advertiser

Saturday, 27 August 2016

Najib kata Tun M 'kaki gaduh'....!!

Tun M 'kaki gaduh' - PM

SABTU, 27 OGOS 2016 - 1:06PM Oleh Jalal Ali Abdul Rahim jalal@bh.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kecil). - Foto Syamsi Suhaimi/Mohd Fadli Hamzah

CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, parti dan negara sebagai tindakan seorang 'kaki gaduh'. Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, bekas Perdana Menteri itu mengambil sikap sama terhadap beberapa pemimpin negara sejak dulu lagi. Katanya, Dr Mahathir kini mengambil sikap sama membabitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ada pihak mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini... saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia selama 22 tahun. "Kita pertahankan dia (Dr Mahathir), tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang.

Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh. "Pertama dengan Tunku Abdul Rahman (dikata) tak betul, Tun Hussein Onn tak betul, Tun Musa Hitam tak betul, Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor juga tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, hari ini. Selain Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, majlis turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187193?m=1

No comments:

Post a Comment