advertiser

Thursday, 4 August 2016

MT Umno, Johari Baharum katakan bahawa Tun Mahathir adalah Melayu mudah lupa

KUBANG PASU: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang Melayu yang mudah lupa kerana tidak mengenang jasa UMNO dan sokongan ahlinya suatu ketika dulu hingga mampu memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata bekas Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertahan selama tempoh yang lama tanpa sokongan padu ahli parti. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, selepas pelbagai jasa yang ditaburkan oleh UMNO terhadap Mahathir, bekas pemimpin negara itu kini dengan sewenang-wenangnya mahu memecah-belahkan ahli parti selain berpaling daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Dulu Mahathir kata Melayu mudah lupa tapi sebenarnya beliau yang mudah lupa...saya berharap sangat beliau fikir semua apa yang dilakukan sekarang ia hanya akan menghancurkan perpaduan bangsa Melayu. "Beliau mampu bertahan jadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebab apa?... sebab ahli UMNO beri sokongan padu, beliau nak kita sokongan dia meskipun ketika itu berlaku macam-macam krisis. 

"Kita harap dalam usia dah lebih 90 tahun ini, beliau insaflah kerana ia tidak menguntungkan sesiapa," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji Parlimen Kubang Pasu, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment