advertiser

Thursday, 1 December 2016

Akhirnya Ketua Wanita UMNO suruh diambil tindakan keatas NAJIB atas isu penerimaan duit asing RM2.6bilion

Ambil tindakan terhadap penerima dana asing

Ambil tindakan terhadap penerima dana asing

KUALA LUMPUR - Wanita Umno mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima dana asing yang bertujuan menggulingkan kerajaan.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, demi mencapai cita-cita kotor mereka, pembangkang sanggup menerima dana dari pihak asing untuk mengucar-ngacirkan negara.

"Puan-puan, (hartawan Amerika Syarikat) George Soros sudah kembali semula. Dialah petualang dan penyangak mata wang yang menjadi punca kejatuhan teruk ringgit pada 1997.

"Daripada laporan yang dibocorkan oleh DC Leaks, Soros membiayai petualang-petualang yang hendak menggulingkan kerajaan Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini hari ini.

Di hadapan seramai 977 perwakilan Wanita, Shahrizat bercakap tentang beberapa lagi jenis ancaman terhadap parti dan kerajaan BN menerusi campur tangan asing.

Beliau berkata tangan asing ini tidak berputus asa untuk memecahbelahkan orang Melayu dan menghancurkan kuasa dominan politik orang Melayu.

"Lihat sahaja bagaimana liciknya pembangkang menjaja kisah 1Malaysia Development Berhad sebagai kononnya satu skandal kewangan sehingga US Department of Justice (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) campur tangan. Walhal kita semua dapat membaca ini agenda politik pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden Umno dan perdana menteri serta menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih secara demokrasi," katanya.

Tidak cukup dengan itu, kata Shahrizat, kuasa luar juga menggunakan media untuk memfitnah semua yang telah dilakukan kerajaan dan menggambarkan Malaysia mengalami keadaan ekonomi yang teruk.

"Beberapa media telah menjadi ejen penabur fitnah yang mengapi-apikan sentimen kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Jangan sekali-sekali kita terpedaya dengan helah ini," katanya.

Beliau berkata ancaman juga datang dalam bentuk pergerakan sivil seperti Bersih dan seangkatan dengannya bertujuan melumpuhkan ekonomi dan politik negara sama seperti huru-hara di Mesir dalam kejadian 'Arab Spring'.

"Sampai sebegini teruk kita diancam, kalau kita masih tidak berkeras dan tidak sedar, kita bukan hanya hilang parti, kita akan hilang sebuah negara. Apa yang kita nak jawab dengan anak cucu kita nanti?" tegas beliau.

Shahrizat berkata rata-rata rakyat tidak mahu kerajaan digulingkan di luar proses demokrasi, tetapi mahu menunggu pilihan raya umum.

Malah, lebih utama majoriti rakyat enggan masuk perangkap Bersih yang dilaporkan ditaja dana asing demi kepentingan politik peribadi, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment