderat, ekonominya pantas berkembang malah menjadi contoh negara Asia lain tetapi kini menghadapi dakwaan berat memalukan seperti ini.

Tindakan sivil oleh DoJ bukanlah suatu yang sepatutnya kita pikul sebagai isu campur tangan asing, ia beban yang dipaksa mengheret nama negara dan akan memberi kesan kepada keyakinan pelaburan asing ke dalam negara kita.

Ia menggoncang kestabilan politik negara dan akan memberi kesan tidak langsung kepada ekonomi dalam negara. Dan segala rantaian kesan ini tentunya bakal memberi impak akhir kepada kita. Ketika itu siapa yang boleh kita harapkan untuk mencampuri masalah kita?

Penulis ialah pembaca FMT.

Label ‘agenda asing’ dijadikan umpan sokongan Melayu

Zaid-Kamaruddin
PETALING JAYA: Hujah kewujudan “campur tangan asing” dalam negara ini muncul kembali selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman sivil berhubung isu 1MDB minggu lalu.

Seorang aktivis Islam berkata masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini mudah menerima hujah sedemikian mungkin kerana rekod buruk AS sendiri dalam hubungannya dengan beberapa negara majoriti Muslim.

Sehubungan itu, ia mudah dijadikan senjata oleh pihak tertentu yang ingin mengalihkan perhatian masyarakat daripada isu sebenar.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Zaid Kamaruddin berkata rakyat perlu lebih matang dan terbuka dalam menghadapi isu seperti ini dan tidak secara mudah melabelnya sebagai usaha campur tangan asing ke atas negara.

“Kalau pun maklumat itu datang daripada pihak yang kita anggap sebagai ‘musuh’, kita perlu melihat sama ada ia benar atau tidak.

“Namun dalam setiap perkara seperti ini, tidak boleh terus pukul rata mengatakan ia agenda musuh berniat jahat,” katanya ketika dihubungi FMT.

Merujuk langkah DoJ itu, beliau berkata AS ternyata mempunyai sebabnya sendiri iaitu menyelamatkan integriti institusi negara itu.

“AS ada kepentingan dalam isu ini, iaitu bagi melindungi negara mereka daripada menjadi tempat kegiatan salah dilakukan,” katanya.

Walaupun saman sivil DoJ adalah untuk menyita aset dalam negara itu yang berkaitan dengan skandal 1MDB, beberapa pihak terus menganggapnya sebagai cubaan AS untuk masuk campur dalam urusan Malaysia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, misalnya, memberi amaran “anasir asing” yang cuba mencampuri urusan negara melalui 1MDB.

Malah, Shahrizat berkata penggunaan kuasa asing untuk menumbangkan kerajaan sedia ada boleh menyebabkan Malaysia menerima nasib sama seperti Iraq dan Syria.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahaya berkata ia terpulang kepada individu sama ada mahu menganggap langkah DoJ itu sebagai cubaan campur tangan atau tidak.

“Yang penting, pihak berkuasa kita sendiri perlu mendapatkan maklumat yang ada dalam dokumen itu dan siasat.

“Pendirian Isma mudah iaitu dengan mewujudkan tribunal bebas supaya isu ini dapat disiasat secara telus dan tanpa mana-mana pengaruh,” katanya.

Tuesday, 26 July 2016

Nampak pembohongan urusniaga bab tanah TABUNG HAJI terbongkar


\
"Bila Tabung Haji beli tanah TRX jadikan isu. Tapi hari ini tanah yang dibeli Tabung Haji dengan nilai RM1800 kaki persegi, saya tanya Ketua Pegawai Eksekutif (TH) berapa (harga) sekarang ini. Dia kata ada orang nak beli tanah yang sama, 

MALAYSIAKINI (KLIK SINI)
kepunyaan Tabung Haji dengan nilai RM2200 kaki persegi, maknanya dah untung. Yang jadi masalah ia dipolitikkan oleh sesetengah pihak" - kata Amirul Mukminin Sheikh Najib Tun Razak.

UTUSAN MALAYSIA (KLIK SINI)

Nampak sangat la pembohong......

Hello........ TH beli tanah TRX tu dr 1MDB dgn harga RM188.5 juta atau kira-kira RM2,774 setiap kaki persegi pada 2015, sedangkan kerajaan menjual tanah berkenaan kepada 1MDB pada hanya harga RM64 sekaki persegi.

Macamana hang kata TH beli harga RM1,800 saja??

10 cara untuk singkirkan Najib



ULASAN l Berikut adalah ringkasan artikel berjudul ‘10 ways to get Najib to go’ atau sepuluh cara bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Dapatkan ahli-ahli Umno untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka.

Umno mempunyai berjuta-juta ahli. Bukan semua yang merestui rasuah dan penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDN. Mereka ini mesti meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung kehilangan berbilion ringgit agar pemimpin Umno, ketua cawangan dan ketua bahagian menyedari bahawa sokongan terhadap Najib sudah terhakis di kalangan ahli-ahli parti.

Lobi pemimpin Umno mempamerkan kuasa mereka.

Ahli Umno yang berpengaruh harus mengketepikan cita-cita mereka dan berjuang untuk kepentingan negara serta menuntut pemimpin kanan Umno secara terbuka menunjukkan bahawa mereka bukan taksub kepada Najib. Adalah memalukan bahawa Umno sebagai parti yang berbangga menjadi penjaga kepentingan orang Melayu dan negara tergamak membiarkan berbilion-bilion wang negara disamun dan membiarkannya serta secara terbuka dan aktif mempertahankan Najib.

Parti komponen BN perlu membuat suara mereka didengar.

Sudah sampai masa supaya rakan-rakan komponen BN di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak meluahkan rasa jijik kebanyakan penyokong mereka berhubung Umno yang terpalit dengan 1MDB. Ini walaupun bermakna bahawa mereka perlu meninggalkan gabungan itu.

Dapatkan pembangkang bersama-sama dalam isu ini.

Rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh di kalangan pembangkang harus menasihati parti mereka untuk bersama-sama memaksa perubahan dalam kepimpinan, jika tidak sekarang maka dalam pilihan raya. Satu-satunya cara pembangkang boleh menang adalah untuk mempunyai barisan yang bersatu termasuk PAS. Tumpukan hanya kepada agenda bersama dan ketepikan isu-isu yang membawa keretakan.

Sokong perhimpunan awam mendesak Najib berundur.

Terdapat pebagai pergerakan yang menuntut Najib untuk meletak jawatan. Sokong mereka, termasuk Deklarasi Rakyat yang kini mempunyai lebih satu juta tandatangan.

Sertai perhimpunan aman bagi menggesa penyingkiran Najib.

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhumpun secara tertib dan aman. Jika BERSIH 5 menganjurkan perhimpunan, sertainya dan turun ke jalanan.

Tolak menerbitkan berita tidak benar mengenai 1MDB.

Bagi mereka yang bekerja di media arus perdana, mungkin mereka tiada pilihan tetapi untuk menyokong kerajaan yang memerintah, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan sesuatu dengan tidak menerbitkan sesuatu laporan yang tidak benar mengenai 1MDB. Tiada orang yang berhak mengarahkan kamu menerbit atau menulis berita palsu.

Nyatakan rasa tidak puas hati anda.

Kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kita harus menyatakannya, terutama jika kita boleh menyokong kenyataan-kenyataan itu dengan fakta dan hujah yang bernas.

Beri tekanan kepada SPRM dan polis untuk menyiasat.

Cukuplah untuk semua bukan hanya di Malaysia tetapi di dunia melihat rompakan terbesar yang berlaku di depan mata kita. Kita mesti memberi tekanan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasatnya dan menguatkuasakan keadilan. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa sejarah akan menghukum jika mereka tidak melakukan sesuatu.

Jika semua gagal, singkirkan BN pada pilihan raya akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, 51 peratus daripada pengundi memilih pembangkang. Jumlah itu mungkin meningkat dengan isu 1MDB, dengan syarat pembangkang dapat bekerjasama. Jadi jangan memandang rendah kuasa yang ada di tangan anda untuk melakukan perubahaan. Ini adalah kuasa mutlak rakyat.

Monday, 25 July 2016

Nampaknya beberapa tokoh Umno bakal lompat parti sertai parti Tun M...

Beberapa tokoh Umno bakal lompat parti, sertai Dr M
25 Jul 2016, tengahari 11:41 (Dikemaskini 25 Jul 2016, tengahari 11:46)


Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.

"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.

Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.

South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.

"[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.

Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi para pemimpin Umno untuk mengulas mengenai perkara ini.

Sunday, 24 July 2016

Panduan soal-jawab berkenaan ISU SALAH LAKU DALAM 1MDB untuk panduan rakyat jelata di luar sana..!!

SOAL-JAWAB ISU 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG...


1. AMERIKA NAK RAMPAS HARTA 1MDB NI. INI SATU CAMPURTANGAN ASING!

Macam ni pakcik. Pakcik ada dengar Amerika nak rampas tanah 1MDB di airport TUDM Sg. Besi? Tanah 1MDB di Jalan Tun Razak? Ada Amerika nak rampas tanah-tanah milik 1MDB di Malaysia? Tiada kan? Amerika hanya nak rampas harta hasil pendapatan filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street". Sebab itulah dalam kertas pendakwaan, defendan atau pihak yang disaman ialah “The Wolf of Wall Street” Motion Picture. Lagipun, yang mula-mula menyiasat benda ini bukannya orang Amerika pakcik, tapi orang Melayu kita juga. Pakcik ingat tak Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang ditahan? Melayu dia tu. Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang ditukar? Melayu. Peguam Negara yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab 'kesihatan', Melayu. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Pengarah Komunikasi Strategik Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disuruh 'bercuti', Melayu. Pegawai SPRM yang solat hajat beramai-ramai pun, Melayu semuanya pakcik. Siapa tahu mungkin ini sebenarnya campurtangan kuasa Allah Taala hasil daripada solat hajat mereka?

-----------------------------------------------------------------------------

2. IYALAH DAH KENAPA PULA AMERIKA NAK RAMPAS HASIL FILEM 'WOLF' INI?

Filem ini dikatakan dibuat hasil daripada penggubahan wang haram yang melalui institusi-institusi kewangan di Amerika. Harta hasil pendapatan filem ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Amerika sana, bukan di Malaysia. Ada 17 harta yang disenaraikan, termasuklah hotel di Beverly Hills. Beverly Hills ini kawasan tempat tinggal pelakon dan penyanyi pakcik. Di Amerika sana, pelakon & penyanyi kaya-kaya, bukan macam di sini. Ada juga jet peribadi. Kalau kita dapat jet ini karang, kita trylah naik ramai-ramai untuk pergi haji.

-----------------------------------------------------------------------------

3. HABIS TU APA KENA-MENGENA FILEM 'WOLF' INI DENGAN 1MDB?

Filem 'Wolf' ini, dibuat oleh syarikat milik anak tiri PM kita, nama dia Riza Aziz. Tahun 2012, syarikat si Riza ini dapat duit daripada 1MDB sebanyak USD238 juta, iaitu kira-kira RM741.6 juta pakcik.

-----------------------------------------------------------------------------

4. DAH TU BIARLAH 1MDB NAK BAGI BERAPA BANYAK PUN. DUIT SYARIKAT, SYARIKAT PUNYA SUKALAH.

Masalahnya pakcik, 1MDB telah mengisytiharkan kepada umum, bahawa ia tidak memiliki apa-apa kepentingan atau pelaburan terhadap syarikat Riza Aziz. Jadi kalau tiada apa-apa kepentingan, buat apa pula nak bagi RM741.6 juta, kan pakcik?

-----------------------------------------------------------------------------

5. MACAMANA KAU TAHU SI RIZA NI DAPAT DUIT TU. PANDAI-PANDAI SAJA KAU FITNAH BUDAK TU.

Sebab si Riza ini, dia simpan duit dalam bank, pakcik. Dia tak simpan duit bawah tilam. Jadi, bank ada rekod duit-duit itu masuk ke akaun syarikat dia sebanyak 3 kali:

18 Jun 2012: USD133 juta (RM419.9 juta)
23 Okt 2012: USD60 juta (RM183.5 juta)
14 Nov 2012: USD45 juta (RM138.2 juta)
JUMLAH: USD238 juta (RM741.6 juta)

Duit-duit ini pula, dipindahkan daripada akaun bank Switzerland, ke akaun bank Singapura. Jadi negara Switzerland simpan rekod, negara Singapura pun simpan rekod.

-----------------------------------------------------------------------------

6. 700 JUTA PULA. DULU BUKANKAH DAH TERBUKTI DUIT TU DERMA, APA NAMA TU, YANG 2.6 BILION TU?

Memang betul pakcik, SPRM sendiri telah menyatakan pada Ogos 2015, bahawa hasil siasatan mereka mengenai duit RM2.6 bilion itu ialah: duit itu duit derma. Kemudian, keluar pula video Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang orang kata mengesahkan bahawa derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi. 'Orang kata'. Cuba pakcik dengar balik video itu. Menteri Arab ini kata:

WARTAWAN:

"Tuan. Uh, adakah anda maklum tentang latarbelakang , mengenai sumbangan kepada Perdana Menteri Malaysia?" 
("Your Excellency. Uh, are you aware of the background of , upon the donation to the Prime Minister of Malaysia?")

MENTERI LUAR ARAB SAUDI:
"Kami sedia maklum tentang, tentang sumbangan tersebut. Dan ia adalah sumbangan yang ikhlas, dengan uh, tiada apa diharapkan sebagai balasan. Uh, kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesalahan jadi bagi kami perkara ini telah ditutup."
("We are aware of the, the donation. And it is a genuine donation, with uh, nothing expected in return. Uh, we are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing so as far as we're concerned this matter was closed.")

Saya nak tanya pakcik: dalam kenyataan Menteri Arab ini, ada tak dia sebut jumlah sumbangan, dan ada tak dia kata bahawa sumbangan itu datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi? Sebab dalam kertas pendakwaan Amerika, Amerika kata duit RM2.6 bilion itu dipindahkan daripada akaun milik Eric Tan Kim Loong, bukan milik keluarga diraja Arab Saudi.

-----------------------------------------------------------------------------

7. PULAK DAH. BUKAN KALAU DAH SETTLE CERITA 2.6 BILION, KIRA DAH SETTLE MASALAH 1MDB KE?

Bukan pakcik. Pakcik kena ingat: duit RM2.6 bilion itu, bukan duit yang masuk ke akaun si Riza ya? Duit RM2.6 bilion itu ialah duit yang dimasukkan ke dalam akaun orang lain, iaitu 'Malaysian Official 1'. Memang ada orang-orang upahan yang berhempas pulas mahu seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada isu sumbangan RM2.6 bilion, supaya rakyat akan lupa cerita berbilion-bilion ringgit yang lain, contohnya:

A. Pinjaman Palsu USD700 Juta Oleh PetroSaudi Holdings

USD700 juta ini bukannya kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, ya pakcik? USD700 juta ini bersamaan dengan RM2.4 bilion pada tarikh duit itu dipindahkan. PetroSaudi Holdings ini, sekali dengar ada bunyi 'Petro' di hadapan, ada nama 'Saudi' di belakang, terus orang anggap "Ini 'Petronas' bagi Arab Saudi agaknya, syarikat minyak nasional Arab Saudi". Salah tu pakcik. Syarikat minyak nasional bagi kerajaan Arab Saudi ialah Saudi Aramco. PetroSaudi Holdings ini hanya sekadar syarikat persendirian sahaja, baru-baru ditubuhkan pula tu. Syarikat ini ditubuhkan bisnesman bernama Tarek Obaid, dan ada kaitan dengan Turki bin Abdullah, anak kepada almarhum Raja Abdullah, raja Arab Saudi yang baru meninggal tahun lepas. Adakah bila berurusan dengan syarikat yang 'ada kaitan' dengan anak raja, maka ia bermakna berurusan dengan kerajaan? Pakcik kena faham: almarhum Raja Abdullah ada 19 orang anak. Yang menggantikan almarhum jadi raja pula bukan anak beliau, tapi adik tiri beliau. Jadi faham-faham sahajalah kedudukan anak-anak almarhum, tak banyak manapun pengaruh mereka ke atas keputusan kerajaan Arab Saudi.

PetroSaudi Holdings ini dikatakan telah bagi pinjaman sebanyak USD700 juta kepada syarikat usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited. Masalahnya, PetroSaudi Holdings tak pernah pun bagi duit tu, tapi 1MDB-PetroSaudi Limited diminta untuk bayar balik. Macam ada Ah Long datang minta hutang daripada pakcik, tapi pakcik tak pernah pinjam pun daripada Ah Long tu. Tapi sebab pakcik dah tua dan pelupa, pakcik pun bayarlah sahaja. Lebih malang lagi, bila pakcik bayar, pakcik tak pula bayar terus kepada si Ah Long tu. Tapi pakcik bagi pula duit itu kepada Ah Pek, anak si Ah Long. Si Ah Pek kemudiannya bawa duit itu untuk berjoli. Samalah macam 1MDB-PetroSaudi Limited ini. Dia sebenarnya tak berhutang, tapi dia bayar juga. Bila bayar, dia tak bayar terus kepada PetroSaudi Holdings, tapi kepada Good Star Limited, syarikat lain milik seseorang bernama Jho Low. Ini namanya bangang bertimpa-timpa ni pakcik. Daripada USD700 juta ini, Amerika ada rekod bahawa sejumlah USD20 juta telah dimasukkan ke akaun 'Malaysian Official 1':

23 Feb 2011: USD10 juta (RM30.5 juta)
13 Jun 2011: USD10 juta (RM30.3 juta)
JUMLAH: USD20 juta (RM60.8 juta)

Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa akaun ini milik 'Malaysian Official 1'. Bukan saya yang kata, pakcik.

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen/rekod kiriman wang 
[07-24, 09:55] +60 19-350 2999: Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.

-----------------------------------------------------------------------------

B. Penjualan Harta Bukan Milik Sendiri Oleh PetroSaudi Holdings

PetroSaudi Holdings dituduh menjual harta yang bukan miliknya kepada 1MDB-PetroSaudi Limited. Harta berkenaan sebenarnya dimiliki oleh syarikat lain, iaitu Buried Hill Energy. Ceritanya macam ini pakcik. Pakcik nak beli satu bidang tanah daripada Ah Long. Pakcik pun bayar duit kepada Ah Long. Bila pakcik pergi ke pejabat tanah, pegawai bagitau pakcik, tanah itu sebenarnya bukan Ah Long yang punya. Jadi pakcik pun terpinga-pinga: duit dah habis, tanah tak dapat.

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
b. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
c. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.

-----------------------------------------------------------------------------

C. Pecah Amanah RM42 Juta Ke Akaun Peribadi

Ini lagi satu duit yang tidak termasuk dalam kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, tapi rakyat 'lupa' nak tanyakan. Bila rakyat 'lupa', jawabnya senyap sajalah. Duit sebanyak RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. (kini anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia) telah didakwa dilupuskan ke dalam sebuah akaun peribadi. Ini benda paling senang nak terangkan kepada pakcik. Macam pakcik kerja di pejabat, pakcik nampak duit majikan, pakcik ambil duit tu, masuk poket pakcik. Senang nak faham, kan?

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

STATUS SIASATAN: Siasatan “masih berjalan oleh SPRM.”

-----------------------------------------------------------------------------

8. OKLAH. PAKCIK ADA SOALAN LAST NI. SIAPA DIA 'MALAYSIAN OFFICIAL 1'?

Ok pakcik, kertas pendakwaan Amerika kata 'Malaysian Official 1' ini ialah:
i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.

PM pun sudah berjanji "kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua badan siasatan peringkat antarabangsa". Jadi kita sama-sama nantikan kerjasama itu, ok pakcik? Ngam.

‪#‎saveMalaysia‬
‪#‎beranikeranabenar‬