advertiser

Thursday, 8 September 2016

Hukum menyokong Pindaan Akta 355 - Apabila pandangan MUFTI PERLIS berbeza dengan MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Jika MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN ditegur oleh MUJAHID supaya jangan buat hukum dahulu sebelum pindaan Akta355 di bentang dalam parlimen. Namun apa yang dikatakan oleh beliau itu berdasarkan legislatif dan perlembagaan manakala mufti pula berbicara dari segi nak melaksanakan perkara baik untuk agama Islam. 

Namun ini telah disalah tafsirkan dengan mengatakan MUJAHID telah menghina intitusi MUFTI diatas teguran itu.

Kini muncul pula MUFTI PERLIS memberikan pandangan beliau yang jika dilihat ia juga berbeza pandangan dengan MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Jadi kita tunggulah pula bijak pandai dalam alam maya ini untuk kata apa pulak berkenaan apa yang dikatakan oleh MUFTI PERLIS.

DrMAZA.com
12 hrs ·

Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong, tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong IS ataupun Daesh. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.

Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?

Ini kerana 'jenama Islam' di zaman ini wujud dalam pelbagai versi serta menjelma dalam pelbagai kepentingan tertentu. Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).

IS laknatullah juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam IS.

Justeru, berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam.

Dr MAZA
London, UK.

6 comments:

  1. Pindaan ini hanyalah cadangan untuk menaiktaraf kuasa mahkamah syariah. Kenapa Dr MAZA pusing cerita fasal jenama Islam pula dan kaitkan dengan IS. Semua ini mencari alasan untuk tidak menyokong.

    ReplyDelete
  2. dah jelas cadangan utk menaikkan kuasa ..
    dok buat pening pulak

    ReplyDelete
  3. dah jelas cadangan utk menaikkan kuasa ..
    dok buat pening pulak

    ReplyDelete
  4. SOKONG TAK SOKONG TUNGGU BULAN OKBOBER TIDAK BEBERAPA HARI LAGI
    SEKADAR RUU355 SATU DUNIA PENING BRUNEI HUDUD TIDAK PENING MALAH
    OKEY JE YANG PENTING MP MP UMNO HADIR .............

    ReplyDelete
  5. Gegak gempita pasal RUU355....d mana naik kuasai mahkamah syari'ah sebenarnya?denda RM6000 naik kpd RM100000, penjara 3 th kpd penjara 30 th dan sebat 6 rotan kpd 100 rotan...meningkat dari segi jumlah denda, bilangan penjara dan jumlah sebatan ni d katakan naik kuasa mahkamah syari'ah...AlQuran nk mcm ni ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt. Pandangan Dr. Maza sangat baik. Wassalam.

    ReplyDelete