advertiser

Saturday, 23 July 2016

ORANG BERITAHU KITA BAHAWA KITA TELAH DITIPU, TAPI KITA MASIH SOMBONG !!

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/1mdb-skandal1.jpg
Bab duit Tabung Haji, KWAP, LTAT dan saham Felda, ada tak US masuk campor? Takde kan? Tapi apa puak kita buat? Buat tak tau je.....

Bila skandal 1MDB ini mula2 dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim tahun 2011, waktu itu US tak campurtangan pun isu ini, kita masih buat tak tahu dan biarkan Anwar serta Rafizi dan Tony Phua yang bercakap bertahun2. Akhirnya, skandal ini terdedah. Allah tunjukkan kebenaran dan ramai yg baru bangun tidur termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafie Afdhal dan lain2. 

Walaupun mereka baru bangun tidur, tapi mereka terus lawan 1MDB menyambung apa yg pernah disebut oleh Anwar. Waktu itu, puak kita buat apa? Kita beri alasan dan hujah untuk cuba menafikannya. Maka, muncullah kata2 "Tak masuk akal" dan "datangkan saksi2" serta seumpamanya dengan membelakang fakta yg ada.

Menyedari isu ini semakin membahayakan rejim, maka banyak dokumen dan fakta2 lain berkaitan isu ini di "OSA" kan. Tapi mereka lupa bahawa OSA hanya laku di MSia. Tidak laku di SPore, US atau negara lain. Oleh itu, terbongkar satu demi satu rahsia 1MDB. Kita buat jenayah kat negara luar, maka menjadi tanggungjawab negara berkenaan menyiasat dan mendedahkannya.

Malangnya, kita tak berani bersuara, kita malas untuk mencari maklumat sedangkan ianya melibatkan kepentingan negara kita sendiri, tiba2 apabila US yg mendedahkannya untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB", kita pula menjerit2 menyatakan "US, kamu jangan campuri urusan negara kami". Bijak ke bodoh kita?

Wfauzudin ns

#BeStrongPM - KATA2 PERANGSANG YANG MEMANG SESUAI BUAT NAJIB


Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial.

Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah?

Dalam masa yang sama, kempen solidariti itu juga menjadi bahan persendaan di media sosial sehingga #BeStrongPM turut dikaitkan dengan kehidupan di penjara yang sukar, selain maki hamun dan cercaan terhadap Najib.

Apa pun, kempen tersebut secara tidak langsung mengesahkan Najib dan pengampunya berada dalam keresahan. Bukan saja Najib tidak lagi lena tidurnya, penyokong dan penjilat juga barangkali mulai kerisauan memikirkan masa depan masing-masing.

Yang lain-lain pula menafsirkan secara melulu kononnya tindakan Jabatan Kehakiman AS sebagai agenda Yahudi, cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara.

Lihatlah betapa celarunya mereka!

Harus difahami tindakan Jabatan Kehakiman AS itu ialah untuk menjaga kepentingan negara mereka agar tidak dijadikan syurga pencuri dan perompak untuk menghalalkan wang yang dilarikan.

Ia tidak mengancam kedaulatan dan masa depan Malaysia, malah menunjukkan kepada kita siapakah pencuri dan perompak yang sebenar. Ancaman dan bahaya sebenar kepada negara ialah perompak dan pencuri, bukannya Amerika Syarikat yang mahu menangkap mereka. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman AS.

Kepada yang mengatakan ia agenda Yahudi, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika Najib melantik Apco sebagai penasihat media, ketika 1MDB memberi kepercayaan untuk Goldman Sachs menguruskan dananya atau ketika TPPA setuju ditandatangani?

Mengapa hanya ketika kedudukan Najib terlihat mula terancam, barulah agenda Yahudi dan kedaulatan negara terancam mahu dibangkitkan?

Sebenarnya saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini hanyalah langkah permulaan ke arah pembongkaran yang lebih besar. Ia ibarat perintah mahu menyita harta berkaitan pengedaran dadah sebelum pengedar dadah sebenar dapat ditangkap dan dihukum.

Dalam tindakan AS itu, bukan hanya harta dan aset yang melibatkan Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamad Al-Badawy yang bakal disita yang menjadi perhatian, tetapi yang jauh lebih penting ialah kebenaran mengenai wang RM2,600 juta yang diterima Najib.

Ke mana wang 1MDB sebanyak RM28,000 juta yang tidak dapat dikesan juga mungkin lebih difahami ke mana menghilangnya?

Walaupun tidak menyebut nama Najib, sebaliknya hanya Malaysian Official 1, mereka tetap mendakwa, bahkan tentunya mempunyai bukti dan dokumen lengkap bahawa wang tersebut bersumberkan daripada bon 1MDB yang diuruskan oleh Goldman Sachs dan kemudian dimasukkan ke akaun Ambank melalui Tanore Finance Corporation.

Dengan ini, saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS itu adalah langkah awal ke arah pengesahan siapa sebenarnya penderma RM2,600 juta kepada Najib itu.

Apakah ia benar-benar daripada kerabat diraja Arab Saudi yang memberinya tanpa mengharapkan balasan atau ia daripada Puteri Turki Abdullah Al-Saud, pemilik PetroSaudi yang memberikan wang itu kepada Najib dengan berselindung di sebalik wang 1MDB yang dicaturkan oleh Jho Low?

Bayangkan apabila perbicaraan bermula nanti dan semua yang dituduh serta saksi-saksi dipanggil membela diri, apakah hujah RM2,600 juta itu sebagai derma ikhlas Tok Arab masih dapat dipertahankan?

Mampukah mereka menepis bukti-bukti FBI bahawa wang tersebut bukan daripada 1MDB?

Bagaimana Najib mahu berhujah lagi ketika itu sedangkan sebelum ini beliau bermati-matian mengatakan wang yang diterimanya adalah semata-mata derma dan tiada kaitan dengan 1MDB?

Juga tidak diketahui bagaimana akhirnya nasib rakan baiknya, Jho Low serta anak tirinya, Riza Aziz di tangan undang-undang AS?

Maka, buat sementara ini sesuai sangatlah kata-kata #BeStrongPM itu ditujukan kepada Najib yang hari mukanya semakin celaru dan tidak menentu. (SH 23/07/2016).

Ostat PAS kantoi ta hadir mesyuarat ahli Majlis tapi elaun tibai

Ipoh Mali


Inilah baik nya bila Ostad2 PAS kaki tibai elaun buat Perangai.. Masa langkah Kajang dulu, kita boleh tahu anak menantu Haji Hadi jadi Pengarah kat GLC Selangor dgn elaun puluhan ribu..Saham setengah juta dia dapat... Bila Ostad2 PAS demo bantah Selena Gomez... 

Allah tunjukkan kepada rakyat Ostad2 PAS pelahap jawatan dan elaun.. rupanya jadi Ahli Majlis.. Elaun tibai, Mesyuarat Ponteng.. sama dgn perangai Presiden PAS.. mana tumpah nya perangai ponteng kalau tak kpd Ostad2 PAS... 

yg best nya semua Ostad2 ni bukan anak Selangor..tapi orang Terengganu, pahang dan Kelantan, suku sakat haji Hadi... sebab Selangor lubuk ostad2 buat duit juai agama ngan mintak derma


Kenapa dengan SELENA GOMEZ begitu keras tapi dengan NAJIB RAZAK sebegitu lembut..!!!??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


1. Apabila aku mengkritik pemuda Pas dlm isu Minah Selena, bukan bermakna aku merestui mungkar. Isu konsert bukan isu spt buang sampah merata-rata, isu pesta arak terbuka atau beromen di khalayak umum yg secara jelas adalah merosakkan. Isu konsert adalah isu hiburan yg menjadi sebahagian drpd rutin kehidupan manusia normal.

2. Hukum asal hiburan adalah harus. Ia tidak boleh diharamkan sepenuhnya. Apa yang boleh ialah, membuat peraturan seketat yg patut utk mengelak berlaku kerosakan (mafsadah) misalnya penyalahgunaan dadah, zina, minum arak dan sebagainya. Manusia boleh berhibur bahkan berkonsert selagi tidak merosakkan agama, nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan.

3. Dalam negara pelbagai selera spt Malaysia, untuk membina negara yg selesa dan harmoni, kepelbagaian selera itu tidak boleh disekat sepenuhnya. Raikan keperluan selera itu asalkan tidak merosakkan. Nabi membenarkan nyanyian dan hiburan sempena perkahwinan, hariraya bahkan orang Madinah menyanyi ketika menyambut ketibaan baginda ke Madinah.

4. Benarkan Minah Selena menyanyi dgn pakaian sesuai, lagu yg sesuai dan gaya persembahan yg sesuai. Kalimah sesuai itu merujuk kpd sesuai dgn situasi, keperluan manusia, akhlak, kewarasan akal, tempat dan kepelbagaian. Kalau nak kira Minah Selena tak pakai tudung, dedah aurat, dlm parlimen pun ada orang dedah aurat, takkan nak minta sidang parlimen dibatalkan. Itu maksud kewarasan akal.

5. Apa yg penting ialah penguatkuasaan peraturan dan garispanduan yg ditetapkan. Kita boleh kawal pertandingan bola dan konsert Jom Heboh yg bermotifkan hiburan, kawal juga konsert Minah Selena ini. Suatu masa, Minah Selena dan ramai lagi minah seperti Minah Selena akan hadam budaya konsert di tempat kita dan mematuhinya. Sekurang-kurangnya, kita sudah berjaya mendidik masyarakat dgn budaya hiburan sihat dan positif.

6. Berbanding jika kita ambil sikap larang, haram dan sekat yg semua itu boleh disalahtafsir sbg gambaran kpd Islam apabila dilakukan oleh pemuda parti Islam. Sedangkan tindakan pemuda parti Islam itu hanyalah manifestasi penyempitan terhadap bidang kemaafan (mantiqah al-afw), bukan wajah Islam yg sebenar yg sederhana, toleransi dan adil.

7. Bantahan melulu atas nama mungkar, sehingga menimbulkan mungkar yg lebih besar iaitu salah faham terhadap kemurniaan ajaran Islam juga adalah mungkar. Bukan semua mungkar boleh ditangani dgn keras, kasar bahkan ada mungkar yg haram ditangani begitu. Mendidik, membelai, menyantuni adalah pendekatan cegah mungkar yg diabaikan.

8. Cuma aku hairan, pemuda Pas begitu keras dgn Minah Selena, tapi nampaknya begitu lembut dgn Awang Najib. Setahu aku Minah Selena hanya penyanyi seksi, bukan perasuah dan penyonglap seperti Awang Najib, apa pasal marahkan Minah Selena lebih teruk daripada marahkan Awang Najib? Ade ape-ape ke?

Dr Mahathir yakin ‘Malaysian Official 1′ adalah Najib

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ‘Malaysia Official 1′ yang disebut dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, alasan sebahagian pemimpin kerajaan yang mengatakan Najib tidak bersalah kerana nama Perdana Menteri itu tidak disebut dalam siasatan DoJ hanyalah ‘Wishful Thinking’.

“Walapun tidak sebut nama Najib, orang yang ada duit RM681 juta dalam AmBank, semua orang tahu ia Najib. Orang yang berkuasa ke atas 1MDB, semua tahu itu Najib.

“Semua perkara yang dikaitkan dalam konteks ‘Malaysian Official One’ dengan Najib didapati sama. Ini memang Najib. Saya tidak tahu kenapa tak sebut sahaja nama Najib.

“Dia sebut nama orang lain bukan Najib. Jadi Najib dan pihak yang menyokongnya berpendapat kononya nama dia tidak disebut, maka dia tak bersalah, ini namanya ‘Wishful thinking’,” katanya kepada FMT di Majlis Raya ISMA.

Rabu lalu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama DoJ Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi ‘Malaysian Official 1′ (MO1).

Laporan itu juga mendedahkan tokoh (MO1) itu sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB”.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Najib berhubung skandal 1MDB.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meletakkan syarat agar debat itu dibuat di hadapan khalayak dan disiarkan di saluran televisyen umum untuk disaksikan oleh seluruh rakyat negara ini.

“Saya nak perbahasan dengan dia (Najib) di atas pentas dirakam di televisyen. Kalau dia sanggup, saya boleh jumpa dan bahas soal 1MDB depan orang ramai,” katanya.

Dr Mahathir juga mencabar untuk berdebat dengan pihak yang melabelkan beliau ‘nyanyuk’ berhubung campur tangannya dalam isu 1MDB.

“Dia kata saya nyanyuk. Nak kata saya nyanyuk katalah. Tetapi kalau nak berbahas, saya sanggup berhadapan dengan mana-mana pihak yang kata saya nyayuk.

“Biar kita tengok siapa yang nyanyuk. Jadi kononya saya dah nyayuk tak boleh ambil bahagian, ini negara saya saya rakyat dalam negara ini, saya ada hak,” tegasnya.

Friday, 22 July 2016

Awat laa bebai sangat Ustaz PAS nie, bila masa US mai masuk campur urusan dalam negara kita..?


Aduhai Ustaz,,, awatlah bebal sangat nak faham isu sebenar... sekarang nie tak ada siapa pun panggil AMERIKA mai ganggu gugat negara kita.. dan mereka pun tak masuk pun kacau daun urusan negara kita dalam negara nie...

Dengar betul2 apa yg Deputy Director FBI cakap, siasatan dibuat sebab salah laku dibuat di US dan US tak mau negara dia dijadikan pusat pemimpin2 korup seluruh dunia bersarang yg akan menjejaskan ekonomi dan kepercayaan perlabur luar... 

kalau Malaysia nak sibuk2 mempertikai siasatan FBI, maknanya Malaysia yg cuba campur tangan hal ehwal US....

Awat tak boleh faham apa yang sedang berlaku nie.... mau kata AMERIKA mai masuk campur..bab tu Ustaz takyah risau kami sendiri akan pertahankan negara nie...




Mat Alishah

Jangan SIAPA campur tangan urusan AS mahu siasat wang haram dalam negara mereka, AMANAH


Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa semua pihak agar tidak mencampuri urusan dan menghormati hak Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan berhubung wang haram yang masuk ke negara itu.
Presidennya, Mohammad Sabu berkata sebelum ini kerajaan menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara, justeru Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain.

“Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melakukan kesalahan di negara mereka.

“Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita,” kata Mohammad dalam satu kenyataan.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Rabu lalu mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.

Dalam saman DOJ Amerika Syarikat yang difailkan, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

Mengulas lanjut Mohammad atau lebih mesra dengan panggilan mat Sabu meminta semua pihak tidak terlalu naif dalam perkara tersebut.

“Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara,” kata Mat Sabu.

Menurutnya, di Malaysia peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat manakala pegawai yang mahu menyiasat kes tersebut dijumpai 'mati di dalam tong drum'.

Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawainya juga dipecat serta ditukar ke bahagian lain, dakwanya.

“Timbalan perdana menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.

“Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia.

"1MDB dan perdana menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini. Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini,” tambah Mat Sabu.

Skandal 1MDB, Adakah Najib Terkepung?


Bertindak atas pemintaan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Switzerland merampas tiga karya yang berkait dengan siasatan keatas syarikat milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata mereka pada Khamis.

Jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan berkata karya yang dirampas adalah La Maison de Vincent à Arles (rumah Vincent di Arles) yang dilukis Van Gogh, dan Saint-Georges Majeur (senja kala di San Giorgio Maggiore) dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes (pantulan telepok dan pelbagai herba) yang dilukis Monet.


Skandal 1MDB, Najib Terkepung? Beliau mengesahkan laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung. “Operasi masih belum tamat maka kami tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung lokasi lukisan-lukisan itu,” katanya.

Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion (RM4.07 bilion) yang dibeli dengan wang yang dipercayai disonglap daripada 1MDB.

Congratulations PM Najib!!. "Malaysia Boleh!" "Semua boleh!"


Last night was like the night of world cup final. Most Malaysian and international community were watching televisions and computers to see the sequences and trailing the goings-on on the 1MDB issue which has now become world news after the US Attorney General made her press conference on the massive seizure of properties owned by members of Najib’s family and associates in New York through massive corruption and misappropriations of Malaysian public funds through 1MDB.

Just read and get yourself linked to all electronic and printed media throughout the world and you will never fail to get the updated news on how 1MDB’s money were siphoned through banks and money institution worldwide. Swiss Attorney General and authorities from Luxemburg are joining in the open probe with the US Attorney General Loretta Lynch and every corner of the world is looking closely to the corruption affairs that involved 1MDB and the related companies and individuals since 2009.

The world is now awakened by the news of 1MDB and all news agencies and electronic media of the world are now giving special attention to the crime created by 1MDB since 2009. They detailed out how the corrupt conspirators milked the Malaysia Sovereign fund 1MDB since then and the way the funds were squandered and looted were frightening to like-minded person to digest. It’s a real case of massive looting and stealing which is beyond comprehension by the people responsible in 1MDB.

Now we know why PM Najib through his own admission that the trouble of 1MDB started with its failure to exercise Initial Public Offering (IPO). It was obvious that the need for 1MDB to float its companies was to get the public funds to cover all the monies squandered earlier and the failure to get the IPO done contributed greatly to the exposes of the heinous deeds of 1MDB that was led by its chairman of the investment committee, Mohd Najib Razak.

This blog is not able to upload every news reported in the international media as no printed and electronic media fails to cover the issues surrounding 1MDB. Just read New York Times, WSJ, Bangkok Post, all printed media in Britain as well as news print from Japan, Australia, United States and the rest of the world. Go to Reuters, AFP, Bloomberg, and NSK or just mention any news agency world-wide; you will not miss the news.

This was the real success of the slogan ‘Malaysia Boleh!’ Malaysia stands tall in the field of corruption. Malaysia is leading the world in this field. This case is rated to be the biggest scandal in the world history. Congratulations PM Najib!! Malaysia has made it!!

Next thing that Najib needs to do is to resign and retire. Just do that so that Tun Mahathir and the rest can put aside the idea of setting up a new party. Leave this country to a leader who can restart this nation anew. We need a total revamp of this beautiful nation again.

Posted by Aspan Alias

Mari tenangkan jiwa menatap harta-harta kita di Amerika

Shahbudin Husin,


Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.

Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.

Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang "kejayaan" dan "kehebatan" segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.

Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.

Viceroy L'Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.

Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.

Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.

Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.

Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.

Hebatkan Malaysia di era Najib Razak dan melalui 1MDB yang ditubuhkannnya!! (SH 21/07/2016).

Thursday, 21 July 2016

Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


1. Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?

2. Jika LGE yg terlibat, bingkas kamu bangun desak dia macam-macam. Kamu cungkil pelbagai istilah agama utk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering.

3. Ada mufti haramkan tabligh, ada yg haramkan orang itu dan kelompok ini. Sampai bila kami nak tunggu mufti keluar fatwa haram pemimpin seleweng duit rakyat? Takkan tabligh lebih bahaya daripada Najib yg seleweng duit rakyat?

4. Mufti boleh muzakarah fasal kismis jampi, jual air dibacakan Al-Quran, fatwa tentang shisha, fatwa tentang minyak wangi beralkohol, bila lagi kamu nak fatwakan haram pemimpin zalimi rakyat?

5. Adakah mufti rasa isu 'money laundering' tiada kaitan dgn agama, atau isu ini bukan maslahah rakyat, atau isu Najib tidak termasuk dlm bidang kuasa mufti sehingga mulut mufti tertutup?

6. Jika apa-apa kesalahan yg melibatkan rakyat biasa, bingkas sungguh mufti keluarkan dalil al-Quran dan hadith, tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?

7. Wahai mufti bangunlah dari lena kamu yg panjang itu. Lihatlah derita rakyat. Usah terpesona dgn jubah kamu sehingga kamu berasa kamu sudah cukup sempurna dalam beragama, padahal kamu membiarkan negara ini lingkup gara-gara pemimpin korup seperti Najib.

8. Nikmat dunia apa lagi yg kamu mahukan? Dalil apa lagi yg kamu tunggukan? Kaedah fiqh apa lagi yg kamu belum hafal dan hadam? Gelaran apa lagi yg kamu dambakan? Apa lagi yg kamu lahapkan?

9. Inilah masa kamu jadi mufti yg membela rakyat bukan membela penguasa jahat. Jadilah mufti untuk rakyat. Berfatwalah utk kesejahteraan rakyat. Bermuzakarahlah utk membela rakyat.

10. Aku tahu ada mufti yg tegas dan prihatin rakyat. Itu belum cukup. Kamu mesti melakukan lebih daripada itu kerana kamu memikul amanah ilmu. Jika rakyat yg jahil sanggup mendepani penguasa zalim, takkanlah kamu yg alim ingin jadi penjilat penguasa?

11. Kamu tak perlu jawab semua soalan ini kepada aku, tapi jawablah kepada rakyat yg membayar gaji kamu. Itu pun jika kamu adalah mufti yg jujur dgn ilmu. Bangunlah wahai mufti. Buktikan wibawa kamu demi rakyat.

Isu 1MDB : Antara kehebatan Timb Pengarah FBI dan Naib Presiden Ulamak Dunia..??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Tim Pengarah FBI, Andrew McCabe kata:

1. Sebahagian dana 1MDB telah diguna untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, hiasan dalaman di London dan membiayai jet Bombardier bernilai AS$35 juta.

2. Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran dalam satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia. Malaysia terperangkap dalam hutang yg boleh menyebabkan muflis kerana penyelewengan ini.

3. McCabe orang FBI. Dia kafir. Jauh sekali berstatus ulama. Mana mungkin cakapnya dalam isu berkaitan Najib tanpa dua saksi adil boleh dipakai. Ikut Islam, dakwaan perlukan saksi.

4. Kita kena berpegang dgn prinsip Islam. Mustahil Najib membenarkan semua itu berlaku. Tiada sebab utk dia dijatuhkan. Berikan dia peluang utk bekerja utk negara ini.

5. Dia tidak bersalah sebab belum dihukum. Dia tak perlu letak jawatan sebab belum didakwa. Prinsip Islam, seseorang tidak bersalah selagi belum dibukti bersalah.

6. Kami tolak dakwaan McCabe sebab bercanggah dgn prinsip yg ulama kami ajar dlm isu ini. Tapi, dalam isu Selena, kami perlu tegas sebab itu mungkar. Jelas mungkar. Isu 1MDB belum jelas mungkar.

7. Sesiapa yg membantah kami, dia dikira membantah ulama. Sesiapa bantah ulama, dia dikira lawan Islam. Sesiapa yg lawan Islam, kecuali dia hafal nombor ahli parti kami, dia tak selamat.

8. Demikianlah adanya pendirian kami, dulu, kini dan selamanya sebab kami ada dasar. Hang pa tau ka...? Kami ada dasar... dasar... dasar...!

Keluarga Najib & Rosmah - Bapak dapat "DERMA", anak dapat "HADIAH"

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.

Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab

Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."

DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.

Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi".

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.