advertiser

Friday, 29 July 2016

Politik Tandus kartel Azmin & PKR yang merasakan mereka hebat segala-galanya....


PKR adalah parti yang bergantung dan bersandar, kerana tiada kekuatan "grass-root". Tanpa bantuan parti-parti komponen PR / PH dan nama besar DS Anwar Ibrahim, parti ini hanya sekadar

melukut di tepian gantang. Semakin lama DSAI di penjarakan, maka semakin lemahlah PKR. Dengan menggunakan tangan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin berlagak seperti hero gabungan parti-parti pembangkang.

Azmin menuduh YB Saari Sungib kemaruk dan mengemis jawatan exco. Agak kurang sopan tuduhan itu. Dalam situasi krisis MB Selangor, tanpa tindakan drastik YB Shaari dan YB Hasnul Pakatan Rakyat keluar dari Pas menyebabkan kerajaan PR Selangor dapat diselamatkan. Jika mereka berdua kekal menyokong YB Khalid Samad sebagai MB Sealangor ketika itu, hampir pasti Pas akan membentuk kerajaan campuran bersama BN.

Apabila mereka menjadi pimpinan Parti Amanah Negara Selangor, parti ini seakan-akan tidak wujud dalam pemikiran Azmin. Tiada jawatan-jawatan lantikan politik diberikan kepada barisan kepimpinan Amanah Selangor. Ironinya, Azmin tetap memihak kepada Pas. Pas telah menjadi duri dalam daging dalam kerajaan Selangor lantaran Pas menentang Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di PRK Sungaai Besar.

Terkini PKR pula enggan mempersetujui pembubaran DUN Pulau Pinang untuk membolehkan PRN Pulau Pinang diadakan. Memang Lim Guan Eng mempunyai agenda politik mengadakan PRN, namun tanpa strategi politik, kebarangkalian Pulau Pinang akan terlepas ke tangan BN tidak dapat dinafikan. Siapa-siapa pun tidak dapat menafikan tanpa sokongan DAP, PKR akan tewas dalam pilihan raya, namun PKR rasa diri mereka hebat. 

Ingat wahai Azmin, kamu akan kehilangan DUN Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak tanpa bantuan DAP dan Amanah. PKR hanya ada pemimpin tetapi ketandusan pekerja-pekerja parti. Jika tidak percaya, kita nantikan PRU 14.

No comments:

Post a Comment