advertiser

Tuesday, 27 September 2016

Mahathir - Muhyiddin jadi PM jika pembangkang menang tapi gabungan kena setuju dahulu

Dr M: Muhyiddin jadi PM jika pembangkang menang, tapi...

27 Sep 2016, pagi 9:57 (Dikemaskini 27 Sep 2016, tengahari 11:16)
mahathir



Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah pilihan utama sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya – sekurang-kurangnya bagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap di London minggu lalu, Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung sama ada pemimpin penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipilih sebagai presiden dan sama ada ia dipersetujui barisan pembangkang.

“Jika kamu namakan perdana menteri sekarang, sesetengah orang akan sangat sedih dan ia akan pecah belahkan parti.

“Pada masa ini kita tidak buat apa-apa (untuk pilih perdana menteri akan datang), kecualilah pembangkang menang, kemungkinan besar Muhyiddin jadi PM.

“Tetapi itu bergantung kepada parti, sama ada mereka pilih dia sebagai presiden, dan ia terpulang kepada gabungan (pembangkang) untuk tentukan siapa patut jadi PM,” kata Mahathir dalam ucapan di Universiti London pada 21 September.

Klip video ceramahnya dan soal jawabnya dimuat naik ke Internet oleh pengulas politik Mariam Mokhtar.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas soalan hadiri berkaitan calon perdana menteri pembangkang dan sama ada mereka berupaya mewujudkan kabinet bayangan.

No comments:

Post a Comment