advertiser

Friday, 11 November 2016

Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak, kata Mahathir


Anjing menyalak, bukit tak akan runtuh, begitu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas serangan balas terhadapnya ketika mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis di blog dengan tajuk “Jurucakap Najib”, Mahahir mengulas gelaran-gelaran yang dilontar padanya seperti “antik”, “boneka”, “gimik” selepas membuat dakwaan rasuah, pencurian wang kerajaan dan salah guna kuasa.

“Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab,” kata Mahathir, perdana menteri keempat yang kini memimpin serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya, beliau menganggap gelaran padanya itu sebagai pengakuan bahawa dakwaannya memang benar dan tidak dapat dinafikan.

Beliau bagaimanapun berkata, amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap kerajaan didakwa amat terhad.

Mahathir juga berkata serangan balas terhadapnya tidak pun menidakkan dakwaan kemasukan RM2.6 bilion yang ke akaun peribadi Najib atau saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
Tidak dapat mengembalikan yang “dihilangkan”, Mahathir berkata ia sebaliknya mewujudkan “kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai kleptokrasi iaitu kerajaan pencuri, penyangak dan perompak”.

No comments:

Post a Comment