advertiser

Saturday, 22 October 2016

Antara HADI AWANG dengan PAS & ERDORGAN dengan AKP.. mana satu beretorik..??

Maba Budu 


APAKAH PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

1) Nama partinya bukan parti Islam
2) Kepimpinan partinya bukan ulamak
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Alquran, Assunnah, Ijmak dan Qias
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:

1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara

Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?

1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap
4) Nama Turki semakin gah di dunia
5) Turki disegani kawan dan lawan

Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?

Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar RETORIK.

No comments:

Post a Comment