advertiser

Thursday, 28 July 2016

Aduan Pemuda Umno: Publisiti murah atau konspirasi jatuhkan Najib?

Laporan polis yang dibuat Pemuda Umno terhadap tiga individu utama akan mendedahkan lagi siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Dalam tulisan di blognya beliau berkata, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius,Pemuda Umno terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Pemuda Umno pada Isnin lalu membuat laporan poli mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terbabit dalam konspirasi menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

"Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuatlaporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

"Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka, Mohd Najib sendiri.

"Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab 'Pegawai Nombor Satu Malaysia'," ujarnya.

Kata A Kadir lagi dengan laporan di buat Khairul Azwan ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

"Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

"Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

"Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

"Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

"Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta," ujarnya.

A Kadir berkata, beliau yakin akan banyak lagi maklumat akan didedahkan oleh Abu Kassin, Abdul Ghani dan Zeti mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

"Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

"Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

"Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka," ujarnya.

No comments:

Post a Comment