advertiser

Sunday, 31 July 2016

Akhirnya veteran PAS mengaku mereka amalkan politik bunuh diri ketika ini namun....

Ipoh Mali


Akhirnya otai dalam PAS Subky Abdul Latif terpaksa mengaku yg PAS amalkan Politik Bunuh diri... dan mengaku PAS akan kehilangan Kelantan, dan mungkin hilang semua kerusi Parlimen.. bagus lah sedar diri.. cuma penyakit org tua mcm Subky Latif sama mcm Haji Hadi.. 

Depa ego nak mengaku salah.. dah nak mati bunuh diri, taknak mati sorang2..depa dah tau depa dah terperangkap dan akan mati.. masih nak salah kan orang lain.. nak orang lain mati sama2 depa.. sebab yg lain takmau mati Bunuh diri macam depa..kata depa.. kalau depa mati, pemimpin yg keluar PAS juga akan mati, Takkan Selamat... seperti mana ISIS membunuh kumpulan jihad yg lain jika tidak bersetuju dgn mereka....ni jenis perangai ISIS ngan Al-Qaeda.. 

Depa hanya pikir berperang dgn cara Bom berani mati.. rakyat tak bersalah mati lagi ramai dari tentera musuh.. kami berfikir dengan perang secara taktikal dan rundingan.. kalau boleh taknak mati ,dan tentera dan rakyat tidak terkorban.. takkan guna cara bunuh diri atau Bom orang awam..bukan nya mcm pengikut ajaran sesat, sanggup mati untuk tok guru depa, biarpun yg mati ramai orang awam mcm ISIS dan Al-Aqeda..he he..

cuma nak habaq kat Subky latif, kalau hat keluar tu mati pun.. depa mati ada harga diri dan maruah..depa tak dibenci kawan2.. tak dibenci lain2 kaum.. tidak terjebak politik fitnah dan perkauman walaupun depa tak sempurna.. depa pertahankan hak semua kaum dan rakyat..bukan fanatik perkauman dan hanya pertahan puak sendiri.. tapi Kalau PAS mati, PAS akan terhina sebab sebelum mati dok Hina orang..Fitnah orang..cakap besar.. sebab mereka jadi semua org tak bersetuju dgn mereka sebagai musuh dan hinaan..

kata Subky Latif.. PAS akan bangkit semula.. Sorry la Pak Subky.. ia takkan berlaku, PAS akan berkubur terus.. orang yg bawa PAS bangkit di era PAS teruk dulu..PAS era kampung dulu, era PAS takde duit..takde pengikut tu dulu..semua dah keluar dari PAS.. depa ni dulu tinggal jawatan besar dan kemewahan hidup hanya untuk perjuangan PAS, sekarang yg tinggal puak2 Khawarij yg tak pernah rasa susah.. depa datang2 terus hidup senang dgn elaun, jawatan, dan mudahnya depa berkuliah dalam Masjid tanpa dihalau,tidak pernah pun dipenjara.. dapat duit dalam envelop setiap kali mengajar....dan depa takkan bangkit.. 

Ostad2 ni boleh pengaruhi org keluar duit.. bila dah susah esok, ostad2 ni takkan keluarkan duit..depa bawa diri masing2 sama mcm era PAS susah dulu.. kalau depa bangkit pun selepas mati, depa akan cuma jadi hantu yg menyusahkan orang kampung, ... bukan seperti bangkitnya roh orang mati Syahid...

Moga-moga PAS tidak bunuh diri

SUBKY LATIF | .



BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.
     
Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.
    
Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.
     
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.
     
Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk  parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.
    
Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.
    
Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.
    
Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.
    
Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.
    
Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.
    
Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen. 

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.
      
Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.
    
Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?
   
Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.
    
Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?
    
Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala. – HARAKAHDAILY 29/7/2016

No comments:

Post a Comment